You are on page 1of 17

ALAT MENGATASI HAD PENGLIHATAN MANUSIA

Alat optik ialah alat yang menggunakan lensa optik untuk melakukan fungsinya dalam membantu kegiatan tertentu. Secara sederhana alat optik adalah alat bantu penglihatan manusia. Lensa optik diperbuat daripada bahan kaca, plastik, fiber, dan sebagainya Alat bantu penglihatan manusia berfungsi untuk mengamati benda-benda yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh mata. Contohnya Kamera , Projektor, Kanta, Mikroskop , Teropong dan Teleskop.

Mata disebut alat optik kerana mata dapat melakukan pembiasan cahaya yang masuk ke mata. Untuk menolong orang yang mengalami cacat mata presbiopi, pesakit harus menggunakan kacamata rangkap. Lensa kacamata rangkap terdiri atas lensa cekung untuk melihat bendabenda jauh dan lensa cembung untuk melihat benda-benda dekat.

Lensa rangkap a. Kanta 1

Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan.

Stem pos yang dilihat melalui kanta pembesar.

Kanta pembesar asas yang diperbuat dari plastik.

Kanta pembesar (dipanggil kanta tangan dari konteks makmal) adalah kanta cembung yang digunakan bagi menghasilkan imej diperbesar bagi sesuatu objek. Kanta ini biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang (lihat gambar). Pembesar helaian terdiri daripada banyak kanta berbentuk cecincin nipis, yang secara bergabung bertindak sebagai kanta tunggal tetapi jauh lebih nipis. Aturan ini dikenali sebagai kanta Fresnel.

b.

Kamera

Ini adalah gambaran kamera apabila dipecahkan bagi memudahkan kita memahami dengan lebih jelas fungsi sesebuah kamera dan bagaimana ia berfungsi. Tidak kira berapa harga sesebuah kamera itu yang penting fungsinya masih tetap sama merakamkan objek berdasarkan tangkapan imej melalui cahaya. Setiap objek yang dirakamkan melalui beberapa proses sebelum disimpan di dalam kad memori. Secara awalnya objek akan melalui lensa (7) selepas itu akan melaui shutter (6) di proses menggunakan sensor cmos/ccd (2) dan akan dihantar ke memori kad untuk disimpan. Semua jenis kamera akan melalui proses yg sama untuk menghasilkan sesuatu imej.

Contoh kamera yang biasa didapati:

c. Definisi Projektor

Projektor

Projektor adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar. Beberapa jenis projektor yang biasa digunakan untuk membantu dalam proses penerangan kepada penonton. Alat-alat itu adalah seperti berikut: Projektor Lutsinar Projektor Slaid Projektor legap Projektor LCD

Contoh-contoh projektor:

d. Mikroskop Mikroskop adalah alat yang digunakan untuk melihat, atau mengenali benda yang kelihatan kecil menjadi lebih besar dari aslinya. Berikut adalah bahagian-bahagian mikroskop beserta fungsinya: Lensa okuler: iaitu lensa yang dekat dengan mata berfungsi untuk membentuk bayangan maya, tegak, dan diperbesar dari lensa objektif. Lensa objektif: lensa ini berada dekat pada objek yang dilihat, lensa ini membentuk bayangan nyata, terbalik, diperbesar. Di mana lensa ini diatur oleh revolver untuk menentukan perbesaran lensa objektif. Tabung mikroskop (tubus): tabung ini berfungsi untuk mengatur fokus dan menghubungkan lensa objektif dengan lensa okuler. Makrometer (pemutar kasar): makrometer berfungsi untuk menaik turunkan tabung mikroskop secara cepat. Mikrometer (pemutar halus): pengatur ini berfungsi untuk menaikkan dan menurunkan mikroskop secara lambat, dan bentuknya lebih kecil daripada makrometer. Revolver: revolver berfungsi untuk mengatur perbesaran lensa objektif dengan cara memutarnya. 5

Reflektor: terdiri dari dua jenis cermin iaitu cermin datar dan cermin cekung. Reflektor ini berfungsi untuk memantulkan cahaya dari cermin ke objek melalui lubang yang terdapat di meja objek dan menuju mata pengamat. Cermin cekung berfungsi untuk mengumpulkan cahaya. Diafragma: berfungsi untuk mengatur jumlah cahaya yang masuk. Kondensor: kondensor berfungsi untuk mengumpulkan cahaya yang masuk, alat ini dapat putar dan dinaikturunkan. Meja mikroskop: berfungsi sebagai tempat meletakkan objek yang akan dilihat. Penyepit kaca: penyepit ini berfungsi untuk menyepit kaca yang melapisi objek agar tidak mudah bergeser. Lengan mikroskop: berfungsi sebagai pemegang pada mikroskop. Kaki mikroskop: berfungsi untuk menyokong mikroskop. Sendi inklinasi (pengatur sudut): untuk mengatur sudut atau tegaknya

Contoh mikroskop:

e. Teropong Bagaimanakah caranya agar kita dapat melihat atau mengamati benda-benda yang sangat jauh letaknya? Apakah kamu tahu alat yang digunakan? Untuk mengetahui benda-benda yang letaknya sangat jauh agar kelihatan lebih dekat, kita dapat menggunakan alat yang dinamakan teropong. Ada dua jenis utama teropong, iaitu : a. Teropong bias, iaitu teropong yang terdiri atas beberapa lensa; b. Teropong pantul, iaitu teropong yang terdiri atas beberapa cermin dan lensa. a. Teropong Bias Teropong bias terdiri beberapa lensa yang berfungsi untuk membiaskan cahaya. Ada empat jenis teropong bias, iaitu: Teropong bintang, Teropong bumi, Teropong prisma, Teropong panggung.

1) Teropong Bintang Apakah kegunaan teropong bintang? Perhatikan huraian berikut: 1)Teropong Bintang a) Penggunaan teropong bintang dengan mata berakomodasi maksimum jika bayangan yang dibentuk oleh lensa okuler teropong jatuh di titik dekat mata 7

b) Penggunaan teropong bintang dengan mata tak berakomodasi Pengamatan bintang-bintang di langit berlangsung berjam-jam. Agar mata tidak letih, maka pengamatan dilakukan dengan mata tidak berakomodasi.

2) Teropong Bumi a) Teropong bumi dinamakan pula teropong medan atau teropong Yojana. Teropong terdiri atas lensa objekt dan lensa okuler dengan jarak fokus lensa objek lebih besar daripada jarak fokus lensa okuler. Disamping dua lensa tersebut, ada sebuah lensa positif iaitu lensa pembalik. Benda yang dilihat dengan teropong bumi terletak sangat jauh, sehingga bayangannya terletak di titik fokus atau bidang fokus lensa objek. Agar bayangan akhir tegak, maka digunakan lensa pembalik untuk membalik bayangan dari lensa objek. b) Perbesaran Sudut c) PanjangTeropong Bumi Panjang teropong bumi merupakan jarak antara lensa objek dan lensa okuler 3) Teropong Panggung Teropong panggung dinamakan juga teropong tonil, teropong sandiwara, teropong Belanda, atau teropong Galilei. Teropong ini terdiri dari dua buah lensa, lensa obek berupa lensa cembung, sedangkan lensa okuler berupa lensa cekung. Benda terletak di pada jarak jauh dan bayangan jatuh pada fokus lensa objek. 4) TeropongPrisma/Binokuler Teropong prisma hampir sama dengan teropong bumi, tetapi lensa pembaliknya diganti dengan sepasang prisma siku-siku sama kaki yang dibina di antara lensa objek dan lensa okuler. Setiap setengah bahagian teropong terdiri dari satu lensa objek, satu lensa okuler, dan sepasang prisma siku-siku sama kaki yang diletakkan satu sama lain pada sudut siku-sikunya. Sepasang prisma itu digunakan untuk membalik dengan pemantulan sempurna. Prisma membalik bayangan lensa objektif, sehingga bayangan akhir yang dibentuk lensa okuler terlihat oleh mata terhadap arah benda semula. 8

b. Teropong pantul Dinamakan teropong pantul kerana cahaya melalui teropong dengan cara pemantulan.Teropong pantul terdiri daripada satu cermin cekung besar, satu cermin datar yang diletakkan sedikit di depan titik fokus cermin cekung dan satu lensa cembung untuk melihat benda. Cermin cekung besar akan mengumpulkan cahaya sebanyak mungkin. Sebelum cahaya dikumpulkan di titik fokus cermin cekung, cahaya dipantulkan terlebih dahulu oleh cermin datar menuju ke lensa okuler (lensa cembung). Mengapa cermin cekung digunakan sebagai objektif pengganti lensa? Cermin cekung mempunyai beberapa kelebihan sehingga digunakan sebagai pengganti lensa, iaitu : a) Cermin tidak mengalami aberasi kromatik (penguraian warna) seperti pada lensa, b) Cermin lebih mudah dibuat dan murah daripada lensa. c) Cermin lebih ringan daripada lensa, sehingga lebih mudah digantung.

Sumber: http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2226041-teropong-sebagai-alatoptik/#ixzz2KZfXAg4o

f. Teleskop Teleskop merupakan peralatan optik yang direka bentuk untuk mengumpul cahaya lebih banyak daripada yang mampu dilakukan oleh mata. Kanta yang digunakan dalam teleskop adalah dari jenis kanta cembung, manakala cermin pula dari jenis cermin cekung. Dalam reka bentuk sesebuah teleskop, kanta atau cermin dinamakan objektif utama. Terdapat dua jenis teleskop optik, iaitu jenis pembiasan (refraction) dan pantulan (reflector).

Teleskop jenis pembiasan (refraction)

Teleskop jenis pantulan (reflector)

(i) Teleskop Pembiasan Teleskop pembiasan menggunakan kanta sebagai objektif utama. Kanta diletakkan pada hujung hadapan tiub teleskop. Cahaya akan memasuki ruang hadapan teleskop melalui kanta lalu ' membiaskan imej di belakang kanta. Cahaya ini akan ditumpukan ke titik fokus, manakala pembesaran imej dibuat oleh satu komponen lain iaitu kanta mata. (ii) Teleskop Pantulan Teleskop pantulan pula menggunakan cermin sebagai objektif utama. Cahaya memasuki bahagian hadapan teleskop dan jatuh pada cermin yang merupakan objektif utama teleskop pantulan. Cahaya ini kemudiannya terpantul ke cermin kedua sebelum sampai ke kanta mata. Cermin kedua boleh jadi dari jenis sferikal atau hiperbolik. Terdapat dua jenis utama reka bentuk teleskop pantulan iaitu Newtonion dan Cassegrain. Perbezaan di antara kedua-dua 10

teleskop pantulan ini adalah dari segi kedudukan kanta mata dan jenis cermin kedua yang digunakan. Di antara kedua-dua jenis teleskop ini, teleskop pantulan lebih banyak digunakan di kebanyakan balai cerap utama dunia. Teleskop jenis pantulan terbesar terdapat di Balai Cerap Zelenchukskaya, USSR berukuran 6 meter, di Mount Palomar, California (5 m) dan di Mauna Kea (10 m). Manakala teleskop pembiasan yang terbesar terdapat di Balai Cerap Yerkes, Wisconsin dengan saiz objektif utamanya berukuran 1 meter (Von Nostrands Scientific Encyclopaedia, 1989). Bagi ahli-ahli astronomi amatur, memadai mereka memulakan minat dengan menggunakan teleskop saiz sederhana iaitu bagi teleskop pembiasan saiz objektif utama yang sesuai ialah 3 inci' atau teleskop pantulan berukuran 8 inci. Saiz dan keupayaan sebuah teleskop ditentukan oleh saiz objektif utama masing-masing. Bagi teleskop amatur, spesifikasi teleskop dalam katalog pada kebiasaannya ditunjukkan secara nisbah objektif utama dengan jarak fokal. Misalnya SP 6", f/8, perkaitan ini menunjukkan bahawa teleskop berkenaan mempunyai objektif utama berukuran diameter 6 inci, dengan nisbah jarak fokalnya 1 dalam 8. Dengan ini jarak fokal teleskop bersamaan 48 inci (6 inci x 8). Teleskop dengan saiz demikian mampu mengumpulkan cahaya 900 kali lebih banyak daripada yang mampu dikutip oleh mata manusia, kerana kanta mata manusia cuma berukuran 6 mm diameter. Manakala teleskop besar dengan saiz cermin utamanya 5 m, mampu mengutip cahaya hampir satu juta kali lebih banyak berbanding mata manusia Kuasa pembesaran teleskop pula adalah nisbah ketara saiz objek yang dilihat melalui teleskop berbanding menggunakan mata kasar. Misalnya bulan dilihat dengan mata kasar cuma 1/2o, iaitu sama saiz seperti sebiji pil. Apabila teleskop berkenaan membuat pembesaran sebanyak 20 kali, saiz bulan dalam medan teleskop akan menjadi 10o.

11

ALAT-ALAT UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN


HAD PENDENGARAN 1.Julat pendengaran ialah frekuensi bunyi yang dapat dikesan oleh telinga manusia.
2.Seseorang yang berpendengaran normal dapat mengesan bunyi di antara 20Hz dan 20 000Hz(hertz). 3.Telinga kita tidak dapat mengesan bunyi yang kurang daripada 20Hz. 4.Bunyi yang melebihi 20 000Hz mungkin merosakkan telinga kita. 5.Julat pendengaran seseorang bergantung kepada umur : (a)Kanak-kanak biasanya mempunyai julat pendengaran yang lebih besar daripada orang dewasa. (b)Warga tua mempunyai julat pendengaran yang lebih kecil kerana gegendang telinga mereka adalah kurang kenyal dan tidak mudah bergetar.

Alat yang mengatasi had pendengaran:


1.Had pendengaran boleh diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai.Contohnya stetoskop,megafon,alat bantu pendengaran dan lain-lain. (a) stetoskop Untuk membolehkan doktor mendengar bunyi denyutan jantung pesakit yang lemah.

(b) Megafon
12

Megafon adalah pembesar suara mudah alih yang menggunakan corong untuk meningkatkan kecekapan elemen-elemen yang menghantar suara , khususnya elemen diafragma yang digerakkan oleh sebuah elektromagnet. Corong itu sendiri merupakan bahagian yang pasif dan tidak memperbesar suara dari elemen pembesar suara, tetapi berguna untuk meningkatkan kecekapan antara pembesar suara dan udara. Corong ini boleh dipandang sebagai transformer akustik yang menyediakan impedansi yang sama antara diafragma padat yang berkaitan dan udara dengan kepadatan rendah. Hasil dari proses ini adalah keluaran suara yang lebih baik daripada pembesar suara . Bahagian sempit dari corong yang ada di dekat pembesar suara disebut 'leher' dan bahagian luas yang berada jauh dari pembesar suara biasa disebut 'mulut'. Corong digunakan untuk memperluaskan batasan frekuensi yang rendah dari pembesar suara. Saat melekat pada corong, pembesar suara mampu menghasilkan kembali suara rendah dengan lebih kuat. Besarnya corong dan ukuran 'mulut' menentukan batas rendahnya frekuensi . Pada pembesar suara genggaam ini, ukuran 'leher' hanya berpengaruh pada reka bentuk.Corong pada pembesar suara ini boleh meningkatkan jarak frekuensi hingga 5 oktaf.

Cara Kerja

13

Corong akustik mengubah variasi bertekanan tinggi dengan perpindahan kecil menjadi variasi bertekanan rendah dengan perpindahan besar, dan sebaliknya. Proses ini dilakukan secara berperingkat. Seringnya, hal-hal yang berkaitan dengan eksponen boleh meningkatkan kawasan silang dari corong. Kecilnya wilayah silang dari 'leher' corong menyekat jalannya udara, yang menyajikan impedansi tinggi, ke pembesar suara. Hal ini membolehkan pembesar suara untuk mengembangkan tekanan tinggi untuk perubahan tertentu. Oleh kerana itu, gelombang suara yang ada di 'leher' corong mempunyai tekanan tinggi dan perpindahan kecil. Bentuk runcing dari corong membolehkan gelombang suara secara beransur-ansur mengurangkan tekanan dan meningkatkan perpindahan hingga gelombang suara mencapai 'mulut' corong dimana gelombang bunyi menjadi bertekanan rendah dan berperpindahan tinggi. Pembesar suara mudah alih elektronik mempunyai cara kerja yang sama dengan pembesar suara mudah alih manual, iaitu dengan menukar diafragma secara mekanik dengan pembesar suara piezoelectric. Pembesar suara dengan reka bentuk moden biasanya mempunyai khas bercorong kerucut, berkaitan dengan eksponen, dan tractrix runcing. Pada saat pembesar suara mudah alih digunakan untuk berbicara, semakin rendah rata-rata nyala, maka semakin rendah pula frekuensi yang dihasilkan oleh corong. Pembesar suara mudah alih moden dengan keluaran tinggi juga membuat 'leher' corong menjadi lebih kecil daripada diafragma kon . Hal ini disebut perbandingan "muat naik" atau "pemadatan" corong. Perbadingan pemadatan adalah kawasan kerucut dibahagikan wilayah 'leher' corong. Khas untuk bas dan frekuensi jarak tengah, perbandingan pemadatan adalah mulai dari (1.5 - 1) pemadatan rendah, pemadatan normal (2 - 1), sampai ke pemadatan tinggi (3.5 - 1). Keluaran suara frekuensi tinggi kadang-kadang mempunyai pemadatan tinggi sampai 10 - 1. Semakin tinggi pemadatan, maka semakin tinggi pula kemampuan corong untuk menggabungkan diafragma dengan udara pada mulut corong dan meningkatkan kecekapan sampai perbandingan pemadatan menjadi sangat tinggi. Jika pemadatan menjadi sangat tinggi maka corong akan mula menyekat pergerakan kon. Pada titik ini, keluaran suara maksimum dari corong (pada distorsi tertentu) akan dikurangkan. Untuk menunjukkan hal ini dengan jelas, letakkan sebuah pembesar suara mudah alih menghadap ke lantai. Perbandingan pemadatan akan menjadi sangat tinggi, namun keluaran suara dari belakang pembesar suara akan sangat kecil. 14

Contoh megafon:

(c)Alat bantu pendengaran


Alat bantu dengar merupakan suatu alat akustik elektrik yang boleh digunakan oleh manusia dengan gangguan fungsi pendengaran pada telinga . Biasanya alat ini boleh dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar tersebut dibuat untuk mengukuhkan rangsangan bahagian sel-sel deria telinga bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara dan bunyi-bunyian dari luar. Alat Bantu dengar tersebut merupakan sebuah alat elektronik yang menggunakan batere di mana dalam pemakaiannya terdapat mikrofon yang mengubah gelombang dari suara tersebut menjadi tenaga elektrik yang kemudian diterima amplifier yang boleh meningkatkankelantangan suara dan menghantarnya pada speaker yang ada pada bahagian dalam telinga. Jika ingin menggunakan alat Bantu dengar ini maka terlebih dahulu harus memeriksakan ambang pendengaran dengan alat yang dinamakan audiogram. Setelah itu barulah dapat ditentukan jenis dan model apa yang sesuai digunakan untuk kes kerosakan pendengaran yang dialami.

15

Model dalam telinga (ITE)


Alat bantu dengan Model dalam telinga (In the ear aids (ITC) boleh digunakan untuk pesakit gangguan pendengaran kategori ringan sampai dengan kategori sedang. Alat ini memberikan keselesaan yang lebih kepada pemakainya kerana terletak pada bahagian dalam dan tidak tampak dari luar. Didalam komponen alat ini dipasang Telecoil yang merupakan suatu kumparan magnet kecil yang dapat membolehkan pengguna alat bantu dengar tersebut untuk lebih selesa dalam bertelpon .

Model belakang telinga (BTE)


Jenis ini dipasang pada bahagian belakang telinga.dapat digunakan pada keadaan kerosakan telinga kategori ringan hingga berat. alat ini menggunakan komponen cetakan teliga yang berfungsi sebagai penjernih suara.

Bentuk canal
Bentuk Canal tersebut terdiri atas dua jenis iaitu ITC dan ICC. Alat Bantu dengar jenis ITC bentuk dan ukurannya dapat disesuaikan dengan pengguna. Alat bantu jenis ini agak bersaiz 16

kecil. Jenis lain adalah ICC. Alat ini terletak di dalam saluran telinga. Kedua-dua alat ini memang sangat selesa digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun untuk kedua-dua macam lat bantu ini hanya mempunyai ruang sedikit yang boleh digunakan untuk menyimpan cadangan batere dan mikrofon yang dipasang di dalamnya. Alat ini kurang dianjurkan untuk pesakit dengan gangguan pendengaran yang cukup berat dan juga kurang disarankan untuk dipakai oleh anak- anak.

Body Aids
Merupakan alat bantu dengar yang digunakan untuk kanak-kanak dalam usia balita. Cenderung lebih ekonomi berbanding model sekelasnya. Mudah untuk digunakan kerana mempunyai kemampuan penggeseran pada mikrofon yang digunakan, jadi tidak perlu mendekatkan telinga ke sumber suara. alat ini tidak mudah hilang, pasalnya penggunaan mirip dengan radio ukuran kecil atau walkman.Alat ini mempunyai kekurangan pada penerimaan suara yang sama antara telinga kiri dan kanan. Anak yang menggunakan alat ini juga tidak mampu mengetahui sumber suara kerana hanya mempunyai satu pembesar suara dan penerima. Kemungkinan adanya feedback terhadap suara boleh terjadi jika cetakan telinga tidak sesuai dengan saiz.

OTE
Mempunyai kemampuan untuk memebedakan arah suara kerana memiliki alat pengolah suara yang cukup baik. Mempunyai tatacara yang boleh disesuaikan dengan keperluan dengar balita yang menggunakannya. Alat ini boleh memebedakan arah sumber suara baik kanan, kiri, depan, dan belakang, kemudahan alat ini juga sudah diakui.

Contoh alat bantu dengar:

17

You might also like