P. 1
LOMPAT TINGGI.docx

LOMPAT TINGGI.docx

|Views: 1|Likes:
Published by Farhanis Omran

More info:

Published by: Farhanis Omran on Apr 29, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/28/2014

pdf

text

original

LOMPAT TINGGI

1.0 PERALATAN

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1. Tiang Lompat Tinggi.

Jika perlu diubah umpamanya kedudukan. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. 3. 2. Kawasan Mendarat . Palang Lompat Tinggi. logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu.

kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Pita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta.Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan. 4. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan. . Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu. kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat. adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. Kini. pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat.

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) . . 5. jarak minimum ini sepatutnya 25m. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m. 4. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat 6. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Tiang. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. jika keadaan mengizinkan .3 itu tidak melebihi 1: 250.5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak 3.

0 FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan – larian menghala ke palang b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau. ke depan atau ke belakang.jika demikian. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh. tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. apabila tersentuh oleh peserta. 4smx6sm. . 9. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm. 8. perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan.7. Sangga Palang. d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. Sangga hendaklah saam tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur. 2.

gaya timur. b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melepasi palang.3. gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Semasa melonjak. pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur. a) Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. gaya guling barat.0 GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat beberapa gaya lompat tinggi. . iaitu gaya gunting.

Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. c) Gaya guling barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. Pelompat menuju ke palang secara . d) Gaya pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat.

Ketika ini. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir. . Ketika melepasi palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas. muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. pelompat hendaklah melompat dengan kuat. b) Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak. c) Layangan Setelah membuat lonjakan. a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Serentak dengan tolakann ini. badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang.bersudut.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal. d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan.Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. . e) Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop . b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah. c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas. pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Untuk tujuan keselamatan. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. 1) Penujuan Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Lantikan badan ini akan membantu bahagian . Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. 2) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang. 3) Layangan Semasa di udara. pelompat menoleh ke belakang (menendang palang) sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan.

Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah palang. kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. 3. Berjalan dengan lutut tinggi b. Berlari dalam bulatan d. Melonjak f. b. Berlari mengikut laluan angka lapan. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat). melompat secara dirian dan mendarat. pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Setelah badan pelompat melepasi palang. kaki selari denagn palang.punggung pelompat badan melepasi palang. Berlari dengan lutut tinggi c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’. 4) Pendaratan Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas. . d. e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki bersudut 45 darjah.Aktiviti mendorong a. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung. 2. Memulakan lompatan dengan gaya gunting. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan. c.0 Latihan Ansur Maju 1.Latihan Lompatan a. e.

maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat. jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya.f. i. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan. 3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. sebelum melepasi palang. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya. Ulang (f) dengan papan anjal. dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan padanya. 2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat. Menentukan titik semak. palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau. Peraturan Lompat TInggi Pertandingan 1. Selepas sesuatu lompatan. Seorang peserta itu gagal sekiranya: a. 2. 4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah. h. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki. g. Walau bagaimanapun sewaktu melompat. . b.

7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN 1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir. 6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang. 9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan. 2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong. 3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. 11) Sebelum badan melepasi palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya. 10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan. 8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit. 4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat. bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat. . 5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->