You are on page 1of 7

CERITA BERBINGKAI

Definisi

Cerita Berbingkai disebut sebagai “cerita dalam cerita”. Ini


kerana ceritanya terjadi daripada satu cerita pokok dan
didalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain.

Cerita-cerita yang terdapat di dalam cerita pokok dikenali


sebagai “cerita sisipan”

Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita


pokok .
Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang
cerita. Tukang-tukang cerita berperanan sebagai “penghubung”
antara cerita pokok dengan cerita sisipan.

Cerita sisipan disampaikan oleh “tukang cerita/watak tertentu


dari cerita pokok untuk menghasilkan hujah atau untuk
membuktikan kebenaran.
Ciri-Ciri Umum Cerita Berbingkai
1. Dari segi isi cerita
Isi cerita berbingkai berasal dari India. Ia dibawa ke Tanah
Melayu ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi.
Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara atau menonjol
berbanding unsur pengaruh Hindu.
2. Struktur isi cerita
Struktur isi cerita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian
pertama pokok cerita dan bahagian kedua ialah cerita sisipan.

3. Watak dan perwatakan


Watak-watak dalam cerita terdiri dari watak manusia dan watak
binatang.
Watak manusia pula terdiri dari kalangan istana dan watak
rakyat biasa.
Watak binatang diberi sifat-sifat personifikasi iaitu boleh bertutur
Watak utama memainkan
dan bertindak peranan penting dalam cerita sebagai
seperti manusia.
pencerita dan watak penyelamat melalui cara bercerita.
4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi seperti ketabahan,
kesetiaan, kejujuran dan keadilan.

5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan.


Di dalam cerita berbingkai terdapat banyak unsur-unsur
pengajaran dan didaktik yang tinggi. Unsur-unsur pendidikan
dan pengajaran banyak ditunjukkan melalui watak-watak dalam
cerita sisispan.
Ciri-Ciri Cerita Sisipan
1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok.
Watak bercerita berbagai-bagai cerita iaitu cerita sisipan dengan
tujuan tertentu seperti untuk membuktikan kebenaran atau
menyelamatkan keadaan.

2. Isi cerita ringkas dan pendek.


Cerita sisipan merupakan satu cerita yang mempunyai isi cerita
ringkas dan pendek. Cerita sisipan dapat mengawal kesatuan
cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.

3. Cerita sisipan mampu berdiri sendiri sebagai cerita


berasingan.
Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan
daripada cerita pokok. Ia mempunyai kesatuan “plot” tema dan
watak tersendiri.
Alat mengemukakan amanat dan pengajaran
Ada kepelbagaian cerita di dalam cerita sisipan menjadikan ia
sebagai alat mengemukakan amanat dan pengajaran.
Karya-karya Cerita Berbingkai
1. Hikayat Bayam Budiman
2. Hikayat Kalila Wa Daminah
3. Hikayat Bakhtiar
4. Hikayat Seribu Satu Malam
Fungsi Cerita Berbingkai
1. Sebagai alat pendidikan moral
Isi cerita kaya dengan unsur didaktik serta pendidikan.

2. Sebagai alat hiburan


Cerita berbingkai memberi kerehatan fikiran dan penyelesian
cerita memberi kemenangan kepada yang berupaya
menggembirakan.
3. Sebagai unsur peringatan
Isi cerita berbingkai mengandungi unsur-unsur peringatan
kepada pembaca contohnya supaya jangan bertindak melulu,
tetapi harus menggunakan akal sebelum mengambil sesuatu
tindakan.
4. Sebagai unsur panduan
Berbagai-bagai cerita dalam cerita sisipan menerapkan unsur-
unsur panduan kepada pembaca.

You might also like