P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |12

UNIT PELAJARAN 2 MODEL PENGURUSAN TINGKAHLAKU

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan model pengurusan tingkahlaku . 2. Menjelaskan jenis-jenis tingkahlaku.

PENGENALAN Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Menurut Bear, Wolf dan Risley (1968), kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu. Manakala, menurut Kamus Dewan (1979), tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku. Tingkah laku boleh didefinisikan sebagai semua tindakan fizikal dan mental yang dilakukan oleh manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai. Tingkah laku juga bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar, baik atau buruk, betul atau salah, berguna atau tidak dan produktif atau membazir. Secara umumnya, tingkah laku didefinisikan sebagai kanak-kanak bermasalah tingkah laku mempamerkan secara konsisten tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan umur mereka, yang menuju ke arah konflik sosial, kesedihan, dan kegagalan. Wood (1982) mendefinisikan tingkah laku dalam empat elemen iaitu elemen yang mengganggu, elemen masalah tingkah laku, elemen persekitaran, dan elemen yang dianggap mengganggu.Carl Rogers (1999), pula menjelaskan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku ditakrifkan sebagai sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, dan secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Manakala menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,

MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU a. Teori ekologikal atau persekitaran memberi penekanan terhadap penganalisaan ekosistem yang didefinisikan sebagai sistem interaksi yang mengandungi benda hidup dan bukan benda hidup yang ada di persekitaran kita seperti sekolah. keluarga. Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu. dan masyarakat. · Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu khususnya kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |13 bertindakbalas. Tingkah laku seseorang ditentukan melalui interaksi antara individu itu sendiri dengan sifat-sifat persekitaran menurut Apter dan Conoley (1984). kanak-kanak ini juga masih boleh atau dapat belajar bertingkah laku sesuai dan diterima oleh masyarakat. Walaupun begitu. 1989). Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Definisi tingkah laku menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam adalah tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Dari segi teknik. Menurut beliau. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979. Menurut Kauffman (1977). Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu. kanakkanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku adalah mereka yang secara jelas memberi respon yang kurang memuaskan terhadap persekitaran dan tidak dapat diterima secara sosial. dirasai. bermaksud kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Tingkah laku manusia mempunyai ciriciri. Dalam kata lain. 2004). Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dan tingkah laku. tindakan. ianya menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak . dan reaksi. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi.Model Persekitaran Model ini menyatakan bahawa punca gangguan tingkah laku ialah berlakunya perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Salah laku bermaksud sebarang tingkah laku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku. aktiviti yang melibatkan otot-otot. Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang. kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Model ini menyokong pendapat penganalisaan serentak tentang penyesuaian individu terhadap persekitaran dan kesan kuasa persekitaran.

perwatakan fizikal. keadan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Misalnya. Mikrosistem merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa dalam kehidupan mereka. kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan yang popular atau penting untuk sesebuah negara.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |14 dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Ianya adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan. 2008). Bronfenbrenner percaya bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Contohnya interaksi mereka dengan ibu bapa. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma. mesosistem dan eksosistem. dan kronosistem. pembawaan dan bakatnya. mesosistem. kemudahan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli-belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. rumah-jiran. pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Kaedah pengurusan. Eksosistem merupakan konteks di mana pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka. Bagi kebanyakan kanak-kanak. dan guru. Kronosistem yang menekankan perubahan dalam keadaan suatu tempoh masa. Persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem. sekolah-pasar raya. Misalnya dalam sesebuah masyarakat. Misalnya. mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan mereka dengan keluarga sahaja. Pada peringkat ini. Mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman dalam kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah. Manakala di sesetengah negara. Ia boleh meningkat dengan sokongan dan kestabilan mikrosistem. sekolah dan rakan sebaya. jiran. Makrosistem adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung didalam mikrosistem. rumah-sekolah. Dengan ini. ekosistem. Contohnya. apa yang patut dianggap pada mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usahakan. kanak-kanak pada masa ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran. Selain itu. kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individuindividu dalam kategori mikrosistem semata-mata tetapi turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang berlaku di pusat asuhan. rakan. makrosistem. nilai dan amaln masyarakat. kronosistem juga bermaksud perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan . adik-beradik. dan sekolah jiran. Tadika. Contohnya. di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri. peranan jantina dititikberatkan (Santrok.

Seterusnya. Perkembangan teori psikodinamik dalam lingkungan teori-teori pekerjaan sosial masih diterapkan secara umum kerana penerapannya masih berpandukan pada ajaran Freud dengan mengarah kepada pengembangan psikoanalisis. pensil dan sebagainya. Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya (Paikoff & Brooks-Gunn. 1996). Intervensi berpusatkan persekitaran pula adalah melibatkan peranan dari guru dan ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran adalah peranan yang salin berkait antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka dan guru-guru serta keadaan sekeliling seperti rumah dan kelas. Steinberg.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |15 ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. 1991. Menurut model psikodinamik. kanak-kanak tersebut menghadapi masalah pertuturan. Kanak-kanak tersebut perlu melatih atau mengajar diri mereka untuk menyebut sesuatu perkataan dengan lancar seperti perkataan buku. Contohnya. Langkah ini mungkin akan dapat mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. Model Psikodinamik Model-model Psikodinamik pada awalnya dikembangkan oleh Sigmund Freud (1974) dan pengikut-pengikutnya. Manakala. serta intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran. punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh masalah dalaman individu dan faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang. Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963). intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran . intervensi berpusatkan persekitaran. Kanak-kanak ini akan fasih pertuturan mereka sekiranya mendapat intervensi awal dan bersemangat untuk memulihkan pertuturan mereka. Terdapat beberapa pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Intervensi berpusatkan kanak-kanak merupakan penglibatan kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku itu sendiri dalam mengatasi perlakuan tingkah laku mereka. Terdapat . Contohnya. cikgu. Antara teknik yang boleh digunakan ialah intervensi berpusatkan kanakkanak. keadaan bilik darjah atau keadaan di rumah perlulah diubahsuai untuk mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran pula adalah melibatkan kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa atau guru mereka. Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personaliti seseorang. Ianya seperti tidak melekatkan bahan-bahan yang boleh menarik minat mereka untuk tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan mereka akan merosakkan barang-barang yang dihias di rumah.

Individu mula dengan peranan sosialisasi. Mengikut fahaman psikoanalisis. Lingkungan sosial dan budaya akan mempengaruhi perkembangannya. mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan. Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan. peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau kewanitaan. kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. . kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya.kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Menurut teori personaliti dalam psikoanalisis. Manakala pada peringkat falik. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu. kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi. Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanakkanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Kemudiannya akan berkembang dari beberapa tahap yang dimulai dengan peringkat oral. peringkat pendaman. Walau bagaimanapun. terdapat libido. peringkat falik. Peringkat genital pula berlaku sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |16 beberapa idea dasar psikoanalisis iaitu perkembangan manusia. serta pengubatan. ego dan super ego. Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang pasif. Pada masa ini. peringkat anal. Penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya. iaitu kehendak seksual terpendam. dan peringkat genital. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesame rakan sama ada dari jantina lelaki atau perempuan. objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan. kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat pendaman berlaku pada umur lima hingga dua belas tahun. berkeluarga dan penetapan vokasional. perlaksanaan aktiviti berkelompok. Pada peringkat ini. sealiran dengankompleks elektra. keperibadian dan psikologi abnormal. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Pada peringkat oral. optimis dan ingin mengetahui. tiga perkara yang penting dalam perkembangan keperibadian manusia iaitu id. Pada peringkat anal pula. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa. Dalam teori perkembangan mental pada psikoanalisis.

Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah lakupsikoanalisis. Id merupakan satu gejala bawah sedar dan tenaga yang primitif. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. lazimnya dalam kalangan orang Melayu. Ego pula berbeza dengan id. Dalam pandangan psikoanalisis. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi. Sebagai elemen pada tahap sedar. Sebagai alat memperkukuhkan diri pada tahap sedar. perasaan. Ego tidak wujud semasa kelahiran. peristiwa. apabila hendak keluar dari rumah.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |17 Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Sebagai contoh. memberi perhatian dan fokus pada masalah yang dihadapi serta melayan kanak-kanak dengan adil dan kasih sayang dan guru . mahupun masyarakat. sikap. Id tidak teratur. id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari. suasana. tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. dan teknik pengaruh tingkah laku. pemikiran. ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu. saling mengingatkan keadaan. Keadaan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. persepsi. Strategi-strategi pengurusan gangguan tingkah laku dalam model psikodinamik ialah model psikopendidikan. Id merupakan sumber libido. Sebaliknya. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan diri secara mendadak. ego penuh dengan persepsi. ego berkembang secara berperingkat. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan. inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. secara automatic akan terlintas untuk memakai kasut. teknik kaunseling. satu elemen yang diwarisi. ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. ekspresi seni. satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil pada peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. objek di dalam alam sekelilingnya. dikenal pasti daripada ibu dan bapa. Model Psikopendidikan Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Super ego mengawal ego dan id. tingkah laku. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain. Moral yang dipelajari. emosi. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif. Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral.

Pengasingan atau “time-out”. sekiranya seseorang itu ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh. mainan. kad. Kontrak ini melibatkan persetujuan antara dua pihak atau lebih iaitu guru dan pelajar secara lisan atau bertulis. Antara dendaan yang dikenakan adalah pulang lewat ke rumah.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |18 perlu menjaga penampilan dan tingkah laku mereka kerana ia sangat mempengaruhi kanakkanak. mengambil semula token yang diperolehi. dan bintang. Kontrak tersebut akan berjaya dilaksanakan sekiranya mereka faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan mereka faham akan kesannya sekiranya mereka ingkar akan perjanjian yang telah dibuat. Contohnya. Guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat membina sikap kesempurnaan kendiri dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya berkaitan dengan aktiviti yang bermakna iaitu tahap pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan kaedah pendekatan pembelajaran yang digunakan. serta berdikari. Pelajar yang terliobat dalam kontrak ini dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang mereka pilih. ganjaran sekunder atau lebih dikenali sebagai token. perjanjian atau kontrak. dendaan juga digunakan dalam menangani masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar atau kanak-kanak bermasalah. Terdapat tiga bentuk ganjaran yang digunakan iaitu ganjaran primer yang berbentuk makanan dan minuman. . serta ganjarana sosial pula adalah berbentuk senyuman. Dengan itu. dan pujian. kupon. sekiranya seorang pelajar itu tidak membuat bising dalam kelasnya. Pengasingan juga boleh dilakukan terhadap murid yang melakukan kesalahan. merupakan peneguhan daripada tingkah laku yang dipilih seperti mengasingkan pelajar yang bermasalah atau yang melakukan kesalahan daripada mengikuti aktiviti yang digemarinya seperti permainan alat muzik. Seterusnya. maka gurunya akan memberikan ganjaran berbentuk token kepadanya dan token itu mewakili markahnya dan dia boleh menukar token tersebut dengan hadiah yang disukainya. Selain itu. dan sebagainya. dia akan berusaha mengubah tingkah lakunya kepada yang positif agar dia juga dapat menyertai aktiviti tersebut. pelajar tersebut akan takut dan tidak mahu ponteng sekolah lagi kerana dia saying akan token yang sudah dia perolehi. Model ini memperjuangkan matlamat pendidikan bagi membolehkan pelajar mengambil tanggungjawab untuk menentukan apa yang hendak dipelajari dan menjadi lebih mengarah kendiri. Ganjaran ini akan diberikan kepada pelajar sekiranya dia dapat mengawal atau mengubah masalah tingkah lakunya. Contohnya. Ganjaran boleh digunakan untuk mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah. maka guru boleh mengenakan dendaan kepadanya seperti menarik semula token yang dia telah kumpul. Apabila pelajar ini diasingkan daripada aktiviti tersebut.

kanak. objektif pakar terapi atau guru ialah mengajar individu atau murid yang terbabit tentang tingkah laku yang bertanggungjawab. Teknik temu bual atau “ life-space interview” dalam teknik kaunseling dibuat berdasarkan pengalaman kanak. dan penghargaan diri serta dihargai orang lain. Majoriti individu akan belajar menjadi seorang .P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |19 Teknik Kaunseling Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadi yang produktif. Ali dan Azman menceritakan insiden yang berlaku. Contohnya.Oleh itu. dan lambaian kawan-kawan sekelasnya. Ali sering mengelakkan diri kerana menganggap dirinya disisihkan oleh kawan-kawan sekelasnya. Kemudiannya. Menurut Glasser (1965). serta menggunakan insiden sebenar untuk mengetahui ciri-ciri tingkah laku kanak. Mereka memerlukan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat akan diri mereka. seseorang individu mesti mengekalkan tingkah laku yang diterima masyarakat.kanak yang terbabit. Kegagalan akan menyebabkan mereka sakit mental. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah temu bual dan terapi realiti. Untuk berasa menghargai diri dan dihargai orang lain. guru menstruktur insiden yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan dia mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya dan penemuramah bertindak sebagai pembimbing kanak-kanak tersebut. Guru boleh membantu dari segi mengurangkan tahap kehampaan kanak-kanak yang terbabit. Ianya memerlukan penglibatan dan sikap tanggungjawab tertentu serta perkaraperkara lain seperti kasih sayang dan disiplin. Contoh yang dapat diberikan ialah Ali dan Azman bertengkar semasa mendirikan khemah. 1988) iaitu menyayangi dan disayangi. khemah dapat didirikan dengan cepat.1988) iaitu “clinical exploitation of life event” yang memerlukan pengalaman dan latihan. Menurut Glasser (1965). Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membantu Ali dengan menggalakkannya memberi respon terhadap senyuman. memberi sokongan moral ke atas kanak-kanak yang sedang emosi. belajar menjadi individu bertanggungjawab tidak berlaku secara semulajadi. Guru bertindak dengan menghentikan pertengkaran itu dan membiarkan mereka menenangkan diri sebelum memulakan sesi temuramah. Contohnya pertengkaran dan pergaduhan. Terapi realiti atau “reality theraphy” dijalankan untuk membantu individu supaya dapat berfungsi dengan normal dalam persekitaran. teknik temu bual terbahagi kepada dua (dalam Walker dan Shea. Menurut Redl (1959). dan membantu kanak-kanak dalam mencari penyelesaian untuk menghadapi masalah kehidupan harian serta insiden yang melibatkan emosi seperti pertengkaran dan pergaduhan. manusia mempunyai dua keperluan psikologi asas (dalam Walker dan Shea. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Mereka mendengar persepsi daripada guru terhadap kejadian itu dan seterusnya bersetuju untuk cuba mendirikan khemah itu semula dengan pelan tindakan yang spesifik. Manakala “emotional first aid on the spot”. dijalankan oleh guru yang berpengaruh ke atas kehidupan kanak-kanak tersebut. Akhirnya. adalah membantu kanak-kanak daripada sesuatu keadaan untuk membolehkan sesuatu aktiviti diteruskan dan dijalankan.

Namun hanya beberapa kaedah dalam ekspresi seni yang ditekankan iaitu permainan bebas. mereka merumuskan bahawa ekspresi seni dapat membina kebolehan ekspresi kanak-kanak tersebut. keputusan peperiksaannya meningkat dengan mendadak dan cemerlang. boneka tangan yang ringkas yang dibuat sendiri atau milik kanakkanak yang terbabit seperti wajah atau muka monyet. Dalam permainan bebas atau “free play”. guru Azman mengambil inisiatif dengan memperkenalkan alat-alat permainan kepada Azman dan memberi panduan kepadanya untuk membuat aktiviti mudah. Alat-alat mainan mestilah sesuatu yang boleh memberi peluang kanakkanak tersebut untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka. Azman hanya duduk dan mendiamkan dirinya sahaja. kucing dan sebagainya adalah amat berkesan (dalamWalker dan Shea. boneka. Contohnya. main peranan atau lakonan. Pentas yang digunakan untuk boneka tangan boleh dibuat sendiri oleh kanak-kanak dengan bantuan guru. dan terapi seni. muzik. Setelah beberapa bulan. Menurut D’ Alonzo (1974). Contohnya.guru memerhatikan Azman. terapi likisan dan sebagainya. Ali menyedari tingkah lakunya hanya akan merosakkan dirinya sendiri. kanak-kanak dibiarkan bermain permainan atau alat mainan di ruang yang disediakan serta mereka digalakkan memilih alat mainan mengikut minat mereka.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |20 yang bertanggungjawab daripada kasih sayang. Wayang kulit juga boleh dikategorikan dalam “puppetry” dan ianya lebih berkesan untuk . Contohnya. robot. Dia tidak dapat berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan sekelasnya. boneka. Akhirnya. Selepas itu. Sepanjang di dalam kelas. Alat-alat mainan ini sebenarnya bukan alat yang rumit. Menurut Cheney dan Morse (1972). Azman mula bercakap dengan kawan-kawan dan gurunya. Boneka atau “puppetry” dapat membantu kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi bagi mereka yang sukar atau tidak mahu berkomunikasi secara langsung dengan orang lain. Oleh itu. Azman seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Dia mendapati bahawa Ali tidak akan menumpukan perhatian dan tidak mahu belajar sekiranya guru yang mengajar tidak disukainya. Ekspresi Seni Ekspresi seni menggalakkan dan memberi peluang kepada kanak. setelah beberapa bulan. Guru yang rapat dengan Ali menyedari hal itu dan dia telah menjalankan terapi reality. Ekspresi seni juga menyediakan ruang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi dengan cara yang betul.Contohnya menggunakan kotak kertas.kanak untuk menunjukkan dan meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang kreatif. Oleh yang demikian. Melalui terapi. 1988). dan sebagainya. Ali seorang yang cerdik namum dia sering gagal dalam subjek tertentu. kereta mainan. Ianya akan memudahkan kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka. Ekspresi seni ditunjukkan melalui permainan bebas. guru menyediakan pelan tindakan dan Ali belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya.

taman permainan dan sebagainya. Seni lukisan dua dimensi merupakan kaedah yang amat sesuai untuk kanak-kanak bermasalah tingkah laku meluahkan perasaan mereka. Contohnya. Terapi seni harus diberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka melalui seni terutamanya seni lukisan dan muzik. Kadangkala kanak-kanak melakukan tingkah laku bermasalah untuk menarik perhatian kawan-kawan sekelas. dan sebagainya. sosialisasi. isyarat gangguan atau peringatan. jenaka. Teknik ini sebenarnya menunjukkan peringatan atau amaran dari seseorang kepada kanak-kanak tersebut supaya mengawal tingkah lakunya dan teknik ini akan berkesan kepada kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. “tapping”. Contohnya melukis menggunakan jari dengan mengunakan warna air dan sebagainya. Terdapat lima teknik pengaruh tingkah laku iaitu tindakan tidak ambil peduli. pandangan mata ke mata. Menurut Willian dan Wood (1977). Teknik Pengaruh Tingkah Laku Teknik pengaruh tingkah laku atau “behaviour influence” boleh dilaksanakan semasa berlakunya tingkah laku yang bermasalah sama ada di dalam kelas. Contoh tingkah laku tersebut ialah menjatuhkan buku. Kanak-kanak seperti ini lebih menggemari akan kompang. seni dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi komunikasi. tidak menegur. Contohnya menggunakan plastesin. guru yang garang . tarikan. tidak memberi respon dan sebagainya. dan “desensitization”. kanak-kanak tersebut akan rasa malu dengan sendirinya apabila perbuatan mereka itu tidak dipedulikan oleh orang sekelilingnya. guru dan ibu bapa. Pengaruh orang berkuasa yang disebutkan adalah. polis. dan drum kerana mereka dapat memuaskan perasaan mereka atau meluahkan semuanya melalui alat muzik tersebut.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |21 mengubah tingkah laku kanak-kanak kerana kanak-kanak akan lebih mempercayai tentang karektor dalam wayang kulit tersebut. Manakala ekspresi seni berbentuk muzik pula adalah nyanyian dan permainan alat muzik yang dapat kanak-kanak tersebut meluahkan perasaan mereka. kreativiti. Isyarat peringatan atau “signal interference” merupakan teknik pengaruh tingkah laku yang bukan secara “verbal” atau lisan. Seni tiga dimensi juga boleh digunakan tetapi ianya terhad disebabkan peralatannya. Teknik pengaruh orang berkuasa atau “proximity control” merupakan teknik yang menggunakan orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh untuk menakutkan kanak-kanak. bersiul-siul. Kaedah yang digunakan adalah seperti membiarkan. ekspresi diri. guru besar. pengaruh orang berkuasa. renungan. Tambahan lagi. mengetuk pensil di atas meja dan sebagainya. bapa. mengenal diri dan manipulasi persekitaran. sekolah. Elemen penting yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak tersebut ialah persepsi dan perasaan kanak-kanak. Teknik tindakan tidak ambil peduli atau “planned ignoring” merupakan kaedah yang dilakukan oleh guru dan keluarga kanak-kanak tersebut untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah mereka. Biasanya tingkah laku yang dibuat-buat untuk menarik perhatian akan berkurangan dan lenyap apabila tidak diambil peduli.

Contoh jenaka yang dibuat adalah seperti petikan dari cerita-cerita kartun yang terdapat di televisyen. bapa Ali perlulah mendekatkan semula Ali dengan basikal. pelajar-pelajar akan lebih bersemangat dan tidak mudah bosan. Semua orang akan bosan dengan tugas-tugas rutin dan sukar. pelajar-paelajar kelas itu diam kerana mereka takut dengan guru besar.Sindrom Down. Keputusannya tingkah laku yang bermasalah seperti bising tidak diteruskan atau dilakukan lagi. latihan merehatkan diri. guru yang mendapat tahu murid-murid mula bosan dengan kerja yang diberi harus berusaha untuk meningkatkan semula minat mereka. pelajar-pelajar dalam sebuah kelas membuat bising dan seorang guru telah menggunakan teknik ini iaitu dengan menggertak pelajar-pelajar tersebut dengan mengatakan bahawa dia akan memanggil guru besar untuk menghukum mereka. Selepas itu. Bincangkan teknik-teknik pengurusan tingkah laku bagi kategori (ADHD). Selain itu.Bermasalah Pendengaran dan Lembam (Slow Learner). Selain itu. Manakala teknik tarikan atau “interest boosting” adalah teknik yang digunakan untuk menarik minat kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku. membincangkan tugasan tersebut dan sebagainya. Teknik “desensitisation” merupakan teknik yang digunakan untuk mengurangkan fobia. Teknik jenaka dalam tenik tingkah laku adalah teknik yang digunakan untuk menghiburkan kanak-kanak bermasalah tingkah laku khususnya. Guru boleh melakukan teknik ini dengan menawarkan bantuan. Namun harus diingat bahawa jenaka yang dibuat itu tidak akan menyinggung perasaan individu lain. dan mengenali punca cemas. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan. guru juga boleh menggunakan unsur-unsur selingan sebentar untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar bagi minat dengan tugasan yang diberikan. guru menceritakan cerita-cerita yamg lawak berkaitan dengan tugasan yang diberikan kepada mereka. menghilangkan rasa gugup dan takut. Untuk mengatasi fobia Ali. Dengan cara ini barulah Ali dapat menunggang basikalnya semula dan sekaligus mengatasi masalh fobia ali terhadap basikal. Misalnya petikan dari cerita upin dan ipin. . Contohnya. Ali fobia untuk menaiki basikal kerana dia pernah terjatuh basikal. Oleh itu.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |22 dan sebagainya. ianya juga dapat membuat murid berasa tenang. bertanya tentang sejauh mana tugas sudah disiapkan. Dengan itu. Contohnya. Contohnya.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |23 Tahukah anda siapakah pakar yang akan terlibat dalam mengendalikan kanak-kanak bermasalah tingkahlaku ADHD Rumusan  Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran.Batu .Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Caves. semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa.A Mohamed.    Rujukan Jamila K. guru. Istimewa. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi. Dalam usaha menangani masalah ini. masyarakat dan juga pihak kerajaan.(2006).Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan. Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Nordin Mamat. Tingkah Laku Organisasi: Pengenalan Tingkah Laku Individu : Penerbit UKM Press. 2008 daripada http://uniprof.Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio.(2004). Panduan Kurikulum Pra Sekolah.Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.com/2008/01/07/pengurusan definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/ Ahmad Shukri Mohd Nain.(2008).Asas Sosial Kanak-kanak. Sejarah dan Konsep Siri 1.Rohani Abdullah.(2001).Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.(2005). Prof Madya Dr. Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM .Pengurusan: Definisi.(2002). Rohani Abdullah.wordpress. Diperolehi pada September 26.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication &Distributors Sdn.Bhd.P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |24 Mohammad Fauzi.

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |25 .

P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s |26 .

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.