You are on page 1of 11

KONSEP RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN

ASMAWI BIN ABDULLAH


SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG
http://www.jabatan-geografi-smkpurun.blogspot.com

Konsep Rantaian dan Siratan Makanan.


Konsep Rantaian Makanan.
Hubungan makanan antara spesies dalam satu ekosistem atau ruang tempat tinggal yang membolehkan proses pemindahan tenaga dari satu aras trofik ke aras trofik yang lain. Pemindahan atau pemindahan ini melibatkan elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada pengeluar kepada pengguna hinggalah kepada pengurai dalam sesebuah ekosistem.

Konsep Siratan Makanan.


Gabungan beberapa rantaian makanan kerana sesuatu sumber makanan lazimnya dimakan oleh pelbagai jenis hidupan dalam sesebuah ekosistem.

Contoh Rantaian Makanan

Contoh Siratan Makanan

Aras Trofik dan Piramid Tenaga


Konsep Aras Trofik
Susunan kedudukan organisma yang dihubungkaitkan oleh aliran tenaga di dalam sesuatu rantaian makanan. Susunan pertama ialah pengeluar (tumbuhan) diikuti oleh pengguna primer (herbivor) pada aras kedua, pengguna sekunder (karnivor) pada aras ketiga dan pengguna tertier (omnivor) pada aras keempat.

Aliran tenaga dalam sesuatu aras trofik berlaku dalam keadaan berikut;
a) Aliran tenaga matahari kepada tumbuhan (pengeluar). Tenaga matahari dialirkan dalam daun membolehkan proses fotosintesis berlaku. b) Aliran tenaga daripada pengeluar (tumbuhan) kepada pengguna primer (herbivor). Tenaga kimia dalam daun dialirkan ke dalam badan haiwan herbivor. c) Aliran tenaga daripada pengguna primer kepada pengguna sekunder (karnivor). Tenaga kimia dalam badan herbivor dialirkan ke dalam badan haiwan karnivor. d) Aliran tenaga daripada pengguna sekunder kepada pengguna tertier (omnivor). Tenaga kimia dalam badan karnivor dialirkan ke dalam badan haiwan omnivor. e) Aliran tenaga daripada pengeluar dan pengguna kepada pengurai. Berlaku apabila pengeluar dan pengguna yang mata melalui proses pereputan dan penguraian oleh mikroorganisma.

Pemindahan Tenaga
Matahari 8% daripada cahaya matahari sampai ke bumi digunakan oleh tumbuhan hijau.

Aras trofik pertama (pengeluar) tumbuhan hijau

Daripada 8% cahaya matahari. 2% digunakan untuk proses fotosintesis. Tenaga lain digunakan untuk proses metabolisme, transpirasi dan pertumbuhan.

Aras trofik kedua pengguna primer Apabila haiwan makan tumbuhan, 10% ditukar menjadi tisu haiwan herbivor. 90% akan hilang melalui proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan.

Pemindahan Tenaga
Aras trofik ketiga pengguna sekunder
Apabila haiwan makan haiwan lain, 10% ditukar menjadi tisu haiwan karnivor. 90% akan hilang melalui proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan.

Aras trofik keempat pengguna tertier


Apabila haiwan makan tumbuhan dan haiwan lain, 10% ditukar menjadi tisu haiwan omnivor. 90% akan hilang melalui proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan.

Tenaga semakin berkurangan

Persaingan Antara Spesies


Konsep Persaingan Antara Spesies.
Satu bentuk perebutan organisma (haiwan dan tumbuh) yang perlu bersaing di antara mereka dan antara spesies yang lain untuk mendapatkan keperluan sendiri di dalam habitat yang sama. Dalam organisma haiwan, terdapat dua jenis persaingan yang berlaku iaitu persaingan dalam spesies yang sama dan persaingan antara spesies yang berlainan. Dalam orrganisma tumbuhan, persaingan antara spesies berlaku untuk merebut cahaya matahari dann zat-zat galian (nutrien) dalam tanih.

Bentuk-bentuk Persaingan Organisma


Persaingan untuk mendapatkan makanan. Persaingan untuk mendapatkan air. Persaingan habitat. Persaingan untuk pembiakan.

You might also like