You are on page 1of 37

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AMALI 1 Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah.

Tugasan:

Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu, bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian gunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll) Jadual 1

Lokasi 2

Kembali ke makmal, campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Biarkan selama 2 hari, kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan sampel dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi. Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Daripada beg-beg sampel , periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Kenalpasti semua organisma dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki cacing; kumpulan B 8 kaki laba-laba, hama dan lain-lain). Kira jumlah individu dalam

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya. a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 2 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri, dan kenal pasti dalam kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan. b. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan

15

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

bil. individu seliter tanah/litupan

Laporan Anda Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut, dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi menunjukkan keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul. 1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut? 2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. 3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

4.

Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna dan mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut? jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah?

5.

6.

AMALI 2 : Bilakah di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Pengenalan

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza. (1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya (2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti. Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti- spesis menggunakan contoh hepotetikal. Tugasan

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) - MoonMorphs Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza.

Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Catatkan jumlah setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara jantan dan betina. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka, jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian.

Adakah anda mempunyai 29 spesis, atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis?

Laporan Anda Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalansoalan berikut. Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan, tetapi mestilah rujukannya betul.

Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis? Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies? Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah. MoonMorphs

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AMALI 3

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama, membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut. Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.(Buat dalam PCK 2) Bahagian 2: Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali, nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Apakah

julat

kedapatan

kepelbagaian

(diversity)?

Bagaimana

jumlah

biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan.

Apakah erti

in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan

(shortcomings) pemuliharaan ex situ?

Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat


yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesis yang
pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan akibat dari tindakan ini? Tarikh Akhir Hantar Semak tarikh tugasan. Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan . Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2)


Pembentangan Pemuliharaan ex-situ Tugasan Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) . Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam laman sesawang. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:Zoos IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory) http://www.cbsg.org/ South East Asian Zoos Association http://www.seaza.org/ American Zoo & Aquarium Association : http://aza.org/ ZooNet (International Index) : http://www.mindspring.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.html Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.desertmuseum.org/ Australian Museum http://www.amonline.net.au/thylacine/index2.htm San Diego Zoo http://www.sandiegozoo.org/ Gardens/Plants http://www.mobot.org/CPC/welcome.html http://www.rbgkew.org.uk:80/conservation/index.html http://www.florabank.org.au/ http://www.rbgkew.org.uk/BGCI/australi.htm http://www.rbgsyd.gov.au/ http://www.rbg.ca/cbcn/ http://www.anbg.gov.au/chabg/newsletter/3-july-02/

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Botanical Gardens in Malaysia Rimba IImu Botanic Garden http://rimba.um.edu.my/ Penang Botanic Gardens http://www.sukpp.gov.my/KebunBunga/main.html Botanic Gardens Conservation International http://www.bgci.org.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Ma laysia.html http://www.bgci.org.uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu? Malaysia.html http://www.wcs.org/ http://www.edf.org/ http://www.defenders.org/ http://www.wri.org/wri/wri.html http://www.iucn.org/ http://www.unep-wcmc.org/ http://www.environment.gov.au/ http://www.dse.vic.gov.au/

Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Amali 4 Mengukur dan Membandingbeza Kepelbagaian Spesis Pengenalan: Pada awal amali kita menguji beberapa kesukaran yang ditemui apabila kita cuba menempatkan individu-individu ke dalam taburan taxa, atau spesies, berdasarkan morfologi mereka sahaja. Dalam amali ini kita akan melihat satu contoh , di mana kita menggunakan morphospecies dari pengumpulan kupu-kupu dari tiga pulau bagi membuat perbandingan kepelbagaian spesis , dan kemudian membuat beberapa cadangan berkenaan keutamaan pemuliharaan berdasarkan bandingan. (Apakah dia morphospecies?) Membanding Kepelbagaian Spesis Kupu-Kupu Asia Tenggara Invertebrata seringkali digunakan sebagai penunjuk biodiversiti kerana, secara takonominya mereka mempunyai banyak spesis, dan secara ekologinya mereka sangat berguna menentukan jenis-jenis habitat, nich dan dari segi strategi-strategi. Beberapa kumpulan, seperti kumbang, semut dan kupu-kupu dan juga rama-rama secara bandingannya mudah digolongkan ke dalam morhospecie dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologi luaran mereka. Tugasan Kupu-kupu dalam amli ini didatangkan dari tiga pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Ia dibeli oleh Dr.Dale bagi kegunaan mengkaji perbezaan dalam kepelbagaian spesis yang secara rasionalnya pengembalian untuk ekologi mengutamakan bagi pulau-pulau program tersebut.

Terdapat banyak petunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index). Baca penerangannya pada akhir amali ini.

Pertama, anda mesti susun semua kupu-kupu ke dalam kumpulan-kumpulan.


Gunakan ciri-ciri yang biasa ada pada semua kupu-kupu, tetapi ada kepelbagaian masing-masing. Sebagai contoh, panjang antena, warna kepak, tanda corak kepak, saiz abdomen atau thorax atau bentuk dan ciri-ciri lain

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

yang berguna, tetapi bukan jumlah kaki! Saiz juga bukan ciri-ciri yang baik untuk digunakan (mengapa?).

Unit operasi taksonomi (operational taxonomic units or OTUs), yang anda


definisikan (kumpulan) boleh diertikan sebagai spesis pecahan Beri nama unik bagi setiap spesis untuk memudahkan perbincangan.(apa yang dibuat oleh para taksonomis).

Pertama, ambil satu spesis kupu-kupu, bandingkan dari semua ketiga-tiga


pulau pada masa yang sama, dan warnakan atau tanda semua individu yang anda fikir dari kumpulan yang sama(spesis). Kemudian ambil spesis kupu-kupu seterusnya mengikut prosedur., sehingga semua kupu-kupu telah diletakkan dalam kumpulan masing-masing.

Kedua, kira berapa banyak individu antara setiap spesis dari setiap pulau dan
masukkan nilai ke dalam jadual yang disediakan

Kemudian, kirakan kepelbagaian spesis dari setiap pulaudengan menggunakan


Indeks Simpson D. anda boleh kira secara manual atau guna kalkulator dari laman web. Terdapat arahan pada akhir amali. Jika anda menggunakan kalkulator dalam talian (online calculator), anda akan lebih mudah mengira kekayaan spesis dan kesamarataan spesis.

Laporan Anda Anda akan berbincang berdasarkan isi-isi dibawah dan laporan bercorak essei (lebih kurang 600 perkataan). Berikan Tajuk, pengenalan, dan sertakan jadual kekayaan, kesamarataan dan Nilai D bagi setiap spesis kupukupu, dan keutamaan anda untuk memulihara ketiga-tiga pulau tersebut.

Panduan Laporan Anda .

Apakah asas binaan (basic building blocks) atau Unit Operasi Taksonomi (operational taxonomic units) dari kepelbagaian (biodiversity) ? Terangkan. Huraikan apakah maksud (1) kekayaan spesis dan (2) kesamarataan spesis. Pulau manakah paling tinggi , sederhana dan paling rendah kepelbagaiannya? Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? adakah mengikut nilai kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh anda ambil kita dalam menentukan keutamaan program pemuliharaan?

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesis, apakah kriteria yang boleh digunapakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan ini terus dilakukan?

Tarikh Akhir Semak fail penilaian bagi menentukan tarikh akhir. Laporan ini meliputi 10% dari jumlah markah anda. Jadual 1. Jumlah spesis dan jumlah individu dari setiap spesis bagi tiga pulau Malaysia. D = Indeks diversiti Simpson. P = kedudukan keutamaan bagi pemulihan; 1= paling mendesak,2= mendesak, 3=kurang mendesak. Species Pulau Sipadan Pulau Talang Talang- Pulau Redang

kekayaan spesis kesamarataan spesis Index Simpson (D) Keutamaan untuk Pemuliharaan

Memahami Indeks Diversiti Simpson Berikut adalah beberapa laman sesawang yang baik untuk menerangkan bagaimana untuk membandingkan kepelbagaian spesis secara kalkulator dalam talian (online calculator).

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html Indek Diversiti Simpson adalah untuk mengukur kepelbagaian. Dalam ekologi ia sering digunakan untuk mengukur biodiversiti dalam sesuatu habitat. ia digunakan untuk mengira jumlah kehadiran spesis maupun kelimpahan sesuatu spesis. Kepelbagaian Biologi (Biological Diversity - the great variety of life) Kepelbagaian biologi boleh diukur dengan banyak cara. Dua faktor utama diambilkira semasa mengukur kekayaan dan kesamarataan kepelbagaian (diversiti). Kekayaan adalah ukuran jumlah kehadiran organisma yang berbeza jenis dalam sesuatu kawasan tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesis adalah jumlah kehadiran spesis yang berbeza. Walau bagaimanapun diversiti bukan hanya bergantung kepada kekayaan tetapi juga kepada kesamarataan. Kesamarataan pula membandingkan persamaan saiz populasi bagi setiap jenis spesis yang ada dalam sesuatu kawasan. 1. Kekayaan Spesis (Species Richness) Jumlah spesis setiap sampel adalah ukuran bagi kekayaan. Lebih banyak spesis yang ada dalam satu sampel, menunjukkan sampel itu kaya. Kekayaan spesis sebagai satu ukuran tersendiri tidak mengambilkira jumlah individu yang ada bagi setiap spesis. Ia memberikan pemberatan kepada semua spesis di mana individu yang sedikit sama dengan individu yang banyak. Contohnya satu bunga daisy mempunyai banyak pengaruh ke atas kekayaan sesuatu kawasan yang mempunyai 1000 bunga buttercups. 2 . Kesamarataan Spesis (Species Evenness) Kesamarataan adalah satu ukuran dari bandingan kelimpahan dari spesis yang berbeza yang membina kekayaan sesuatu kawasan. Sebagai contoh, kita mungkin ada dua sampel bungaan liar dari lapangan berbeza. Sampel dari lapangan pertama mengandungi 300 bunga daisy, 335 bunga dandelion dan 365 buttercup. Sampel dari lapangan kedua mengandungi 20 daisy, 49 dandelion dan 931 buttercup (lihat jadual di bawah). Kedua-dua sampel sama kekayaannya (3 spesis) dan sama jumlah individu (1000). Bagaimanapun , sampel pertama lebih kesamarataan berbanding dengan sampel kedua. Ini kerana jumlah individu dalam sampel pertama diserakkan secara

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

rata antara 3 spesis. Dalam sampel kedua , kebanyakkan individu adalah buttercup, dengan hanya sedikit daisy dan dandelion yang ada. pelbagai (diversiti) berbanding Sampel 1. Oleh itu Sampel 2 kurang

Spesis Bungaan Daisy Dandelion Buttercup Jumlah

Bilangan Individu Sampel 1 Sampel 2 300 20 335 49 365 931 1000 1000

Satu komuniti yang didominasi oleh satu atau dua spesis dikatakan kurang kepelbagaian (diverse) berbanding satu dari beberapa spesis yang berbeza yang mempunyai kelimpahan spesis yang sama. Jika kekayaan spesis dan kesamarataan spesis meningkat, maka kepelbagaian meningkat .Index Diversiti Simpson mengukur kepelbagaian yang mengambilkira kedua-dua kekayaan dan kesamarataan. Jika kepelbagaian meningkat, maka nilai Indek D Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index D) meningkat..

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Mengira Indeks Diversiti Simpson Secara Dalam Talian Langkah 1. Hidupkan komputer anda dan susurkan laman web berikut http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html Anda akan paparan berikut di skrin.

Langkah 2. Klik pada tag kalkulator dan perkara berikutnya dipaparkan.

Langkah 3. Pada skrin terdapat borang kemasukan data, taip jumlah individu setiap spesis kupu-kupu yang dijumpai dari pulau pertama. Nilai mesti dijarakkan. Skrin menunjukkan contoh dimana terdapat tujuh spesis . Spesis pertama 10 individu dan spesis ketujuh 12 individu.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Langkah 4. Klik butang calculate diversity dan kotak keputusan akan dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 5. Dalam jadual 1, rekodkan Nilai D Simpson (2 titik perpuluhan sahaja), Nilai Kekayaan Spesis dan Kesamarataan Spesis Shannon . Dari contoh di atas D=0.82, Kekayaan=7 dan Kesamarataan=0.92. Langkah 6. Ulangi pengiraan bagi dua pulau yang lain.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Mengira Indek Diversiti Secara Manual Indek dikira dengan formula berikut: D = 1/pi2 Dimana pi = pecahan kelimpahan spesis ith atas pulau. Sebagai contoh jika anda ada sampel dari dua spesis iaitu 5 individu dari spesis pertama dan 8 individu dari spesis kedua (jumlah 13 individu) D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2) = 1 / (0.38)2 + (0.62)2) = 1/(0.52) D = 1.92 jadi, nilai D meningkat, inilah diversiti. Contoh Mengira Indek Kepelbagaian Simpson Spesis 1. 2. 3. 4. Jumlah individu Indek Simpson (D) Pulau Sipadan 5 8 9 Pulau Talang-Talang 5 7 2 6 20 3.6 Pulau Redang

22 2.8

Pulau SipadanD = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2) = 1/(0.23)2 + (0.36)2 + (0.41)2) = 1/(0.05 + 0.13 + 0.17) = 1/0.35 D = 2.8 Pulau Talang-Talang D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2) = 1/(0.25)2 + (0.35)2 + (0.10)2 + (0.30)2) = 1/0.06 + 0.12 + 0.01 + 0.01) = 1/0.28 D = 3.6 Oleh itu, D = 3.6 lebih besardari D = 2.8 . Kita boleh katakan bahawat Pulau TalangTalang mempunyai lebih kepelbagaian (diversity) dari Pulau Sipadan.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kupu-kupu Asia Tenggara

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

40

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AMALI 5 MEMAHAMI TREND POPULASI Tujuan :

Untuk menyiasat mengenai tren populasi Teori : Pertumbuhan Populasi merupakan perubahan dalam bilangan individu dalam sesebuah populasi dalam tempoh masa tertentu atau perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen. TUGASAN 1 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi). Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 Populasi Badak A Faktor Saiz populasi, pertumbuhan, (N) (R) N0 = 30 58 1.9 123 2.1 236 1.9 484 2.0 955 2.0 Jadual 1 Populasi Badak B Faktor Saiz populasi, pertumbuhan, (N) (R) N0 = 20 39 2.0 82 2.1 161 2.0 318 2.0 643 2.0

Langkah 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

41

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 1. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi badak A, Purata R= 1.98 ~ 2.0 Populasi badak B, Purata R = 2.02 ~ 2.0 Soalan Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran? TUGASAN 2 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam persekitaran yangg sama bagi 5 selang masa (generasi). Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 Populasi Koala A Saiz Faktor populasi, pertumbuhan, (R) (N) N0 = 20 36 1.8 63 1.8 118 1.9 212 1.8 375 1.8 Jadual 2 Populasi Koala B Saiz Faktor populasi, pertumbuhan, (R) (N) N0 = 20 31 1.5 47 1.5 66 1.4 103 1.6 150 1.5

Langkah 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti.

42

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 2. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi koala A, Populasi koala B, Soalan 1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran? 2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian). TUGASAN 3 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir? Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi). Purata R =1.82 ~ 1.8 Purata R =1.5

Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5

Populasi Kuda Belang A Faktor Saiz populasi, pertumbuhan, (N) (R) N0 = 20 80 4.0 230 2.9 400 1.8 500 1.3 550 1.1

Populasi Kuda Belang B Saiz populasi, (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 Faktor pertumbuhan, (R) 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3

43

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

6 7 8 9 10

580 590 595 600 600

1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 Jadual 3

520 550 570 580 600

1.4 1.0 1.0 1.0 1.0

Langkah 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 3. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi kuda belang A, Purata R = 1.62 ~ 1.6 Populasi kuda belang B, Purata R = 1.5

Soalan 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? 2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. 3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi? TUGASAN 4 Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

44

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi). Populasi Kuda Belang A Saiz Faktor populasi, pertumbuhan, (R) (N) N0 = 20 90 4.5 220 2.5 340 1.6 410 1.2 440 1.1 450 1.0 450 1.0 440 1.0 460 1.0 450 1.0 Jadual 4 Populasi Kuda Belang B Saiz Faktor populasi, (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 pertumbuhan (R) 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0

Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Langkah 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 4. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi kuda belang A, Purata R =1.59 ~ 1.6 Populasi kuda belang B, Purata = 1.39 ~ 1.4 Soalan 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

45

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. 3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. 4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. 5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?

AMALI 6 MENGUKUR KEPELBAGAIAN GENETIK (Measuring Genetic Diversity) Pendahuluan Jika anda melihat sebarang kumpulan individu dari spesis yang sama manusia, kucing, anjing anda akan lihat semuanya tidak serupa. Kromosom dibina dari koleksi gen, dan pernyataan luaran gen (fenotip individu) boleh pelbagai variasi. Ini kerana gen mempunyai bentuk alternatif yang dipanggil allel, dan kelihatan berbeza disebabkan berlakunya variasi allel yang hadir dalam pembentukan genetik individu. Kolam gen sesuatu spesis adalah himpunan semua allel-allel yang berkemungkinan dari semua gen dalam spesis tersebut. Para ekologis pemuliharaan tidak dapat mengekalkan semua kepelbagaian genetik dalam spesis-spesis , tetapi mereka cuba untuk mengekalkan kepelbagaian genetik yang dijumpai dalam individu tumbuhan dan haiwan tempatan. Sebagai contoh, jika populasi orkid dalam satu lembah dengan populasi orkid spesis yang sama di lembah yang lain dapat menyesuiakan diri walaupun dengan cara berbeza, maka kedua-dua populasi tadi mesti dikekalkan kerana berpotensi untuk berevolusi. Tetapi jika kedua-dua populasi yang

46

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

sama genetiknya, maka memulihara hanya satu populasi sudah mencukupi untuk membina kolam gen spesis tersebut. Tetapi memelihara hanya satu populasi adalah berisiko. Implikasi menggunakan hanya sebahagian kecil bahan genetik yang didapati boleh membawa kepada berlakunya genetik hanyut, kehilangan kecergasan dan boleh menghadkan keupayaan populasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran secara berterusan. Untuk membuat keputusan tentang berapa banyak perubahan yang perlu kita lakukan, pemuliharaan jangka panjang adalah langkah terbaik. Bagi tujuan tersebut pertamanya dipulihara.(Gibbs et al, 1998). kita mesti mampu untuk "mengukur" kepelbagaian genetik dalam populasi dan kedua, kita tentukan berapa banyak yang perlu untuk

TUGASAN Anda bertugas dengan satu agensi pemuliharaan dan berdepan dengan satu masalah iaitu enam lot tanah lembab yang berbeza jenis tanahnya dan ditumbuhi oleh dua jenis orkid liar. Lot-lot tersebut sedang dibangunkan untuk menjadi kawasan perindustrian. Organisasi anda hanya mampu membeli dan menjaga empat lot tanah sahaja. Lot manakah yang harus dijaga? Tiga lot adalah paya mengandungi populasi Pterostylis isozymus. Tiga jenis paya yang lain merupakan habitat populasi spesis Pterostylis polyzymous . Anda menghantar sampel daun ke sebuah kolej untuk analisa genetik, dan menerima data seperti di bawah, iaitu di dalam bentuk gel protein elektroforesis untuk satu lokus allozyme yang polimorfik bagi kedua-dua spesis. Lokus tersebut mempunyai dua allel, Cepat dan Perlahan kerana mereka bergerak pada kadar yang berbeza merentasi gel tersebut, di mana allele yang cepat berada di bawah allele yang perlahan. Langkah 1

47

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Untuk mengukur bagaimana variasi genetik tersebar di antara populasi, frekuensi allele perlu dikenalpasti di dalam setiap populasi. Lokus alozyme mempunyai dua bentuk. Identiti bagi setiap allele di dalam setiap individu ditunjukkan melalui banding pattern yang ada di dalam gel. Sebagai contoh, individu pertama di baris pertama di dalam gel pertama adalah heterozygous, di mana dua allele tersebut adalah berbeza dan diwakili oleh simbol (+) bagi kedua-dua cepat dan perlahan. Sebaliknya, individu di baris kedua ialah homozygous, yang mempunyai satu band mewakili dua allele perlahan. Tentukan frekuensi allele di dalam setiap populasi bagi allele cepat (p) dan allele perlahan (q) dengan mengira bilangan allele bagi individu di dalam setiap populasi (homozygote mempunyai dua allele yang sama, oleh itu anda perlu mengira + dua kali ganda, dan jumlah bagi allele bagi 15 individu tersebut ialah 2 x 15 = 30. Bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah allele yang hadir dalam populasi tersebut (sentiasa sama dengan dua kali ganda bilangan individu).

Pterostylis isozymus, Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


Slo w Fast 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 23 7

Pterostylis isozymus, Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


Slo w Fast 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 12 18

Pterostylis isozymus, Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


1 Slo w Fast 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 4 26

Pterostylis polyzymus, Populasi 1 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


Slo 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 12

48

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

w Fast

18

Pterostylis polyzymus, Populasi 2 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


Slo w Fast 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 14 16

Pterostylis polyzymus, Populasi 3 (individu 1 hingga 15 dari kiri ke kanan)


Slo w Fast 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Jum 8 22

Langkah 2 Anda perlu mengukur perbezaan genetik diantara populasi tersebut. Biasanya Wrights Fixation Index or Fst digunakan, dari julat 0 yang mewakili tiada perbezaan antara populasi tersebut, meningkat, menandakan kenaikan perbezaan. Untuk menentukan Fst, heterozygousity perlu dikira bagi setiap spesis (Hs), dengan menggandakan 2pq bagi setiap satu populasi dan mengira nilai purata bagi ketiga-tiga populasi untuk setiap spesis. Frekuensi allele bagi Pterostylis isozymus, Allele cepat, p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata (Hs) 7/30 = 0.23 23/30 =

Allele perlahan, q 0.77

2xpxq 2 (0.23) (0.77) = 0.35

=1.06/3 =1.06/3=

49

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Frekuensi allele bagi Pterostylis polyzymus, Allele cepat, p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata (Hs) 0.46

Allele perlahan, q

2xpx q

Langkah 3 Kira heterozygosity jika ketiga-tiga populasi meneruskan pembiakan, (Ht). Lakukan kiraan dengan mencari purata bagi p dan q ke atas ketiga-tiga populasi bagi setiap spesis, digandakan dengan 2 x purata p x purata q. Jangkaan frekuensi heterozygote di dalam populasi ini dikatakan mempunyai kawasan pembiakan yang besar dengan tiadanya perbezaan genetik pada tahap populasi biasa. Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis isozymus Allele cepat, p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata frekuensi allele 7/30 18/30 26/30 0.23 0.60 0.87 1.70/3 = 0.57 23/30 Allele perlahan, q 0.77

(Ht).= 2 x purata p x purata q = 2 x 0.57 x purata q =


(Ht) = 2pq =? =?

Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Pterostylis polyzymus Allele Allele perlahan,

50

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

cepat, p Populasi 1 Populasi 2 Populasi 3 Purata frekuensi allele

(Ht).= 2 x the average p x the average q =


(Ht) = 2pq = ? = ?

Langkah 4 Anda perlu mengira jumlah local, dengan variasi populasi. Frekuensi sisihan bagi heterozygotes di dalam populasi yang berasingan, (Hs) perlu dicari jika mereka adalah dari populasi besar yang sama, (Ht), sertakan indeks jumlah variasi genetik yang ditemui di dalam satu populasi local. Oleh itu, Fst = (Ht - Hs) / Ht, di mana nilai Fst < 0.1 menunjukkan nilai divergen yang besar di dalam populasi (iaitu populasi yang berbeza dari segi genetik antara satu sama lain). Nilai antaranya menunjukkan beberapa divergen genetik. RUMUSAN Pterostylis isozymus

Fst = (Ht - Hs) / Ht = 0.49 0.35 / 0.49 = 0.29 Fst > 0.1 , menunjukkan divergen yang besar di antara populasi Pterostylis isozymus.

Pterostylis polyzymus

51

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Fst = (Ht - Hs) / Ht = 0.47 - 0.46 / 0.47 = 0.02 Fst <0.1 , menunjukkan tiada divergen di antara populasi Pterostylis polyzymus.

Populasi Pterostylis ________ adalah lebih divergen daripada populasi Pterostylis _________. Oleh itu, populasi Pterostylis _________, adalah sama secara genetik antara satu sama lain.

Laporan Anda 1. Adakah populasi bagi setiap spesies adalah berbeza antara satu sama lain? Adakah sesuatu spesies mempunyai lebih diversiti antara populasi daripada yang lain? Yang mana satu? 2. Bagaimanakah anda peruntukkan dana yang terhad bagi pemerolehan tanah lembap? Jelaskan dengan wajar keputusan anda di dalam konteks memelihara jumlah genetik diversiti yang maksimum yang menggambarkan kedua-dua spesies. 3. Apakah pertimbangan selain genetik yang akan mempengaruhi pilihan anda? 4. Diberi bahawa kedua-dua allele pada lokus yang dikaji ditemui bagi setiap spesies. Mengapakah lebih daripada satu populasi akan wujud bagi setiap spesis yang dilindungi? 5. Melalui pembacaan oleh Eldridge (1998) yang bertajuk Trouble in Paradise, bagaimanakah saintis memaksimakan diversiti genetik bagi pengenalan semula populasi? Mengapakah mereka tidak memilih hanya sejenis haiwan dari pulau tersebut?

52

You might also like