You are on page 1of 8

Bunyi diftong

NAMA: MOHAMAD JAZLAN PENSYARAH: EN. MOHAMAD HANIFAH B.B.K KOYA MOIDEEN KUTTY

Diftong adalah rentetan dua vokal yang


dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.

Dua vokal yang dimaksudkan iaitu dari satu


bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua.

Lafaz bunyi vokal yang pertama lebih lantang


berbanding bunyi vokal yang kedua.

Bunyi diftong dilambangkan dengan dua


huruf vokal :

- Menunjukkan keadaan lidah semasa mula melafazkan bunyi vokal yang pertama. - Menunjukkan keadaan lidah di akhir sebutan.

Terdapat tiga bunyi diftong :

i. Bunyi diftong (ai)


- Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan (a) dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal tertutup (i). contoh: landai,tupai,sampai

ii. Bunyi diftong (au)


- Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi seperti melafazkan bunyi (a) dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang tertutup (u). contoh: lampau,beliau,pulau

iii. Bunyi diftong (oi)


- Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup (o) dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal tertutup (i). contoh: dodoi,kaloi,amboi

Diftong juga terdapat di awal,tengah dan akhir perkataan seperti contoh di bawah ; Diftong Awal Tengah Akhir

/ ai /
/ au /

aising
aurat

cair
daun

pandai
pulau

/ oi /

koir

kaloi

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like