You are on page 1of 7

NAMA:AQILAH BT MAT AZAM KELAS:1 ASIM SEKOLAH:SM IMTIAZ YTK.

TERENGGANU TAJUK:CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH NAMA GURU:ustazah wan ruhaida

PENGENALAN

Manusia dijadikan ALLAH SWT sebagai khalifah di muka bumi ini,dan setiap manusia adalah pemimpin sama ada secara lansung atau tidak lansung .Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan seorang pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh ALLAH SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terselah sewaktu baginda berada di Kota Makkah iaitu sebelum baginda menerima wahyu sebagai nabi dan rasul.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD

PENJELASAN KEPADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

ADIL
Nabi Muhammad bersifat ADIL. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah Bt Abu Bakar Al Siddiq

menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan. Baginda juga telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Di samping itu juga, baginda telah membela nasib kaum wanita serta memperkenalkan system ekonomi yang adil.

BIJAK
Nabi Muhammad SAW seorang yang BIJAK Baginda
bijak mengaturkan taktik dan strategi di dalam peperangan.

Di samping itu,baginda seorang yang tidak

sombong malah menerima nasihat daripada para sahabat.

Contohnya: Baginda menerima cadangan Salman


Al Farisi agar menggali parit sekeliling Kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang Khandak.

BERANI DAN TEGAS Nabi Muhammad SAW juga seorang yang BERANI
DAN TEGAS dalam setiap apa yang dilakukan. bandingnya.

Baginda seorang pahlawan yang tiada tolok Baginda sentiasa mengetuai setiap perang
walaupun jumlah tenteranya kecil.

CEKAL Baginda seorang yang CEKAL walaupun menerima


tentangan yang hebat semasa menyebarkan Islam di Makkah,namun baginda tetap meneruskan dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Baginda tabah menghadapi tentangan meskipun


tentangannya daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudaranya Baginda sendiri.

BERAKHLAK MULIA
Baginda juga seorang yang BERAKHLAK MULIA.Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan atau lawan,dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang bersifat pengasih dan penyayang.

Nabi Muhammad S.A.W. juga mendapat gelaran AlAmin kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.

You might also like