You are on page 1of 17

CE RITA TELA DA N

Definisi Cerita Teladan

Cerita teladan dimaksudkan sebagai cerita


yang mempunyai unsur didaktik, pendidikan
moral dan memberi pengajaran atau teladan.
Pengajaran atau pendidikan tersebut
biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak
dan kebanyakkannya berupa pendidikan
moral sama ada berlandaskan peraturan
kehidupan sosial dan budaya atau ajaran
agama.
Ciri-ciri Cerita Teladan
Struktur Isi Cerita/Plot
Cerita teladan biasanya dalam bentuk
naratif. Struktur cerita adalah sederhana
dan tidak berbelit-belit seperti cerita
penglipurlara.
Biasanya plot cerita teladan bersifat
kronologi. Susunan cerita adalah mengikut
urutan waktu. Contohnya, cerita Bawang
Putih Bawang Merah yang tidak ada unsur-
unsur imbas kembali.
Menceritakan kehidupan dikalangan rakyat
biasa dari golongan miskin.
Sering diketengahkan cerita tentang watak
baik mendapat pembelaan manakala watak
jahat akan menerima pembalasan setimpal.
Cerita teladan ini penuh dengan unsur
didaktik dan teladan.
Unsur-unsur kebetulan memainkan peranan
penting.
Tidak banyak unsur-unsur kesaktian seperti
mana dalam cerita penglipulara.
Biasanya cerita teladan berakhir dengan
‘happy ending’,tetapi ada juga
sebaliknya,contohnya cerita Si Tenggang.
Watak dan Perwatakan
Cerita ini sebagai dongeng biasa yang
ditokohi oleh watak manusia daripada
golongan manusia biasa atau rakyat bawahan
yang miskin dan bekerja sebagai petani.
Contohnya dalam cerita Bawang Putih
Bawang Merah, keluarga Pak Ali merupakan
keluarga petani miskin yang tinggal di pinggir
sebuah hutan.
Watak utama sering digambarkan penuh
dengan penderitaan,kekejaman, nasib
malang dan penindasan. Contohnya dalam
cerita Bawang Putih Bawang Merah.
Bawang Merah sering ditindas dan diseksa
oleh ibu tirinya Mak Kundur
Sering diketengahkan cerita tentang watak
baik mendapat pembelaan manakala watak
jahat akan menerima pembalasan setimpal.
Contohnya Bawang Merah berkahwin
dengan anak raja dan hidup bahagia.
Manakala Mak Kundur dan Bawang Putih
menerima pembalasan dengan dihukum
bunuh oleh raja
Manakala Mak Kundur dan Bawang Putih
menerima pembalasan dengan dihukum
bunuh oleh raja kerana perbuatannya tetapi
setelah dirayu oleh Bawang Merah,
hukuman bunuh dibatalkan, tetapi Mak
Kundur telah dihalau keluar dari negeri.
Ada juga watak utama dalam cerita teladan
ditokohi oleh anak-anak raja.Contohnya
cerita “Melur Pagi Melur Petang” dan “Ular
Lenggaong”
Terdapat juga watak bukan manusia tetapi
tidak begitu menonjol, contohnya watak
ikan kaloi dalam cerita bawang Putih
Bawang Merah.
Latar
Latar Tempat
Cerita teladan ini banyak berlaku dialam yang
nyata seperti kampung, hutan, istana, gua
dan sebagainya.
Contohnya dalam cerita Bawang Putih
Bawang Merah berlatarkan tempat dipinggir
hutan tempat tinggal keluarga Pak Ali.
Terdapat juga alam fantasi tetapi tidak begitu
menonjol.
Contohnya, mimpi Bawang Merah berjumpa
ibunya.
Latar Masa
Cerita teladan ini berlaku di zaman yang
dahulu ketika rakyat tidak tahu membaca
tetapi masanya tidak dapatditentukan.
Cara Penyampaian
Cerita teladan disampaikan dalam bentuk
pemeriaan dan tidak diselit gaya bahasa
puisi seperti yang terdapat dalam cerita
penglipurlara.
Ia disampaikan secara bersahaja,
menggunakan gaya pertuturan seharian.
Penutur cerita teladan tidak memerlukan
kebolehan luar biasa seperti penutur cerita
penglipurlara. Penuturnya hanya perlu
mengingat jalan cerita sahaja.
Unsur-unsur Dalam Cerita Teladan
Unsur Moral
Cerita Teladan banyak mengandungi unsur-
unsur moral bagi tujuan memberi
pengajaran, mendidik serta memberi
nasihat kepada yang mendengarnya.
Contohnya, apabila seseorang itu
mendengar cerita Si Tenggang, mereka
akan mendapat pengajaran dari cerita itu
supaya tidak menderhaka kepada ibu bapa
Unsur Kebetulan
Unsur kebetulan banyak memainkan
peranan dalam cerita teladan ini. Ia banyak
melicinkan jalan cerita teladan.
Contoh unsur kebetulan dapat dilihat dalam
cerita Bawang Putih Bawang Merah,Mak
Labu dan makKundur melahirkan anak
perempuan serentak yang akhirnya
membawa pergolakan hebat dalam
keluarga mereka.
Hukum Karma
Ini merupaka salah satu pengaruh Hindu,
Hukum karma ini membawa erti yang baik
dibalas baik dan yang jahat dibalas setimpal
dengan perbuatan jahatnya. Contohnya,
cerita Bawang Putih Bawang Merah di mana
Bawang Merah yang sering diseksa oleh ibu
tirinya mak Kundur akhirnya hidup bahagia.
Manakala Mak Kundur akibat kejahatannya
telah dihalau keluar dari negeri.
Fungsi Cerita Teladan.
1. Sebagai alat pendidikan.
Fungsi utama cerita teladan ialah sebagai
saluran pendidikan.
Cerita teladan membawa pelbagai tema
yang berkaitan dengan budi pekerti, kasih
sayang sesama manusia atau
binatang,hubungan kekeluargaan dan
sebagainya.
Ajaran utama adalah balas baik terhadap
setiap kebaikan.
Contohnya, cerita Bawang Putih Bawang
merah memperlihat dengan jelas bagaiman
Bawang Merah yang baik hati dan budi
pekerti tetapi sering dianiaya oleh Bawang
Putih dan ibunya akhirnya hidup bahagia
sebagai seorang pemaisuri.
Cerita teladan juga menekankan hubungan
ibu-anak dalam keluarga.
Contohnya, cerita Si Tenggang yang tidak
menerima ibunya mendapat balasan yang
setimpal,dia akhirnya menjadi batu
bersama seluruh isi kapalnya.
2. Sebagai alat hiburan.
Cerita teladan merupakan bahan hiburan
sebelum tidur. Ia sering dituturkan oleh ibu-
ibu atau nenek ketika berehat pada waktu
malam bersama anak-anak atau cucu-cucu
mereka.

You might also like