P. 1
Cerita Jenaka

Cerita Jenaka

4.0

|Views: 8,117|Likes:
Published by ladyrozy
Kesusasteraan Melayu Tradisional Kertas 1
Kesusasteraan Melayu Tradisional Kertas 1

More info:

Published by: ladyrozy on Mar 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2013

pdf

text

original

CERITA RAKYAT

CERITA JENAKA

DEFINISI CERITA JENAKA
Cerita yang mengandungi unsur humor atau unsur lucu. Cerita jenaka ini membawa kesan menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan. Unsur-unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak yang menimbulkan rasa gelihati dan seterusnya membawa kegembiraan dan terhibur.

Bod oh sial Bodoh sial – antaranya termasuklah cerita Pak Kaduk Pi ntar bo doh bodoh – seperti cerita Pak Pandir Pintar Pi ntar Pintar – misalnya cerita Si Luncai dan Pak Belalang

Bodoh Sial
Cerita-cerita “Pak Kaduk” dan “Lebai Malang” dikelompokkan dalam bahagian ini kerana kebodohan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan sehingga merugikan diri mereka sendiri. Sebagai contohnya, dalam cerita Lebai Malang, Lebai Malang telah terlepas peluanguntuk menikmati jamuan dalam beberapa majlis kenduri pada hari yang sama sebagai akibat kebodohan dan ketamakkannya.

Pintar bodoh
Cerita Pak Pandir dikelompokkan dalam bahagian ini kerana dalam kebodohan dan kelurusan Pak Pandir selaku watak utamanya, terdapat beberapa insiden yang memperlihatkan kepintarannya. Sebagai contohnya, Pak pandir telah berjaya membunuh gergasi dan anak-anak gergasi melalui tipu helahnya.

1. Struktur Isi Cerita

Cerita berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyentuh watak-watak tertentu yang melucukan. Cerita-cerita dibahagi kepada episod tertentu. Setiap episod boleh berdiri sendiri dan setiap episod merupakan sebuah cerita. Perkembangan plot cerita tidak ada asal usul watak, tiada unsur supernatural, fantasi dan unsur dewa-dewi. Kesudahan cerita terdapat dalam berbagai-bagai situasi ada yang ‘happy ending’ dan ada ‘tragik ending’.

2. Watak dan Perwatakan

Watak utama berpusat di kalangan rakyat biasa atau orang bawahan. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak seperti: •Watak bodoh-sial : Pak Kaduk •Watak pintar-bodoh : Pak Pandir •Watak Pintar : Si Luncai dan Pak Belalang Perwarnaan watak atau pelukisan watak dinyatakan secara jelas dari segi fizikal seperti bentuk tubuh badan, cara berpakaian serta perlakuan.

Terdapat watak dari kalangan istana yang peranan tidak begitu penting dan tidak miliki sifat ‘supernatural’. Cerita dan perlukisan watak berpijak di bumi nyata iaitu sifat-sifat sebenar manusia yang wujud di muka bumi.

3. Dari segi Latar

Latar cerita berlaku di alam nyata iaitu dalam masyarakat manusia biasa. Suasana atau latar masyarakat terdiri daripada golongan masyarakat tani atau nelayan. Terdapat dalam beberapa buah cerita berlatar istana, namun demikian latar istana tidak bercampur-aduk dengan alam fantasi.

1. Sebagai Alat Hiburan Cerita Jenaka memberi hiburan kepada pendengar atau pembaca, dari unsur lucu , gelihati membawa kepada orang ketawa. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu yang berlaku pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.

2. Memberi Pengajaran dan Pendidikan

Di sebalik lucu, jenaka dan gelihati terselit unsur nasihat, ingat mengingati dan panduan ke arah hidup yang sejahtera. Antara unsur-unsur pengajaran ialah : a. Jangan mengamalkan judi atau bertaruh kerana akan membwa kesusahan dan papa kedana. Contohnya, cerita Pak Kaduk b. Jangan percaya kepada ramalan nujum kerana kebanyakkan nujum tidak benar, banyak tipu helah dan muslihat. Contohnya, Pak Belalang

c. Jangan mengamalkan sifat tamak dan haloba. Sifat ini merupakan amalan keji yang akan membawa kerugian. Contohnya : Cerita Lebai Malang.

3. Berperanan Sebagai alat kritikan Sosial Terkandung sindiran tajam yang ditujukan kepada golongan berkedudukan tinggi, dimliakan dakam masyarakat seperti golongan raja dan lebai.Misalnya cerita Lebai Malang terhadap ketidakadilan, Kritikan kekejaman yang sering dilakukan golongan berkuasa terhadap rakyat miskin dan lemah. Misalnya,cerita Pak Kaduk.

4. Sebagai Alat Hiburan Cerita jenaka berfungsi sebagai alat hiburan yang mana ia merupakan sebagai alat ‘pelarian’ atau ‘ escapism’. Apabila pendengar mendengar cerita jenaka , ia berupaya Alat Untuk Menjelaskan 5. Sebagaimemberi ketenangan fikiran dan merehatkan setelah Gambaran Masyarakat Melayu. penat seharian bekerja. Cerita jenaka dijadikan alat sebagai menjelaskan gambaran masyarakat Melayu yang hidup sederhana, memandang tinggi golongan lebaiseperti dalam cerita Lebai Malang, suka berjudi dan berlaga

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->