You are on page 1of 13

Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas

1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pendidikan Lalulintas Shell yang diasaskan oleh Shell Malaysia semenjak Malaysia merdeka, ialah untuk mengajar murid-murid sekolah rendah dan menengah tentang undang-undang, peraturan-peraturan lalulintas serta tabiat dan sikap keselamatan dijalan raya. Pendidikan ini bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka mengamalkan undang-undang jalan raya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga mereka dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

2.0

OBJEKTIF KESELAMATAN LALULINTAS

Tujuan utama adalah untuk melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka lebih peka terhadap undang-undang jalanraya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Selain itu juga antara obkjektif : 2.1 TANGGUNGJAWAB BERSAMA AGENSI KORPORAT

2.2 MENJADIKAN JALANRAYA KITA SELAMAT UNTUK SEMUA MELALUI PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA KOMUNITI: 2.3 MENGAMALKAN BUDAYA SELAMAT MELALUI PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN JALANRAYA 2.4 MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA MELALUI PENGGUNAAN DAN AMALI 2.5 MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG AWAM TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA MELALUI KEMPEN, PAMERAN

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

2.6 MEMPROMOSIKAN PEMANDUAN SELAMAT KEPADA KUMPULAN SASARAN

3.0

TUJUAN DAN MATLAMAT 3.1 Menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya keselamatan jalan raya di kalangan murid-murid. 3.2 Mengekalkan tabiat yang baik tentang penggunaan jalan raya kepada murid-murid 3.3 Menggalakkan perhubungan muhibah di antara muridmurid berbilang kaum. 3.4 Menjadikan satu aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah-sekolah

4.0

PELAKSANAAN

Pertandingan ini dinamakan Program Pendidikan Lalulintas Shell dan ianya dipertandingkan terus ke peringkat negeri setiap tahun.

4.1 4.2

Tarikh : Tempat : Taman Lalu Lintas Rajang

5.0

GELANGGANG PERMAINAN
5.1 Program Pendidikan Lalulintas Shell selalunya dijalankan disebuah gelanggang tetap yang diperbuat khas untuknya. Gelanggang lalulintas ini dilengkapi dengan jalan-jalan kecil, simpang-simpang, bulatan, selekoh, lampu isyarat, tanda
Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

lalulintas dan lintasan belang. Ada sembilan tempat lawatan seperti Sekolah, kedai, balai bomba, hospital, perhentian bas, telefon, pejabat pos, tempat letak kereta, stesen minyak

6.0

PESERTA 6.1 Tiap-tiap pasukan mestilah terdiri dari 17 orang peserta ( 3 orang pemandu kereta, 6 orang penunggang basikal , 6 orang pejalan kaki dan 2 orang simpanan, yang terdiri dari murid-murid Tingkatan 2 ( Sekolah Menengah ) dan Tahun 5 ( Sekolah Rendah ).

7.0

PIHAK-PIHAK TERLIBAT 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9 Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri ( MKJR ) Pejabat Residen Bahagian Sibu Majlis Perbandaran Sibu Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Perbadanan Putrajaya (Kebangsaan) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/PPD Sibu Polis Diraja Malaysia(Cawangan Trafik) Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )

7.10 Jabatan Kerja Raya ( JKR ) 7.11 Jabatan Penerangan 7.12 Jabatan Kesihatan 7.13 Shell Malaysia 7.14 Sekolah-Sekolah Rendah / Menengah

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

8.0

PENYERTAAN 8.1 i. ii. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori :Pertandingan untuk murid-murid sekolah rendah Pertandingan untuk murid-murid sekolah menengah

8.2 Jumlah anggaran peserta adalah 425 orang murid (14 SR & 11 SM). Murid-murid yang mengambil bahagian mestilah berumur 10 tahun hingga ke 15 tahun pada 1 Januari. 8.3 Terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan bagi sekolah menengah dan rendah 8.4 Setiap pasukan mestilah mempunyai seorang pengurus pasukan dan seorang guru bertugas. 8.5 Tiap-tiap sekolah dibenarkan menghantarkan satu pasukan sahaja yang terdiri daripada 17 orang peserta, termasuk 2 simpanan

9.0

KATEGORI AMALI 9.1 9.2 9.3 Pedal Kart : 3 orang peserta - no.jaket 1-3. Penunggang Basikal- 6 orang peserta Pejalan Kaki: 6 orang peserta no.jaket 4-9

no.jaket 10-15

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

Pedal Kart 10.0 UJIAN BERTULIS

Berbasikal

Pejalan Kaki

Pidato

10.1 Ujian bertulis (objektif ) akan diadakan kepada peserta yang berdaftar sahaja. 10.2 Penetapan tempat ujian akan dimaklumkan dalam perjumpaan semua Pengurus Pasukan. 10.3 Petugas ujian adalah terdiri dari petugas yang dilantik oleh urusetia pertandingan. 10.4 Soalan- soalan ujian adalah mengikut kategori ( Menengah / Rendah ). Kertas soalan mesti selesai ujian. dikembalikan kepada petugas apabila

10.5 Keputusan panel pemeriksa kertas ujian adalah muktamad. 11.0 PANDUAN PERJALANAN 11.1 KAD PERJALANAN 11.1.1 Kad perjalanan untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan mestilah disimpan dalam saku jaket masing-masing. 11.1.2 Kad akan dicop (tanda pengesahan lawatan) berdasarkan urutan di dalam KAD
Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

11.1.3 Kad tidak akan dicop walaupun peserta telah sampai ke stesen tertera sekiranya stesen terdahulu belum dicop.
11.2 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART Perkara 1 11.2.1 Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kad perjalanan anda dimasukkan ke dalam saku jaket serta pastikan juga nombor jaket dan kad mestilah sama. 11.2.2 Tiap-tiap pemandu dikehendaki menggunakan isyarat tangan perlahan apabila sampai di lintasan belang, persimpangan jalan, bulatan dan bila membelok. 11.2.3 Isyarat tangan berhenti juga hendaklah dilakukan dengan betul. 11.2.4 Apabila meletakkan pedalkart untuk lawatan ke tempat-tempat yang telah ditentukan mengikut kad masing-masing, anda hendaklah meletakkan pedalkart rapat dengan bahu jalan supaya tidak menghalang kenderaan lain yang menggunakan jalan raya.

11.3 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART Perkara 2 11.3.1 Apabila hendak memulakan perjalanan, pandang ke belakang dan hulurkan tangan untuk keluar, jika didapati selamat barulah terus berjalan. 11.3.2 Satu garisan kuning menandakan tidak boleh meletakkan pedalkart 11.3.3 Tali pinggang keledar hendaklah dipakai apabila memandu. 11.3.4 Keutamaan hendaklah diberi kepada kenderaan yang datang dari arah sebelah kanan anda semasa di bulatan dan persimpangan jalan. 11.3.5 Mengambil pedalkart peserta lain adalah suatu kesalahan dan boleh dibatalkan permainan individu. 11.3.6 Pedalkart yang rosak semasa pertandingan berjalan, boleh ditukar dengan memberitahu pegawai yang bertugas ( masa tidak ditambah)
Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

11.3.7 Tempat-tempat yang dilarang dari meletakkan pedalkart adalah seperti berikut :11.3.7.1 11.3.7.2 11.3.7.3 11.3.7.4 11.3.7.5 Di garis kuning Garisan dua lapis Di lampu isyarat Persimpangan jalan Di bulatan

11.3.7.6 Di tanda isyarat yang melarang letak kenderaan

11.4 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART -Perkara 3 11.4.1 Meletakkan pedalkart di tempat letak kereta mestilah teratur mengikut garisan panduan yang ditetapkan. 11.4.2 Anda mesti patuh kepada semua isyarat jalan dan memandu di sebelah kiri jalan raya. 11.4.3 Jika sekiranya anda keluar dari pedalkart untuk membuat lawatan mengikut kad perjalanan anda mestilah menggunakan lintasan belang untuk menyeberang jalan. 11.4.4 Di jalan sehala pedalkart boleh diletakkan di kedua-dua belah jalanraya kecuali jka ada garisan kuning atau tanda yang dilarang meletak kereta. 11.4.5 Anda mesti menggunakan tangan kanan sahaja ketika memberi sebarang isyarat di jalan raya. 11.4.6 Jika terdapat tanda garisan dua lapis di dalam gelanggang pertandingan, elakkan dari meletakkan pedalkart, memotong 11.4.7 Jarak meletakkan pedalkart dari tempat-tempat yang berikut adalah 30 kaki atau 10 meter.
Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

11.4.7.1 11.4.7.2 11.4.7.3 11.4.7.4

Perhentian bas Persimpangan jalan Di bulatan Di lampu isyarat

11.5 PANDUAN UNTUK PENUNGGANG BASIKAL Perkara Am 11.5.1 Kad-kad perjalanan hendaklah disimpan dalam saku jaket apabila menunggang basikal, pastikan nombor jaket dan kad adalah sama. 11.5.2 Anda boleh menggunakan kedua belah tangan untuk memberi isyarat. Tangan kanan anda untuk isyarat perlahan, berhenti dan membelok. Tangan kiri hanya boleh digunakan untuk memberi isyarat belok ke kiri sahaja. 11.5.3 Semasa meletakkan basikal atau meninggalkan di mana-mana tempat di jalanraya, mestilah diletakkan rapat dengan bahu jalan 11.5.4 Apabila berhenti dari menunggang, anda dikehendaki turun dari basikal untuk menjaga keselamatan diri. Tanda isyarat tangan perlahan mestilah diamalkan apabila sampai di : 11.5.4.1 11.5.4.2 11.5.4.3 11.5.4.4 Lintasan belang Bulatan Persimpangan Lampu isyarat

11.5.5 Anda boleh meletakkan basikal di tempat letak kereta dengan syarat basikal anda tidak mengganggu ruang tempat letak kereta. Ini bermakna anda mestilah meletakkan basikal anda di tepi petak letak kereta. 11.5.6 Semasa menunggang basikal di jalanraya anda dikehendaki menunggang di sebelah tepi kiri jalanraya

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

11.5.7 Menunggang basikal bersaingan adalah melanggar undang-undang jalan raya. 11.5.8 Merentas dari kiri ke kanan jalan tidak dibenarkan, juga dilarang membuat pusingan `U` di mana sahaja di dalam gelanggang. 11.5.9 Semua peserta yang menunggang basikal juga pemandu kereta hendaklah menggunakan lintasan belang apabila hendak melintas. 11.5.10 Mengambil basikal peserta lain adalah suatu kesalahan dan boleh dibatalkan permainan individu itu. 11.5.11 Jika terdapat kerosakan kenderaan semasa pertandingan boleh ditukar kenderaan ( masa tidak akan ditambah )

11.6 PANDUAN UNTUK PEJALAN KAKI 11.6.1 Kad perjalanan untuk membuat lawatan ke tempattempat yang ditentukan mestilah disimpan dalam saku jaket masing-masing. 11.6.2 Anda hendaklah berjalan di luar ruang jalan raya.

11.6.3 Merentas di tengah-tengah padang di antara satu sudut ke satu sudut tidak dibenarkan. 11.6.4 Apabila hendak melintas di lintasan belang, anda terlebih dahulu mesti memandang ke kanan, kiri dan kanan sekali lagi sebelum menyeberang. 11.6.5 Anda tidak boleh menyeberang jalan raya melainkan ada lintasan belang, atau jejambat atau lampu isyarat melintas. 11.6.6 Anda tidak digalakkan berlari semasa membuat lawatan.

12.0 JAWATANKUASA 12.1 JAWATANKUASA INDUK (Rujuk Jawatankuasa Induk MPS)


9

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

12.2 JAWATANKUASA KECIL PERMAINAN LALU LINTAS 12.2.1 Pengerusi

En Wong Chong Kung (Pegawai Pelajaran Daerah Sibu) 12.2.2 Naib Pengerusi

En Ahli Bin Chikba Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu 12.2.3 Penyelaras

En Lim Chun Len Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan (PPD SIBU) 12.2.4 Naib Penyelaras (STEP) I

En Oscar Gandik Stanie Penolong Penyelia Kokurikulum (PPD SIBU)

12.2.5

Naib Penyelaras II

SMK Methodist / SJK Taman Rajang 12.2.6 Setiausaha

SMK Methodist / SJK Taman Rajang 12.2.7 Master Padang

SMK Methodist / SJK Taman Rajang

12.3 JAWATANJUASA KERJA KECIL 12.3.1 Penasihat


10

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Sibu 12.3.2 Pengerusi

SMK Methodist / SJK Taman Rajang 12.3.3 12.3.4 12.3.5 Naib Pengerusi Penyelaras /Setiausaha AJK PIDATO

Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu (Kertas Konsep) Pejabat Residen Bahagian Sibu (penghakiman) 12.3.6 AJK STG

12.4 CADANGAN AJK 13.0 KRONOLOGI DAN PERANCANGAN 14.0 PERKARA-PERKARA LAIN 14.1 Sebelum sesuatu pertandingan diadakan semua pengurus-pengurus pasukan dan lain-lain ahli jawatankuasa yang berkaitan akan diberi taklimat pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. Taklimat ini akan disampaikan oleh pihak Jab.Pelajaran ,Shell, Polis dan JPJ. 14.2 Tujuannya ialah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai perjalanan pertandingan. Pihak yang berkaitan akan diberi peluang bersoal jawab dalam sesi dialog. 14.3 Sesi cabutan akan diadakan untuk menentukan nombor giliran ( game number )
Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

11

15.0 TINDAKAN PENGURUS-PENGURUS PASUKAN 15.1 Pengurus pasukan hendaklah memastikan pasukannya berada satu jam sebelum acara bermula di tapak pertandingan. Pendaftaran pasukan boleh dibuat pada masa ini. 15.2 Borang penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia. Sebarang perubahan peserta boleh dilakukan ketika ini (Mengikut Keperluan atas sebab sebab berasas) 15.3 Sebagai bukti umur peserta, pengurus pasukan juga dikehendaki menunjuk kad pengenalan peserta-peserta kepada pihak Urusetia 15.4 Undian bagi mendapatkan warna jaket akan dibuat pada masa mesyuarat pengurus pasukan Tugas undian akan dilakukan oleh pengelola peserta 15.5 Semua pengurus pasukan, guru-guru pengawas dan murid-murid sekolah tidak dibenarkan masuk ke tapak pertandingan semasa pertandingan sedang berjalan.

16.0 PENUTUP
Sebagai aktiviti kependidikan, maka kejayaan program Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas SHELL Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi tahun 2013 ini amat bergantung kepada kesediaan dan kesanggupan semua pihak, khususnya Ahli Jawatankuasa Pengelola berusaha dan bekerja dengan bersunggug-sungguh, tekun dan teliti melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan juga adalah bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan sekolah-sekolah yang mempunyai pasukan pancaragam untuk bertanding dan mempersaingkan kebolehan pasukan masing-masing. Dalam pada itu sokongan, kerjasama dan bantuan daripada ibu 12

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

bapa, para dermawan, syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan amatlah diharap-harapkan.

Disediakan Oleh

En Oscar Gandik Stanie Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Sibu

Oscargandik/PPDSIBU

Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013

13

You might also like