You are on page 1of 3

1.

0 TOKOH AHLI FALSAFAH JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya. Keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg. Pada tahun 1769, beliau telah berkahwin dengan Anna Schulthess seorang gadis dari keluarga golongan kelas pertengahan di Zurich dan pada tahun 1770 beliau telah dikurniakan seorang anak dan diberi nama Jean Jacques. Pada tahun 1775 beliau telah membeli sebuah ladang berhampiran Neuhof, Switzerland dan telah mendirikan sebuah sekolah. Pendidikan di sini diberikan secara percuma kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar. Di sekolah ini, beliau telah mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran sepertimana beliau mengajar anaknya Jean Jacques. Beliau telah telah Berjaya memberI pendidikan kepada kanak-kanak ini yang sebelum ini tidak berpeluang untuk belajar atau bersekolah. Di sini beliau telah membentuk kaedah belajar berkumpulan dalam mempelajari bidang pembacaan, penulisan dan matematik. Namun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan hutang yang banyak. Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedahkaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871 beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk The Evening Hours of a Hermit yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru.

Pada tahun yang sama beliau telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk Leonard and Gertrude. Di dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan ideaideanya tentang pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Jilid keempat dan yang terakhir telah dicetak dalam tahun 1785. Walaupun buku tersebut hanya menjadi bahan rujukan sahaja kemudiannya, dia mendapat sedikit keuntungan dari cetakan Fables (cerita teladan) iaitu koleksi cerita-cerita mengenai haiwan yang padat dengan nilai-nilai murni dan sebuah lagi buku bertajuk Inquiry yang mana ianya berkaitan dengan falsafah. Kedua-dua buku ini telah diterbitkan pada tahun 1791. Dalam tahun 1798, Pestalozzi telah menawarkan diri untuk menolong anak-anak yatim di Stanzs berikutan dengan kemusnahan yang tercetus akibat daripada Revolusi Swiss. Semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland dalam tahun 1798, beberapa orang kanak-kanak yatim telah ditinggalkan bersendirian tanpa makanan dan tempat tinggal di Canton of Nidwalden. Pestalozzi telah mengambil kanak-kanak tersebut dan menjaga mereka. dia telah menukarkan sebuah gereja yang telah ditinggalkan menjadi sebuah sekolah untuk kanak-kanak tersebut.

Dalam tahun 1799, Pestalozzi telah menawarkan perkhidmatan kepada pendudukpenduduk Kampung Burgdorf . Apabila penduduk Kampung merasa curiga dengan cara kaedah pengajarannya, dia mengambil keputusan untuk membuka sekolah persendiriannya sendiri. Sekolah ini kemudiannya berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi terkenal. Akhirnya sekolah ini telah ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Akhirnya pada tahun 1801 sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara dan kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan. Pestalozzi telah memindahkan sekolahnya ke sebuah istana lama di Yverdon dalam tahun 1805 dan kekal di situ selama 20 tahun. Sekolah ini juga telah menarik perhatian para pelajar dan guru-guru dari seluruh dunia. Wakil-wakil dari Prussia sangat berbangga dengan sekolah tersebut. Mereka telah membawa pulang cara-cara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussia. Mereka telah mengaplikasikan kaedah pengajaran ini ke dalam sistem pendidikan Negara mereka. Pestalozzi telah menutup sekolahnya dan telah bersara pada tahun 1826. Dia telah meninggal dunia pada 17 Februari 1827. Mayatnya telah dikebumikan di New Neuhof iaitu di tapak sekolah pertamanya dahulu. Di Neuhof, Pestalozzi telah menulis hasil karyanya yang terakhir "Schwanengesang(swansong). Buku tersebut terdiri dari dua bahagian. Bahagian yang pertama terdiri daripada sebuah autobiografi dan bahagian yang kedua adalah penerangan yang lengkap tentang teori-teori pembelajarannya.

You might also like