You are on page 1of 13

TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 1

PENGENALAN

“A major and continuing problem of teacher education is the evaluation of its

‘product’ namely teacher. Teacher education is analogous to industry in that it

needs to evaluate the ‘product’ and to feed that evaluative information back into

the program of preparation in order to improve the quality of the teaching

profession.”(sumber: American Association of Colleges for Teaching Education-

AACTE)

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang

dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan

kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Kita sebagai guru perlu membuat

pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung

untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan

ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia

pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru

apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai

prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung

istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna

yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang

sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau

dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 2

Walaupun penilaian menjadi satu bidang yang sangat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, masih ramai guru yang bersikap sambil lewa mahupun yang kurang mahir

dalam teknik-teknik penilaian ini. Penilaian bagi mereka hanya berfungsi sebagai alat untuk

memilih dan mengasing pelajar sahaja. Padahal terdapat pelbagai tujuan lain penilaian yang lebih

penting daripada itu yang perlu mereka tahu dan titik beratkan.

Takrif Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses

mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan

antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang

membuat keputusan.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa

mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau

keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan

pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih

bersifat kuantitatif.

Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai

satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian

pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil progam

pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian,
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 3

adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam

keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian

yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan

menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.

Mengapakah perlu ada penilaian?

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran

dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan

pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan

sepatutnya memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak

sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Antara tujuan utama penilaian ialah sebagai:

• Untuk mengetahui secara kasar keupayaan, kemahiran atau pengetahuan sedia ada pada

murid pada awal tahun melalui diagnostic test. Tahap pengajaran selanjutnya bolehlah

diperolehi berdasarkan hasil daripada ujian tersebut.

• Untuk membantu guru-guru bagi mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah

dapat menguasai atau mempelajari apa yang akan disampaikan. Dengan kata lain, guru-

guru dapat melihat sejauh mana pengajaran itu berhasil.

• Untuk menilai prestasi pelajar dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar

dengan rakan-rakan sekelas atau peringkat kelas yang sama di sekolah.

ISU 1 : ADAKAH PENILAIAN ITU PEPERIKSAAN SEMATA-MATA?


TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 4

Menurut Black dan Wiliam (1998), guru-guru di sekolah lebih menumpukan kepada

penilaian terhadap pembelajaran berbanding penilaian untuk pembelajaran iaitu guru lebih

mengutamakan fungsi pemberian gred dan kurang memberatkan aspek-aspek pembaikpulihan

pengajaran dan menggalakkan pembelajaran pelajar. Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh

Azman Wan Chik (1989) memperolehi dapatan yang hampir sama. Selain itu kajian yang

dijalankan oleh Bhasah Abu Bakar (2003) terhadap pelajar Tingkatan Tiga juga menunjukkan

fungsi pemberian gred masih menjadi tumpuan utama.

Dalam hal ini, menurut ARG (1999) dan Black dan Wiliam (1998), penilaian di sekolah

hendaklah diamalkan untuk dua tujuan utama iaitu untuk memberi gred dan pelaporan iaitu

menentukan status pembelajaran pelajar atau dikenali sebagai penilaian terhadap pembelajaran

(assessment of learning) dan untuk menggalakkan pembelajaran atau dikenali sebagai penilaian

untuk pembelajaran (assessment for learning). Kedua-dua jenis penilaian ini sama-sama

memainkan peranan yang penting di sekolah. Secara umumnya, penilaian terhadap pembelajaran

lazimnya dijalankan ketika peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir iaitu setelah keseluruhan

atau sebahagian besar topik pengajaran selesai disampaikan. Penilaian untuk pembelajaran pula

berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sedang berlangsung.

ISU 2 : ADAKAH GURU MENGAJAR PEPERIKSAAN ATAU MENGAJAR UNTUK

PEPERIKSAAN?

Seterusnya, menurut Airasian (2000), penekanan terhadap amalan penilaian terhadap

pembelajaran ini menyebabkan berkembangnya budaya mengajar peperiksaan (teaching the test)

berbanding mengajar ke arah peperiksaan (teaching to the test). Penyelidikan di beberapa buah

sekolah meliputi beberapa buah negeri di Malaysia memaparkan bahawa budaya ini
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 5

sememangnya sudah menjadi amalan biasa iaitu sebagai salah satu aktiviti persediaan

peperiksaan terutamanya apabila menjelang musim peperiksaan awam. Ditinjau dari satu segi,

budaya ini mungkin boleh menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi tanpa

disedari pencapaian ini mungkin hanya pencapaian yang palsu atau tidak sah akibat daripada

aktiviti persediaan peperiksaan yang tidak beretika (Gallagher, 1998). Selain itu budaya ini akan

menyebabkan kesan yang dipanggil sebagai washback effect (Marlin Abd. Karim, 2003) yang

bermaksud pembelajaran di dalam bilik darjah lebih menjurus kepada persediaan untuk

menghadapi peperiksaan. Oleh itu pelajar lebih banyak menghafal segala fakta yang

disampaikan, diberi latih tubi dan diberi contoh-contoh soalan yang berkaitan berbanding untuk

memahami sepenuhnya isi kandungan pelajaran yang disampaikan.

Perbincangan di atas menggambarkan bahawa pemberian gred begitu ditekankan dalam

proses penilaian di sekolah dan ianya nya sekali bertentangan dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dengan lain perkataan, fenomena ini menyebabkan guru memfokuskan proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan

berbanding untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran.

Guru juga mungkin tidak rnenyedari bahawa kecemerlangan pelajar boleh ditingkatkan melalui

proses penilaian.

ISU 3 : ADAKAH GURU ADA MEMBUAT PENILAIAN DI DALAM BILIK DARJAH?

Sebagai melambangkan betapa tidak prihatinnya guru terhadap penilaian untuk

pembelajaran, Isaacson (1999) menyatakan bahawa sebilangan besar guru tidak menggunakan

sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah untuk memantau pembelajaran pelajar, menilai keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran

guru dan sebagai panduan membuat keputusan-keputusan berkenaan pengajaran. Menurut Abu
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 6

Bakar Nordin (1986), implikasi yang dahsyat daripada budaya ini ialah pelajar yang lemah akan

terus tertinggal atau terus diketepikan, kelemahan pengajaran guru tidak diperbaiki dan guru

lebih cenderung untuk meletakkan kesalahan pada bahu pelajar semata-mata apabila keputusan

peperiksaan kurang memuaskan.

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum

balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang

telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang

dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan

seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah

atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat

mengenal pasti pelajar yang cepat atau cerdas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar

yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada

untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau

mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan

memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar

secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi

pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan

kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik

punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan

pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat

diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya

mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.


TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 7

ISU 4 : ADAKAH PENILAIAN YANG DIBUAT MEMPUNYAI CIRI KESAHAN YANG

BAIK?

Sesuatu penilaian dikatakan sah apabila ia mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan sesuatu penilaian mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain

keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.

Kesahan sesuatu ujian atau penilaian boleh ditingkatkan dengan menyediakan blue

print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat

memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. JPU memerlukan guru menetapkan tajuk-

tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom, bilangan soalan bagi

tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran

bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid

yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-

tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

Walau bagaimanapun, apa yang sering dilakukan oleh guru-guru ialah mereka tidak

begitu menitik beratkan kesahan sesuatu penilaian itu. Kadangkala, mereka hanya memilih satu

bahagian pada sebuah buku latihan yang ada di pasaran dan dicetak untuk dijadikan item ujian

peperiksaan tanpa peduli akan aras pelajar, sukatan pelajaran dan aras soalan mengikut

Taksonomi Bloom.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 8

ISU 5 : ADAKAH CIRI KEBOLEHPERCAYAAN ADA PADA PENILAIAN YANG

DIBUAT?

Kebolehpercayaan (reliability) sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan

kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan

menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah

dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. Soalan yang

dibina jika tidak mempunyai kebolehpercayaan atau mempunyai kebolehpercayaan rendah tidak

akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian

yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.

Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita sepatutnya menyoal diri kita

sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan

kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan itu

bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita

tidak mahu markah yang diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu

datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri. Umpamanya kita mahu menguji samada

murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih daripada 20 dan dengan bertangan. Kita

tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang

dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar

soalan-soalan itu, maka kita bolehlah berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan

keupayaan murid itu. Dengan kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita

memastikan yang ujian atupun alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan

jawapan yang mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.


TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 9

Faktor kebolehpercayaan juga timbul ketika pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif

tidak menimbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai

dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku

di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang

pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus

menyediakan satu skema pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skema ini

apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

KESIMPULAN

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran

bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala

maklumat yang diperoleh, dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian,

guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ianya dirancang dan ditadbir dengan teliti, penilaian boleh

memberikan maklumat berguna untuk meningkatkan P&P.

RUJUKAN:

Abu Bakar Nordin. (1986). Asas penilaian pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

Airasian, P. W. (2000). Assessment in the classroom: A concise approach. Boston: Mc-Graw-


Hill.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 10

Assessment Reform Group (ARG) (1999). Assessment for learning: Beyond the black box.
Cambridge, UK: University of Cambridge School of Education.

Azman Wan Chik. (1989). The system of educational evaluation (testing) in Malaysian schools:
Mathematics, science subjects, languages and social studies. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Bhasah Abu Bakar & Misnan Jemali. (2003, Mei). Pendidikan berorientasikan peperiksaan
(exam oriented) dari perspektif pelajar sekolah menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan
3). Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan,
Kuala Lumpur.

Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in Education,
5(1), 7 -73.

Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and
application. 2nd ed.

Gallagher, J. D. (1998). Classroom assessment for teachers. Englewood Cliffs, NJ: Prentice
Hall.

Isaacson, S. (1999). Instructionally relevant writing assessment, Reading & Writing Quarterly,
14,29 -48.

Marlin Abd Karim. (2003, Mei). High stakes examination: Washback in the language
classroom. Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.

Stufflebeam, D.L. (1971). “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty, W.H (Ed.)
Improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour.
Washington D.C: ASCD.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 11

LAMPIRAN
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 12

TAHUN NAMAPEPERIKSAAN
• Lower Certificateof Education(LCE) diperkenalkan.
1957 • School Certificate(SC)/Federationof MalayaCertificate (FMC)
diperkenalkan.
1960 • SijilRendahPelajaran(SRP) diperkenalkan.

1962 • SijilPelajaranPersekutuanTanahMelayu(SPPTM) diperkenalkan.


• MalaysiaCertificate of Education(MCE) menggantikanFederation
1964 of Malaya Certificate(FMC).
• SijilPelajaranMalaysia(SPM) menggantikanpeperiksaanSPPTM.
1967 • PenilaianDarjahLima(PPDL) diperkenalkan.

TAHUN NAMAPEPERIKSAAN

1969 • SijilPelajaranVokasionalMalaysia(SPVM) diperkenalkan.


• UjianDarjahTiga(UDT) diperkenalkan.
1973
• UjianLisanBahasaMalaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan.
1976 • PeperiksaanBahasa Malaysia (Julai) diperkenalkan.

1980 • SPMmenggantikanMCE diseluruhMalaysia.

1982 • UjianDarjahTiga(UDT) dimansuhkan.

1985 • SRPmenggantikanLCE sepenuhnya.


• PenilaianDarjahLima(PDL) dimansuhkan.
1986
• SPMmenggantikanpeperiksaanMCE sepenuhnya.
TMP 6063: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik - PENILAIAN 13

TAHUN NAMAPEPERIKSAAN

1988 • UjianPencapaianSekolahRendah(UPSR) diperkenalkan.

1993 • PenilaianMenengahRendah(PMR) menggantikanSRP


.

1996 • PenilaianTahapSatu(PTS) diperkenalkan.

2000 • Sistempensijilanterbukadiperkenalkandiperingkat SPM

2001 • PTSdimansuhkan
• UjianLisanBerasaskanSekolah(ULBS) bagi BahasaMelayudan
2003
BahasaInggerisSPMdiperkenalkan.

Sumber : Sumber: Pelita Bahasa, Julai 2007

You might also like