You are on page 1of 17

Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani

Zaman Prasejarah

Kegiatan Jasmani dan kesihatan untuk terus hidup dan sebagai rutin harian

Zaman Sekarang

Manusia bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan

1. Zaman Manusia Purba


Hidup Nomad. Aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk hidup. Kejayaan memburu dan mengumpul makanan akan diraikan secara berkumpulan dengan mengadakan aktiviti tarian dan permainan. Sanggup berjalan berbatu-batu untuk meraikan kejayaan di tempat lain. Aktiviti seumpama ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten

2. Zaman Neolitik Revolusi Pertanian


Perubahan Dari primitif ke zaman bertamadun. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Tidak perlu berpindah-randah. Pertanian bantu hidup setempat dengan bekalan yanga ada. Penggunaan haiwan dan teknik pertanian menyebabkan manusia hidup sedentari. Manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

3. Tamadun Kuno China


Falsafah Confucious menggalakkan penglibbtan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ia menyatakan manusia yang kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dikaitkan dengan penyakit yang menghentikan tugas organ dalaman. Kung-Fu diperkenalkan untuk membantu manusia sihat. Wujud juga aktiviti kecergasan lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.

4. Tamadun Kuno India


Aktiviti fizikal dihalang oleh kepercayaan agama. Tumpuan kepada aktiviti spiritual. Terdapat senaman yang dicipta tetapi terikat dengan agama (Yoga). Wujud 5000 tahun lalu dan falsafah Hindu percaya ia mampu menyatukan tubuh akal dan roh. Dicipta oleh mubaligh Hindu yang hidup sederhana berteraskan disiplin dan meditasi. Ia memberi tumpuan kepada teknik pernafasan yang membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan kecergasan.

5. Timur Tengah
Pemerintah tentera pada tamadun Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palestine, Parsi dan Syria amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi kepada tentera dan masyarakat. Kecergasan diperolehi dengan latihan keras oleh mereka. Kanak-kanak dilatih berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing dari umur enam tahun. Tujuan latihan adalah unutk meningkatkan kekuatan dan stamina bukan unutk kesihatan. Ia adalah bagi menjamin kemenangan dalam peperangan.

6. Zaman Greek-Athens.
Masyrakat Yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Di Sparta objektif melakukan kativiti fizikal adalah untuk pembentukan tentera yang kuat. Di Athens objektif tertumpu kepada prinsip demokrasi aktiviti kecergasan adalah untuk tubuh yang sihat dan aktif. Di Greek Masyrakat percaya keseimbangan kecergasas badan dan otak adalah berkait rapat. Aktiviti gimnastik diiringi muzik adalah pelajaran penting di sekolah . Gimnastik untuk tubuh dan muzik untuk jiwa.

Masyarakat Yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal.


Di Sparta objektif melakukan kativiti fizikal adalah untuk pembentukan tentera yang kuat. Di Athens objektif tertumpu kepada prinsip demokrasi aktiviti kecergasan adalah untuk tubuh yang sihat dan aktif. Di Greek Masyrakat percaya keseimbangan kecergasas badan dan otak adalah berkait rapat. Aktiviti gimnastik diiringi muzik adalah pelajaran penting di sekolah . Gimnastik untuk tubuh dan muzik untuk jiwa.

Gimnastik diajar ditempat yang dipanggil Palaestras yang terdiri daripada sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggan aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja mencapai umur 14-16 tahun, mereka berlatih di tempat lain yang dipanggil Gimnasium. Jurulatih kecergasan pada masa itu dipanggil Paidotribe.

Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia.

1. Sebelum Penjajahan British


Ketika ini kita tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian tidak formal seperti kelas agama. Pendidikan Jasmani tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.

2. Semasa Pemerintahan British.


British mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh kebaratan terutama di negeri selat. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan syarikat Inggeris. Latihan jasmani adalah pelajaran sampingan yang diajar dari darjah satu hingga empat. Pada 1856, Pendidikan Jasmani diajar di dua sekolah melayu di Singapura, namun kurikulumnya terhad kerana British bersikap sambil lewa.

Pada 1923 hingga 1925, Pendidikan Jasmani di ajar di sekolah menengah rendah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar. Pada 1930-an, Pendidikan Jasmani diperkenalkan di sekolah menengah atas di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Ipoh.

3. Zaman Sebelum Merdeka


Sekitar 1930-an, usaha giat mula dijalankan untuk menggubal sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Isi kandungan sukatan pelajaran mirip sukatan latihan fizikal di England. Pada 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris telah menggubal sukatan latihan jasmani. Pada 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru Pendidikan Jasmani di Kerby dan Brinsford.

4. Zaman Selepas Merkdeka


Sukatan Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh MPSI digunakan dengan beberapa penyesuaian. Pada 1960, pengiktirafan diberi kepada Pendidikan Jasmani apabila MPIK memulakan kursus tambahan setahun Pendidikan Jasmani. Ia dikaji semula pada 1966 dan satu sukatan untuk murid lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pada 1971, sukatan PJ disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu BM dan BI. Selepas itu, Pendidikan Jasmnai digabungkan dengan Pendidikan Kesihatan menjadi satu matapelajaran yang hingga kini wajib diikuti di semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like