You are on page 1of 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU( GOTONG-ROYONG 2013 ( MOHD REZANI BIN NAWI / 780409035007 ) Alhamdulillah syukur..

dengan limpah kurniaNYA mengizinkan saya melaksanakan amanah yang diberi oleh pihak IPGKRM amnya dan para pensyarah mentor iaitu En. Jalil bin Osman yang membimbing dan memantau perjalanan program ini sehingga selesai. Program Bina Insan Guru pada semester ini telah dilaksanakan pada 30 Mac 2013 di Surau Kampung Telekong, Jelebu Negeri Sembilan. Sesungguhnya, program gotong-royong ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik, menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri sya dan rakan-rakan pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan surau tersebut. Perancangan dan pelaksanaan dibuat bersama-sama sehingga selesai semuanya. Saya berasa bangga dapat bersama-sama dengan penduduk setempat berganding bahu membersihkan surau tersebut walaupun tidak pernah mengenali satu sam lain sebelum ini.

Di samping itu, saya juga dapat menghayati kepentingan menjaga kebersihan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

You might also like