You are on page 1of 5

SISTEM PENCERNAAN DALAM RUMINAN

Ruminan dan rodensia makan tumbuhan yang mengandungi peratus selulosa yang tinggi. Ruminan mendapatkan tenaga daripada penguraian dinding sel tumbuhan berselulosa kepada gula ringkas oleh enzim selulos Ruminan seperti lembu dan kambing mempunyai perut yang dibahagikan kepada 4:P- Rumen Q-Reticulum R-Omasum S-Abomasum Rumen Reticulum Oesophagus Mouth

Oesophagus

Intestine

Abomasum

Omasum

Oesophagus

Penyesuaian ini membolehkan ruminant menjalankan proses peruminaan, iaitu proses memuntah dan mengunyah semula makanan. Ruang rumen dan retikulum mempunyai bakteria dan protozoa yang merembeskan enzim selulase untuk mencernakan selulosa.

SISTEM PENCERNAAN SELULOSA DALAM RODENSIA


Rodensia seperti tikus,hamster,tupai dan arnab mempunyai sekum dan appendiks yang sangat besar untuk mikroorganisma mutualistik. Mikroorganisma ini merembeskan selulase untuk mencernakan selulosa. Hasil penguraian ini melalui salur alimentary dua kali. Tinja pertama dihasilkan pada waktu malam adalah lebih lembut dan berair. Ia akan dimakan semula untuk menyerap hasil penguraian bakteria ini. Tinja yanga dikeluarkan untuk kali keduanadalah lebih keras dan agak kering.

PENYESUAIAN SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN RODENSIA UNTUK PENCERNAAN SELULOSA


RUMINAN Perut mempunyai empat ruang. Makanan dicernakna 2 kali (memuntahkan&menguyah sebelum ditelan) Tiada sekum dan apendiks RODENSIA Perut mempunyai satu ruang.

Mempunyai sekum7apendiks yang besar

PROSES ASIMILASI DALAM HATI


ASID AMINO
Asid amino yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan dan diuraikan dalam hati melalui proses pendeaminaan kepada urea untuk disingkirkan. Asid amino berlebihan Urea

Apabila bekalan glukosa dan glukogen tidak mencukupi, hati menukarkan asid amino kepada glukosa. Plasma protein disintesiskan daripada asid amino dan digunakan untuk pembekuan darah dan pengosmokawalaturan.

GLUKOSA
Glukosa berlebihan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan dalam hati. Glukosa berlebihan Glikogen

Apabila paras glukosa dalam darah menurun dan badan memerlukan tenaga, glikogen ditukarkan semula kepada glukosa (hormon glukagon). Glukosa dalam hati digunakan untuk respirasi sel. Glukosa + Oksigen Tenaga + Karbon dioksida + Air

ASID AMINO Diperlukan untuk sintesis pelbagai jenis protein dan protoplasma baharu dan membaiki tisu yang rosak. Penting untuk sintesis enzim dan hormon.

GLUKOSA Dioksidakan semasa respirasi sel untuk menghasilkan tenaga, air & karbon dioksida. Tenaga digunakan proses kimia sel. Cth: pengecutan otot&sintesis protein.

LIPID Fosfolipid dan kolestrol ialah komponen utama membren plasma. Lemak yang berlebihan disimpan dalam tisu adipos yang terdapat dibawah kulit. Apabila badan kekurangan glukosa lipid.

FUNGSI-FUNGSI HATI
1.

Mengawal atur kepekatan aras glukosa darah oleh hormone insulin dan glukagon. Glukagon berlebihan Glikogen

2. 3. 4. 5.

6. 7.

Mensintesis plasma protein seperti fibrinogen dan prothrombin. Menghasilkan hempedu,campuran pigmen hempedu dan garam hempedu. Menyimpan nutrien seperti vitamin larut lemak (A,D),B12,ferum,kuprum dan potassium. Detoksifikasi bahan beracun seperti alcohol,dadah,toksin,racun serangga, karsonogen dan racun dengan menyingkirkan dan memetabolismakan bahan tersebut kepada bentuk yang lain. Deaminasikan asid amino. Asid amino yang berlebihan diuraikan kepada urea. Menghasilkan haba.

PERBEZAAN
MANUSIA Perut mempunyai 1 ruang. Sekum pendek Tidak dapat mencerna selulosa Tiada enzim selulase RUMINAN Perut mempunyai 4 ruang. Sekum pendek Pencernaan selulosa berlaku di perut (rumen&retikulum) Bakteria&protozoa dalam perut rembeskan enzim selulase Makanan melalui rumen&retikulum. Makanan dikembalikan kepada mulut untuk dikunyah semula. Ia ditelan semula ke omasum&abomasum RODENSIA Perut mempunyai 1 ruang. Sekum panjang&besar Pencernaan selulosa berlaku dalam sekum Bakteria&protozoa dalam sekum rembeskan enzim selulase

Makanan melalui salur alimentari sekali

PENYERAPAN DAN ASIMILASI HASIL PENCERNAAN MAKANAN


ILEUM Tapak penyerapan utama nutrien untuk penyerapan yang berkesan. Ileum mempunyai luas permukaan yang besar yang dapat dicapai melalui:a. b. c. d. Usus kecil sepanjang 6 meter. Dinding sebelah dalamnya berlipat-lipat. Mempunyai unjuran-unjuran halus menyerupai jejari disebut vilus. Pada permukaan sel epithelium vilus terdapat banyak unjuran mikroskopik yang disebut mikrovilus.

PENYESUAIAN ILEUM
1. Mempunyai mikrovilus untuk menambahkan luas permukaan untuk penyerapan nutrien. 2. Mempunyai lapisan dinding yang nipis setebal satu sel makanan tercerna dapat meresap melaluinya dengan cepat. 3. Mempunyai jaringan kapilari darah untuk pengangkutan hasil pencernaan. 4. Mempunyai lacteal untuk penyerapan asid lemak dan gliserol. 5. Bilangan vilus adalah banyak dan kehadiran mikrovilus menambahkan luas permukaan untuk meningkatkan penyerapan nutrien.

PROSES PENYERAPAN NUTRIEN DALAM VILUS


1. Penyerapan nutrien melibatkan respan atau pengangkutan. 2. Glukosa,asid amino, vitamin B,C dan mineral pada awalnya meresap melalui sel epitelium ke kapilari darah dari semua vilus bergabung membentuk satu vena yang besar iaitu vena portal hepar yang membawa darah yang kaya dengan hasil pencernaan ke hati dan diangkut ke seluruh bahagian badan. 3. Gliserol,asid lemak dan vitamin A,D,E,K memasuki sel epitelium dan bergerak ke lakteal. Lakteal bergabung menjadi salur limfa yang lebih besar. Lemak dan vitamin larit lemak masuk ke dalam system limfa melalui duktus limfa kanan dan toraks. 4. Duktus ini mengalirkan kandungannya ke dalam vena subklaviksi. Dengan ini, asid lemak dan gliserol dikembalikan ke dalam system peredaraan darah.

ASIMILASI PENCERNAAN MAKANAN


1. Makanan tercerna (glukosa,asid amino,gliserol dan asid lemak) diangkut melalui vena portal hepar terus ke hati. *Hati- mengawal jumlah nutrien ke yang perlu diedar dan diangkut oleh system kapilari darah. 2. Asimilasi- proses penukaran molekul ringkas hasil pencernaan kepada molekul kompleks yang boleh digunakan/disimpan dalam sel. Misalnya, penukaran asid amino kepada protein plasma dan sintesis glikogen daripada glukosa.

MIKROORGANISMA DALAM KOLON


1. Bakteria dalam kolon (biasanya esherichia coli) mensintesis vitamin K dan B12. Vitamin K diperlukan dengan pembekuan darah manakala vitamin B12 penting untuk penghasilan sel darah merah. 2. Mikroorganisma berfaedah merembeskan antibiotik yang dapat membunuh dan merencatkan kitar hidup mikroorganisma yang tidak berfaedah dan berbahaya. 3. Pengambilan antibiotik berlebihan mambunuh mikroorganisma yang berfaedah. Oleh itu, vitamin K dan B12 tidak dapat disintesis.

TABIAT PEMAKANAN YANG KURANG BAIK a. b. c. d.


Gastritis Obesiti Anoreksia nervosa Bulimia

You might also like