You are on page 1of 23

Biodiversiti dan Adaptasi |1

UNIT PELAJARAN 10

ALAM HAIWAN INVERTEBRATA I


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Memahami pengelasan haiwan. Memahami kekunci pengelasan. Menghuraikan ciri-ciri haiwan dalam Filum Protozoa. Menerangkan tentang haiwan dalam Filum Porifera. Membanding beza haiwan dalam Filum Coelenterata.

PENGENALAN

Rajah 12.1. Beberapa haiwan invertebrata daripada filum yang berbeza. Di muka bumi ini terdapat jutaan haiwan tidak bertulang belakang atau invertebrata. Pada Rajah 12.1 terdapat lima haiwan yang berbeza. Dapat anda namakan haiwanhaiwan tersebut? Ya, mengikut arah pusingan jam haiwan-haiwan tersebut ialah ketam, cacing, siput, lalat dan sotong kurita. Kelima-limanya dikelaskan dalam lima filum yang berbeza.

Biodiversiti dan Adaptasi |2

Kenapakah haiwan-haiwan ini dikelaskan kepada lima filum? Bagaimanakah haiwan-haiwan ini dikelaskan? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang membuatkan para saintis mengelaskan mereka kepada filum, kelas atau order yang berbeza? Perhatikan haiwan-haiwan tersebut, lihat kepala, badan, kaki, rangka, kulit dan lain-lain lagi. Adakah terdapat ciri sepunya yang dimiliki oleh haiwan-haiwan ini? Selepas anda selesai aktiviti di atas, ambil sehelai kertas dan buat refleksi dengan menjawab soalan-soalan berikut: Tentukan ciri istimewa yang dimiliki oleh sotong? Adakah terdapat persamaan di antara sotong dan siput? Apakah ciri yang membolehkan lalat boleh tinggal di daratan atau di udara? Dapat anda menjawab soalan-soalan di atas? Dalam unit pembelajaran ini anda didedahkan kepada cara pengelasan dibuat, pemahaman kepada alam haiwan serta tentang haiwanhaiwan dari filum Protozoa, Porifera dan Coelenterata. Perbincangan tentang haiwan dalam filum-filum tersebut lebih tertumpu kepada pengelasan haiwan tersebut dan ciri-cirinya.

ISI KANDUNGAN
idang zoologi merupakan satu bidang kajian yang merangkumi segala hal berkaitan haiwan termasuklah tentang kehidupan, pengelasan dan perhubungan antara haiwan. Ahli-ahli zoologi pasti berpuas hati sekiranya mereka dapat mengelas dan menamakan semua haiwan yang terdapat di dunia ini. Sains pengelasan haiwan merupakan bidang zoologi yang asas dan ia sangat penting dalam kajian zoologi. Alam haiwan mempunyai pelbagai bentuk organisma iaitu daripada sekecil-kecilnya (seperti dalam filum Protozoa, invertebrata) kepada yang sebesar-besarnya seperti ikan paus (Kordata, vertebrata).

Ilmu sains pengelasan merupakan asas kepada kajian pelbagai bidang dalam biologi. Oleh itu seseorang ahli zoologi perlu mengetahui tentang kumpulan-kumpulan haiwan serta asas-asas pengelasannya. Dalam unit ini kita akan membincangkan serta membuat rumusan kepada pengelasan haiwan invertebrata, iaitu kumpulan haiwan yang mengandungi 90% daripada haiwan di muka bumi ini.

Bagaimana Saintis Mengelaskan Haiwan?


erdapat berjuta-juta haiwan tidak bertulang belakang atau invertebrata. Saintis awal telah mewujudkan satu sistem yang dipanggil sains pengelasan bagi haiwan-haiwan ini bagi memudahkan kerja mereka mengenali setiap satu organisma. Melalui sistem ini beribu-ribu maklumat tentang haiwan tersebut dapat disimpan dalam satu sistem yang teratur. Tiap-tiap organisma yang telah dikenal pasti diberi nama yang tepat dalam sistem ini.

Biodiversiti dan Adaptasi |3

Contohnya nama Aedes memberi erti bukan sahaja satu jenis nyamuk tetapi juga merujuk kepada morfologi badannya, struktur badannya dan cara hidupnya. Maka sekiranya disebut sahaja filum Arthropoda, ia memberi maklumat bahawa filum ini merujuk kepada sejenis kumpulan haiwan (seperti Aedes) yang mempunyai beberapa sifat dan ciri yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi morfologi badan, perlakuan dan penyebarannya. Dengan ini, ilmu pengelasan memudahkan dan amat berguna untuk kita mengenali dan menyelidiki berjuta-juta haiwan yang terdapat di alam ini.

Cara Menamakan Haiwan


Sistem yang digunakan untuk menamakan haiwan dipanggil sistem binomial. Dalam sistem ini haiwan diberi dua nama; nama pertama merupakan nama genus, selalunya dalam bahasa Latin dan huruf pertama ditulis dengan huruf besar, contohnya Aedes. Nama kedua adalah nama spesies haiwan tersebut dan ditulis dengan huruf kecil, contohnya aegypti. Nama kedua ini tidak semestinya dalam bahasa Latin. Maka nama spesies haiwan ini ialah Aedes aegypti. Jika terdapat nyamuk lain yang berlainan spesies tetapi genusnya masih sama maka nyamuknyamuk ini mempunyai genus yang sama tetapi nama spesiesnya berbeza, contohnya Aedes albopictus. Sistem penamaan secara binomial ini dicipta oleh Carl Linnaeus (1707-1781), ahli biologi berbangsa Sweden. Pada tahun 1758 edisi ke-10 Systema Naturae diterbitkan dan buku ini mengandungi nama-nama binomial pelbagai haiwan yang telah diselaraskan oleh Linnaeus. Bagi mengelakkan penemuan spesies yang sama Linnaeus mengesyorkan supaya satu tip (type) spesimen bagi setiap spesies yang telah dinamakan disimpan di muzium serta menjadi bahan rujukan. Sebarang percanggahan berkaitan tentang siapa yang mula-mula menerangkan dan menamakan spesies berkenaan selalunya dirujuk kepada International Commission for International Rules of Zoological Nomenclature. Pada asasnya haiwan dikelaskan mengikut kaedah Linnaeus (Linnaean Hierarchy) yang telah diubahsuai seperti berikut: Kingdom : Haiwan Filum : Arthropoda Kelas : Insekta Order : Diptera Famili : Culicidae Genus : Aedes Spesies aegypti Dalam pengelasan, seboleh mungkin dibuat mengikut binaan filogeni. Seseorang juga perlu ingat bahawa pengelasan merupakan satu rumusan yang cuba menempatkan sesuatu haiwan ke dalam sesuatu kumpulan yang serupa dengannya. Kadangkala perubahan tempat dalam

Biodiversiti dan Adaptasi |4

pengelasan berlaku mengikut perkembangan dan pengetahuan yang diperoleh dari masa ke masa.

Cuba anda jawab soalan-soalan berikut: Apakah nama saintifik bagi lalat? Bagaimanakah anda menulis nama saintifiknya? Apakah nama filumnya?

Apa itu Kekunci Pengelasan?


ekunci pengelasan berfungsi untuk mengelaskan haiwan berdasarkan ciri yang mereka miliki. Bagi invertebrata ciri-ciri yang diperhatikan bermula dengan bilangan sel, lapisan germa, kehadiran liang dan saluran, pergerakan bebas, sistem pencernaan yang lengkap, simetri tubuh, notokod, rangka luar, segmen pada badan serta sifat parasit sesuatu haiwan. Melalui ciri-ciri ini haiwan-haiwan dikelaskan. Rajah 12.2 menunjukkan kekunci bagi 10 filum haiwan invertebrata yang penting.

1. Haiwan bersel satu (unisel) ........................................................................................PROTOZOA Haiwan bersel banyak (multisel) ................................................................................2 2. Tubuh mempunyai dua lapisan germa .......................................................................3 Tubuh mempunyai tiga lapisan germa .......................................................................4 3. Terdapat liang dan saluran pada tubuh. Haiwan tidak dapat bergerak ......................................................................................PORIFERA Tiada liang dan saluran pada tubuh. Haiwan dapat bergerak dengan bebas ..............................................................COELENTERATA 4. Sistem pencernaan lengkap dengan dubur ................................................................5 Sistem pencernaan tidak lengkap ................................................................PLATYHELMINTHES 5. Simetri tubuh radial .........................................................................................ECHINODERMATA Simetri tubuh bilateral ..................................................................................................6 6. Mempunyai notokod, saraf dorsal dan celah insang pada dewasa atau peringkat embrio ...................................................................................................KORDATA Tidak mempunyai organ-organ yang disebut di atas .....................................................7 7. Mempunyai rangka luar .................................................................................................8 Tidak mempunyai rangka luar .......................................................................................9 8. Rangka luar daripada kitin. Anggota beruas-ruas/sendi........................................ARTHROPODA Rangka luar daripada kapur. Anggota tidak beruas-ruas/sendi..................................MOLLUSCA 9. Tubuh bersegmen, mempunyai apendaj yang disebut seta. Mempunyai salur darah, saraf dan salur pernafasan. Hidup bebas .................................................ANNELIDA Tubuh tidak seperti di atas. Hidup sebagai parasit ......................................................................................ASCHELMINTHES

Rajah 12.2. Kekunci bagi 10 Filum Invertebrata penting.

Biodiversiti dan Adaptasi |5

Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut: Pilih tiga haiwan invertebrata di sekeliling anda. Catatkan ciri-ciri haiwan tersebut. Dengan menggunakan kekunci pada Rajah 12.2, kenal pasti filum haiwan tersebut.

Apakah filum Protozoa?


rotozoa menurut bahasa Greek bermakna haiwan awal (Protos = awal/pertama; zoon = haiwan). Protozoa merupakan organisma satu sel yang unik dan berupaya menjalani proses hidup yang kompleks. Ia mempunyai metabolisme yang sama dengan sel-sel haiwan peringkat tinggi. Oleh sebab itulah Protozoa dianggap oleh Libbis Henrietter Hyman (American Museum of Natural History) sebagai satu organisma yang walaupun tidak mempunyai organ, tisu dan sebagainya seperti yang terdapat pada haiwan peringkat tinggi, tetapi ia mempunyai organel yang mampu menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Walaupun Protozoa hanya mempunyai satu sel, tetapi ia merupakan satu organisma kerana ia adalah satu entiti jasad yang hidup dan menjalankan proses yang kompleks. Ada juga pengelasan yang meletakkan Protozoa dalam filum Protista.

Habitat
Haiwan Protozoa boleh dijumpai di merata-rata tempat di darat, di laut, dalam air tawar dan juga dalam jasad haiwan lain. Haiwan ini menyukai habitat yang lembap. Biasanya ia hidup bersendirian, tetapi ada juga yang berkoloni. Ia sering hidup bebas tetapi ada juga yang hidup sebagai parasit.

Ciri-ciri
Protozoa merupakan haiwan kecil, mikroskopik dan satu sel. Tubuhnya tidak simetri. Haiwanhaiwan berbentuk sel bujur, lonjong dan bulat. Kebanyakan haiwan ini hidup bersendirian namun terdapat beberapa spesies yang hidup berkoloni. Ia mempunyai nukleus yang nyata, sama ada satu atau banyak, serta tidak mempunyai organ atau tisu (Rajah 12.3).

Rajah 12.3. Protozoa yang dilihat di bawah mikroskop.

Biodiversiti dan Adaptasi |6

Haiwan ini bergerak dengan bantuan pseudopodium, silium, flagelum atau oleh selnya sendiri dengan menggunakan otot mionem. Haiwan ini hidup bebas, parasit, komensalisme atau bersimbiosis. Sesetengah spesies mempunyai selaput keras. Sista dibina sekiranya persekitarannya tidak baik. Terdapat lima jenis pemakanan filum Protozoa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1. Jadual 12.1. Jenis pemakanan haiwan dalam filum Protozoa. Jenis pemakanan Huraian Holozoik Memakan organisma kecil seperti bakteria, alga, beberapa protozoa dan sebagainya. Misalnya: Amoeba proteus. Holofitik Membuat makanan sendiri secara fotosintesis. Misalnya: Euglena, Chlamydomonas. Parasit Makan bahan / tisu daripada haiwan lain. Misalnya: Plasmodium Saprozoik Makan bahan yang mati. Saprofitik Makan bahan yang reput dan terlarut di sekitaran. Haiwan dalam filum ini mempunyai kedua-dua jenis pembiakan; pembiakan aseksual (tanpa seks) dengan cara pembelahan dua atau pembelahan berganda. Pembiakan seksual dengan cara percantuman gamet atau konjugasi. Lazimnya Protozoa dibahagikan kepada empat kelas iaitu kelas-kelas Sarcodina, Mastigophora, Sporozoa dan Ciliophora (Ciliata) (Rajah 12.4).

Kelas Sarcodina
Haiwan-haiwan ini bergerak dengan pseudopodium. Ia tidak mempunyai pelikel dan mempunyai bentuk tertentu. Vakuol mengecut terdapat dalam spesies air tawar. Sesetengah order mempunyai selaput luar atau cangkerang. Terdapat dua subkelas iaitu Rhizopoda dan Actinopoda yang membahagi kepada lima order yang utama dalam Kelas Sarcodina iaitu Lobosa, Filosa, Foraminifera, Helioza dan Radiolaria. Order Lobosa mempunyai pseudopodium pendek yang dipanggil lobopodium. Ia mempunyai protoplasma yang sama dengan endoplasma. Contoh-contoh haiwan dalam order ini ialah Amoeba proteus, Entamoeba histolytica dan Escherichia coli. Amoeba merupakan genus Protozoa dari subkelas Rhizopoda yang dijumpai di tempat-tempat lembap iaitu tempat terdapatnya bahan-bahan organik. Terdapat beberapa spesies marin dan spesies air tawar yang sering dijumpai ialah Amoeba proteus. Spesies ini biasanya sebesar 0.3 mm dan bergerak menggunakan pseudopodium (kaki palsu). Amoeba juga menggunakan pseudopodium untuk mendapatkan makanan. Ia adalah haiwan holozoik dan membiak secara aseksual. Dalam persekitaran yang kurang baik ia membentuk sista.

Biodiversiti dan Adaptasi |7

Rajah 12.4. Haiwan bagi empat kelas dalam filum Protozoa. Sarcodina (A), Mastigophora (B), Sporozoa (C) dan Ciliophora (D). Order Filosa mempunyai pseudopodium tajam. Struktur filiform disebut filopodium. Haiwanhaiwan dalam filum ini hanya mempunyai endoplasma. Contoh haiwan dalam order ini ialah Euglypha. Order Foraminifera mempunyai cangkerang yang dibina daripada kalsium karbonat (CaCO3). Merupakan order yang hidup di air laut / marin. Pseudopodiumnya seperti benang. Contoh haiwan dalam order ini ialah Globigerina. Globigerina merupakan Foraminifera yang selalu dijumpai di laut. Badannya diselaputi oleh cangkerang yang berlubang-lubang dan terbina daripada kalium (Rajah 12.5). Pseudopodium keluar daripada lubang-lubang tersebut. Globigerina merupakan Protozoa yang penting daripada segi ekonomi. Globigerina yang telah mati, tenggelam ke dasar laut dan membina satu timbunan bahan kapur yang boleh digali untuk pelbagai kegunaan. Order Heliozoa menghuni persekitaran air tawar. Merupakan haiwan tanpa rangka tetapi mempunyai spikul. Contoh haiwan dalam order ini ialah Actinophrys. Genus Actinosphaerium dari subkelas Actinopoda sering dijumpai di kolam dan telaga air tawar. Haiwan ini kecil dan sebesar kira-kira 1 mm. Ia mempunyai banyak nukleus. Protoplasmanya boleh dibezakan antara ektoplasma dan endoplasma. Ektoplasma Actinosphaerium banyak mempunyai vakuol mengecut kecil dan besar. Filamen-filamen alga yang berwarna hijau sering terdapat pada bahagian endoplasmanya. Pseudopodium keras dan menjalar keluar. Aksonem berakhir di ektoplasma, tidak sampai ke bahagian endoplasma. Actinosphaerium membiak dengan cara belahan berganda dan pembentukan spora. Spora-sporanya selalu diselaputi oleh lapisan silika. Order Radiolaria mempunyai cangkerang dan rangka silika (Rajah 12.5). Pseudopodiumnya halus dan beradial simetri. Merupakan haiwan marin. Contoh haiwan dalam order ini ialah Acanthometra.

Biodiversiti dan Adaptasi |8

Kelas Mastigophora (Flagelat)


Mastigophora merupakan kumpulan Protozoa yang paling primitif. Haiwan-haiwan dalam kelas ini mempunyai pelikel, bentuk badan yang khusus dan flagelum untuk bergerak. Sesetengah haiwan ini mempunyai cangkerang. Beberapa daripada haiwan dalam kelas ini mempunyai kromatoplas. Haiwan ini hidup bebas atau parasit. Haiwan-haiwan dalam kelas ini dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Phytomastigophora dan Zoomastigophora. Subkelas Phytomastigophora selalunya mempunyai kromoplas (plastid). Kebiasaannya mempunyai dua flagelum. Subkelas ini mempunyai bahan simpanan dalam bentuk karbohidrat dan minyak. Mereka hidup sendirian atau berkoloni. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Euglena dan Volvox. Euglena adalah genus daripada order Euglenoidea yang banyak dijumpai di kolam-kolam air tawar (Rajah 12.5). Ia merupakan flagelat yang mempunyai klorofil. Euglena mempunyai stigma (bintik merah) yang peka kepada cahaya di bahagian antenanya. Bahan makanan disimpan dalam bentuk jasad paramilum. Euglena bergerak dengan menggunakan flagelum dan otot mionem. Ia membiak dengan belahan membujur. Spesies yang sering dijumpai di Malaysia ialah E. viridis. Subkelas Zoomastigophora tidak mempunyai plastid. Haiwan-haiwannya selalu mempunyai lebih daripada dua flagelum. Haiwan-haiwan dalam subkelas ini tidak mempunyai bahan simpanan karbohidrat (selain glikogen) atau minyak. Biasa hidup bebas atau parasit. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Trypanosom, Trichomonas, Giardia dan Chilomastix. Giardia lamblia adalah spesies daripada order Diplomonadida. Spesies ini hanya dijumpai di usus kecil sahaja (Rajah 12.5). Trofozoitnya mempunyai empat pasang flagelum yang panjang dan kesemuanya berasal daripada sistem aksonem yang kompleks yang dihubungkan dengan sepasang bleferoplas. Sistanya berbentuk bujur dan yang matang mempunyai empat nukleus. Selalunya G. Lamblia tidak memberi apa-apa kesan terhadap perumahnya. Kadangkala ia mengganggu kelancaran melalui sista yang terdapat dalam tinja.

Kelas Sporozoa
Haiwan dalam kelas ini merupakan endoparasit. Kelas ini mengandungi beberapa parasit manusia dan haiwan vertebrata yang penting. Coccidiosis dan malaria termasuk dalam kumpulan ini. Malaria disebabkan oleh Sporozoa genus Plasmodium. Coccidia merupakan beberapa parasit haiwan ternakan manusia. Haiwan dalam kelas ini tidak mempunyai organel pergerakan (tanpa pseudopodium atau flagelum). Mempunyai kitar hidup ringkas atau kompleks. Beberapa organisma dalam kelas ini menjadi parasit manusia yang penting. Mempunyai dua subkelas iaitu Telosporidea dan Neosporidea.

Biodiversiti dan Adaptasi |9

Subkelas Telosporidea merupakan trofozoit yang mempunyai satu nukleus. Sporanya ringkas dan selalunya mengandungi beberapa sporozoit. Dua order penting ialah order Coccidia dan Gregarinidea. Order Coccidia adalah trofozoit intrasel. Gamet betinanya adalah hologamet. Biasanya haiwan ini merupakan parasit darah atau usus. Contoh haiwan dalam order ini ialah Plasmodium, Eimeria dan Toxoplasma. Order Gregarinidea mempunyai trofozoit di luar sel. Gamet betina ialah merogamet. Parasit usus atau hemosel haiwan iaitu dalam Arthropoda atau Annelida. Contoh haiwan dalam order ini ialah Monocystis dan Gregarina. Monocystis hidup sebagai parasit dalam vesikul seminal cacing tanah. Trofozoit berbentuk pipih dan menajam di kedua-dua hujungnya. Monocystis bergerak dengan menggunakan otot mionem, Monocystis makan dengan cara saprozoik. Trofozoit merembeskan enzim proteolitik yang boleh menghancurkan tisu perumah; cairan ini kemudian diserap oleh bahagian permukaan badan Monocystis. Disebabkan Monocystis hidup sebagai parasit, ia tidak mempunyai organel seperti Protozoa yang hidup bebas. Genus Plasmodium merupakan parasit Protozoa yang amat penting di dunia kerana menyebabkan penyakit demam malaria. Terdapat empat spesies Plasmodium yang menjangkiti manusia iaitu P. vivax, P. ovale, P. malariae dan P. falciparum. Parasit edarkan oleh nyamuk genus Anopheles. Di Malaysia, vektor utama parasit malaria ialah A. macculatus, A. sundaicus dan A. balabacensis. Parasit malaria memerlukan dua perumah iaitu nyamuk dan manusia untuk meneruskan kitar hidupnya. Kitar hidup Plasmodium boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu: a. Perkembangan seks atau sporogoni dalam nyamuk Anopheles betina. Peringkat ini akhirnya akan menghasilkan sporozoit yang boleh menjangkiti manusia. b. Perkembangan tanpa seks atau skizogoni dalam sel-sel hati, fasa praeritrosit. c. Perkembangan tanpa seks dalam sel darah merah; fasa eritrosit. Subkelas Neosporida mempunyai trofozoit banyak nukleus. Sporanya kompleks. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Nosema.

Kelas Ciliophora
Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling besar daripada segi saiz bagi Filum Protozoa. Haiwan-haiwan dalam kelas ini mempunyai silium untuk pergerakan dan badannya diselaputi oleh pelikel. Kumpulan ini menunjukkan organel-organel yang istimewa yang tiada pada kumpulan Protozoa lain. Paramesium misalnya, mempunyai alur mulut, sitofarinks dan liang dubur. Dilengkapi dengan makronukleus dan mikronukleus. Terdapat beberapa spesies yang mempunyai tentakel. Terdapat dua subkelas iaitu Holotricha dan Spirotricha.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 10

Subkelas Holotricha mempunyai saiz silium yang serupa. Selalunya ada sitofarinks dan sitostom. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Paramecium (Rajah 12.5). Paramecium mempunyai bentuk seperti selipar dan selalu dijumpai menghuni di kolam atau telaga yang mengandungi daun-daun yang sedang mengalami proses pereputan. Ia mempunyai bentuk yang khusus; ada posterior, anterior, dorsal, ventral, oral dan aboral. Badan Paramecium diselaputi oleh satu lapis pelikel yang tebal dan mempunyai ruas yang berbentuk heksagon. Tiap-tiap ruang heksagon ini mempunyai silium. Silium ini mempunyai saiz yang serupa melainkan di bahagian kaudal, ia berbeza sedikit, disebut kaudal siri. Selain silium, Paramecium juga mempunyai struktur seperti sitofarinks, sitostom, sitofag dan mikronukleus serta makronukleus. Trikosis juga terdapat di pelikal; ia adalah organ pertahanan dan serangan, serta membantu untuk menangkap mangsanya bagi dimakan. Paramecium melakukan pembiakan seks dengan cara proses konjugasi. Pemakanan secara holozoik.

Rajah 12.5. Kepelbagaian haiwan protozoa, Globigerina (A), Radiolaria (B), Euglena (C), Giardia (D) dan Paramecium (E). Subkelas Spirotricha mempunyai saiz silium yang berbeza. Mempunyai sitofarinks dan sitostom. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Balantidium. Balantidium dari order Trichostomatidia merupakan Protozoa yang selalunya merupakan parasit usus babi dan monyet dan kadangkala terdapat dalam usus manusia. B. coli merupakan parasit Protozoa yang paling besar yang melanda manusia. Trofozoitnya berukuran kira-kira 50-100 m panjang dan 40-70 m lebar. Ia berbentuk bujur dan mempunyai silium. Di bahagian anterior, ia mempunyai mulut yang disebut sitostom. Terdapat mikronukleus dan makronukleus. B. coli selalunya terdapat di bahagian sekum kolon. Ia hidup dengan memakan sel-sel mukus kolon dan juga bakteria yang berada di lumen usus besar. Pada takat tertentu, sista dibentuk dan kemudian diedarkan keluar melalui tinja. Apabila termakan, sista akan membiak di kolon dan kitar hidup bermula semula. Organisma ini boleh menyebabkan ulser kolon. Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Protozoa? Bezakan haiwan dalam kelas Sarcodina dan kelas Ciliophora? Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Protozoa?

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 11

Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, subkelas, order dan contoh genus bagi filum Protozoa.

Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Porifera?


orifera menurut bahasa Greek bermakna mengandungi lubang kecil (Porus = lubang kecil; ferre = mengandungi). Porifera merupakan haiwan Parazoa yang mempunyai organisasi di peringkat sel sahaja. Haiwan dalam filum ini biasanya dikenali sebagai sepan. Sepan merupakan haiwan invertebrata multisel yang sel-selnya tidak membentuk sebarang pengkhususan, ini mengasingkannya daripada Metazoa yang lain.

Sepan adalah organisma yang sesil, akuatik dan kebanyakannya terdapat di laut, kecuali suatu famili (Spongillidae) yang terdapat di dalam air tawar. Sepan terkenal kerana keupayaannya untuk meregenerasi anggota yang hilang. Sepan boleh dibelah dua dan tiap-tiap sebelah berupaya untuk menjadi seekor sepan. Sepan tidak mempunyai saluran pencernaan, sistem saraf atau sistem peredaran darah. Tubuhnya merupakan sebuah kantung yang berliang-liang. Air masuk melalui liang-liang ini dan mengalir ke seluruh tubuh dan akhirnya dialirkan keluar melalui oskulum. Partikel-partikel kecil, bahan-bahan organik yang ada bersama-sama air turut serta masuk ke tubuh sepan melalui sistem aliran air ini. Bahan-bahan ini merupakan sumber makanan bagi sepan. Sistem pemakanan sebegini memerlukan tubuh yang tegak dan tegang. Oleh itu, sepan mempunyai rangka yang terbina daripada spikul-spikul dan silika atau kalsium karbonat (CaCO3) atau spongin. Seni binaan rangka ini serta bahan-bahan kimianya merupakan asas penting untuk pengelasan haiwan ini. Sepan merupakan kumpulan haiwan invertebrata yang amat berguna kepada manusia. Sepan mandi yang mengandungi rangka spongin telah pun diniagakan sejak zaman-berzaman. Proses regenerasi sangat istimewa kepada sepan kini menjadi satu bidang penyelidikan utama yang sedang giat dijalankan sekarang. Pengetahuan mengenai proses ini akan membolehkan kita memahami pelbagai penyakit tisu perantara dan masalah pencedungan tisu. Filum ini mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Haiwan Parazoa yang mempunyai organisasi di peringkat sel. 2. Akuatik, marin, kecuali famili Spongillidae yang terdapat di air tawar. 3. Berkeupayaan untuk regenerasi. 4. Tubuh seperti kantung berliang-liang dengan rangka yang terdiri daripada spikul kalsium karbonat atau spongin. 5. Tidak mempunyai saluran pencernaan, sistem saraf atau sistem peredaran darah. 6. Dinding selnya terdiri daripada tiga lapis: a. Bahagian luar mengandungi sel-sel epidermis. b. Bahagian tengah bergelatin dan mengandungi sel berbentuk ameba.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 12

c. Bahagian dalam mengandungi sel berflagelum yang mempunyai kolar, disebut sel kolar atau koanosit. Flagelum yang terdapat pada koanosit mengalirkan air melalui liang dan saluran yang tertentu. Tiga seni binaan aliran air sepan dikenal pasti iaitu askon, sinkon dan leukon. Melalui aliran air inilah zat-zat makanan, bahan kumuh serta gamet dibawa masuk dan keluar daripada tubuh. 7. Semasa perkembangan (peringkat amfiblastula), sel flagelat yang terdapat di luar masuk ke dalam dan membentuk koanosit. Proses ini merupakan pembalikan lapisan sel dari luar ke dalam satu kejadian yang tidak wujud pada haiwan-haiwan lain. 8. Porifera selalunya bertabiat sesil, biasanya terletak di atas batu karang, alga dan substrat-substrat lain di laut. Dibahagikan kepada tiga kelas mengikut jenis bahan kimia rangkanya iaitu kelas Calcarea, Heksaktinellida dan Demonspongiae (Rajah 12.6).

Rajah 12.6. Tiga kelas Porifera kelas Calcarea, Heksaktinellida dan Demonspongiae.

Kelas Calcarea
Mempunyai spikul berkapur (calcareous) terdiri daripada kalsium karbonat. Larut dalam asid hidroklorik. Jenis spikul yang terdapat dalam kelas ini ialah monakson dan tetrakson. Koanositnya besar serta ruang flagelumnya selalu memanjang. Perkembangan sepan dalam kelas Calcarea terdiri daripada ovum, ampiblastula (berenangrenang), sepan dewasa, ampiblastula mengalami proses menular ke dalam dan sel-sel masuk ke dalam. Contoh genus dalam kelas ini adalah Leucosolinia, Grantia dan Sycon.

Kelas Heksaktinellida
Spikul bagi haiwan dalam kelas ini terdiri daripada silika. Tidak larut dalam asid hidroklorik. Jenis spikul yang terdapat dalam kelas ini ialah tetrakson atau heksaktin. Koanositnya lebih

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 13

kecil serta ruang flagelum berbentuk oval. Contoh genus dalam kelas ini adalah Euplectella dan Hyalonema.

Kelas Demonspongiae
Spikul bagi haiwan dalam kelas ini terdiri daripada silika yang tidak lebih daripada enam cabang. Selalunya mempunyai spongin (sejenis protein seakan-akan keratin dan kolagen). Koanositnya kecil serta hanya berada di ruang flagelum sahaja. Ruang flagelum selalunya berbentuk sfera. Contoh genus dalam kelas ini adalah Pachymatisma (spikul bersilika dan bercabang empat, tetrakson), Spongilla dan Cliona (spikul bersilika dan monakson, satu cabang) dan Euspongia (tanpa spikul tetapi mempunyai serabut-serabut spongin).

Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam haiwan dari filum Porifera? Bagaimana haiwan dalam filum ini makan? Bolehkah anda terangkan cara sepan membiak?

Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas dan contoh genus bagi filum Porifera.

Bagaimana haiwan dalam filum Coelenterata berbeza dengan haiwan lain?

ilum Coelenterata menurut bahasa Greek bermakna mengandungi rongga usus (Keilos = rongga; enteron = usus). Filum ini juga disebut Cnidaria yang merangkumi pelbagai organisma akuatik terdapat di air tawar dan di laut. Antara haiwan yang tergolong dalam filum ini termasuklah Hydra, obor-obor, buran (sea anemones) dan karang.

Filum ini merupakan kumpulan haiwan yang pertama selepas Protozoa yang menunjukkan ciriciri pembahagian kerja. Tubuhnya mengandungi dua lapisan, ektoderma dan endoderma yang dipisahkan oleh satu lapisan nipis disebut mesoglea. Epidermis luar mempunyai sel saraf, kelenjar dan suatu sel khusus yang boleh mengeluarkan nematosis. Endoderma juga mempunyai sel turus yang menjalankan dua peranan iaitu proses pencernaan dan pergerakan (pengecutan). Ini jelas menunjukkan satu sel menjalankan dua fungsi. Ciri-ciri filum Coelenterata adalah seperti berikut: 1. Simetri jejari dan marin. 2. Diplobastik; ada ektoderma dan endoderma yang dipisahkan oleh mesoglea.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 14

3. Mempunyai enteron berupa kantung ada mulut tetapi tiada dubur. 4. Mempunyai tentakel dengan nematosis. 5. Beberapa spesies daripadanya menunjukkan polimorfisme; ada dua jenis bentuk tubuh (zooid). a. Polip sesil (menetap). b. Medusa mengapung, bentuk membiak. 6. Beberapa spesies daripadanya mempunyai kitar hidup dengan selangan generasi. 7. Pembiakan dengan penunasan atau dengan gamet. Larvanya disebut planula. Filum ini dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Hidrozoa, Skifozoa dan Anthozoa (Rajah 12.6)

Rajah 12.6. Haiwan dalam filum Coelenterata, Hidrozoa (A), Skifozoa (B) dan Anthozoa (C).

Kelas Hidrozoa
Ciri-ciri haiwan kelas ini ialah: 1. Mempunyai kedua-dua bentuk tubuh iaitu polip dan medusa dalam kitar hidupnya. 2. Kecil, bersendirian atau berkoloni. 3. Berlainan daripada Skifozoa dan Anthozoa, gamet Hidrozoa berkembang dalam epidermis dan keluar terus daripada tubuh. Ia tidak melalui rongga gastrovaskular. Haiwan kelas ini dibahagikan kepada empat order iaitu Hidroidea, Takilina, Hidrokoralina dan Sifonofora. Order Hidroidea 1. Selalunya mempunyai lapisan luar disebut perisak yang menyelaputi senosak. 2. Medusa sekiranya ada berbentuk loceng. 3. Hidup bersendirian atau berkoloni. 4. Gonad terletak di manubrium atau pada aluran-aluran radial. 5. Contoh haiwan seperti Hydra dan Obelia. Order Takilina 1. Tidak mempunyai perisak. 2. Medusa selalunya besar manakala polip kecil. Medusa berkembang menjadi telur. 3. Tentakel menjadi organ deria.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 15

4. Tiada selangan generasi. 5. Contoh haiwan seperti Liriope scutigena dan Cunoctantha. Order Hidrokoralina 1. Selalunya berkoloni. 2. Mempunyai rangka kalsium karbonat. 3. Dua jenis polip: gastrozoid (makan) dan daktilozoid (untuk menangkap mangsa), keduaduanya keluar daripada liang-liang di rangka. 4. Contoh haiwan seperti Millepora. Order Sifonofora 1. Pelagik, berkoloni dan polimorfik. 2. Mempunyai pneumatofor yang mengandungi gas supaya terapung. 3. Koloni boleh mengandungi individu berikut: a. Hidrofilum: Berbentuk macam daun, merupakan perisai untuk koloni. b. Nektofor: Berbentuk medusa, boleh berenang; berupaya menggerakkan koloni. c. Gastrozoid: Bentuk hidra mempunyai mulut untuk makan. d. Daktilozoid: Bentuk hidra tetapi tiada mulut. Mempunyai tentakel yang panjang. Ada nematosis untuk menangkap mangsa. e. Gonozoid: Bentuk medusa mengeluarkan telur dan sperma. 4. Contoh haiwan seperti Physalia dan Velella.

Kelas Skifozoa
Mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Hanya bentuk medusa; polip kecil atau tidak ada sama sekali. 2. Medusa mempunyai struktur sama seperti yang terdapat pada Hidrozoa. Tidak mempunyai velum. 3. Tiada rangka. 4. Hidup bebas dan bersendirian. 5. Dibahagikan kepada lima order iaitu Lucernariida (Stauromedusa), Cabomedusae (Charybdeida), Coronatae (Peromedusa), Rhizostomae dan Semaeotomeae. Order Lucernariida (Stauromedusa) 1. Tidak mempunyai ropalium. 2. Selalunya melekat ke substratum. 3. Mempunyai pepayung macam pasu. 4. Tiada selangan generasi. 5. Tentakel terletak pada sudut perradial dan antara jejari. 6. Contoh haiwan seperti Lucernaria dan Haliclystus. Order Cabomedusae (Charybdeida) 1. Mempunyai empat perradial ropalium. 2. Tentakel antara jejari, mempunyai empat perradial tentakulosis.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 16

3. Pepayung macam cawan. 4. Tiada selangan generasi. 5. Contoh haiwan seperti Charybdea. Order Coronatae (Peromedusa) 1. Mempunyai empat antara jejari ropalium. 2. Tentakel perradial dan adradial. 3. Pepayung berbentuk corong. 4. Tiada selangan generasi. 5. Contoh haiwan seperti Periphylla dan Pericolpa. Order Rhizostomeae 1. Tidak mempunyai tentakel. 2. Mempunyai lapan ropalium. 3. Mulut mempunyai empat tangan oral yang mempunyai penghisap. 4. Badan macam cakera. 5. Kitar hidup, medusa bersilang seli dengan skifistoma. 6. Contoh haiwan seperti Rhizostoma. Order Semaeotomeae 1. Mempunyai empat atau lebih perradial dan empat atau lebih antara jejari ropalium. 2. Selalunya mempunyai lapan ropalium. 3. Badan berbentuk piring atau hemisfera. 4. Mulut dikelilingi oleh empat tangan oral. 5. Kebanyakan Skifozoa termasuk dalam order ini. 6. Contoh haiwan seperti Aurelia dan Cyanea.

Kelas Anthozoa
Terdiri daripada Coelenterata yang mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Hanya berbentuk polip; tiada bentuk medusa. 2. Enteron dibahagi-bahagikan kepada septum menegak. 3. Gonad berasal daripada endoderma. 4. Ada yang ada rangka atau tiada. 5. Hidup bersendirian atau berkoloni. 6. Tiada selangan generasi. Dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Zoantharia (Hexacorallia) dan Alcyonaria (Oktokarang). Subkelas Zoantharia (Hexacorallia) 1. Mempunyai tentakel yang lompang dan bilangannya dalam gandaan enam. 2. Stomodeum mempunyai dua sifonoglif. 3. Sama ada berangka atau tidak. 4. Hidup bersendirian atau berkoloni. Mengandungi order-order berikut:

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 17

Order Actinaria 1. Tiada rangka. 2. Mempunyai tentakel yang banyak. 3. Mempunyai dua sifonoglif. 4. Hidup bersendirian. 5. Contoh haiwan seperti Adamsia, Anemonia dan Metridium. Order Antipatharia 1. Berkoloni dan berbentuk macam pokok. 2. Rangka berkitin. 3. Tentakel tidak banyak (6-23 jumlahnya). 4. Sifonoglif kecil. 5. Selalunya dijumpai pada kedalaman kira-kira 25 250 meter. 6. Contoh haiwan seperti Antipathes dan Cirripathes. Order Madreporaria (Sclerectinia) 1. Badan penuh dengan rangka kalsium karbonat yang dibina oleh sel-sel epidermis. 2. Hidup berkoloni. 3. Tentakel banyak. 4. Kebanyakan karang berkumpul dalam order ini. Kebanyakan polip karang ini mempunyai warna seperti merah jambu, kuning, merah, hijau dan ungu; memberikan wajah yang cantik dan berwarna-warni. 5. Contoh haiwan seperti Porites dan Fungia. Order Ceriantharia 1. Hidup bersendirian dan terbenam dalam pasir. 2. Dua jenis tentakel. Terdapat pada sisi (marginal) dan oral. 3. Mempunyai satu sifonoglif. 4. Contoh haiwan Cerianthus. Subkelas Alcyonaria (Oktokarang) Mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Mempunyai lapan tentakel yang berbentuk pinat dan lapan septum. 2. Selalunya hanya terdapat satu sifonoglif. 3. Semua hidup berkoloni. Terbahagi kepada tiga order iaitu Alcyonecea, Gorgonacea dan Pennatulacea. Order Alcyonacea (Alcyonaria) mempunyai rangka yang terbina daripada kalsium karbonat dan koloni selalunya besar dan tersebar luas. Dalam bentuk polip. Terdiri daripada karang lembut, karang biru dan karang paip organ. Contoh haiwan ialah Alcyonium, Corallium, Heliophora dan Tubipora.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 18

Order Gorgonacea 1. Mempunyai rangka kalsium karbonat yang dihasilkan oleh sel-sel ektoderma. 2. Hidup berkoloni dan berbentuk seakan-akan sepohon pokok. 3. Polip tidak dimorfik. 4. Contoh haiwan seperti Gorgonia dan Eunicella. Order Pennatulacea (Sea Pens) 1. Alcyonaria yang membentuk koloni yang serupa dan bilateral. 2. Rangka daripada kalsium karbonat. 3. Contoh haiwan seperti Pennatula (sea pens), Renilla dan Veretillum. Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah berbezaan ciri haiwan dari filum Porifera berbanding haiwan filum Coelenterata? Apakah contoh haiwan dari Kelas Skifozoa? Apa yang berlaku kepada filum ini sekiranya bongkah ais cair?

Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum Coelenterata.

Pilih satu haiwan invertebrata dan cuba anda kenalpasti filumnya. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat padanya yang menyebabkan anda mengkategorikannya sebagai filum tersebut. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 10 ini anda telah didedahkan kepada cara pengelasan dan penamaan haiwan. Selain itu anda juga mengetahui tentang haiwan-haiwan yang terdapat dalam filum Protozoa dan Porifera. Akhir sekali, anda juga telah mengetahui tentang ciri-ciri haiwan Coelenterata. Bagaimanakah ciri-ciri yang terdapat pada cacing dan sotong? Ciri-ciri ini akan anda pelajari dalam unit-unit seterusnya. Selamat berjaya!

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 19

RINGKASAN
1. Bidang zoologi merupakan satu bidang kajian yang berkaitan tentang haiwan. 2. Sains pengelasan ialah satu sistem bagi mengenali haiwan-haiwan yang sangat banyak. 3. Sistem penamaan haiwan dipanggil sistem binomial, nama pertama ialah nama genus dan nama kedua adalah nama spesies. 4. Kekunci pengelasan berfungsi untuk mengelaskan haiwan berdasarkan ciri yang dimiliki. 5. Protozoa merupakan organisma satu sel yang unik dan berupaya menjalani proses hidup yang kompleks. 6. Protozoa dibahagikan kepada empat kelas iaitu kelas-kelas Sarcodina, Mastigophora, Sporozoa dan Ciliophora. 7. Porifera merupakan haiwan yang mempunyai organisasi di peringkat sel sahaja. Biasanya dikenali sebagai sepan. 8. Porifera terbahagi kepada tiga kelas mengikut jenis bahan kimia rangkanya iaitu kelas Calcarea, Heksaktinellida dan Demonspongiae. 9. Filum Coelenterata juga disebut Cnidaria yang merangkumi pelbagai organisma akuatik terdapat di air tawar dan di laut. Antara haiwan yang tergolong dalam filum ini termasuklah Hydra, obor-obor, buran (sea anemones) dan karang.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 20

PETA KONSEP DAN JAWAPAN


Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep di bawah.

Phytomastigophora (Volvox) Mastigophora Zoomastigophora (Euglena) Lobosa Rhizopoda Sarcodina Foraminifera (Globigerina) Helioza (Actinophyrys) Filosa (Euglypha)

Protozoa

Actinopoda Radiolaria (Acanthometra)

Coccidia (Plasmodium,Toxoplasma) Telosporodia Sporozoa Gregarinidea (Monocystis)

Neosporida (Nosema)

Holotricha (Paramecium) Ciliata Spirotricha (Balantidium)

Calcarea (Grantia)

Hexactinellida (Euplectella)

Porifera
Tetractinellidea (Pachymatisma)

Demonspongiae

Monaxonida (Spongilla, Cliona)

Keratosa (Euspongia)

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 21

C
Hydroidae (Hydra, Obelia) Tachylinae (Liriope, Polycolpa) Hydrozoa Hydrocorallina (Millepora)

Siphonophora (Physalia)

Lucernariida (Stauromedusae) (Lucernaria) Cubomedusae (Charybdeida) (Charybdea)

Coelenterata

Scyphozoa

Coronatae (Peromedusae) (Periphylla) Semaeostomeae (Aurelia) Rhizostomeae (Rhizostoma)

Actinaria (Adamsia, Metridium) Antiptharia (Antipathes, Cirripathes) Madreporaria (Porites, Fungia) Anthozoa Ceriantharia (Cerianthus) Alcyonacea (Acyonium, Heliophora,Tubipora) Gorgonacea (Gorgonia) Pennatulacea (Pennatula)

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 22

KATA KUNCI
1. zoologi 2. pengelasan 3. invertebrata 4. binomial 5. genus 6. spesies 7. kekunci 8. filum 9. Protozoa 10. mikroskopik 11. simetri 12. koloni 13. pseudopodium 14. konjugasi 15. pelikel 16. vakuol 17. cangkerang 18. holozoik 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. spikul aksonem Porifera sepan oskulum silika regenerasi spongin koanosit Coelenterata obor-obor mesoglea diploblastik nematosis planula medusa polip polimorfik

PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan keperluan pengelasan haiwan dilaksanakan. 2. Pilih satu haiwan invertebrata dan terangkan bagaimana pengelasan dibuat berdasarkan kekunci pengelasan. 3. Senaraikan ciri-ciri haiwan dalam filum Protozoa dan sebutkan order-order yang terdapat dalam filum ini.. 4. Sebutkan contoh-contoh haiwan dalam filum Porifera. Apakah ciri-cirinya? 5. Adakah haiwan-haiwan dalam filum Coelenterata berbeza. Bincangkan.

B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 23

RUJUKAN
Arbain Kadri (1990). Invertebrata: Panduan Berilustrasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Audesirk, T., & Audersirk, G. (2010). Biology Life on Earth: Prentice Hall. Alters, S., & Alters, B. (2006). Biology Understanding Life. USA: John Wiley and Sons, Inc. Johnson, G. B (2009). The Living World. New York: McGraw Hill Higher Education. Starr, C., Evers, A., and Starr, L. (2007). Basic concepts in biology (6th Ed.) Singapore: Thompson/Brooks/Cole Sumber foto: http://mdmedicine.wordpress.com/2011/04/22/protozoa-basic-facts/ http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/showimage.cfm?File_name=HELI003P&File_type=GI http://www.proprofs.com/flashcards/tableview.php?title=zoology-lab-practical-1 http://water.me.vccs.edu/courses/env108/lesson2_3.htm http://tolweb.org/Calcarea/20433 http://www.zeably.com/Globigerina http://www.nhm.ac.uk/nature-online/earth/oceans/deep-ocean-life/sea-floor-life/index.html http://trilobiteglassworks.deviantart.com/art/Euglena-Fused-Glass-Brooch-1-309579138 http://www.3dscience.com/3D_Models/Biology/Protozoa/Giardia.php http://www.bio.miami.edu/dana/dox/sponges.html http://www.spongeguide.org/newresults.php?searchtype=4&taxa=1 http://www.tumblr.com/tagged/hydrozoa http://sumbataje.blogspot.com/2010/01/haiwan-pelik-feverat.html http://www.palaeos.org/Anthozoa

You might also like