You are on page 1of 9

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

Tarikh

27 DISEMBER 2009

Tempat RUMAH TITIAN KASIH (PUSAT JAGAAN ANAK IBU TUNGGAL & ANAK YATIM) 62A-2 LORONG MARAN, JALAN KUANTAN TASIK TITIWANGSA, 53200 KUALA LUMPUR

Anjuran

PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM-UNP)


1

KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH


1.0 Pendahuluan Mahasiswa merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunggak negara yang dilihat sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program ini. 2.0 Objektif 2.1 2.2 2.3 Melahirkan mahasiswa yang serba boleh dan berwibawa dalam membantu masyarakat. Memberi peluang kepada mahasiswa membantu ahli masyarakat di dalam pembangunan mental dan fizikal. Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan 2.4 Mempromosikan kesihatan serta kepentingannya secara menyeluruh bagi meningkatkan kualiti kesihatan dan produktiviti masyarakat Malaysia.

2.5 2.6

Merapatkan

lagi

ukhwah

dan

silaturrahim

antara

mahasiswa PPUKM serta penghuni Rumah Titian Kasih. Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui program amal terhadap badan bukan kerajaan yang membantu dalam pembangunan anak-anak yatim. 2.7 Mewujudkan mahasiswa/i yang berwajah baru dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan lebih berani menangani cabaran di peringkat global. 3.0 Matlamat 3.1 Meningkatkan tentang 3.2 kefahaman dan kesedaran dan masyarakat

pentingnya

menjaga

mempertingkatkan serta kerjasama

status kesihatan dalam kehidupan seharian. Menerapkan disediakan. 3.3 3.4 Menjalankan Membentuk kerajaan program-program suatu kerjasama swasta bercorak erat di amal antara kepada agensi kualiti golongan anak-anak yatim. ataupun bagi meningkatkan nilai-nilai keprihatinan kepada mahasiswa PPUKM melalui pelbagai program yang

kesihatan masyarakat dalam membentuk negara yang sihat dan sejahtera. 3.5 4.0 Merealisasikan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tema Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin

5.0 6.0

Anjuran Pelajar Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-UNPAD) Tarikh

Program ini akan diadakan selama satu hari iaitu pada 27 Disember 2009 7.0 Tempat Program ini akan diadakan di: Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim) 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa 53200 Kuala Lumpur 8.0 Kumpulan Sasaran 8.1 8.2 9.0 47 orang pelajar pra siswazah Fakulti Perubatan UKM Penghuni Rumah Titian Kasih

Pengisian Program 9.1 Suai Kenal (Ice Breaking) Program ini merupakan permulaan dalam menjalinkan hubungan yang mesra antara para pelajar perubatan UKM dengan anak-anak yatim. Penerimaan mereka terhadap para pelajar perubatan UKM amat penting dalam menjayakan program ini di samping merapatkan hubungan sesama mereka. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh 2 fasilitator dari UKM. Slot ini adalah selama setengah jam. Aktiviti yang disertakan dalam slot ini seperti: 9.2 Sesi pengenalan diri Sesi berkongsi pengalaman dan masalah

Slot Pendidikan Kesihatan Slot ini akan disampaikan oleh pelajar perubatan UKM dalam kumpulan kecil yang telah ditentukan. Peserta akan diberi pendedahan tentang cara membasuh tangan yang

betul, amalan pemakanan seimbang dan menjauhi rokok dan dadah. Sesi ini akan mengambil masa selama satu jam termasuk sesi soal jawab.

9.3

Pemeriksaan Kesihatan Program ini bermatlamat untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan saringan penyakit kepada penghuni anak-anak yatim. Program ini melibatkan pelajarpelajar perubatan UKM dan penghuni Rumah Titian Kasih. Setiap penghuni diberi peluang untuk menjalani pelajar pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh

perubatan. Antara pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan ialah: Ujian glukosa darah Berat badan unggul (BMI) Pemeriksaan tekanan darah Pemeriksaan mata

Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i UKM untuk lebih berdikari dan menambah keyakinan apabila menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan kelak 9.4 Sukaneka Slot ini menjurus peserta ke arah aktiviti riadah yang bukan sahaja memupuk semangat kerjasama berpasukan, malah dapat merapatkan silaturrahim. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

Mencari gula-gula dalam tepung Belon air Musical chair Teka kata Kotak beracun

10.0 Struktur Organisasi (rujuk lampiran 1) 11.0 Aturcara Program (rujuk lampiran 2) 12.0 Anggaran Belanjawan (rujuk lampiran 3) 13.0 Penutup Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah S.W.T.

Disediakan Muhammad Izmeer b. Apili Ketua Pengarah Projek LAMPIRAN 1 6

CARTA ORGANISASI SEHARI MENITI KASIH

PENAUNG

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah bt. Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Lokman b. Saim Dekan Fakulti Perubatan AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT

PENGERUSI KETUA PENGARAH TIMB. KETUA PENGARAH SETIAUSAHA BENDAHARI

Mohd. Faris b. Mohd. Fadi Muhammad Izmeer b. Apili Junita bt. Jamaludin Suhaijah bt. Razali Norshilawati bt. Abd. Roshid

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT PROGRAM PROTOKOL TEKNIKAL JAMUAN CENDERAMATA PENGANGKUTAN HUBUNGAN LUAR & TUGAS-TUGAS KHAS PUBLISITI DANA DAN PENAJAAN Alia Suzana bt. Asri Nik Aminah bt. Nik Abdul Kadir Noradila Salmi bt. Mohamed Hazwani bt.Mohd Yusop Madziani bt. Ab. Majid Syahrul Nizam b. Mohamad Din Adibah bt. Aziz Nor Syamimi bt. Azaki Fadly Syah b. Arsad

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

0800-0830 : 0830-0930 :

Ketibaan tetamu jemputan Majlis perasmian Ucapan aluan Bacaan doa Ucapan Pengarah Projek Ucapan Perasmian oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM Ucapan Pengurus Rumah Titian Kasih Sesi suai kenal dan latihan dalam kumpulan (LDK) Minum pagi Slot pendidikan kesihatan Slot pemeriksaan kesihatan Makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah Sukaneka Minum petang dan solat Asar berjemaah 1700-1830 : Majlis Penutup Persembahan oleh para peserta dan pihak penganjur Ucapan penutup Penyampaian hadiah dan cenderamata Sesi bergambar Majlis bersurai

0930-1000 : 1000-1030 : 1030-1130 : 1130-1300 : 1300-1400 : 1400-1600 : 1600-1630 :

LAMPIRAN 3 BELANJAWAN PROGRAM

SEHARI MENITI KASIH

ANGGARAN PENDAPATAN 1. Pusat Kembangan Pendidikan, UKM 2. Pusat Perkembangan Pelajar, UKM 3. Orang Persendirian/ Syarikat-syarikat 3000 ANGGARAN BELANJAWAN 1. Aktiviti a. Pemeriksaan kesihatan (peralatan klinik, strip glukosa) 500 b. Sukaneka 2. Publisiti a. Banner b. Buku cenderamata Jamuan a. Minum pagi b. Makan tengahari c. Minum petang Perhubungan a. Bas Cenderamata dan hadiah Rencam JUMLAH RM 1500 RM 1500 RM RM 6000

RM RM 150 RM 650 RM 200 RM 300 RM 500 RM 600 RM 1050 RM 450 RM 2100 RM 500 RM 500 RM 1300 RM 1300 RM 1000 RM 1000 RM 6000

3.

4.

5. 5.

Belia Cemerlang Pemangkin Kegemilangan Ummah

You might also like