You are on page 1of 4

PPA M

PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA

PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA (PPA M)

Tujuan
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Latar Belakang
Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberi perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah. Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi. Selaras dengan pengumuman tersebut, Program PPA1M di Putrajaya dimulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit di Plot 17RK5, Presint 17 dan 256 unit di Plot 12D, Presint 11 yang dibuka kepada semua lapisan Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan. Pelaksanaan pembangunan Program PPA1M ini akan terus dibangunkan berperingkat-peringkat.

Kaedah Pelaksanaan
Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan Program PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara.

Ciri-Ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M);

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M


1. Plot 17RK5, Presint 17 Pemajuan ini melibatkan penyediaan 1,000 unit merangkumi 424 unit berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi (kp), 288 unit berkeluasan lantai 1,200 kp serta 288 unit berkeluasan 1,500 kp. Kediaman ini akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 rumah : 1 tempat letak kereta), surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain. 2. Plot 12D, Presint 11 Pemajuan ini melibatkan penyediaan 256 unit kediaman dengan nisbah 88 unit berkeluasan lantai 1,000 kp dan 168 unit berkeluasan lantai 1,200 kp di atas tanah seluas 3.0 ekar. Kediaman ini akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 rumah : 1 tempat letak kereta), surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain.

Fasa Berikutnya
3. Plot 5R5, Presint 5 Sejumlah 1,062 unit kediaman dengan nisbah 704 unit berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi (kp), 246 unit berkeluasan lantai 1,200 kp serta 112 unit 1,500 kp. Kediaman ini akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 rumah : 1 tempat letak kereta), surau, dewan serbaguna dan kemudahan sokongan lain. Pemajuan ini akan dilaksanakan pada kadar segera mengikut permintaan.

You might also like