You are on page 1of 18

PENGENALAN.

1.1Tafsiran Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan adalah perubahan dengan masa yang bersifat kualitatif dan


kuantitatif. (Atan Long,1980) Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku
jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Paul Egan dan Don Kauchak pula
berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri
seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Pada
pandangan pandangan Slavin (1997) pula perkembangan adalah berkaitan dengan
mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri
kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat,
individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi
fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow
(1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke
arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Secara am, bahagian
perkembangan manusia ini akan memaparkan jenis-jenis dan tahap-tahap
perkembangan yang dialami dari detik kelahiran sehingga ke akhir hayat. Baltes, Reese
dan Nesselrode(1997) menyarankan dengan meningkatnya umur, perubahan evolusi
akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikaldan lain-lain. Antara
jangka masa waktu lahir dengan kematangan pelbagai konflik , masalah, dan perkara
rumit berlaku. Peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan member kesan ke
atas tingkah laku dewasa mereka. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami
individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui
peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan penghasilan sel
sehingga akhir hayat.

1.2Pertumbuhan dan Perkembangan


Pertumbuhan merupakan perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia merupakan
perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan dapat diukur dari satu peringkat ke
peringkat yang lain dimana ia bersifat kuantitatif iaitu dapat dikur dan dilihat. Selain
pertambahan fizikal, pertumbuhan dari segi saiz dan bilangan organ dalaman juga
berlaku. Oleh itu, boleh juga dikatan jika pertumbuhan adalah melibatkan aspek kognitif
dan fizikal. Perkembangan pula ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi ,
kognitif dan sosioemosi yang bermula daripada peringkat awal persenyawaan
sehinggalah ke akhir hayat. Berbeza dengan pertumbuhan, perkembangan adalah
bersifat kualitatif iaitu dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral yang mana tidak
dapat diukur secara kuantitatif.
Perkembangan adalah berbeza dengan pertumbuhan dari segi berberapa aspek
iaitu jasmani, mental, sosial dan emosi. Dari segi pertumbuhan jasmani, contoh yang
menunjukkan berlakunya pertumbuhan ialah tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi
bertambah manakala untuk melihat perkembangannya, kita dapat melihat
bertambahnya kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari
dan melompat. Pertumbuhan mental berlaku apabila adanya keupayaan memikirkan
tentang banyak perkara manakala perkembangan berlaku apabila berkembangnya
kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep dan ingatan. dari segi pertumbuhan sosial,pertambahan pula
dapat dilihat apabila mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran,
rakan sebaya dan guru manakala perkembangan dapat dilihat apabila mereka mula
menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan
disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. Pertumbuhan emosi dapat
dilihat apabila mula tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya
manakal perkembangan dapat dilihat apabila mula berupaya menguasai perasaan dan
mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

1.3Prinsip Asas Perkembangan


Perkembangan mempunyai prinsip-prinsip yang mengawal aturannya. Dengan
memahami prinsip perkembangan, kita mampu meransang perkembangan kanak-
kanak.

1.3.1 Perkembangan berlaku mengikut aturan

Prinsip yang pertama ialah perkembangan berlaku mengikut aturan


dimana ia tidak akan melangkaui tahap yang sepatutnya. Sebagai contoh, kanak-
kanak akan mula duduk dengan bntuan terlebih dahulu sebelum bediri dan
seterusnya berjalan. Ia juga berlaku dari perkara yang konkrit kepada perkara
yang lebih abstrak iaitu dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

1.3.2 Perkembangan berlaku daripada keadaan umum kepada keadaaan yang


lebih khusus.

Prinsip kedua pula menyatakan bahawa perubahan dan perkembangan


berlaku daripada keadaan umum kepada keadaaan yang lebih khusus. Ini sejajar
dengan perkembangan otot besar terlebih dahulu diikuti dengan perkembangan
otot kasar.

1.3.3 Perkembangan dan pertumbuhan merupakan satu proses yang


berterusan.

Prinsip ketiga menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan


adalah satu proses yang berterusan dimana kanak-kanak hanya menambah
kemahiran yang sedia ada dimana kemahiran yang ada dijadikan asas mencapai
kemahiran yang baru. Prinsip yang keempat ialah corak dan aturan
perkembangan adalah hampir sama yetapi adalh berbeza bagi setiap individu. Ia
mengikut faktor-faktor sama ada faktor baka atau faktor persekitaran.
1.3.4 Perkembangan merupakan hasil interaksi diantara kematangan dengan
pembelajaran.
Prinsip yang terakhir menyatakan bahawa perkembangan
merupakan hasil interaksi diantara kematangan dengan pembelajaran.
Kematangan dipengaruhi oleh faktor genetik manakala pembelajaran
adalah hasil dari latihan, proses peniruan atau pengenalpastian yang
memerlukan usaha yang berterusan. Proses perkembangan berlaku
dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi
bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan
perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta
kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses
penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan
perkembangan.

1.4Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan fizikal manusia adalah bergantung kepada dua factor yang


mengawalnya. Faktor-faktor yang terlibat ialah faktor endrogen atau faktor ekstogen.

1.4.1 Faktor endogen

Faktor endogen ialah faktor yang datangnya daripada diri individu itu
sendiri iaitu sejak sejak di dalam kandungan sehingga kelahiran dimana genetik
akan dibawa turun temurun sejak dari ibu bapa. Ia juga dikenali sebagai faktor
baka iaitu trait genetik yang diwarisi yang menjadikan setiap individu istimewa
dan berbeza diantara satu sama lain. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. kadar
perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang
sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli
psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai
kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran
adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan
wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Kajian ahli-ahli psikologi
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah
membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara
individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi,
emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu
bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

1.4.2 Faktor ekstogen

Faktor ekstogen pula faktor yang datang dari luar diri individu atau
merupakan faktor persekitaran. Ini termasuk keadaan di rumah,cara asuhan
serta pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Di samping faktor-faktor
seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah
telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-
ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar
perkembangannya.Ini akan mempengaruhi sifat tabii dan personaliti apabila
dewasa kelak. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam
menentukan perkembangan seseorang kanak-kanak. Pada amnya,
perkembangan manusia adalah hasil daripada interaksi baka dan persekitaran.

1.4.3 Perkembangan Fizikal dan Kognitif


Merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan,
fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-
kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan
oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Terdapat dua teori utama yang menjelaskan tentang
perkembangan kanak-kanak iaitu teori yang dikemukakan oleh Arnold Gessel dan
Robert Havinghurst. Perkembangan kognitif pula membawa maksud kemampuan
seseorang untuk memahami, member pendapat dan mengingati perkara yang berlaku
di persekitaran individu tersebut. Perkembangan kognitif merupakan proses
peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-
kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian
masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman
baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Teori utama yang digunakan untuk
memahami tentang perkembangan kognitif iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget dan Teori perkembangan Kognitif Lev Vygotsky.

2. KAJIAN LITERATUR

2.1Perkembangan Fizikal
Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Menurut pendapat Gallahue
(1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada
tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut
atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori
dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability),
pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.
Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di
persekitarannya. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal
kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi
aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam
persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka
pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal
sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran
kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan
persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan
melalui persekitaran yang terbuka.
Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan
perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama ialah
perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah badan
dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah
dari kepala ke kaki ataupun cephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau
proximodistal.perkembangan bermula dari tulang belakang menuju kearah luar badan
dimana pada peringkat prenatal, organ-organ yang terbentuk terlebih dahulu dan
diakhiri oleh pembentukan otot halus.
Prinsip yang kedua ialah susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun
ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang
sama, ada kanak-kanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada
juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan
berpatah balik ke peringkat sebelumnya. Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa
perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu
mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila bayi
merasa sakit, mereka akan menangis. Seperti yang kita sedia maklum, bayi berinteraksi
dengan persekitaran dengan tangisan. Ini menunjukkan mereka memberi reaksi yang
umum terhadap kesakitan yang dialami. Namun pada peringkat yang lebih tinggi,
apabila dia mengalami kesakitan, dia menangis dan sudah boleh menunjukkan di
bahagian badan yang sakit dan apabila sudah menguasai kemahiran bahasa, merak
mula memberitahu tentang kesakitan itu. Prinsip yang keempat menyatakan bahawa
proses perkembangan berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari
bermula dari fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.
Perkembangan yang berterusan namun ada sesetengah perkara atau bahagian yang
akan berhenti pada masa yang tertentu. Prinsip yang kelima menyatakan bahawa
perkembangan berlaku mengikut kepantasan yang berbeza namun masih tetap
berterusan tetapi aspek perkembangan yang berkaitan pada satu organisma mungkin
berbeza. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-
kanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan
berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.Ini bermaksud terdapat perbezaan
dari segi kadar perkembanga diantara individu. Ini bergantung kepada faktor tertentu
sebagai contoh faktor baka. Ini yang menyebabkan sesetengah kanak-kanak dapat
duduk atau merangkak lebih cepat berbanding yang sama umur dengannya. Prinsip
yang keenam pula telah mencadangkan bahawa perkembangan adalah salah satu
bahagian yang saling berhubung kait dengan bahagian yang lain iaitu wujudnya
pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Secara
prinsipnya apabila umur bertambah dan dengan berkembangnya fizikal, maka kognitif
dan mental juga akan berkembang seiring dengan masa.
Pemikiran dan tahap pencapaian mental akan bertambah dan berkembang. Kita dapat
melihat perbezaan antara kanak-kanak ini dari segi percakapan,emosi dan perbuatan
mereka. Terdapat dua teori yang membincangkan mengenai perkembangan fizikal.
Teori pertama ialah teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesel. Teori ini telah
menyatakan menyatakan bahawa kanak-kanak seumpama seperti tumbuh-tumbuhan.
Teori ini juga menekankan tentang kesediaan dan kematangan dalam melihat tentang
perkembangan. Ia juga mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca
apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun dimana pada umur ini mental
meraka sudah mula beransur-ansur untuk matang. Gesel juga melihat kematangan
biologi merupakan perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal kerana ia
adalah satu tindakan semulajadi badan yang tidak dapat dilihat. Maka, ia menjadi tidak
dapat dikawal oleh sesiapa. Gesel juga berpendapat bahawa baka sebagai faktor utama
yang mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu. Jika seseorang mempunyai
baka yang baik, maka dia akan menghasilkan anak yang juga mempunyai baka yang
baik namun tidaklah sama. Gesel percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi
oleh faktor kematangan. Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh
kematangan fizikalnya jika kanak-kanak itu mempunyai kematangan individu yang
cepat, maka kadar perkembangannya adalah lebih cepat berbanding orang lain.
Perkembangan individu juga mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola
tertentu. Ia adalah sejajar dengan keadaan fizikal mereka dan perkembangan otot-otot
mereka. Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak
dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia
perkembangan tersebut. Ini kerana berkemungkinan badan mereka masih belum
mampu untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun sepatutnya mereka sudah
mampu untuk melakukannya. Ini bukan hanya boleh menjejaskan keselamatan kanak-
kanak, ia juga boleh menggangu emosi kanak-kanak apabila mereka dipaksa
melakukan sesuatu yang mereka tidak mampu jalankan.
Teori yang kedua pula ialah teori yang dikemukakan oleh Robert Havingurst.
Teori ini menerangkan konsep kajian perkembangan meliputi bidang pertengahan
antara 2 teori yang bertentangan. Teori-teori ini ialah teori kebebasan iaitu menyatakan
bahawa kanak-kanak akan berkembang dengan lebih baik jika dibiarkan bebas
bergerak dan teori kongkongan atau sekatan yang menyatakan kanak-kanak perlu
belajar untuk menjadi seorang dewasa yang berjasa,bertanggungjawab melalui
kongkongan masyarakat. Kedua-dua teori ini adalah berlawanan dan mempunyai bukti-
bukti tersendiri. Havingurst mendapati terdapat perkembangan kritikal terjadi dalam
setiap satu jangka hayat manusia.Antaranya ialah proses yang muncul daripada
kematangan fizikal seperti belajar berjalan, bercakap, menjaga tingkah laku dengan
berlainan jantina semasa remaja dan penerimaan proses pramenopause. Setiap
perkembangan kritikal yang berlaku akan memberikan impak yang besar dalam hidup
mereka. Perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat
persekitaran mereka. Dia juga menjelaskan. Beliau mendapati terdapat 6 peringkat
umur utama iaitu 0 hingga 5 tahun dikelaskan sebagai bayi dan awal kanak-kanak
hingga 12 tahun dalam pertengahan kanak-kanak, remaja pada umur 13 hingga 18
tahun, awal dewasa pula pada umur 19 hingga 29 tahun, pertengahan dewasa pula
dalam lingkungan umur 30 hingga 60 tahun dan akhir sekali lewat kematangan dalam
umur 61 tahun ke atas. Pada setiap perkembangan, manusia mempunyai tugas yang
perlu dilaksanakan dan keupayaan menjalankan tugas ini akan memberikan kesan
kepada hidup seseorang itu.

2.2Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,


pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana
akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran
yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak
atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,
merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Struktur kognitif berubah melalui
proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantum struktur
kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks. Struktur
kognitif ini juga dikenali sebagai skema.Pembentukan skema ini memerlukan proses
adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif
sedia ada untuk memahami maklumat baru. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak
dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak. Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan
beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Adaptasi pula mengubah
struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui
asimilasi dan akomodasi. Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di
antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan
keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Asimilasi
bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Proses
asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil
daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang
baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya
berkenaan "sebiji epal". Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat
baru maka terjadi ketidakseimbangan dalam pemikiran individu, untuk memperoleh
semula keseimbangan,kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur
kognitif.
Rajah 1. Pembentukan skema

Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan
kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu
proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Dia berpendapat
kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan
yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-
pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi. Terdapat empat peringkat yang dikemukakan piaget
iaitu peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Terlebih dahulu, kita akan melihat mengenai peringkat sensori motor. Pada tahap
ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan
deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang
dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. Yang pertama ialah dari
lahir hingga satu bulan bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan
pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,
gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan
mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian
besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai
gerakan pantulan sahaja. Yang kedua pula antara sebulan hingga empat bulan.
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dimana bayi mula mempunyai
pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu
tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian
sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan
sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila
mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah
punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah
laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan
mengulangi tingkah laku itu lagi. Yang ketiga ialah empat hingga lapan bulan. Di tahap
ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran.
Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu
menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam
tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut
dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut. Peringkat keempat
pula dari lapan hingga dua belas bulan. Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di
mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada
tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di
tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah
mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila
menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. Peringkat ke lima, dua belas
bulan hingga lapan belas bulan. Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui
pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan
kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di
dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat
berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang
kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam
keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan
tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Akhir sekali, lapan belas bulan hingga dua
tahun. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan
untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak
dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah
laku peniruan yang diperhatikan.
Seterusnya, peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi iaitu dari umur 2 hingga 7
tahun. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol
di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di
atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif
mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-
kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi
yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu
pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana
kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara,
ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali
memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang
menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang
dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub
tahapiaitu Tahap Pro-konseptual 2 hingga 4 tahun dan Tahap Pra-operasi 4 hingga 7
tahun. Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini
selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan
dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.
Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism',
'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti
diri'.Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip pengekalan objek iaitu
pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau
keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan
tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila
bentuk dan susunannya berubah.
Seterusnya ialah peringkat operasi konkrit iaitu sejak daripada umur 7 tahun sehingga
11 tahun.. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang
berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada
tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang
yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan
mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain
dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula
memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka
sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham
akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan
konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Pengekalan bermaksud memahami
bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.
Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti
plastersin dan nombor. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih
belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami
konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak
pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Peringkat terakhir
ialah operasi formal iaitu dari umur 11 tahun dan keatas. Pada tahap ini Piaget
menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke
tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan
lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat
membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik. Piaget
menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan
pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan
mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan
berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma
yang terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu
berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal
bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan
(Burbulus & Linn 1988).
Teori yang kedua ialah teori yang dikemukakan oleh Lev Vygotsky. Sumbangan
penting teori Vygotsky adalah penekanan pada pembelajaran sosiobudaya yang
mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu. Vygotsky berpendapat pemikiran
kanak-kanak berkembang hasil pergaulan dan interaksi bermakna antara kanak-kanak
dengan individu yang lebih berpengetahuan. Beliau juga berpendapat kanak-kanak
tidak dapat membina pengetahuan sendiri namun dibina melalui interaksi sosial dengan
individu dipersekitaranya. Maklumat hasil interaksi akan digunakan apabila berdepan
dengan situasi yang hampir sama. Terdapat dua peringkat perkembangan kognitif
individu. Yang pertama ialah peringkat sosial iaitu maklumat dan pengetahuan
diperolehi melalui interaksi dengan individu lain. Peringkat kedua ialah peringkat
individu iaitu kebolehan menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada
interaksi sosial kepada kefahaman individu. Zon perkembangan proksimal ialah
menerangkan kemahira-kemahiran yang sukar dicapai kanak-kanak Berjaya dilakukan
oleh mereka dengan bantuan individu yang lebih mahir. Ia merupakan cara kanak-
kanak mencapai kemahiran dengan bantuan individu lain
Had Atas
kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai
dengan bantuan individu yang lebih mahir.
Zon perkembangan proksimal
kemahiran kognitif kanak-kanak dalam proses
kematangan.
Had bawah
kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh
kanak-kanak. Merupakan pengetahuan sedia
ada.

Perancah (Scaffholding)
Perancah membantuperkembangan kognitif semasa zon perkembangan
proksimal ia mengubah tahap sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar
mengikut keupayaan mereka. Apabila pelajar sudah memahami sesuatu konsep
bantuan yang diberikan akan semakin dikurangkan sehingga pelajar meguasai
kemahiran tersebut. Alat yang penting dalam proses perancah ialah perbualan yang
mana akan membantu pelajar menyusun konsep baru sengan lebih sistemtik dengan
bantuan individu yang lebih mahir. Selain berinteraksi dengan individu lain, kanak-kanak
juga berkomunikasi dengan diri sendiri yang mana dapat menolong kanak-kanak
tersebut merancang dan mengawakl tingkah laku mereka perbuatan ini akan
berkembang menjadi komunikasi tanpa verbal dan berubah menjadi suara hati atau
dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.

You might also like