You are on page 1of 5

ALAT-ALAT UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN

HAD PENDENGARAN 1.Julat pendengaran ialah frekuensi bunyi yang dapat dikesan oleh telinga manusia.
2.Seseorang yang berpendengaran normal dapat mengesan bunyi di antara 20Hz dan 20 000Hz(hertz). 3.Telinga kita tidak dapat mengesan bunyi yang kurang daripada 20Hz. 4.Bunyi yang melebihi 20 000Hz mungkin merosakkan telinga kita. 5.Julat pendengaran seseorang bergantung kepada umur : (a)Kanak-kanak biasanya mempunyai julat pendengaran yang lebih besar daripada orang dewasa. (b)Warga tua mempunyai julat pendengaran yang lebih kecil kerana gegendang telinga mereka adalah kurang kenyal dan tidak mudah bergetar.

Alat yang mengatasi had pendengaran:


1.Had pendengaran boleh diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai.Contohnya stetoskop,megafon,alat bantu pendengaran dan lain-lain. (a) stetoskop Untuk membolehkan doktor mendengar bunyi denyutan jantung pesakit yang lemah.

(b) Megafon

Megafon adalah pembesar suara mudah alih yang menggunakan corong untuk meningkatkan kecekapan elemen-elemen yang menghantar suara , khususnya elemen diafragma yang digerakkan oleh sebuah electromagnet. Corong itu sendiri merupakan bahagian yang pasif dan tidak memperbesar suara dari elemen pembesar suara, tetapi berguna untuk meningkatkan kecekapan antara pembesar suara dan udara. Corong ini boleh dipandang sebagai transformer akustik yang menyediakan impedansi yang sama antara diafragma padat yang berkaitan dan udara dengan kepadatan rendah. Hasil dari proses ini adalah keluaran suara yang lebih baik daripada pembesar suara . Bahagian sempit dari corong yang ada di dekat pembesar suara disebut 'leher' dan bahagian luas yang berada jauh dari pembesar suara biasa disebut 'mulut'. Corong digunakan untuk memperluaskan batasan frekuensi yang rendah dari pembesar suara. Saat melekat pada corong, pembesar suara mampu menghasilkan kembali suara rendah dengan lebih kuat. Besarnya corong dan ukuran 'mulut' menentukan batas rendahnya frekuensi . Pada pembesar suara genggaam ini, ukuran 'leher' hanya berpengaruh pada reka bentuk.Corong pada pembesar suara ini boleh meningkatkan jarak frekuensi hingga 5 oktaf.

Cara Kerja
Corong akustik mengubah variasi bertekanan tinggi dengan perpindahan kecil menjadi variasi bertekanan rendah dengan perpindahan besar, dan sebaliknya. Proses ini dilakukan secara berperingkat. Seringnya, hal-hal yang berkaitan dengan eksponen boleh meningkatkan kawasan silang dari corong. Kecilnya wilayah silang dari 'leher' corong menyekat jalannya udara, yang menyajikan impedansi tinggi, ke pembesar suara. Hal ini membolehkan pembesar suara untuk mengembangkan tekanan tinggi untuk perubahan tertentu. Oleh kerana itu, gelombang suara yang ada di 'leher' corong mempunyai tekanan tinggi dan perpindahan kecil. Bentuk runcing dari corong membolehkan gelombang suara secara

beransur-ansur mengurangkan tekanan dan meningkatkan perpindahan hingga gelombang suara mencapai 'mulut' corong dimana gelombang bunyi menjadi bertekanan rendah dan berperpindahan tinggi. Pembesar suara mudah alih elektronik mempunyai cara kerja yang sama dengan pembesar suara mudah alih manual, iaitu dengan menukar diafragma secara mekanik dengan pembesar suara piezoelectric. Pembesar suara dengan reka bentuk moden biasanya mempunyai khas bercorong kerucut, berkaitan dengan eksponen, dan tractrix runcing. Pada saat pembesar suara mudah alih digunakan untuk berbicara, semakin rendah rata-rata nyala, maka semakin rendah pula frekuensi yang dihasilkan oleh corong. Pembesar suara mudah alih moden dengan keluaran tinggi juga membuat 'leher' corong menjadi lebih kecil daripada diafragma kon . Hal ini disebut perbandingan "muat naik" atau "pemadatan" corong. Perbadingan pemadatan adalah kawasan kerucut dibahagikan wilayah 'leher' corong. Khas untuk bas dan frekuensi jarak tengah, perbandingan pemadatan adalah mulai dari (1.5 - 1) pemadatan rendah, pemadatan normal (2 - 1), sampai ke pemadatan tinggi (3.5 - 1). Keluaran suara frekuensi tinggi kadangkadang mempunyai pemadatan tinggi sampai 10 - 1. Semakin tinggi pemadatan, maka semakin tinggi pula kemampuan corong untuk menggabungkan diafragma dengan udara pada mulut corong dan meningkatkan kecekapan sampai perbandingan pemadatan menjadi sangat tinggi. Jika pemadatan menjadi sangat tinggi maka corong akan mula menyekat pergerakan kon. Pada titik ini, keluaran suara maksimum dari corong (pada distorsi tertentu) akan dikurangkan. Untuk menunjukkan hal ini dengan jelas, letakkan sebuah pembesar suara mudah alih menghadap ke lantai. Perbandingan pemadatan akan menjadi sangat tinggi, namun keluaran suara dari belakang pembesar suara akan sangat kecil.

Contoh megafon:

(c)Alat bantu pendengaran

Alat bantu dengar merupakan suatu alat akustik elektrik yang boleh digunakan oleh manusia dengan gangguan fungsi pendengaran pada telinga . Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara dan bunyibunyian dari luar. Alat Bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik yang menggunakan batere di mana dalam pemakaiannya terdapat mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh meningkatkankelantangan suara dan menghantarnya pada speaker yang ada pada bahagian dalam telinga. Jika ingin menggunakan alat Bantu dengar ini maka terlebih dahulu harus memeriksakan ambang pendengaran dengan alat yang dinamakan audiogram. Setelah itu barulah dapat ditentukan jenis dan model apa yang sesuai digunakan untuk kes kerosakan pendengaran yang dialami.

Model dalam telinga (ITE)


Alat bantu dengan Model dalam telinga (In the ear aids (ITC) boleh digunakan untuk pesakit gangguan pendengaran kategori ringan sampai dengan kategori sedang. Alat ini memberikan keselesaan yang lebih kepada pemakainya kerana terletak pada bahagian dalam dan tidak tampak dari luar. Didalam komponen

alat ini dipasang Telecoil yang merupakan suatu kumparan magnet kecil yang dapat membolehkan pengguna alat bantu dengar tersebut untuk lebih selesa dalam bertelpon .

Model belakang telinga (BTE)


Jenis ini dipasang pada bahagian belakang telinga.dapat digunakan pada keadaan kerosakan telinga kategori ringan hingga berat. alat ini menggunakan komponen cetakan teliga yang berfungsi sebagai penjernih suara.

Bentuk canal
Bentuk Canal tersebut terdiri atas dua jenis iaitu ITC dan ICC. Alat Bantu dengar jenis ITC bentuk dan ukurannya dapat disesuaikan dengan pengguna. Alat bantu jenis ini agak bersaiz kecil. Jenis lain adalah ICC. Alat ini terletak di dalam saluran telinga. Kedua-dua alat ini memang sangat selesa digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun untuk kedua-dua macam lat bantu ini hanya mempunyai ruang sedikit yang boleh digunakan untuk menyimpan cadangan batere dan mikrofon yang dipasang di dalamnya. Alat ini kurang dianjurkan untuk pesakit dengan gangguan pendengaran yang cukup berat dan juga kurang disarankan untuk dipakai oleh anak anak.

Body Aids
Merupakan alat bantu dengar yang digunakan untuk kanak-kanak dalam usia balita. Cenderung lebih ekonomi berbanding model sekelasnya. Mudah untuk digunakan kerana mempunyai kemampuan penggeseran pada mikrofon yang digunakan, jadi tidak perlu mendekatkan telinga ke sumber suara. alat ini tidak mudah hilang, pasalnya penggunaan mirip dengan radio ukuran kecil atau walkman.Alat ini mempunyai kekurangan pada penerimaan suara yang sama antara telinga kiri dan kanan. Anak yang menggunakan alat ini juga tidak mampu mengetahui sumber suara kerana hanya mempunyai satu pembesar suara dan penerima. Kemungkinan adanya feedback terhadap suara boleh terjadi jika cetakan telinga tidak sesuai dengan saiz

OTE
Mempunyai kemampuan untuk memebedakan arah suara kerana memiliki alat pengolah suara yang cukup baik. Mempunyai tatacara yang boleh disesuaikan dengan keperluan dengar balita yang menggunakannya. Alat ini boleh memebedakan arah sumber suara baik kanan, kiri, depan, dan belakang, kemudahan alat ini juga sudah diakui.

Contoh alat bantu dengar:

You might also like