You are on page 1of 2

Kurikulum merupakan suatu program yang bermatlamat untuk mencapai tujuan pendidikan.

Tujuan kurikulum untuk jangka panjang adalah menggambarkan kehidupan yang diharapkan serta hala tuju yang disasarkan setelah pelajar menyelesaikan alam persekolahannya. Transformasi kurikulum pula adalah proses melakukan perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Sebagai alat atau media untuk mencapai matlamat dan tujuan, kurikulum perlu bersifat futuristik. Melalui sifat futiristik, kurikulum bukan sahaja dapat memenuhi tujuan pendidikan pada masa kini malah dapat juga menepati tujuan dan kehendak pada masa hadapan. Justeru, kurikulum futuristik perlu diilhamkan menerusi pandangan futuristik yang dapat mengenal pasti arah aliran semasa serta meramal jauh ke hadapan terhadap perubahan, keperluan, trend dan tuntutan yang dikehendaki pada masa berkenaan. Sehubungan itu, analisis serta pemerhatian secara saintifik perlu dilakukan terhadap arah aliran nasional dan global pada masa depan yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia, sosio-ekonomi, politik, sumber manusia dan sumber tenaga, pertanian serta pertahanan.. Melalui transformasi pendidikan di Malaysia, kurikulum futuristik telah diilham dan dilaksanakan menerusi pelbagai pendekatan. Melalui pelaksanaan KSSR umpamanya, elemen Merentas Kurikulum telah diterapkan sebagai unsur nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen ini adalah berunsur futuristik yang bertujuan mengukuhkan kemahiran serta keterampilan modal insan yang dihasratkan untuk menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pelaksanaan kurikulum futuristik juga diperlihatkan melalui usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengstruktur semula sistem pendidikan vokasional menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang berkuatkuasa pada 2013. Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk menjana kekayaan baru bagi negara pada masa depan. Ia juga menepati

keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Kesimpulannya, kejayaan pelaksanaan kurikulum futuristik menerusi transformasi sistem pendidikan di Malaysia memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak demi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Terima kasih.

You might also like