You are on page 1of 2

ANAK ITIK YANG HODOH

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu! Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata. Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatanbinatang yang lain di ladang itu. Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal. Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar datang ke tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu! Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung

yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang. Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu, ia berkata di dalam hatinya. Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula. Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit! Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. Alangkah cantiknya burung itu, fikirnya. Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran. Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami. Apa? Aku seekor angsa? Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-burung itu. Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya. Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia menjerit dengan gembira. Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

You might also like