You are on page 1of 11

Definisi Rancangan Pengajaran Harian Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh

guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuan?

Menjamin pencapaian objektif. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar. 2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar. 3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. 4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. 5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum. 6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. 7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun. 8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran


1. Permulaan pengajaran - menarik perhatian murid terhadap perkara yang hendak diajar. - menimbulkan minat murid - menggalakkan pernyertaan murid - mengaitkan dengan PSA - memberitahu apa yang akan diajar. 2. Perkembangan Pengajaran - penyampaian isi pelajaran mestilah teratur - kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid - mempelbagaikan aktiviti mengikut kebolehan murid

- menepati hasil pembelajaran 3. Pengurusan bilik darjah - mewujudkan persekiran pembelajaran yang kondusif - kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas 4. Komunikasi - lantang - kuat - jelas - nada dan intonasi pelbagai - suara menarik - peka dengan bahasa murid - bahasa standard 5. Kualiti Pembelajaran - penglibatan murid aktif - penglibatan menyeluruh - ada menunjukkan perubahan tingkah laku - menunjukkan murid faham apa yang diajar - murid reponsif terhadap pelajaran 6. Penutup - penutup kognitif( menarik perhatian murid kepada apa yang telah dipelajari, membuat peneguhan) - penutup sosial - membina rasa pencapaian - rasa menguasai pembelajaran. 7. Pencapaian Hasil Pembelajaran - pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti pp yang dilaksanakan. 8. Aplikasi nilai - diterapkan dengan baik - berkesan - mengikut kesesuaian masa

Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian


Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: 1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif: -eksplisit -tepat -jelas -sesuai dengan kebolehan murid -sesuai dengan sukatan pelajaran 2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH: Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria: Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 : Pada akhir pelajaran murid dapat: Membaca dengan kuat 1 petikan Menunggu Kelahiran dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu. A Audiens B Behaviour C Content D Degree S Sosial - murid - membaca dengan kuat - petikan teks Menunggu Kelahiran - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul - individu

Contoh 2: Pada akhir pelajaran murid dapat: 2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas. A Audiens B Behaviour C Content D Degree S Sosial - murid - menyatakan - petikan teks Menunggu Kelahiran - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan betul. - secara individu, kumpulan dan kelas.

Contoh 3 : Pada akhir pelajaran murid dapat: 3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan menggunakan peribahasa yang disediakan secara individu. A Audiens - murid

B Behaviour C Content D Degree S Sosial

- membina ayat secara bertulis - peribahasa yang disediakan - 4 ayat mudah - secara individu.

ASAS PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) ASAS PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

OBJEKTIF RPH OBJEKTIF Pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran IMPLIKASI Menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak Sukatan pelajaran bagi topik berkenaan. Menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai. OBJEKTIF RPH OBJEKTIF Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan. IMPLIKASI Menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan. Pilih aktiviti/ pengalaman pembelajaran yang sesuai. Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran. Tentukan penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai. OBJEKTIF RPH OBJEKTIF Penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian objektif pengajaran. IMPLIKASI Tentukan prosedur pentaksiran yang sesuai. Gunakan pentaksiran yang bersifat performance-based. Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran. OBJEKTIF RPH

OBJEKTIF Mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum. IMPLIKASI Rancangkan penggunaan masa pengajaran. Pastikan guru dan murid on-task. Pantau penglibatan murid secara berterusan. LANGKAH PENYEDIAAN RPH ANALISIS SUKATAN PELAJARAN Menentukan Hasil Pembelajaran. Menentukan skop isi kandungan. Menentukan aras Hasil Pembelajaran ANALISIS MAKLUMAT MURID Maklumat umum murid. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Minat dan kecenderungan. Gaya pembelajaran.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN Menentukan Hasil Pembelajaran, situasi murid mempamerkan Hasil Pembelajaran dan tahap masteri. Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir. Dinyatakan dengan jelas dan spesifik. MEMILIH MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran. Asas pemilihan: keperluan pembelajaran murid, sesuai dengan situasi pembelajaran dan objektif pengajaran, berupaya merangsang minat murid dan menyediakan peluang penglibatan murid. LANGKAH PENYEDIAAN RPH MENENTUKAN PENGGUNAAN MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai objektif pengajaran. Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi. Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan. LANGKAH PENYEDIAAN RPH MENENTUKAN AKTIVITI DAN BENTUK PENGLIBATAN MURID

Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid. Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran yang dipelajari. Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator. MENENTUKAN PROSEDUR PENTAKSIRAN PENCAPAIAN OBHEKTIF Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran. Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai fasilitator.

ELEMEN UTAMA RPH PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN PENGETAHUAN SEDIA ADA ISI KANDUNGAN PELAJARAN STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR PENERAPAN NILAI PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PENUTUP ULASAN KENDIRI GURU PELATIH PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN Analisis dapatan kajian Jabatan Ilmu Pendidikan MPTI: Tidak menunjukkan ketekalan dalam penggunaan kata kerja t.laku eksplisit. Tidak menunjukkan situasi yang membolehkan sesuatu tingkah laku itu tercapai. Tidak menyatakan dengan jelas tahap pencapaian minimum yang dikehendaki. Pemilihan objektif yang tidak selaras dengan tajuk pelajaran. PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN Analisis dapatan kajian Institut Perguruan Miri. Objektif pengajaran tidak selaras dengan Hasil Pembelajaran. CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN MENENTUKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES) Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan tajuk yang diajar. Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran. Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan pentaksiran. CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU Perlu dinyatakan dalam keadaan situasi pembelajaran yang jelas atau memerlukan situasi yang spesifik.

Pilih situasi yang realistik. Membantu menjadikan proses P&P lebih jelas, berfokus dan respons murid lebih berstruktur. CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU. CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN MENENTUKAN TAHAP KRITERIA Merujuk kepada tahap prestasi pembelajaran yang memenuhi keperkuan objektif pengajaran. Bersifat pertimbangan profesional. Merupakan cut-off points pembelajaran. Selaras dengan Hasil pembelajaran. PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil pembelajaran. Ringkasnya ABCDS. A = Audience B = Behaviour C = Content D = Degree of Achievement S = Situation OBJKETIF PENGAJARAN AUDIENCE BEHAVIOR CONTENT DEGREE SITUATION PENGETAHUAN SEDIA ADA Pengetahuan / kemahiran asas yang membantu pelajar dalam pembelajaran baru. Pengetahuan / kemahiran asas yang menjadi prasyarat kepada pembelajaran baru. ISI KANDUNGAN PENGETAHUAN Kandungan maklumat yang perlu diperolehi dan difahami oleh pelajar KEMAHIRAN Perlakuan yang perlu dikuasai oleh pelajar berkenaan kandungan pengetahuan yang dipelajari. CONTOH TAJUK: RESPIRASI PENGETAHUAN

Organ-organ dalam sistem respirasi. Mekanisme respirasi. Peranan darah dalam respirasi. Proses respirasi sel. Kesan merokok ke atas sistem respirasi. KEMAHIRAN Menjelaskan mekanisme pernafasan, proses pengangkutan oksigen dan karbon dioksida oleh darah,proses pengoksidan makanan dalam sel badan. STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN Aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dan aktiviti / pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membolehkan pelajar menguasai apa yang diajar. Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Aktiviti pengajaran pembelajaran. Aktiviti pengayaan. Aktiviti pengukuhan. Aktiviti pemulihan. Aktiviti kemahiran berfikir. Aktiviti penilaian Peranan guru sebagai fasilitator.

PRESENTING INFORMATION EVENTS OF INSTRUCTION Gain attention Pre-requisite knowledge Present objectives Present content Provide learning guidance Elicit performance Provide feedback Evaluate Enhance retention INSTRUCTIONAL STRATEGIES Lead-in Build-up Advance Organizer Prepare & Preview Explanation Examples

Simulations Analogies Scenarios Evidence Exercises, self-test, quizzes Summary PENERAPAN NILAI Penerapan nilai murni melalui isi kandungan. Penerapan nilai murni melalui aktiviti. Penerapan nilai kenegaraan. Penerapan nilai dan sikap saintifik. PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF Prosedur pengumpulan maklumat mengenai pembelajaran pelajar. Menentukan pencapaian objektif pelajaran. PENUTUP Penutup kognitif merumuskan kandungan utama pelajaran. Penutup sosial memupuk perkembangan afektif pelajar.

BENGKEL 1 Pilih satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran sekolah dan tuliskan objektif pengajaran bagi tajuk berkenaan. Rujuk HSP bagi membantu anda menulis objektif pengajaran yang tepat. BENGKEL 2 Dengan merujuk kepada salah satu RPH yang dibekalkan, nilai kekuatan dan kelemahan elemen-elemen perancangan pengajaran yang terkandung dalam RPH berkenaan. PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR Penglibatan dalam proses berfikir secara aktif. Refleksi dan metakognitif. Latihan pengukuhan. Aplikasi kemahiran berfikir. PERTIMBANGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR Pilih kemahiran berfikir yang berkaitan dengan pembelajaran tajuk yang diajar. Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses berfikir bagi kemahiran berfikir yang ditentukan. Kemahiran berfikir yang dipilih dapat membantu menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Pilih satu / dua kemahiran berfikir dalam sesuatu pelajaran mengikut objektif pelajaran. KATEGORI KEMAHIRAN BERFIKIR PEMIKIRAN KRITIS Mencirikan Banding beza Kategori Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Memeriksa andaian Menentukan kebolehpercayaan sumber Membuat ramalan Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan PEMIKIRAN KREATIF Menjana idea Membuat inferens Membuat analogi Membuat metafora Mengitlak Membuat gambaran mental Mereka cipta METAKOGNITIF Konsep: Pemikiran ke atas pemikiran. Operasi: Merancang mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir dan merancang pelaksanaannya dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Memantau mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar. Menilai mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang dilalui. Tujuan: Menyedari cara kita berfikir, mencari pelbagai alternatif penyelesaian masalah, dan cara melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual. CONTOH SOALAN METAKOGNITIF Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B?

Bagaimanakh anda membezakan daun A dan daun B? Mengapakah anda menggunakan kaedah itu? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat? SOALAN KOGNITIF Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B. Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B. Daun manakah yang lebih: - lebar - panjang dicatat oleh

You might also like