You are on page 1of 22

PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN PENDIDIKAN ISLAM

Abdul Jamir Md Saad1 Ab. Halim Tamuri2 Adawiyah Ismail 3 1 Unit pendidikan Islam, Kolej Mara Banting 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak :
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupan suatu isu yang diperbincangkan dan menjadi cabaran kepada guru Pendidikan Islam. Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Jesteru bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan, para pendidik haruslah bijak serta kreatif dalam memilih dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. P&P yang dilaksanakan haruslah sesuai serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikutinya. Kaedah pengajaran yang dipilih juga haruslah mengambil kira kecenderungan, kebolehan serta kemampuan peringkat kematangan pelajar bedasarkan peringkat umur dan kemampuan berfikir. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk minat yang mendalam dalam diri pelajar. Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran hendaklah dipelbagaikan serta disesuaikan mengikut tajuk serta tema yang dipilih oleh pendidik. Artikel ini cuba mengupas pembelajarn aktif dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan p&p yang semakin popular dalam era ini. Justeru Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses p&p dalam bilik darjah agar dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat mencapai matlamat bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran pendidikan serta menarik minat pelajar mengikuti kursus pendidikan Islam dengan lebih berkesan.

Kata Kunci : Pendidikan Islam, Pengajaran & Pembelajaran, Pembelajaran aktif, Pembelajaran Berkesan & minat pelajar.

Pengenalan
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu bagi melengkapkan dirinya sebagai seorang muslim kamil. Sehubungan dengan itu pengajarannya haruslah dilihat bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja, bahkan perlu kepada penghayatan dan pengamalan terhadap apa yang dipelajari. Para pendidik haruslah bijak dan kreatif dalam

memilih serta merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikutinya. Kaedah pengajaran yang dipilih haruslah mengambil kira kecenderungan, kebolehan serta kemampuan peringkat kematangan pelajar bedasarkan peringkat umur dan kemampuan berfikir. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk minat yang mendalam dalam diri pelajar. Guru perlu mempelbagaikan kaedah

pengajaran serta disesuaikan mengikut tajuk serta tema yang dipilih oleh guru supaya dapat menarik perhatian para pelajar dan memberi impak yang maksima terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diikutinya. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif. Jesteru kertas ini ingin membincangkan serta mencadangkan beberapa kaedah pengajaran aktif dalam Pendidikan Islam supaya dapat menjadi suatu alternatif ke arah P&P yang berkesan dalam subjek Pendidikan Islam.

Isu Dalam Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam


Isu yang seringkali dibangkitkan dan menjadi perbincangan dalam Pendidikan Islam ialah berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Persoalan yang seringkali dibangkitkan ialah ialah sejauh manakah pendekatan dan kaedah P&P Pendidikan Islam yang dilaksanakan di sekolah dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami, menilai sendiri dan seterusnya

menghayati serta mengamalkan ajaran Islam ? Begitu juga dengan persoalan sejauh manakah
2

pendekatan dan kaedah P&P Pendidikan Islam ini membuka ruang yang luas bagi melahirkan generasi Muslimyang kritis dan kreatif serta mampu mengaitkan kepentingan ajaran Islam dengan bidang-bidang yang lebih luas dan realistik dalam kehidupan seharian mereka ? Apakah benar guru-guru Pendidikan Islam masih terlalu menekan pendekatan dogmatik dan jumud dalam pengajaran mereka yang dominan ( Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi, 2010 ). Banyak kajian telah dibuat terhadap kaedah atau metodologi yang digunakan oleh guru guru Pendidikan Islam. Hasil kajian menunjukkan masih ramai guru-guru Pendidikan Islam

menggunakan kaedah konvensional atau kaedah pasif dalam pengajaran mereka di dalam kelas. Antaranya kajian yang dibuat oleh Hatifah ( 2000 ), mendapati kaedah kuliah / syarahan

adalah kaedah yang sering digunakan dalam proses P&P Pendidikan Islam . Hasil kajian menunjukkan 80% responden daripada guru-guru Pendidikan Islam menyatakan mereka kerap atau sangat kerap menggunakan kaedah tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan menunjukkan mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang

disampaikan oleh guru Pendidikan Islam. Hasil temubual ke atas 27 pelajar, terdapat 8 orang pelajar menghadapai masalah berikut, Antara Fator yang dikenal pasti ialah : a. Tidak dapat difahami apa yang dipelajari kerana penjelasan yang kurang atau kabur dari guru ( 5 orang pelajar ) b. Mereka tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari untuk diamalkan dalam kehidupan seharian mereka ( 5 orang pelajar) c. Mereka merasa mengantuk , tidak memberi tumpuan dan bosan terhadap pengajaran yang diberikan ( 3 orang pelajar) d. Terdapat guru yang menunjukkan perkara yang tidak baik semasa pengajaran dijalanan ( seorang) Perkara yang sama masih berlaku apabila kajian yang dilakukan di beberapa buah negeri di Malaysia pada 2004 , menunjukkan bahawa kaedah syarahan atau kuliah adalah kaedah yang paling popular digunakan oleh guru Pendidikan Islam di dalam bilik darjah ( Ab Halim et al 2002). Hasil daripada beberapa kajian yang telah dijalankan tersebut menunjukkan masih ramai Guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah pasif dalam pengajaran mereka di dalam bilik

darjah. Keadaan ini berlaku adakah disebabkan Guru PI mengambil jalan mudah dalam P&P mereka atau mereka kurang memahami kaedah pengajaan aktif dalam Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikutinya dengan lebih berkesan. Kegagalam Guru PI merancang kaedah P&P dengan baik akan memberi impak yang negatif kepada Pendidikan Islam itu sendiri. Kualiti pendidikan yang dicapai oleh murid-murid sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru, kerana guru merupakan individu yang utama dalam mengimplementasikan kurikulum. Sejajar dengan pesatnya pembangunan negara serta perkembangan teknologi pada hari ini, negara sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan permasalahan keruntuhan akhlak dan tingkah laku yang sungguh merungsingkan. Perkara ini sering dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana pada kaca mata masyarakat, tugas para pengajar agama bukan hanya sekadar mengajar untuk lulus peperiksaan, tetapi apa yang lebih utama iaitu untuk membawa masyarakat kembali ke pangkuan agama yang sebenar serta membina benteng yang kukuh dalam menangkis segala bentuk kebatilan.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.


Menurut Shabuddin Hashim dan Rohaizan Yaakub (2004), pengajaran ialah proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan maklum balas yang mana melibatkan antara guru dan pelajar. Manakala Mok Soon Sang (2000), mendefinisikan pengajaran dalam konteks masa kini sebagai proses, komunikasi, sains dan seni. Pengajaran ialah proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasai dengan berkesan. Rahil Mahyuddin et al. (1997) pula

menakrifkan pengajaran sebagai proses melakukan pelbagai aktiviti dengan tujuan menghasilkan pembelajaran atau perubahan dalam tingkah laku pelajar. Sebagai contohnya, daripada individu itu tidak pandai kepada pandai, daripada tidak tahu kepada tahu, daripada mengetahui kepada memahami, daripada memahami kepada mengaplikasikan, daripada analisis kepada sintesis dan seterusnya kepada penilaian. Berdasarkan kepada definisi-definisi yang dikemukan di atas dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran merupakan suatu bentuk hubungan dua hala interaksi antara guru dengan
4

pelajar yang melibatkan komunikasi tertentu yang telah ditetapkan.

dan interaksi yang dinamik dan mempunyai objektif harus

Oleh sebab itu proses pengajaran yang berkesan

dilaksanakan secara sistematik berlandaskan prinsip, teori, kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai mengikut keadaan dan tahap pelajar. Menurut Higher(1986) dalam Mok Soon Sang ( 2000) selain ciri sains, pengajaran juga mengandungi ciri seni kerana ia juga melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Jesteru dalam prores pengajaran berkesan guru perlu pandai menyesuiakan diri disamping berbakat dan berseni dalam merancang menyampaikannya kepada pelajar. Proses pengajaran akan melibatkan tiga fasa, iaitu fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Menurut Rahil Mahyuddin et al. (1997) pada peringkat perancangan guru bertindak menentukan objektif pengajaran, menetukan alat bantu mengajar, memilih kaedah,memilih startergi dan pendekatan yang sesuai dengan tahap pelajar. Manakala pada peringkat pelaksanaan, guru menterjemahkan segala perancangan dalam bentuk aktiviti pengajaran dan

pengajaran berdasarkan kepada pelajar, bahan pengajaran, objektif pengajaran, masa, minat pelajar dan kemudahan yang ada. Seterusnya penilaian pula dijalankan sama ada sebelum, semasa atau selepas pengajaran. Tujuannya ialah untuk mengukur sejauhmana keberkesanan pengajaran yang dijalankan di samping dapat mengenal pasti tahap pelajar supaya perancangan pengajaran akan datang dapat dirangka dengan lebih berkesan. Oleh itu para pendidik harus peka dalam perancangan pengajaran mereka dengan melibatkan ketiga-tiga proses ini menghasilkan pengajaran yang berkesan. bagi

Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.


Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyakperubahan dan bertambah majuPenggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap pelajar merupakan elemen penting bagi mewujudkan keberkesanan p&p Pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu mempunyai latihan dan
5

kemahiran yang mengcukupi bagi melaksankan perkara ini. Menurut Allen (1992) dalam Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary(2010) kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Manakala,

Ahmad (1997) menjelaskan kepentingan pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan. Keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asa pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada Maka jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai merupakan suatu perkara penting dan harus dikuasai oleh setiap guru bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Guru mestilah peka dan mengetahui kaedah yang hendak digunakan dalam pengajarannya supaya pelajar dapat memahami apa hendak

disampaikan olehnya. Kemahiran mengajar sebenarnya juga merangkumi sejauhmana kebijaksanaan guru mahir memilih penggunaan kaedah mengajar yang sesuai serta dapat

mewujudkan pembelajaran yang aktif dan berkesan.

Konsep dan Definisi Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif merupakan suatu kaedah pembelajaran yang melibatkan segala bentuk, kaedah , suasana dan faktor yang dapat membuatkan pelajar berperanan secara aktif dalam proses pembelajaran, sama ada melibatkan interaksi sesama pelajar atau interaksi dengan guru. Menurut Mayer & Jone (1993) mendefinisikan pembelajaran aktif sebagai berlakunya aktiviti berbincang, mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi yang bermakna mengenai isi pelajaran, idea-idea dan pelbagai hal yang berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Dalam pembelajaran aktif, guru tidak dilihat sebagai pemberi ilmu semata-mata tetapi guru mesti berperanan sebagai fasilitator mengawal aktiviti pembelajaran pelajar supaya semua dapat berperanan dan mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Pembelajarn aktif juga merujuk kepada aktiviti dinamik yang berlaku ke atas pelajar. Pelajar bukan hanya berfungsi sebagai pendengar dan pencatat nota, tetapi pelajar perlu

mengambil bahagian dan turut serta dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Peranan guru hanya mengurangkan penerangan atau kuliah dan sebaliknya menggalakkan pelajar meneroka dan menemui sendiri bahan pembelajaran sambil bekerjasama dengan pelajar lain bagi memahami bahan ilmiah yang diperolehi ( Lorenzen dalam Esah, 2004). Manakala Bahagian Pembangunan Kurikulum pula telah merumuskan bahawa pembelajaran aktif adalah seperti berikut ( Rosni Adam, 2010) ; Murid menggunakan minda mereka untuk mengkaji idea-idea menyelesaikan masalah dan mengaplikasi perkara yang dipelajari. Murid berusaha ke arah pembelajaran kendiri. Murid terlibat dalam proses membina model-model minda daripada maklumat yang diperolehi dan sentiasa menguji kesahan model minda yang dibina. Strategi-strategi yang dapat meningkatkan penglihatan murid dalam pelajaran, meningkatkan interaksi sosial dan mengurangkan pertandingan antara murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang memerlukan murid membaca, berbincang, bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri. Murid terlibat dalam tugas-tugas yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.

Secara rumusannya pembelajaran aktif yang berkesan memerlukan penglibatan aktif daripada pelajar. Proses pengajaran berlaku dalam bentuk dua hala iaitu interaksi yang berkesan antara guru dengan murid, murid dengan guru serta murid dengan murid. Jesteru untuk mewujudkan suasana sebegina, maka peranan guru amat penting untuk merancang p&p yang berkesan

dengan mengambil kira kaedah-kaedah pembelajaran aktif. Secara lebih jelas pembelaran aktif dapat dilihat berdasarkan rajah di bawah.

Rajah 1: Kaedah pembelajaran secara aktif dalam Pendidikan Islam Dalam pembelajaran aktif, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk

belajar pula berpindah daripada guru kepada pelajar. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Menurut Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunos (2008), untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan pelajar mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas.

Model Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam


Pembelajaran aktif dalam Pendidikan Islam boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya guru membuat persediaan dan perancangan yang betul dalam P&P. Model pembelajaran aktif dapatlah dilihat seperti mana gambar rajah di bawah :

INPUT

PROSES TRANSFORMASI

HASIL

Bahan kontekstual, Data, Kes , Situasi / Masalah Gambar Surat Khabar / Artikel Majalah Video Petikan Ayat Al-Quran & Hadis Nabi.

Analisi, sintesis, penilaian Banding beza Menguji dan mengesahkan idea Membina konsep Menyelesaikan masaalah Membuat keputusan

Laporan Ciptaan jawapan rumusan pandangan resolusi demontrasi

Rajah 2 : Model Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam ( Ubah suai Model Pembelajaran Aktif Ekonomi Asas, Rosni Adom ,2010 ) Guru bertindak sebagai fasilitator atau moderator mestilah merancang menyediakan input yang sesuai untuk aktiviti p&p dalam kelas. P&P yang berkesan akan dapat mencetuskan perbincangan dikalangan pelanjar serta merangsang pemikiran mereka agar dapat memikir pada aras yang lebih tinggi. Input boleh dipelbagaikan bergantung kepada tajuk atau bab yang diajar. Kesesuain input bergantung kepada kebijaksanaan serta kreativiti guru agar input yang disesdiakan dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Input akan melalui proses transformasi semasa aktiviti p&p berlaku dalam kelas. Oleh itu guru hendaklah mengunakan pelbagai kaedah dan teknik-teknik pedagogi yang sesuai dengan pembelajaran dan tajuk yang sedang diajar agar pelajar dapat melibatkan diri dengan aktif. Melalui proses ini pelajar dapat melalui dengan aktif apabila ada aktiviti analisi,sintesis,
9

penilaian, membanding beza, menguji dan megesahkan idea, membina konsep, menyelesaikan masaalah serta membuat keputusan dilakukan. Aktiviti-aktiviti seperti ini perlu kepada interaksi di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Hasil daripada proses tersebut akan diperolehi dalam bentuk folio, laporan dan kertas kerja dalam bentuk bertulis ataupun pandangan, rumusan, idea dalam bentuk lisan. Pelajar juga akan dapat melakukan aksi sebenar melalui demontrasi apabila proses tranformasi itu berjalan dengan baik. Sekiranya model ini dipraktikan dengan baik maka akan terhasillah pembelajaran aktif dalam Pendidikan Islam.

Startegi Pelaksanaan Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam Dalam Kelas


Untuk melaksanakan pembelajaran aktif dalam Pendidikan Islam, beberapa perkara perlu diberikan perhatian terlebih dahulu agar tercapainya objektif pembelajaran : 1. Menjelaskan Tujuan Pembelajaran Aktif Kepada Pelajar

Guru hendaklah menjelaskan kepada pelajar bahawa tujuan pembelajaran aktif adalah untuk mengembangkan kemampuan berfikir mereka secara analitis dan kreatif disamping untuk mengukur kemampuan menggunakan bahan-bahan pengajaran sebaik mungkin. Oleh itu perlajar sentiasa diingatkan agar berusaha mencari bahan seluas-luasnya melalui bacaan tambahan

sama ada melalui perpustakaan atau pencarian elektronik berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dibincang dalam kelas. Keadaan ini akan membantu mereka memperolehi bahan tambahan serta akan mampu terlibat secara aktif dalam kelas disepanjang p&p berlangsung. 2. Pelajar Dimaklumkan Lebih Awal Perkara-Perkara Atau Aktiviti Yang Akan Dilakukan Di Dalam Kelas Sebelum aktiviti pembelajaran berlangsung, guru hendaklah menjelaskan terlebih dahulu terhadap pelajar tentang aktiviti atau perkara yang akan dilakukan di dalam kelas pada aktiviti p&p yang berikutnya. Penjelasan ini akan dapat memberi ruang kepada pelajar untuk membuat persediaan dengan mencari bahan secukupnya bagi menghadapi p&p dalam kelas dan seterusnya dapat mengambil bahagian secara aktif dalam kelas.

10

3.

Merangsang Dan Menimbulkan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Guru hendaklah sentiasa memberi kesedaran dan menanamkan minat kepada pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Kepentingan dan keperluan untuk menguasai subjek Pendidikan islam bukanlah sekadar utuk lulus peperiksaan semata-mata, tetapi sebagai seorang muslim untuk menjadi insan yang sempurna perkara paling asas perlu dikuasai ialah ilmu berkaitan dengan fardu ain iaitu yang menjadi teras dalam subjek Pendidikan Islam. Kesedaran sebeginilah yang harus sentiasa dipupuk dalam diri pelajar agar timbul kesedaran dan minat yang tinggi dlam diri mereka. Apabila timbul minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam maka akan lahir sikap tanggungjawab dalam diri pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya berlakunya pembelajaran kendiri yang menjadi teras dalam pembelajaran aktif. Guru juga perlu membangkitkan kesedaran kepada pelajar dengan mengaitkan tentang isu-isu keruntuhan moral serta tanggungjawab sebagai seorang muslim sepanjang masa. 4. Menggunakan Kepelbagaian Teknik Dan Kaedah Pembelajatran Aktif Dalam Kelas

Setiap cara atau teknik dalam pembelajaran aktif memerlukan keperluan dan persiapan yang berbeza. Jesteru harus mempersiapkan dengan perancangan yang teliti agar dapat menggunkan pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran aktif yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar agar p&p akan menjadi menarik. Guru tidak sepatutnya hanya terikat dengan satu kaedah sahaja, bahkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran aktif kombinasi serta gabung jalin pelbagai kaedah hendaklah dilakukan. Oleh sebab itu, menurut Kamrul Azmi dan Ab. Halim (2007) dalam Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary (2010) menegaskan antara sifat-sifat guru berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajaranya. Seseorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Mereka mengeskan lagi kemahiran mengajar atau teaching skill dan penilaian dengan

meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan

tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan, iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran.

11

5.

Mewujudkan Suasana Pembelajaran Aktif Dalam Kelas

Suasana persekitaran sekeling merupakan antara faktor yang tidak boleh dikesampingkan sebagai faktor penting dalam melaksanakan pembelajaran aktif. Berdasarkan kajian Dunn & Dunn dalam Rodzli Hashim(2010) , gaya pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh lima perkara : Persekitaran- keadaan cahaya, suhu, bunyi alam sekeliling, dan susun atur tempat. Pelajar memerlukan bilik darjah atau ruang yang kondusif untuk belajar. Emosi- perlu ada motivasi pembelajaran, masa pengajaran yang sesuai(jadual waktu yang sesuai dengan mata pelajaran) serta tempoh masa pengajaran yang sesuai. Sosial- terdapat pelajar yang sesuai belajar secara bersendirian : tetapi ada pula pelajar yang lebih suka belajar secara kumpulan atau perlu ada guru bersamanya. Fizikal- Suka melihat benda yang nyata atau dapat memahami dengan baik jika melihat benda yang nyata ; lebih tertarik kepada benda yang bergerak ; atau dapat menguasai sesuatu fakta waupun abstrak. Psikologi- dapat memahami secara mendalam akan sesuatu perkara ; dapat menerima sesuatu pembelajaran secara spontan ; atau pembelajarannya lebih berkesan

menggunakan otak kiri atau otak kanan. Oleh itu guru mesti peka terhadap perkara-perkara ini dan berusaha menyediakan iklim pembelajaran aktif dalam sesi p&p mereka. Kegagalan mewujudkan suasana pembelanjaran aktif dalam p&p akan memberi kesan terhadap keberkesanan pembelajaran aktif yang dijalan. Rosni Adom(2010) mencadangkan beberapa-berapa cara untuk mencipta iklim atau suasana pembelajaran aktif : Pada awal pembelajaran, minta pelajar menjelaskan ringkasan bahan yang dibincangkan pada sesi pembelajaran sebelumnya. Berikan contoh-contoh soalan topik yang telah dipelajari dan minta pelajar menyelesaikan secara bersama. Guru dilarang memberi penjelasan, sebaliknya minta pelajar membuat ringkasan mengenai bahan pelajaran lepas selama 2 minit. Kemudian minta pelajar

membincangkan dengan rakan sebelah selama 2 minit.

12

Bentuk kumpulan-kumpulan kecil di dalam kelas untuk membincangkan topik yang diberikan atau membuat latihan dan ilustrasi yang berkaitan dengan tajuk. Minta pelajar mengemukakan soalan pada sesi pembelajaran dan tukarkannya dengan rakan sebelah, kemudian minta mereka menjawab pada sesi pembelajaran akan datang. Guru meminta pelajar menilai objektif pelajaran yang telah berjaya dicapai.

Kaedah P&P Untuk Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam


Bagi melaksanakan pembelajaran aktif yang berkesan memerlukan beberapa kaedah-kaedah tertentu. Berikut dicadangkan beberapa kaedah p&p berkesan untuk pembelajaran aktig bagi subjek Pendidikan Islam. 1.Kaedah Projek Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan kaedah projek dalam p&p mereka. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh guru. Antara guru perlu menyediakan panduan untuk memilih tajuk atau guru sendiri yang menentukan tajuk, menyediakan bahan atau cadangan rujukan bahan tambahan, membahagikan kumpulan, menentukan tarikh siap, format laporan dan membuat penilaian. 2.Kaedah Kajian Kes Prosedur dalam menjalani kaedah kajian kes adalah seperti berikut : a) Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan melantik pengerusi dan pelapor. b) Guru akan memberikan satu kajian kes untuk diselesaikan oleh kumpulan. c) Kumpulan berkenaan akan mengenal pasti masalah, mengkaji latar belakang dan mengemukakan beberapa strategi untuk menyelesaikan masalah. d) Setiap kumpulan akan membuat laporan mengenai kajian kes berkenaan. e) Perbincangan terbuka dilakukan di dalam kelas. Contok tajuk yang sesuai dengan kaedah ini antaranya dalam bab Akidah iaitu perkara-perkara yang membatalkan akidah. Guru boleh memberi kes masalah murtad dan boleh meminta pelajar
13

bincang apakah faktor-faktor berlakunya gejala murtad dan bagaimanakah langkah-langkah untuk mengatasinya.

3. Kaedah Sumbang Saran

Teknik ini dikenali sebagai kaedah percambahan fikiran.Melalui kaedah ini, guru perlu mewujudkan sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea terhadap sesuatu topik yang dibincang. Setiap pendapat dan pandangan daripada pelajar harus dihargai dan diraikan bahkan guru hendaklah sentiasa meberi motivasi serta membuka ruang agar semua pelajar terlibat secara aktif dalam perbincangan tersebut. Guru bertindak sebagai moderator dan harus menerima semua pendapat yang dikemukan oleh pelajar-pelajar dan seterusnya kesimpulan atau rumusan dibuat berdasarkan sesi sumbang saran tersebut. Pelajar akan lebih bersemangat dan aktif apabila pendapat-pendapat mereka dihargai oleh guru. Contoh tajuk yang sesuai dengan kaedah ini antaranya dalam bab akhlak iaitu tajuk gejala sosial yang boleh dilakukan perbincangan secara sumbang saran. Guru boleh minta pelajar mengemukan pendapat faktor meninkatkan gejala sosial sera memberi cadangan penyelesian terhadap masaalah gejala sosial.

4. Kaedah Simulasi Satu teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktif. Melalui teknik ini para pelajar dapat memberi gambaran atau contoh pengalaman secara spontan terhadap tajuk yang yang diperbincangkan. Biasanya, main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkan tanpa bantuan skirp. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1998) dalam Ab Halim et. al ( 2010) , kaedah simulasi merupakan suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar, tetapi dalam bentuk yang dipermudah, diringkas, atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan mudah diselesaikan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep tertentu dalam menyelesaikan masalah, menilai pendapat atau pandangan lain. Para pelajar akan diberi peluang untuk melakukan latihan dan pengalaman yang hampir serupa dengan suasana yang sebenar.Contoh tajuk yang sesuai menggunakan kaedah ini antaranya
14

adalah tajuk dalam bab muamalat. Guru boleh minta pelajar menjalankan simulasi gadian dalam bilik darjah. Pelajar akan didedahkan dengan perlakuan sebenar untuk membuat gadaian berdasarkan konsep dan teori yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. 5.Kaedah Kumpulan Koperatif Jigsaw Menurut Rosni Adom (2010) Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam dalam kumpulan kecil untuk mencapai maatlamat yang sama. Sasaran ialah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan lain. Lima unsur asas pembelajaran koperatif adalah seperti berikut : a) Saling bergantung secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka c) Akauntabiliti individu atas pembelajarn diri sendiri d) Kemahiran koperatif e) Pemprosesan kumpulan Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan yang berbeza secar bergilir-gilir. Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Guru bertindak menyediakan ganjaran kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Contoh tajuk yang boleh menggunakan tajuk ini ialah zakat, pengiraan kadar zakat pendapatan, ternakan, perniagaan . Penyelasaian boleh berlaku dalam kumpulan-kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan akan berperanan aktif.
15

dalam

Guru boleh menbandingkan jawapan-jawapan yang dikemukan oleh kumpulan kumpulan tersebut. 6.Kaedah Demontrasi Menurut Esah Sulaiman (2003) dalam Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim (2007)

mendefinasikan kaedah demontrasi sebagai pertunjukan dan penerangan tentang cara melakukan sesuatu. Dikenali juga sebagai tunjuk cara yang merupakan teknik p&p yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah yang melakukan sesuatu aktiviti di

hadapan pelajar. Kaedah ini akan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara realiti disamping dapat berinteraksi secara terus terhadap bahan atau isi pengajaran yang sedang diajar oleh guru. Pelajar juga mungkin diminta untuk melakukan demontarsi ini selepas guru menunjukkan cara yang betul atau menerangkan konsep yang jelas. Walaubagaimanapun untuk melaksanakan kaedah ini guru perlu membuat persediaan dan perancangan iaitu menetapkan objektif yang hendak dicapai dan menyediakan peralatan yang hendak digunakan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim ( 2007) dilakukan dalam melaksanakan kaedah berikut: 1. Sebelum demonstrasi Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan. 2. Semasa demonstrasi lagi ada beberapa yang harus

demontrasi ini . Prinsip-prinsipnya

adalah seperti

16

Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya. 3. Selepas demonstrasi Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota. Contoh tajuk yang boleh menggunakan kaedah ini ialah bab ibadah tajuk tayamum. Guru boleh menunjukkan demontrasi yang betul cara untuk melakukan tayamum kemudian guru boleh meminta pelajar melakukan pula cara untuk bertayamum dalam kumpulan masing-masing.

Kelebihan & Keperluan Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Islam.


Kelebihan pembelajaran aktif dalam Pendidikan Islam memang tidak dapat dinafikan kerana ia akan dapat merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti
17

p&p dalam bilik darjah. pembelajaran untuk

P&P yang hanya berpusatkan kepada guru lebih mengutamakan

menguasai fakta dan pengetahuan tetapi kurang merangsang pelajar serta penglibatan secara aktif. Oleh sebab

menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi

seseorang individu itu mempunyai kebolehan dan kecerdasan yang pelbagai, maka pembelajaran aktif adalah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk menghasilka pembelajaran yang lebih berkesan dan meningkatkan pencapian pelajar. Kelebihan pembelajaran aktif ialah dapat meningkatkan kemahiran dan motivasi pelajar. Ini mengambil kira perbezaan individu dari segi kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran serta menerapkan kemahiran kemahiran generik dan KBKK yang diperlukan untuk

menghadapi cabaran globalisasi dunia masa ini. Kelebihan pembelajaran aktif, berbanding pembelajaran pasif dapat dijelaskan lagi melalui kon pembelajaran Edgar Dale (1969) di bawah (Rosni Adom, 2010) :

Rajah 3 : Kon Pembelajaran Edgar Dale Model ini menunjukkan dua kelompok model pembelajaran, iaitu pembelajaran pasif dan pembelajaran aktif. Melalui model ini jelas menunjukkan bahawa kelompok pembelajaran aktif lebih menarik perhatian pelajar serta kecenderungan pelajar untuk mengingati isi kandungan pelajaran lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan kelompok kaedah pembelajaran pasif.
18

Pelajar dalam kelompok ini

melakukan aktiviti

seperti mengambil bahagian dalam

perbincangan, menyampaikan tazkirah, membuat perbentangan, membuat persembahan, melakukan simulasi dan melakukan sesuatu yang benar-benar terjadi dalam pembelajaran. Justeru pelaksanaa cara-cara pembelajaran aktif yang baik dan berkesan sepenuhnya akan dapat membantu meningkatkan kualiti p&p berbanding sekiranya hanya menggunakan kaedah

traditional. Pembelajarn aktif berbeza daripada cara konvensional yang hanya melakukan aktiviti seperti mendengar, membaca, melihat gambar dan video, melihat demontrasi dan menyaksikan sesuatu sahaja tanpa terlibat melakukan aktiviti yang merangsang minda mereka. Oleh itu guru pendidikan Islam haruslah merangcang p&p dengan mengambilkira kaedah pembelajarn aktif, supaya aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan menghasilkan impak yang

maksima kepada pelajar. Kegagalan Guru Pendidikan Islam merancang dengan baik aktiviti p&p yang hendak dilaksanakan akan menyebabkan subjek Pendidikan Islam menjadi kurang diminati oleh para pelajar kerana pengajaran guru dalam bilik darjah ttidak menarik serta tidak dapat merangsang minat pelajar. Penggunaan kaedah pengajaran yang bersesuian akan dapat menjana pemikiran pelajar yang kritis dan kreatif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar di samping menarik penumpuan pelajar untuk memahami ilmu serta menghayati apa yang dipelajari. Menurut Ab Halim Ab Halim et al (2010) penggunaan kaedah pengajarn yang efektif dapat memberi ruang kepada guru dalam memberi kefahaman dan mengawasi aktiviti pelajar, bahkan juga mengambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif seiring dengan hasrat sitem pendidikan pada abad ke-21 yang lebih menumpukan kepada penggunaan TMK dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Jelaslah di sini bahawa keperluan dan kelebihan pembelajaran aktif dalam pendidikan Islam memang tidak dapat dinafikan, bahkan mampu menjadi kaedah alternatif untuk meningkatkan keberkesanan p&p Pendidikan Islam bagi mengatasi masalah kebosanan pelajar dalam pembelajaran, tidak faham, mengantuk dan sebagainya yang sering dijadikan alasan oleh para pelajar untuk tidak mengambil berat terhadap pelajaran ini. Kaedah-kaedah dalam pembelajaran aktif harus diutamakan di samping tanpa dinafikan kepentingan kaedah konvensional bahkan patut digabung jalinkan mengikut kesesuian bagi menghasilkan p&p yang lebih menarik dan berkesan.
19

Penutup
Secara umumnya, dapat dirumuskan bahawa pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan Islam bergantung kepada sejauh mana kejayaan guru mengendalikan p&p dalam bilik darjah. Manakala p&p yang berkesan juga bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih dan

membuat perancangan yang baik sebelum p&p dilaksanakan. Kegagalan guru melaksanakan perkara-perkara ini akan meyebabkan pengajaran subjek Pendidikan islam akan menjadi tidak menarik dan membosankan. P&P yang menarik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari sudut pengetahuan, kemahiran serta

penghayatan pelajar ke arah yang lebih baik. Justeru beberapa kaedah pembelajaran aktif yang dikemukan berpotensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam untuk

mewujudkan pembelajarn yang menarik dan berkesan. Kaedah-kaedah ini juga diharapkan dapat menjadi alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan dalam pembelajarn Pendidikan Islam.

20

Rujukan :
Ab. Halim et al. 2010. Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam : Konvesional dan Inovasi. Dlm. Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi (pnyt). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi : Penerbit UKM. Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary.2010. Amalan Pengajaran Guru pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mualim. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia volum 2(1) : 43-56. Ab. Halim & Nik Mohamad Rahimi.2010. Isu Pengajaran dan Pembelajarn Pendidikan Islam. Dlm. Ab. Halim & Nik Mohamad Rahimi (pnyt) Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Islam, hlm. 19- 37. Bangi : Penerbit UKM. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusop, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim dan Khadijah Abdul Razak.2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan akhir projek penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim .1986. At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan. Ahmad Mohd Salleh.1997. Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metadologi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Esah Sulaiman. 2004. Pengenalan Pedagogi. Johor Bharu : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Ghafar M.D .2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Distributors Sdn Bhd. Hatifah Yussof. 2000. Pendidikan Syariah Islamiah : Satu kajian tentang permasalahan dalam pengajaran di sekolah agama dan harian (KPM) dan Sekolah Menengah Kerajaan Negeri di Selangor. Kertas projek Sarjana Pendidikan : UKM. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor Bahru : Penerbit UTM Press. Meyers, C.& T. Jones. 1993. Promoting Active Learning : Strategies for the College Classroom. San Francisco. Jossey-Bass. Mel Silberman. 2009. Pembelajaran aktif 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunos. 2008. Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Jurnal Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bil.9 :5970.
21

Mook soon sang. 2000. Psikologi pendidikan. Subang jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar. 1997. Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Selangor : Logman. Rodzli Hashim. 2010. Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran. Dlm. Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (pnyt). Startegi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributrs Sdn Bhd. Rosni Adom. 2010. Pembelajaran Aktif : Suatu Alternatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek ekonomi Asas dalam Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Dlm. Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (pnyt) Startegi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributrs Sdn Bhd. Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. 2007. Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab. Halim Tamuri, Isahak Othaman dan Mohd Sabri Mamat. 2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia volum 1(2) : 31-50. Zarina Muhammad.2007. Pelaksanaan kaedah student-centered learning (SCL) dalam pengajaran & pembelajaran kursus Tamadun Islam, Tamadun Asia & Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bil.8 :142-166.

22

You might also like