You are on page 1of 11

TUGASAN AKHLAK ARAHAN TUGASAN INDIVIDU ( HANTAR 26/4/2013) Anda dikehendaki membuat tugasan berdasarkan tajuk di bawah.

Panjang tugasan : dua puluh (20) hingga tiga puluh (30) muka surat tidak termasuk halaman depan (tajuk), isi kandungan dan penghargaan. Cara menaip duble spacing. Tulisan : Times New Roman. Font : 12. Tulisan Arab font 14. Hantar tugasan : Minggu ke 10 berserta soft copy (CD). Markah penuh ; 20%. Plagiat adalah dilarang. Tajuk : Akhlak Dalam Kehidupan Bernegara Bincangkan secara mendalam mengenai aspek pemilihan pemimpin, akhlak pemimpin terhadap rakyat, akhlak rakyat terhadap pemimpin, akhlak dalam berpolitik. INDIVIDUAL ASSIGNMENT INSTRUCTIONS You are required to make assignments based on the title below. Length assignment: twenty (20) to thirty (30) pages excluding front page (title), content and awards. Way type duble spacing. Posts: Times New Roman. Fonts: 12. Arabic font 14. Submit assignments: Week 10 with soft copy (CD). Full marks: 25%. Plagiarism is prohibited. Title: Morals In live in the country Discuss in detail about the selection of leaders, moral leadership to the people, moral people on the leader, morality in politics. FOOTNOTES All footnotes should be in font 9 at the bottom page on which they appear. Precede the footnote with a horizontal rule of 2 inches. REFERENCES Follow the APA Publication style. Alphabetise references by the surnames of the authors. Use a hanging indent style with the first line of the reference flush against the left margin and subsequent lines indented by 0.32 cm (1/8 inch). Example: Moir, L. (2003). The impact of ethical sales behavior on customer satisfaction, trust and loyalty to the company: an empirical study in the financial services industry. Journal of Marketing Management , 19(1), 9145 - 939. Newell, A. & Simon, H.A. (1972). Human Problem Solving. Englewood Cliffs, NJ: Prentice - Hall.

Tugasan Kuiz Individu. 20 markah. ( HANTAR 26/4/2013) Arahan : Berdasarkan tajuk-tajuk Akhlak di bawah, Anda dikehendaki bina soalan bentuk pilihan sebanyak 30 dan aneka pilihan sebanyak 10 soalan. Nyatakan jawapan betul di halaman lampiran. Nyatakan juga buku rujukan.

Konsep akhlak dalam Islam. Akhlak dalam al-Quran,akhlak dalam Hadith, akhlak menurut sarjana dan akhlak Rasulullah. Perbandingan antara akhlak, moral dan tasauf Definisi akhlak, moral dan tasauf, kaitan dan perbezaan di antara akhlak, moral dan tasauf dan ruang lingkup akhlak. Hubungan akhlak dengan aqidah Islam Kaitan akhlak dengan aqidah, aqidah adalah asas bagi akhlak, akhlak tanda keimanan, dan nilai akhlak pada aqidah. Hubungan akhlak dengan ibadah seharian Akhlak adalah ibadah, akhlak dalam pelaksanaan ibadah seharian, kepentingan akhlak dalam ibadah. Akhlak dalam kehidupan seharian pelajar Islam Akhlak pelajar, ketika menuntut ilmu, ketika dengan guru, ketika dengan rakan, akhlak dengan ilmu. Adab dan akhlak dalam kehidupan berkeluarga Bersama ibu bapa, bersama adik beradik, suami dan isteri, dengan jiran tetangga. Akhlak dalam kehidupan bermasyarakat Sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat mazmumah, akhlak di antara lelaki dan perempuan, akhlak ketika muamalat: jual beli, sewa menyewa, nasihat-menasihati, pekerja dengan majikan. Akhlak dalam kehidupan bernegara Pemilihan pemimpin, akhlak pemimpin terhadap rakyat, akhlak rakyat terhadap pemimpin, akhlak dalam berpolitik. Akhlak dalam urusan kehakiman Akhlak seorang hakim umum dan khusus, pertuduhan dan menjatuhkan hukuman. 5 soalan 8 soalan 6 soalan 6 soalan 4 soalan 3 soalan
3 soalan 2 soalan

3 soalan

Contoh soalan. Tajuk : Akhlak Anak Terhadap Ibu Bapa SOALAN OBJEKTIF(BAHAGIAN A) 1)Apakah yang dimaksudkan dengan Akhlak terhadap ibu bapa? A.Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan,perbuatan,dan tingkah laku. B.Kehendak yang biasanya dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah di lakukan. C.Merupakan suatu proses mental individu yang menentukan tindak balas dalam kehidupan. D.Suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan dengan senang. 2)Anak-anak dituntut berbakti kepada ibu sama ada semasa hidup atau sesudah meninggal dunia. Antara berikut adalah tanggungjawab anak terhadap ibu kecuali? A.Berbuat baik terhadap ibu. B.Memberi nafkah kepada ibu. C.Tidak menunaikan amanah dan wasiat. D.Berdoa dan memohon keampunan ibu. 3)Apakah tanggungjawab anak ketika ibu dalam keadaan uzur atau sakit? A.Menjaga segala keperluan ibu. B.Tidak membantu ketika ibu berwuduk. C.Membiarkan ibu bersendirian. D.Tidak mendoakan kesihatan untuk ibu. 4)Siapakah yang lebih wajib dan bertanggungjawab memberi wang perbelanjaan kepada ibu? A.Anak lelaki. B.Anak perempuan. C.Menantu lelaki atau perempuan. D. Pemerintah 5)Firman Allah S.W.T

Ayat di atas menunjukkan salah satu tanggungjawab anak terhadap ibu. Pilih kenyataan yang sesuai sama maksud dengan ayat di atas A.Berkomunikasi dengan lemah lembut. B.Berdoa dan memohon keampunan. C.Berbuat baik kepada ibub bapa. D.Memberi nafkah kepada ibu. 6)Antara berikut adalah cara mentaati ibu kecuali? A.Patuh setiap suruhan yang tidak bertentangan dengan syarak. B.Tidak membantah atau kasar tutur kata. C.Tidak memberi pertolongan semasa dalam kesusahan. D.Sentiasa menyenangkan hati ibu. 7)Bagaimanakah adab-adab pergaulan anak terhadap ibu? A.Tidak mencium tangan sebelum ke sekolah atau tidur. B.Berdiri untuk memberi hormat. C.Mendahului ibu semasa makan. D.Melunjurkan kaki kea rah ibu. 8)Antara berikut adab bercakap terhadap ibu kecuali? A.Bercakap dengan hormat dan sopan santun. B.Merendahkan suara di hadapan ibu. C.Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi. D.Menggunakan bahasa yang kasar dan menyakitkan hati ibu. 9)Firman Allah S.W.T

_______________________________ Perintah yang terkandung dalam ayat yang bergaris di atas ialah A.Mendoakan kedua ibu bapa B.Berbuat baik kepada ibu bapa C.Merendahkan diri dan mendoakan kedua ibu bapa. D.Bercakap dengan kata-kata yang baik kepada ibu bapa

10)Ulama mengistinbatkan hukum bercakap dengan kata-kata yang baik kepada ibu bapa berdasarkan lafaz? A. B. C.

11) Firman Allah S.W.T

Antara berikut merupakan suruhan Allah S.W.T. yang dapat dipetik dari ayat tersebut kecuali? A.Sentiasa bersyukur kepada Allah. B.Jangan taat pada mereka jika mereka mendesak untuk mempersekutukan Allah.

C.Bergaul baik dengan mereka walaupun mereka bukan islam. D.Ikutlah jalan orang beriman walaupun mereka bukan ibu.

12)

Antara berikut merupakan suruhan Allah yang dapat dipetik dari ayat tersebut kecuali? A.Jangan sesekali bercakap kasar dengan ibu bapa. B.Jangan menjadi seorang yang sombong,takbur atau derhaka kepada ibu. C.Mereka yang melakukan akan menyesal tanpa kesudahan. D.Mereka tidak akan mendapat keredaan ibu bapa.

13)Apakah sebab-sebab serang anak menderhaka kepada ibu? A.Sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu. B.Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain. C.Jahil dalam pengetahuan agama yang menjadi panduan kepada seseorang. D.Takut pada balasan azab neraka di akhirat kelak.

14)Berikut adalah akibat menderhaka kepada ibu kecuali? A.Akan mendapat balasan azab neraka kerana melakukan dosa besar yang dilarang Allah. B.Segala urusan hidup dipermudahkan oleh Allah S.W.T. C.Segala amal ibadat dan amal kebaikan menjadi sia-sia. D.Dibenci dan dipandang hina oleh orang ramai.

15)Apakah hikmah menghormati dan berbuat baik kepada ibu? A.Memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

B.Hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan aman. C.Sentiasa akan berasa menyesal atas perbuatan yang lalu. D.Hidup tidak mendapat keredaan Allah dan ibu bapa.

SOALAN ANEKA PILIHAN(BAHAGIAN B) 1)Antara berikut merupakan akhlak terpuji anak terhadap ibu? I.Berdoa dan memohon keampunan. II.Sentiasa bertutur dengan suara yang lemah lembut. III.Meninggikan suara apabila bercakap. IV.Sentiasa meminta izin ketika keluar rumah. A.I,II B.II,III DAN IV C.I,II DAN IV D.I,II,III DAN IV

2)Pilih jasa dan pengorbanan ibu yang wajib dikenang oleh anak? I.Mengandungkan II.Menyusukan III.Melahirkan IV.Mengasuh dan mendidik A.II DAN III B.II DAN IV C.III SAHAJA D.SEMUA DI ATAS

3)Antara berikut adalah adab bercakap terhadap ibu..Pilih penyataan yang betul? I.Bercakap dengan hormat dan sopan santun. II.Merendahkan suara di hadapan ibu. III.Menggunakan bahasa yang kasar. IV.Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi. A.I,II DAN IV B.I,II, DAN IV C.I,II DAN III D.SEMUA DI ATAS

4)Antara berikut adalah sebab kita diwajibkan menghormati ibu bapa.Pilih penytaan yang betul. I.Ibu yang mengandungkan,melahirkan dan menyusukan kita. II.Ibu bapa mendidik dan membesarkan kita menjadi insan yang berguna.

III.Mendapat kesusahan dalam hidup. IV.Salah satu cara kita membalas jasa dan pengorbanan mereka. A.I DAN III B.I,II DAN IV C.II DAN III D.IV SAHAJA

5)Berikut adalah kepentingan beradab dengan ibu ..Pilih penyataan yang betul. I.Dapat melaksanakan suruhan Allah S.W.T. supaya menghormati ibu. II.Mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera. III.Supaya seseorang anak sentiasa berbohong dengan ibu. IV.Sebagai cara untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu. A.I,II DAN IV B.II DAN IV C.III DAN IV D.IV SAHAJA

6) Berikut adalah tanggungjawab anak kepada ibu setelah meninggal dunia. Pilih kenyataan yang betul. I.Sentiasa mendoakan keampunan ibu II. .Memberi nafkah. III. Menjelaskan segala hutang ibu. IV.Memuliakan dan berbuat baik dengan teman karib ibu. A.I,II DAN IV B.I,II DAN IV C.I,III DAN IV D.I DAN III

7)Antara berikut,yang manakah kewajipan anak jika ibu sudah meninggal dunia? I.Melaksanakan wasiat. II.Menjaga nama baik ibu. III.Memohon keampunan dosa-dosa ibu . IV.Meneruskan silaturrahim. A.II DAN III B.I DAN C.III DAN IV D.I,II,III,IV

8)Tiga kewajipan yang menghubungkan seseorang yang telah mati dengan orang yang masih hidup.

Sabda Rasulullah S.A.W apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara. Pilih pernyataan yang betul. I.Sedekah jariah. II,Puasa Ramadan. III.Ilmu yang dimanfaatkan. IV.Doa anak yang soleh yang mendoakan. A.I SAHAJA B.II DAN IV C.I,II DAN IV D.I,III DAN IV

9)Antara berikut adalah cara anak berbakti kepada ibu semasa hidup kecuali.. I.Menghantar ibu ke rumah kebajikan. II.Selalu menziarahi ibu sekiranya tinggal berasingan. III.Sentiasa mendoakan kesejahteraannya. IV.Membiarkan ibu ketika dalam kesusahan. A.I DAN IV B.II DAN III 10) Firman Allah S.W.T. C.II DAN IV D.SEMUA DI ATAS

Antara berikut adalah suruhan Allah yang dapat diambil dari ayat tersebut.Pilih penyataan yang betul. I.Manusia hendaklah berbuat baik kepada ibu II.Manusia perlu sedar bahawa ibunya telah mengandungnya dengan menanggung segala kesakitan. III.Jangan jadikan seseorang ibu itu derita kerana anaknya IV.Sentiasa bersyukur kepada Allah dan kedua ibu bapa. A.I DAN II B.I,II DAN III C.II DAN III D.I,II DAN IV

11)Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang anak menderhaka kepada ibunya?

I.Mempunyai didikan agama yang cukup. II.Lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. III.Tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada ibu. IV.Sentiasa menghormati ibu. A.I SAHAJA B.II DAN IV C.II DAN III D.SEMUA DI ATAS

12)Pilih antara berikut feadah berbuat baik kepada ibu kecuali? I.Akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan akhirat. II.Segala urusan kehidupan tidak dipermudahkan oleh Allah. III.Dipandang rendah dan dihina oleh orang ramai. IV.Hidup mendapat berkat melalui doa ibu. A.I DAN II B.II DAN III C.III DAN IV D.SEMUA DI ATAS

13)Apakah balasan Allah S.W.T. kepada anak yang menderhaka kepada ibu bapa di dunia? I.Sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai. II.Menanggung kesusahan dalam kehidupan. III.Disanjung tinggi oleh masyarakat. IV.Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah. A.I DAN II B.II DAN III C.II DAN IV D.III DAN IV

14)Pilih penyataan yang betul tentang akibat menderhaka kepada ibu. I.Akan mendapat balasan azab neraka kerana melakukan dosa besar. II.Segala amal ibadat dan amal kebaikan menjadi sia-sia. III.Allah S.W.T. akan menyegerakan balasan siksaan di dunia. IV.Hidup sentiasa mendapat berkat dan rahmat Allah. A.I SAHAJA B.I,II DAN III C.II,III DAN IV D.SEMUA DI ATAS

15)Cadangan supaya setiap orang sentiasa mengambil berat dan berbakti kepada orang tuanya. I.Mengingati kembali jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. II.Menghantar mereka ke rumah kebajikan apabila sudah tua. III.Selalu menziarahi dan bertanya khabar sekiranya tinggal berjauhan. IV.Ibu bapa juga perlu mengasihi anak-anak seperti tidak mendera. A.I DAN II B.I,III DAN IV C.II,III DAN IV D.IV SAHAJA

You might also like