You are on page 1of 3

Alat Muzik Tradisional

Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia.
Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat
penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan.

Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka


ialah gambus, gong, kompang, rebana, seruling, angklung, bonang,
caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang
merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi
masyarakat

Melayu. Kompang

biasanya

dimainkan

semasa

perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional


seperti erh-hu, pipa, yangqin, sheng dan seruling cina. Dalam
masyarakat Cina, erh-hu

dan pipa sentiasa digunakan

sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam


orkestra untuk mengiringi opera cina atau mengiringi nyanyian.

Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum India


adalah seperti sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat
muzik kasikal India Utara dan biasanya digunakan dalam penghasilan
rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini juga digunakan untuk
mengiringi nyanyian dan tarian semasa majlis perkahwinan India
dilangsungkan.

Arahan: Jawab soalan berikut berdasarkan petikan yang telah diberikan.

1. Nyatakan kegunaan alat muzik pada zaman dahulu.


______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Apakah kegunaan kompang


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3. Er-hu biasanya digunakan bagi kaum Cina untuk


______________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4. Alat muzik ini digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian.


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5. Bagaimanakah

anda

menunjukkan

rasa

kecintaan

kepada

alat

muzik

tradisional?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Arahan: Bina tiga ayat bagi alat tradisional di bawah.

1.

2.

3.

You might also like