You are on page 1of 5

Tempat Kediaman Pengertian Tempat Kediaman Tempat kediaman ialah tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan dan

keselamatan. Contoh tempat kediaman ialah rumah ataupun asrama. Jenis Ruang Tempat Kediaman Setiap tempat kediaman mempunyai ruang-ruang tertentu supaya dapat memberi keselesaan kepada ahli keluarga. Tempat kediaman terbahagi kepada tiga jenis ruang iaitu: (a) Ruang sosial (b)Ruang kerja (c) Ruang persendirian Fungsi Ruang Setiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsi yang berbeza. Fungsi ruangruang tersebut adalah seperti berikut: Ruang Sosial Fungsi Berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga Melayan tetamu Menjamu selera Melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan Menyimpan barang-barang Melakukan kerja-kerj a pembersihan dan penyenggaraan Melakukan kerja-kerja mendobi Tempat berehat dan menyimpan wardrobe Membersih dan mengemas diri Contoh Bilik istirahat Ruang tamu Bilik makan Dapur Stor Garaj Tempat mendobi

Kerja

Persendirian

Bilik tidur Bilik mandi dan tandas

Keselesaan Tempat Kediaman Faktor Keselesaan Tempat Kediaman Faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan sesebuah tempat kediaman adalah seperti berikut: 1. Pengudaraan
Kedudukan tingkap, pintu dan kekisi membantu pengudaraan di tempat kediaman. Teknologi seperti alat penghaw dingin dan kipas membantu pengudaraan.

2. Pencahayaan
Pencahayaan untuk ruang di tempat kediaman boleh diperoleh daripada sumber cahaya matahari dan cahaya lampu. Tingkap, pintu, dan kekisi yang mencukupi membenarkan seberapa banyak cahaya untuk menerangi setiap ruang.Terdapat tiga jenis pencahayaan lampu iaitu:

1.1. Pencahayaan am -Menerangi seluruh ruang tanpa sebarang halangan, seperti lampu pendarfluor dan mentol. 1.2. Pencahayaan tidak langsung - Dihasilkan apabila cahaya yang menghala ke siling dibalikkan ke ruang sekitarnya seperti lampu hiasan dinding dan lampu hiasan siling. 1.3. Pencahayaan terus (langsung) - Dihasilkan daripada cahay lampu yang memancar ke satu arah tertentu sahaja seperti lampu meja. 3. Lantai dan penutup lantai

Lantai akan kelihatan lebih menarik jika diberi kemasan yang sesuai. Lantai perlu dibersihkan mengikut jenis dan kemasannya. Ciri lantai yang baik ialah tahan lasak, tidak licin, rata, cantik, dan mudah dibersihkan. Pemilihan penutup lantai dilakukan mengikut jenis ruang dan fungsinya supaya lebih selesa dan mudah penjagaannya. Pelbagai jenis penutup lantai boleh digunakan untuk menjadikan ruang kelihatan lebih menarik. 4. Skema warna Pemilihan warna yang sesuai akan menambahkan keceriaan ruang sesebuah tempat kediaman. Skema warna boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu warna lembut, warna terang, dan warna gelap. Warna Kesan Warna lembut: Ruang kecil kelihatan lebih besar. Siling yang rendah kelihatan tinggi. Biru muda Suasana lebih sejuk, tenang, dan Hijau muda Ungu muda harmonis. Warna terang: Ruang kecil kelihatan besar. Siling yang rendah kelihatan tinggi. Merah Suasana ruang ceria. Kuning Jingga Warna gelap: Ruang besar kelihatan kecil. Siling yang tinggi kelihatan rendah. Biru tua Suasana ruang tenang dan redup. Perang tua Hijau tua 5. Alatan dan kelengkapan Pilihan alatan dan kelengkapan mestilah sesuai dengan fungsi dan saiz ruang berkenaan. Alatan dan kelengkapan terdiri daripada perabot, peralatan elektrik, dan hiasan tambahan. Alatan kelengkapan rumah hendaklah disusun dengan rapi agar tidak mengganggu laluan atau menghalang peredaran udara. Hiasan tambahan seperti kusyen, langsir, gubahan bunga, dan hamparan akan menambahkan lagi keceriaan ruang. 6.
Keselamatan

Keselamatan merupakan faktor yang sangat penting dalam pengurusan tempat kediaman. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah: Susun atur alatan dan kelengkapan tidak menghalang laluan. Peralatan elektrik dan peralatan yang tajam digunakan dengan cara yang betul dan disimpan di tempat selamat. Pastikan jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang supaya dapat mengelakkan kemalangan. Sediakan alat pemadam api yang perlu diperiksa setiap tahun. Penjagaan Tempat Kediaman Pembersihan Tempat Kediaman Kerja-kerja pembersihan tempat kediaman boleh dilaksanakan sama ada secara harian, mingguan ataupun berkala. Alatan (a) Penyapu Penyapu rami Penyapu lidi Penyapu buluh (b) Berus Berus dawai Berus sabut

Agen Pencuci
(a) Sabun (b) Detergen (c) Bahan peluntur (d) Pembasmi kuman

Berus plastik Berus tandas Berus siling (c) Mop (d) Vakum (e) Penadah sampah
Penjagaan Tempat Kediaman a)

Membersih Ruang Tempat Kediaman 1 Pastikan suis kipas dimatikan. 2 Tutup atau simpan makanan. 3 Gunakan alat dan agen pencuci yang sesuai. 4 Pembersihan ruang bahagian atas dilakukan dahulu seperti membersihkan sawang,
kipas, dan hiasan dinding. 5 Kemudian lakukan pembersihan ruang bahagian bawah seperti menyapu lantai, memvakum permaidani, mengelap tingkap, dan mengemop lantai. 6 Lap alatan dan kelengkapan dengan air suam bersabun.

b)

Mengemas Ruang Tempat Kediaman 1 Buka semua tingkap dan pintu. 2 Susun dengan kemas buku, surat khabar, majalah, dan alatan mengikut kesesuaian. 3 Mengelap dan menggilap alatan dan kelengkapan tempat kediaman. 4 Jemur permaidani yang telah divakum. Menghias Ruang Tempat Kediaman 1 Pilih hiasan yang sesuai dengan keperluan, kegunaan, dan saiz ruang. 2 Susun atur perabot mengikut kreativiti agar suasana lebih ceria. 3 Hiasan tambahan seperti gubahan bunga, hiasan dinding, cermin dinding, dan
bingkai gambar hendaklah sesuai dengan saiz dan fungsi ruang. 4 Jenis dan bentuk lampu serta pencahayaan akan mempengaruhi seni hiasan dalam sesebuah ruang. 5 Warna hiasan mestilah sesuai dengan skema warna ruang.

c)

d)

Membuang Sampah
Untuk mengekalkan kebersihan tempat kediaman, sistem pembuangan sampah yang betul perlu dilaksanakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah: 1 Sisa makanan berbentuk cecair dibuang ke dalam longkang. 2 Sampah berbentuk pepejal hendaklah dibungkus dengan plastik dan dibuang ke dalam tong sampah bertutup. 3 Tin-tin kosong dan kaca yang pecah hendaklah ditanam atau dikitar semula. 4 Tong sampah dicuci dengan ubat pembasmi kuman dan dijemur di bawah sinaran cahaya matahari.

e)

Mencegah Serangga dan Haiwan Perosak 1 Pastikan setiap ruang dan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan kemas. 2 Makanan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat. 3 Alatan memasak dan pinggan mangkuk hendaklah dicuci segera untuk mengelakkan
kehadiran serangga dan haiwan perosak.

4 5

Semua almari dan laci makanan mestilah selalu dibersihkan. Semua sampah sarap dibuang segera untuk mengelakkan pembiakan serangga dan haiwan perosak. Susun Atur Alatan dan Kelengkapan Faktor yang Perlu Diambil Klra Semasa Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyusun atur alatan dan kelengkapan. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: a. Saiz ruang Pastikan alat dan kelengkapan berpadanan dengan saiz ruang. Susun atur alatan dan kelengkapan yang sesuai akan menjadikan ruang kecil kelihatan lebih luas. b. Saiz Perabot Pemilihan saiz perabot perlu bersesuaian dengan saiz ruang. Pastikan perabot yang diletakkan di sesebuah ruang sesuai mengikut keperluan dan tidak mengganggu pergerakan. c. Skema warna Pemilihan warna alatan dan kelengkapan perlu sesuai dengan saiz dan warna sesebuah ruang. Contohnya jika ruang dapur kecil, kabinet yang dipilih harus berwarna lembut supaya ruang dapur kelihatan luas.

d. Keceriaan Keceriaan sesebuah ruang dapat diwujudkan dengan pemilihan alatan, kelengkapan, hiasan tambahan, dan skema warna yang sesuai. Warna sofa, langsir, dan kusyen tabur mestilah sesuai dengan warna ruang untuk menceriakan sesebuah ruang. e. Keselamatan Susun atur alatan dan kelengkapan yang betul atau teliti tidak menghalang laluan dan dapat mengelakkan kemalangan. f. Kumpulan ahli keluarga Pastikan susun atur alatan dan kelengkapan sesuai dengan kumpulan ahli keluarga seperti bayi, kanak-kanak, dan orang tua. Susun atur alatan dan kelengkapan hendaklah memberi ruang yang selesa dan selamat untuk pergerakan kanak-kanak dan orang tua.

Menyusun Atur Alatan dan Kelengkapan di Ruang Dapur Penyusunan alatan dan kelengkapan yang betul dapat menjimatkan masa dan tenaga, memudahkan pergerakan, serta melancarkan kerja di dapur, bagi mengelakkan kemalangan. Oleh itu, kelengkapan serta susun atur alatan perlu sesuai agar keselamatan terjamin.

Antara alatan dan kelengkapan yang terdapat di ruang dapur ialah meja kerja, peti sejuk, sink, dan dapur.

kerja Diletakkan berhampiran dengan sink, peti sejuk, dan dapur untuk mengurangkan pergerakan. Diletakkan pada ketinggian yang sesuai supaya memberi keselesaan semasa bekerja.Sink Diletakkan berhampiran tingkap untuk mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya memudahkan kerja penyediaan makanan. Diletakkan jauh daripada dapur untuk mengelakkan percikan air.Peti sejuk Diletakkan berhampiran dengan meja kerja supaya menj imatkan masa dan tenaga semasa proses penyediaan makanan. Diletakkan jauh dari dapur memasak untuk mengelakkan haba daripada dapur merosakkan peti sejuk.Dapur Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan semasa memasak. Diletakkan jauh dari tingkap dan pintu untuk mengelakkan tiupan angin. Diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja.

Alatan dan KelengkapanKedudukanMeja

You might also like