P. 1
Kajian Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

Kajian Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

|Views: 142|Likes:
Published by Puay Khee 刘培琪
kajian perkembangan lukisan kanak-kanak
kajian perkembangan lukisan kanak-kanak

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Puay Khee 刘培琪 on Apr 28, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/15/2013

pdf

text

original

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek “Kajian Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld” Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Terima kasih buat semua.

1

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

ABSTRAK

Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil kajian yang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian ini berdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982). Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakili setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka. Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalam perancangan kurikulum kelak.

2

reka bentuk industri. grafik komputer. terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV PENDAHULUAN Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem. membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. mempelajari sejarah dan antropologi seni. ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan. pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran. Lantaran itu. di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. 3 . arca. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni. serta apa jua yang berkaitan dengan seni. baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya. Kesimpulannya. seni bina.

ciptaan. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat –sifat yang biasa. di dalam menyampaikan idea. seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. perasaan. atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Menurut Herbert Read. Antaranya. Selain itu. emosi. secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah. 4 . seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan. menyenangkan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan”. halus dan penuh bermakna.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV PENGENALAN Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri. didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi. penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni.

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV LATAR BELAKANG Kanak-kanak dan Seni Visual Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi 5 . (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses. berbanding dengan hasilan akhir. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Keinginan untuk bergerak secara bebas.Kanak dan Seni Lukis Melukis sebagai Medium Komunikasi. III. mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti. terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. diterima dan disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan) II. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Keinginan untuk bersaing. Berjaya dan diiktiraf. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Keinginan Asas Kanak-kanak I. aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan. ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk: Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi) Kanak. Melalui lukisan. Dengan demikian. sewaktu aktiviti melukis. ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Keinginan untuk meneroka. 6 . Selain meningkatkan keyakinan diri.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Melalui lukisan. kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. berbanding dengan hasilan akhir. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. TOKOH PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 7 . Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.Melalui aktiviti melukis. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses. semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal.

Dr. Dr. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids consultant‟ dalam tentera laut. Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly found ed Department of Art Education”. beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD 8 . Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960. Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang sama. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education” yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Pada tahun 1938. Austria pada tahun 1903. Ketika di Vienna. Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang sama. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak -kanak‟ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya. keaslian (mencari idea baru dan asli). mempunyai maksud tersirat. menghidu. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. mendengar. kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar. fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi). b) Victor Lowenfeld – menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas). PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VICTOR LOWENFELD 9 . Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih saying kanak-kanak itu lebih pada ibunya. Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod). merasa.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini adalah seperti berikut: PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN) PERINGKAT PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN) PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN) PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN) PERINGKAT PSEUDO-NATURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN) PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN) PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD 10 .

Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. peringkat preschematic. dawning realism. Selain itu. bebas dan 11 . peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. lukisan yang dihasilkan adalah spontan. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. peringkat schematic. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun.

Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. 12 . Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV berskala besar. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

pensel warna serta bahan-bahan lain. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanakkanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV KAJIAN & ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT PERKEMBANGAN Peringkat Scribbling (Contengan) Muhammad Fakrul Amin Bin Mohd Daud ( 2 tahun 9 bulan) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu Pada peringkat ini. kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding. kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah 13 .

Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan. . 14 . Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka.Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri disekeliling persekitarannya. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untuk menghasilkan lukisan di atas. Unsur ruang cuba dinampak kan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej pokok). alat permainan dan sebagainya. Di peringkat awal penghasilan imej. matahari. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Pre-schematic Fatin Syahfinas Binti Safarizan ( 6 Tahun) Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan. ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran 15 . kereta. pokok dan sebagainya. imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Ruang ini dinamakan ruang badan. Objek yang dilukis di manamana sahaja pada ruang lukis. bunga. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah.

Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang dewasa. 16 . pokok. Perhatikan objek-objek yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz. kereta.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV rumahnya. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah. matahari.

Dalam teori Victor Lowenfeld.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Schematic Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih) Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti bujur. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ¾ ruang kertas lukisan. objek yang dilukis adalah berskala besar. 17 . Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan rumahnya di dalam bentuk lukisan. dan tiga segi. empat segi. Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisannya banyak bersifat hiasan (dekoratif).

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. 18 . Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

biru untuk awan dan sebagainya. . Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. terdapat juga warna-warna panas seperti merah. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria. jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk 19 .KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Dawning Realism / The Gang Age Nur Ain Fatihah Binti Mohd Daud (11 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal.

20 . Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV seperti warna biru. Adik Fatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning Farizirah Binti Safarizan (13 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan. dan gunung yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Adik ini merupkan seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirah turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian. 21 .

Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni di sekolah. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Selain itu. respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. Bahan yang dipilih untuk 22 . Kefahaman tentang ruang. imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi. objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School Wong May Kei (17 tahun) Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. perasaan.

Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putih yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti oleh rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV mewarna adalah warna air. Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan pemandangan alam semula jadi. jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. 23 . penegasan. kerharmonian juga kesatuan. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam semulajadi.

Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Menurut Koster (2001). emosi. mental.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV KESIMPULAN Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur. pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari. tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak. Menurut Victor Lowenfeld. aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. sosial. jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dari faktor inilah. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. 24 . Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal.

Sepanjang cuti perayaan yang lalu saya telah mengambil kesempatan untuk mengumpulkan beberapa lukisan melalui saudara-mara serta anak murid di sekolah berdekatan. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain. saya juga mendapatkan maklumat lain melalui blog-blog pelajar seni serta jurnal-jurnal yang terdapat di dalam internet. Kami dikehendaki membuat kajian terhadap hasil lukisan kanak-kanak mengikut peringkatperingkat perkembangan umur mereka iaitu berumur 2 hingga 17 tahun. Selain itu. kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. BIBLIOGRAFI 25 . Saya juga meminta anak-anak jiran yang berbeza dari segi umur melukis dan mewarna.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV REFLEKSI Pada 19 Januari yang lalu. Kami juga diminta menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan Artisitik Kanak-kanak oleh Vicktor Lowenfeld.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Mohd Azhar Abdul Hamid (2004).com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-kanak.scribd. Pearson Longman. Chua Yan Piaw (2011). Barbara Herberholz – 9th ed (2002). http://imann9969. Universiti Putra Malaysia.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24. Artworks For Elementary Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness.edu.wikipedia. Habibah Elias. Rahil Mahyuddin .ptar.org/wiki/Viktor_Lowenfeld http://www. Universiti Teknologi Malaysia. Maria Chong Abdullah (2005). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM.html http://www.pdf http://en.org/zulmz65/senikanakanak1. Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis.blogspot. Mc Graw Hill. Donald Herberholz. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak 26 .uitm.pdf http://eprints.oocities.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->