You are on page 1of 4

REFLEKSI INDIVIDU Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta kekuatan yang diberikan,

saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Resos dalam Matematik ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan tentang penggunaan resos dalam Matematik dan berpeluang menghasilkan satu resos saya sendiri. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya miliki ialah mempunyai rakanrakan yang mampu memberi kerjasama yang sebaik mungkin sepanjang menjayakan tugasan ini. Perkongsian ilmu dan pendapat telah banyak membantu dalam menghasilkan laporan ini. Selain itu, kami juga banyak berbincang mengenai penghasilan resos yang menarik dan kreatif. Selain itu,saya amat teruja untuk mengkaji dan memahami dan menghayatai dengan lebih jelas tentang penggunaan resos yang pelbagai dan boleh mengukuhkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu prosespengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik.Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajarandan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan muridmurid untukmemahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakanbahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos. Di samping kekuatan yang dimiliki, terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti. Antara kelemahan yang saya miliki ialah kekangan tugasan yang lain di mana pada minggu ini, saya mempunyai beberapa tugasan lain di sekolah. Namun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya perlu bijak menguruskan dan membahagikan masa.

Pada pandangan peribadi saya, subjek ini amat wajar di ajar kepada guru pelatih kerana guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik danmenggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulahberusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikanpengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaranmatematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid danguru itu sendiri. Secara kesimpulannya, penghasilkan resos yang menarik, kreatif, efektif dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran danpembelajaran matematik. Resos ini akan meningkatkan mutu serta kualiti pengajarandan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk pemahamanyang lebih baik terhadap sukatan matematik. Resos yang baik akan dapat membantu murid- murid dalam proses pembelajaran. Tugasan ini telah banyak memberikan pengalaman bermakna sebagai guru pelatih yang bakal menjalani tugas sebagai guru kelak. Saya bersyukur dapat menyiapkan serta menghantar semua tugasan tepat pada masanya walaupun pada masa sekarang saya menghadapi kekangan masa memandangkan sekarang saya memegang banyak mandat-mandat penting dalam sekolah. Namun demikian, saya gembira dapat mempelajari pelbagai ilmu baru sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan yang diberi. Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk mengaplikasikan segala yang telah saya pelajari sepanjang menuntut ilmu yang bermanfaat semasa berada sekolah nanti. Saya seronok belajar subjek ini begitu juga dengan rakan-rakan saya. Memartabatkan profesion keguruan adalah janji kami.
Sekian , Rosnani Dahaman

REFLEKSI INDIVIDU Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta kekuatan yang diberikan, saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan Resos dalam Matematik dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, mencari satu artikel tentang resos matematik yang menarik dan menulis satu berdasarkan satu pengajaran Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya miliki ialah mempunyai rakan sekumpulan yang bersemangat dan mampu memberi kerjasama yang sebaik mungkin sepanjang menjayakan dalam menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya sedar bahawa seorang guru perlulah bijak dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah lebih kreatif, daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Salah satukaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. Memilih dan menyediakanresos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik Namun ada juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah kekangan tugasan yang lain di mana pada minggu ini, saya mempunyai beberapa tugasan lain di sekolah. Namun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya perlu mendisiplinkan diri saya bagi menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan tanpa mengabaikan tanggungjawab saya di sekolah. dan membina satu resos

Secara kesimpulannya, pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik yang bergelar guru. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini danberusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkansatu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka. Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan segala ilmu baru dan menggunakan resos ini mengikut kesesuaian resos dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan bagi memastikan isi pelajaran yang ingin disampakan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar.

You might also like