You are on page 1of 1

Peralatan Kecil (Pundi Kacang)

Kanak-kanak di peringkat prasekolah amat gemar membaling dan menangkap pundi kacang. Pundi kacang membantu dalam pembelajaran pengenalan " kiri dan kanan". Aktiviti Pundi Kacang.

Lambung dan tangkap. Lambung dengan tangan kiri dan sambut dengan tangan yang sama. Lambung dengan tangan kanan dan sambut dengan tangan kiri. Lambung, pusing badan dan sambut. Lambung dan sambut dengan pasangan. Lambung, lakukan berbagai kemahiran lokomotor dan sambut. Imbang pundi kacang di atas kepala atau di berbagai bahagian badan. Letakkan pundi kacang merata-rata di lantai. Kanak-kanak bergerak dengan berbagai kemahiran lokomotor kelilingnya. Letakkan berbagai anggota badan di atas pundi kacang. Lompat sejauh yang boleh dan melangkahi pundi kacang. Berlumba dengan meletakkan pundi kacang di atas berbagai anggota badan. Lambung, lakukan berbagai bayangan aktiviti (seperti basuh muka, gosok gigi) dan sambut semula pundi kacang. Baling pundi kacang ke dalam gelung, bakul atau bulatan. Baling ke arah kotak atau botol plastik.

Setelah kanak-kanak mendapat kemahiran, mereka boleh melakukan aktiviti dengan bola menggunakan beberapa kemahiran yang sama.

You might also like