You are on page 1of 4

LANDSKAP BERKONSEP BALI

Landskap ataupun taman Bali merupakan taman tropika yang merujuk lokasi Bali di Indonesia sebagai ikon utama. Penyusunan rekabentuk taman sebenarnya mempunyai gaya yang sama dengan taman tropika yang lain iaitu susunan yang tidak sama namun memperlihatkan kelainan berasaskan budaya bali.

Elemen utama landskap ini ialah pengaruh budaya Pulau Dewata yang kelihatan jelas seperti penggunaan tanaman yang berasal daripada Bali yang menjadi salah satu ciri taman ini. Contohnya pohon kemboja dan pandan bali. Kehadiran barangan dan aksesori tradisional terutamanya patung etnik Bali juga dapat menjadi identiti tersendiri yang unik dan berbeza dari taman- taman tropikal yang lain namun ciri- ciri mistik juga dikatakan kuat terasa. Namun begitu bagi penganut Islam,elemen patung tidak harus di masukan dalam taman bali ini, kerana banyak lagi elemen yang menarik boleh di masukkan.

Taman berkonsep Bali sering dilabelkan sebagai penataan hias yang penuh misteri dan seri 'lapuk' walaupun kebanyakan hiasan yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna. Hakikatnya, konsep Bali bukan hanya tertakluk kepada hiasan klasik dengan motif misteri tetapi turut menampilkan elemen moden sesuai tuntutan masyarakat yang lebih mementingkan hiasan abstrak serta imej tiga dimensi (3D).

Ciri paling penting dalam laman konsep Bali adalah tumbuhan. Biasanya, tumbuhan dalam laman Bali memiliki ciri keunikan dan klasik seperti pucuk paku, kemboja, heliconia dan alocasia. Memandangkan Bali terletak di kawasan tropika, mana-mana tumbuhan tropika sesuai untuk laman ini. Elemen pergerakan air mesti ada dalam setiap laman konsep Bali. Ini kerana aliran dan titisan air melambangkan kesejahteraan dan kedamaian melalui kolam dan air terjun mini.

Ciri lain yang mesti ada dalam laman konsep Bali adalah arca atau patung. Sekurangkurangnya perlu ada satu arca atau patung dalam laman konsep ini. Asalnya, arca dan patung ini melambangkan kecintaan kepada dewa-dewa dan ketuhanan kerana penduduk asal Bali mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Namun, untuk zaman moden, patung-patung itu digantikan dengan arca berbentuk haiwan seperti gajah, harimau, ikan, pepatung dan ramarama. Kini, ramai yang menggunakan hiasan seperti pasu, tempayan, terendak lampu dan arca corak abstrak menggantikan penggunaan patung.

Pokok Dalam landskap berkonsepkan Bali kebiasaanya adalah tanaman gaya tropis dan biasanya berdaun lebar seperti kembang sepatu (Hibiscus rosa-sinensis), palem bali, kenanga, pisang bali, daun-daunan, Irish, Filodenron, Spatipilum, Adenium, Tricolor (mirip pohon kelapa), bamboo dan lain-lain. Untuk membuat suasana teduh, dapat dipilih kamboja cendana atau kamboja jepun (Adenium obesum). Kamboja ini adalah kamboja khas Bali dan ini wajib ada dalam tanam Bali.

Elemen tambahan dalam laman konsep Bali adalah seperti batu-batuan untuk laluan di sepanjang laman. Bagaimanapun, batu yang biasa digunakan adalah batu sungai dan batu pasir dengan warna-warna semula jadi, lapuk dan gelap. Ramai yang memilik menggunakan batu lava kerana ia begitu sinonim dengan Bali.

LAMPIRAN

You might also like