You are on page 1of 31

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

1.0

Pengenalan Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh

pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Namun begitu, bidang ilmu linguistik masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakan. Pada fahaman mereka ilmu linguistik ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Sebenarnya belajar bahasa itu sebahagian kecil daripada ilmu linguistik. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa , mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Tidak hairanlah , subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut penguruan hingga ke peringkat yang lebih rendah iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya , subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah dalam kalangan rakyat. 1.1 Definisi Linguistik Apakah yang dikatakan ilmu linguistik? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat , linguistik diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa berkaitan dengan bahasa. Linguistik berasal dari bahasa Latin "lingua" yang membawa maksud ' bahasa' . Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau 'linguistik'. Ilmu lingustik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik (J. Lyons,1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian yang saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian menganai bahasa dan kaedah-kaedah yang

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

bertanggungjawab. Ini bermaksud seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik , samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Dalam ilmu liguistik, bahan kajiannya ialah bahasa. Beliau mengkaji dan mendeskripsi bahasa daripada yang dapat didengar, dapat dilihat dan dibacanya. (B. Bloch & G.L. Trager 1942:8). Pengarang buku Aspects of Language, D.L. Bolinger (1968) berkata , pada hari seorang ahli linguistik mengkaji kata adverba sama seperti seorang saintis mengkaji atom. Linguistik juga dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa dan didengar. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua eleman bahasa iaitu fonetik, morfologi dan sintaksis. Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, susunan fonetik, alomof, morfem atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan eksikologi atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula adalah berkenaan ciri bunyi bahasa, cara terjadi fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan lain dan cara penyusunannya hingga menjadi satu ujaran. 1.2 Definisi Bahasa Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia , antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa merupakan penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang mempunyai makna. Definisi bahasa itu sendiri adalah merupakan satu sistem untuk mewakili benda, tindakan , gagasan dan keadaan. Selain itu, bahasa ialah ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan. Oleh itu, ilmu yang mengkaji bahasa disebut linguistik. Persoalannya , adakah bahasa satu 2 mengikut

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semulajadi iaitu berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia. 2.0 Sejarah Perkembangan Linguistik 500M hingga abad ke-20 Tahukah anda bilakah kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India berdasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Di dunia barat ketika itu, usaha untuk membina ilmu pengetahuan bermula pada zaman kegemilangan sarjana Yunani Kuno. Imu yang dihasilkan oleh sarjana Yunani menjadi asas kepada sarjana Rom untuk melanjutkan kajian mereka dalam bidang ilmu dan khasnya bidang bahasa yang kita bincangkan di sini. Sarjana Rom banyak mewarisi tradisi ilmu linguistik daripada sarjana-sarjana Yunani. Usaha mereka itu dikembangkan lagi oleh para sarjana Zaman Rom. Seterusnya sarjana Zaman Pertengahan dan sarjana Zaman Islam memanfaatkan himpunan ilmu itu yang dikembangkan sehingga sekarang. Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa , ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Oleh kerana keseluruhan kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak 3

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke - 6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. 2.1. Perkembangan Bahasa Zaman Yunani Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya da politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kiria-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Tokoh hebat ketika itu ialah Plato dan Aristotle iaitu murid Plato. Plato (427 - 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat ilamiah,nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvesyen iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam 4

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

tatabahasa iaitu kata hubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato . Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentangn adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani . Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahasa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia , tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek logika. Salah satu daripada sumbangan kekal ahli falsafah Yunani ini kepada dunia ilmu ialah pemikiran mereka mengenai bahasa. Misalnya Plato mendefinisi ayat sebagai rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap, iaitu logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu onama dan rhema. Apabila kita membaca karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) itu Pelita Bahasa Melayu (1947), kita akan mendapti definisi yang sama bagi ayat yang digunakan. Za'ba juga membahagikan ayat kepada benda (onoma) dan cerita (rhema) Selepas sarjan Yunani Plato, muncul pula seorang sarja lain Dioinysius Thrax yang tinggal di Alexandria. Beliau menjalankan kajian berdasar kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam puisinya. Beliau mengajar di Rhodes dan Rom. Sepanjang kerjayanya mengajar, beliau menghasilkan buku tatabahasa Yunani iaitu Techne Grammatike. Buku ini menjadi buku tatabahasa pegangan untuk bahasa Yunani sehingga ke hari ini. Dalam buku tatabahasanya, beliau menggolongkan kata kepada lapan iaitu kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru. Secara umumnya , kita akan dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada zaman era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. 2.2 Perkembangan Bahasa Zaman Iskandariah Zaman ini bermula pada abad ke-3 tahun masihi. Iskandariah berkembang sebagai pusat kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Tetapi ketika itu bidang bahasa yang menjadi tumpuan adalah aspek lisan, iaitu pertuturan.Kajian terhadap sistem fonetik dan membahagikan perkataan 5

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Selain itu para sarjana juga turut memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat yang mengandungi unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. 2.3 Perkembangan Bahasa Zaman Rom Sejarah perkembangan linguistik di zaman Rom adalah ekoran runtuhnya bidang bahasa pada zaman tamadun Yunani. Ketika itu mereka mengambil alih ilmu bahasa Yunani untuk dibuat kajian dalam bahasa latin. Mereka juga kurang menyumbang kepada perkembangan bahasa. Umumnya kajian pada zaman Yunani adalah berkisar tentang tatabahasa. Tetapi bidang kajian mereka lebih bercorak secara logik kepada bukannya saintifik. Ketika itu, sarjana bahasa Rom tidak menghasilkan banyak karya asli. Namun sumbangan besar yang telah mereka lakukan adalah menyadur teoriteori bahasa sarjana Yunani dan disesuaikan kepada tatabahasa Latin. Mereka menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani. Ini dapat dibuktikan melalui karya yang dihasilkan oleh sarjana bahasa Rom iaitu Donatus yang hidup dalam kurun keempat Masihi dan Priscian yang hidup dalam kurun kelima di wilayah Rom Timur iaitu Istanbul. Tatabahasa yang dikarang oleh Priscian itu masih dianggap baku hingga ke hari ini. Tajuk buku tatabahasa itu ialah Institutiones Grammatikae dan tebalnya adalah 1000 halaman dan mengandungi 18 jilid. Buku tatabahasa Latin itu lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat. Daripada segi linguistik moden, memang dapat dikatakan kaedah yang digunakannya tidak konsisten sebab kadang-kadang beliau membuat deskripsi berdasarkan kriteria formal atau bentuk kata dan kadang-kadang semantik atau makna.Namun tatabahasa yang beliau hasilkan masih dijadikan asas tatabahasa latin hingga ke hari ini. 2.4 Perkembangan Bahasa Zaman Pertengahan Zaman pertengahan juga lebih dikenali sebagai zaman Renaissance. Ketika ini, para bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji zaman ini, menggunakan ilmu bahasa sebagai satu 6

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

eleman untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Pada hemat mereka, hasil tulisan itu adalah baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Kesusasteraan adalah bentuk bahasa pada era ini. Seperkara yang perlu kita ingat bahawa pada zaman ini teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini terang-terang menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Selain itu, kedudukan bahasa Latin dan pengetahuan mengenai bahasa Latin amatlah istimewa di Eropah dalam Zaman Pertengahan. Bahasa Latin pada masa itu dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan , budaya dan diplomasi. Pendek kata bahasa Latin adalah bahasa bagi mendapat pekerjaan. Buku tatabahasa yang ditulis berdasarkan tatabahasa Priscian menjadi bahan penting bagi mempelajari bahasa Latin itu. Dalam Zaman Pertengahan kitab Injil diterjemahkan ke dalam beberapa buah bahasa tempatan. Ini memerlukan pengetahuan rapi dalam bahasa tempatan. Hasil ini adalah satu bahan bertulis untuk kajian linguistik. Usaha ini juga menjadi bukti pengaruh agama Kristian terhadap kaedah perkembangan linguistik. Daripada agama Kristian. Kajian tatabahasa pada masa itu menggabungkan sintaksis dan logik. Falsafah digunakan dalam mengkaji bahasa. Salah satu konsep falsafah yang digunakan bagi menentukan ayat ialah dengan membincangkan kesempurnaan sesuatu ayat yang dihasilkan. Oleh itu, sesebuah ayat yang dihasilkan hendaklah terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Kata-kata daripada golongan yang berlainan disatukan menjadi ayat. Ini lebih dikenali sebagai koligasi atau saling berdampingan pada masa ini. Mereka berpendirian, sebarang kesimpulan mengenai tatabahasa hendaklah berdasarkan logik yakni rumus tatabahasa mestilah lojikal. pengalaman ini timbullah

menganalisis bahasa-bahasa bagi memenuhi keperluan mengembangkan

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

2.5

Perkembangan Bahasa Zaman Arab Setelah zaman kesarjanaan Yunani dan Rom berakhir, usaha mengkaji

bahasa di Eropah tidak berlaku lagi, sehinggalah timbul zaman perbandingan bahasa pada abad ke - 18 dan ke - 19. Ketika Eropah mengalami zaman gelap, tradisi kesarjanaan bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Sebenarnya tradisi orang Arab dalam bidang pengajian bahasa sudah bermula iaitu sejak timbulnya pusat pengajian dan pembelajaran tinggi di empayar Islam di Madinah, Damsyik , Iskandariah dan Kordova. Penulisan Quran yang begitu rapi dan tidak berubah-ubah sebutannya sejak 1400 tahun yang lalu dan membuktikan yang deskripsi bunyi dan lambangnya dibuat dengan rapi. Kajian serta mereka tertumpu kamus kepada lengkap sumber untuk Al-Quran dan hasilnya rujukan. perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna terciptanya dijadikan bahan Perkembangan empayar Islam memperkembangkan ajaran Quran dalam bahasa Arab. Ini memerlukan deskripsi sistem bunyi dan tatabahasa yang lengkap dan juga perlu ada pengajian filologi dan leksikografi yang sempurna bagi membantu mengajar Quran itu secara khusus dan bahasa Arab secara am. Seorang sarjana bahasa Arab bernama Al-Khalil (T.M 718 -786) menjadi terkemuka dalam ilmu linguistik. Beliau adalah ahli leksikografi yang menumpukan tenaga dan pemikiran dalam mengkaji fonetik dan kata. Dalam pengajiannya , beliau mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja dan bunyi-bunyi vokal diberi fungsi sebagai bunyi yang memberikan perhatian yang mendalam dan meluas konsonan tersebut. Tatabahasa bahasa Arab disusun lengkap mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri dari dua unsur isitu amnah dan khabar, sama seperti benda dan cerita yang digunakan oleh Za'ba. Ahli bahasa Arab juga menghasilkan kamus. Kamus yang disusun 8 terhadap

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

pada zaman kecemerlangan sarjana Islam ini sekarang. 2.6 Perkembangan Bahasa Zaman India

masih digunakan hingga

Sejarah perkembangan linguistik pada zaman India , bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian juga turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Hasil kajian pendeta-pendeta India terhadap tatabahasa bahasa Sanskrit wajar disanjung. Seorang daripada pendeta-pendeta itu ialah Panini. Beliau menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi (Delapan Kuliah). Karya beliau mendapat pengiktirafan sarjan linguistik moden kerana menghasilkan sebuah tatabahasa bahasa Sanskrit yang mengandungi banyak unsur pemikiran yang hanya dicetuskan oleh ahli linguistik moden di Eropah. Beliau dijangka hidup di antara kurun ke-5 hingga ke kurun ke -7 sebelum masihi. Anehnya ada konsep-konsep linguistik beliau yang sudah maju seperti yang ada pada abad ke-20 ini. Di dalam karyanya beliau menyebut tentang karya lain yang sudah ada pada masa itu. Ada 400 buah huraian demikian mencakupi tiga bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan makna. Panini membuat dekripsi sebutan bahasa Sanskrit dalam dua bahagian iaitu sebutan bahasa Sanskrit bagi ayat suci dan sebutan bahasa Sanskrit umum. Dalam deskripsinya,Panini juga menyentuh tentang bunyi vokal panjang dan vokal pendek termasuk ke dalam golongan yang sama dan tidak dibezakan. Ini dilakukan sekadar membezakan kualiti bunyi vokal tersebut dan bukan bagi membezakannya sebagai dua fonem yang berasingan. Bunyi gelungan pun dibincangakan kerana bunyi ini dianggap mendatangkan masalah. Beliau mengatakansifat bunyi gelungan seperti f, r, l adalah sama seperti konsonan tetapi fungsinya sama seperti vokal. Oleh

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

sebab itu, dalam deskripsinya bunyi-bunyi ini digabungkan dengan vokal a menjadi fa,ra dan la. Ada satu lagi perkara detel yang didekripsikan beliau. Ini menunjukkan bahawa kajian beliau dibuat berdasarkan permerhatian. Contohnya unsur jeda (+) dalam perkataan kris + na. Beliau mengatakan bahawa semua + dididapati wujud sebelum bunyi sengau. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 2.7 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke -19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini, wujudnya rumpunrumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R - G - L dan R - D - L Sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke - 20 lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena.

10

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

Pengaruh besar yang membentuk linguistik moden datang daripada Ferdinand de Saussure. Beliau hidup pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya beliau sama dengan ahli bahasa yang sezaman dengannya tetapi selepas itu beliau telah mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur. Pengaruh beliau dapat dilihat dalam dua hal. Pertama tulisannya antara 1878 - 1924 yang dikarang dalam bentuk memoir dalam bahasa proto Indo- Eropah. Beliau membezakan kajian linguistik secara sinkronik dan dikronik. Sikronik adalah bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa manakala maksud dikronik pula adalah berkenaan kajian sistem bahasa. Keduanya, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole. Dalam bahasa Melayu istilah langue sama ertinya dengan bahasa manakala istilah parole sama dengan loghat. Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan beberapa penutur loghat yang sama. Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole daripada bahasa yang sama. De Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan bentuk . Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi manakala bentuk adalah pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas bahannya. Begitu jugalah apabila kita mengkaji fonetik secara tidak langsung kita mengkaji pola-pola pembentukan perkataan . Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam bahasa. Pada zaman ini, L. Bloomfield juga banyak menurut langkah De Saussure. Seterusnya perkembangan linguistik di Amerika Syarikat banyak dipengaruhi oleh kajian yang dijalankan pada zaman yang lebih awal , misalnya oleh F.Boas dalam bukunya Handbook of the American Languages (1971). Buku itu memberikan kaedah-kaedah secara sistematis bagaimana deskripsi bahasa. Beliau menerangkan bahawa bahasa-bahasa ini sebenarnya berbeza-beza dan tidak serupa. Justeru, dekripsi yang berlainan hendaklah dilakukan dan tidak semata-mata menggunakan sistem tatabahasa bahasa Eropah.

11

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

Ada dua orang tokoh yang paling terkenal di Amerika selepas Boas, iaitu E. Sapir dab L. Bloomfield. Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang Filologi di Jerman tetapi masih dipengaruhi oleh F. Boas. Beliau menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881) . Buku ini adalah bersifat umum dan ini berbeza daripada buku Lnaguage (1993) yang ditulis oleh Bloomfield. Buku Sapir adalah lebih mementingkan pendekatan kajian daripada segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat yang menggunakannya. Bloomfield pula adalah sarjana yang bertanggungjawab mengangkat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam kajiannya iaitu sesuatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan secara empiris. Pada tahun 1950-an , satu perkembangan baru yang dibawa oleh Noam Chomsky telah muncul. Ketika ini tatabahasa transformasi generatif telah diperkenalkan. Bukunya adalah bertajuk Syntactic Stuructures. Dalam tatabahasa transformasi generatif ini,kita perlu memahami beberapa konsep am. Kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan ayat gramatis dan ayat bukan gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang penutur bahasa ibunda. Ini kerana,bahasa diertikan sebagai mengandungi ayat-ayat yang diterbitkan. Pada hakikatnya, ayat dapat dipanjangkan seberapa yang mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripada unsur-unsur yang terhad bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada beberapa proses operasi dalam membentuk ayat -ayat tersebut dengan menggunakan rumus-rumus tertentu. Rumus-rumus tersebut menggunakan jumlah unsur tadi yang terhad pula banyaknya. Rumusannya , jelaslah kepada kita bahawa adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli linguistik atau masyarakat yang begitu peka dan cenderung dalam ilmu linguistik untuk mengkaji dan memperkembangkan bahasa dengan cara dan kefahaman sendiri. Keseluruhannya semuanya adalah menjurus ke arah fonetik dan fonologi yang merangkumi sebutan, bunyi, pola ayat , semantik, sintaksis dan sebagainya. 12

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

3.0 3.1

Sumbangan tokoh-tokoh Linguistik Sumbangan Edward Sapir Edward Sapir ( 1884 - 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan

antropologi dari Amerika pada awal abad ke - 20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrati untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa, tetapi juga meliputi beberapa bidang iaitu sastera, agama, budaya dan metodologi. Edward Sapir juga memperkenalkan Hipotesis Sapir -- Whorf, hasil gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf. Hipotesis Sapir - Whorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai peri penting dalam aliran linguistik iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Sapir dan Whort tidak menulis hipotesis tersebut secara formal beserta formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan yang berkaitan dengan linguistik dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka. Kedua-dua ahli linguistik ini setuju bahawa budaya yang banyak menentukan bahasa. Selain itu,Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang , makna pada setiap ujaran. Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa 13

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran manusia terhadap realiti dunia dan serta kehidupan sesebuah masyarakat. Mengupas bahasa, Sapir berpendapat bahasa bersifat distingtif iaitu membezakan Perbezaan persekitaran makna ini daripada lahir individu perkataan-perkataan interpretasi Selain tersebut. yang individu itu, diujarkan. terhadap turut makna daripada

seseorang

Sapir

mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa. Teori yang dikemukan ini merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat. Bahasa juga dikatakan sebagai satu aktiviti rohani,iaitu suatu proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu bahasa merupakan lambang jiwa, sesuatu tabiat manusia dan menjadi sifat sesuatu bangsa yang menjadi alat perhubungan antara satu sama lain. Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. 3.2 Sumbangan Leonard Bloomfield Bloomfield ( 1887 - 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau adalah ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh rangsangan. Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language(1933). Konsep yang dibawa oleh beliau telah dijadikan sebagai 14 berpunca sebab adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

aliran struktural dan perkara yang sering ditekankan ialah bagaimana kebolehan berbahasa dalam bahasa sasaran dapat diperoleh dengan segera dan berkesan. Beliau menyatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Cth: jika menyebut rumah, maka strukturnya ialah [rumah] bukan [hamur] atau [maruh]. Pada pandangan Bloomfield berasaskan teori Behaviorisme yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak balas (respons). Bloomfield berpendapat bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain. s r s r

's' mewakili seseorang bercakap,' r -s' pula bermaksud berlakunya proses pengubahsuaian data dan ' r' bermaksud pendengar memberi tindakbalas. Keadaan ini disesuaikan dengan sebuah cerita tentang Jack (lelaki) dan Jill (perempuan). Jill yang berasa lapar tiba-tiba ternampak sebiji epal(s). Jill lalu membuat bising dengan menggunakan tenggorok(larynx), lidah dan bibir(r). Jack mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Jill(s) lalu memetik epal yang diminta oleh Jill(r). Dalam menganalisis bahasa,teori struktur diasaskan pada data(korpus) yang dapat diuji. Tujuannya adalah untuk menghuraikan suatu contoh sampel sesuatu bahasa,bukan menghurai seluruh bahasa. Ini kerana ucapan yang dilahirkan tidak mungkin dapat dikaji. Bahasa menurut tafsiran Bloomfield adalah sejumlah isyara atau tanda yang berupa unsur vokal(fitur bunyi) yang disebut bentuk linguistik. Beliau mendefinisikan makna sebagai satu keadaan atau situasi yang ada di dalam tubuh badan manusia (penutur). Menurut Bloomfield makna merupakan perkara yang kurang penting dalam pengkajian bahasa.Yang terpenting dalam teori Bloomfield ialah percubaannya untuk mengembangkan

15

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

kaedah-kaedah menghuraikan bentuk linguistik secara eksplisit. Beliau membezakan 3 jenis bentuk: bentuk terikat,bentuk bebas,bentuk kompleks. a. b. c. Contoh bentuk terikat: ke-----, -----I dan sebagainya. Contoh bentuk bebas: meja, aku, teksi, dan sebagainya. Bentuk kompleks dapat difahami daripada kata seperti olahraga, ibu bapa, antarabangsa, dan sebagainya. Linguistik struktur memberikan penjelasan tentang setiap linguistik menurut struktur dan fungsi bentuk itu dalam korpus. Misalnya fonem diberi makna sebagai satu fitur yang distingtif dan terkecil dalam leksikon;morfem bererti kesatuan terkecil yang mempunyai erti dalam bentuk leksikon; frasa bererti unit yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua bentuk bebas. kata bererti bentuk bebas yang minimum yang terdiri daripada hanya satu bentuk bebas dan kadang-kadang dapat digabungkan dengan bentuk-bentuk terikat. (ter+lukis) ayat pula diertikan sebagai ungkapan yang maksimum. Kesimpulannya Bloomfield cuba menganalisis bahasa dengan melibatkan bahagian-bahagian dan hubungan antara satu bahagian dengan bahagian lain. Analisis beginilah yang biasa disebut Analisis Konstituen Terdekat. Ia lebih bergantung pada situasi sesuatu ayat yang dibentuk dan makna pula sukar ditentukan. Sebaliknya,bunyi dapat ditentukan dan dapat dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. (fonem sebagai akar bunyi). 3.3 Sumbangan Ferdinand de Saussure Ferdinand de Saussure lahir di Geneva pada tanggal 26 November 1857 dari keluarga Protestan Perancis (Huguenot) . Sejak kecil, Saussure memang sudah tertarik dalam bidang bahasa. Pada tahun 1870, beliau belajar di Institut Martine, Paris. Dua tahun kemudian (1872), Saussure telah menulis Essai langues yang untuk ahli hatinya (yang sur les persembahkan linguistik pujaan menolong dia

16

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

untuk masuk ke Institut Martine, Paris), yakni Pictet. Pada tahun 1874 beliau belajar fizik dan kimia di Universiti Geneva. Lapan belas bulan kemudian, beliau mula belajar bahasa sanskrit di Berlin. Rupa-rupanya, Saussure begitu berminat mempelajari bahasa. Pada 1876-1878 tanpa membuang masa beliau telah mempelajari bahasa di Leipzig dan pada tahun 1878-1879 di Berlin. Beliau juga turut belajar dengan tokoh besar linguistik Brugmann dan Hbschmann. Ketika masih mahasiswa, beliau telah membaca karya ahli linguistik Amerika, William Dwight Whitney yang membahaskan tentang The Life and Growth of Language: and outline of Linguistic Science (1875); buku ini sangat mempengaruhi teori linguistiknya di kemudian hari. Pada tahun 1878, Saussure menulis buku tentang Mmoire sur le systme primitif des voyelles dans les langues indo-europennes (Catatan Tentang Sistem Vokal Purba Dalam Bahasa-bahasa Indo-Eropa). Pada tahun 1880 beliau mendapat gelaran doktor (dengan prestasi gemilang: summa cum laude) dari universitas Leipzig dengan disertasi: De lemploi du gnetif absolu en sanscrit (Kasus Genetivus Dalam Bahasa Sansekerta) dan pada tahun yang sama, ia yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep'langue' berangkat ke Paris. Ferdinand de Saussure ( 1877 - 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ' Bapa Ilmu Linguistik Moden' telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu,. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan

17

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

dan 'parole'. langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciriciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

3.4

Sumbangan Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Profesor Emeritus Abdullah Hassan adalah penasihat PTS Publications Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang bekas ahli akademik terkemuka dalam bidang linguistik bahasa Melayu di Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. Beliau memulakan kerjaya akademiknya sebagai Tutor di Universiti Malaya (1967-1969). Selepas mendapat ijazah Ph.D. beliau menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972 dan bersara pada tahun 1997. Dalam kerjayanya di Universiti Sains Malaysia, beliau dilantik menjadi pensyarah pada tahun 1972, dan dinaikkan pangkat menjadi profesor pada tahun 1980. Selepas itu beliau dilantik menjadi profesor di Jabatan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2001), dan Profesor Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2001-2010). Beliau pernah memegang Biasiswa Pelajaran Malaysia, di Universiti Malaya (1964-67), British Commonweallth Scholarship (1969-72), FulbrightHays Fellowship di California, Berkeley, (1979), Perunding Regional Language Pensyarah Terjemahan di Centre (RELC) University of

18

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Keempat, di Ohio University, Amerika Syarikat, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (2004). Beliau menghasilkan 20 buah buku tentang linguistik bahasa Melayu, tatabahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu, dan perancangan bahasa Melayu. Beliau juga menterjemahkan 10 buah buku dan menulis 182 buah artikel. Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Beliau baharu sahaja dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kota Bharu. 3.5 Sumbangan Za'ba terhadap perkembangan bahasa Nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi (1907). Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Pernah bekerja sebagai guru dan pensyarah. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh Zaba ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Gelaran pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru pada tahun 1956. Beliau digelar pemikir ulung yang lahir daripada anak kampung yang berpendidikan agama, berperibadi mulia, berpendidikan tinggi, istiqamah menimba ilmu sepanjang hayat, gigih melahirkan pendapat melalui tulisan dan, yang terpenting, terus melakukan kerja tulis-menulis walaupun ditekan oleh penjajah Inggeris. Za'ba juga seorang yang kuat menulis berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau telah mendorong Za'ba dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dengan

19

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

meperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat. Za'ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik negara. Dalam pembicaraan Dr. Awang Haji Sariyan bertumpu pada usaha Zaba dalam bidang bahasa. Beliau menyatakan bahawa Zabalah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam ejaan, tatabahasa Melayu mahu pun retorik. Zabalah yang menandai babak awal perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika, iaitu Leornard Bloomfield yang baru muncul pada awal tahun 1930-an dengan linguistik strukturalnya. Selain itu Zaba ialah perintis analisis sistem ejaan bahasa Melayu. Menurut Dr. Awang, Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar menunjukkan analisis ejaan Zaba itu berasaskan ilmu fonologi, iaitu kewujudan bunyi mendahului tulisan, huruf ialah lambang bunyi dan ada hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa. Butiran hujah Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah itu terdapat dalam makalah yang bertajuk Zaba dalam Linguistik: Satu Tinjauan mengenai Aspek Bahasa yang Diutarakannya. Makalah itu termuat dalam buku Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Zaba)terbitan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, tahun 1976. Dr. Awang juga menyatakan, analisis ejaan itu berasaskan fonetik kerana Zaba menggunakan istilah yang sesuai dengan fonetik. Antara istilah itu termasuklah huruf saksi (vokal), huruf benar (konsonan), bunyi kasar dan bunyi halus yang merupakan jenis vokal, bunyi berkait rapat(diftong) dan bunyi berkait renggang (vokal rangkap). Dari segi tatabahasa, Zaba meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Golongan utama itu dipecahkan kepada subgolongan. Contohnya, di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah setiap subgolongan itu ada pula pecahan seperti nama, am, nama neka dan nama khas. Perbuatan

20

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

dipecahkan kepada perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau. Istilah kita kini bagi perbuatan melampau ialah kata kerja transitif dan perbuatan tidak melampau ialah kata kerja tidak transitif. Selain itu, Zaba menyatakan ada perbuatan dapat menduduki fungsi nama. Perbuatan itu dinamakan perbuatan nama dan nama perbuatan. Zaba juga telah membahagikan kata sifat kepada sifat nama dan sifat kata. Istilah kita kini bagi sifat nama ialah adjektif dan sifat kata ialah adverba. Bagi kata sendi, Zaba meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. Dr. Haji Awang Sariyan menegaskan, Hingga kini, ketetapan yang dibuat Zaba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum dalam penggunaan bahasa Melayu rasmi terutama dalam bidang pentadbiran. Zaba menggolongkan ayat bahasa Melayu kepada ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, ayat bercampur. Jenis ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Selain itu, Zaba juga memperkatakan ragam ayat dengan istilah ayat bangun membuat bagi ayat aktif dan ayat bangun kena buat bagi ayat pasif. Dr. Haji Awang Sariyan menyatakan, Kajian menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat pasif bahasa Melayu rasmi yang ditemukan oleh sarjana-sarjana linguistik moden tidak ada perbezaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Zaba lebih setengah abad yang silam.

Dari segi retorik, Dr. Haji Awang Sariyan mengatakan, Hashim Awang mengangkat Zaba sebagai tokoh dan pelopor retorik Melayu. Menurut Hashim Awang, buku Ilmu Mengarang Melayu karangan Zaba yang terbit

21

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

pada tahun 1934 mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, iaitu Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah buku Zaba itu. Pendapat Hashim Awang itu terdapat dalam kertas kerjanya Retorika Melayu dari Tanggapan Zaba untuk Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada bulan Ogos 1995. 3.0 Refleksi kesan hasil pemikiran dan sumbangan tokoh-tokoh linguistik Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Keadaan ini berterusan apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Justeru, linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah kurun ke - 20 ini. Dalam bidang pengajaran bahasa seorang guru perlu tahu linguistik. Ahli linguistik tidak menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran tetapi para pendidik perlu tahu kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Robert Lado (1980: 12) menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekali pun tidak boleh memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui faktafakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Menurut Za'ba bahasa adalah "alat mengeluarkan fikiran." Sehubungan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Penggunaan linguistik dalam pengajaran dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi,sintaksis dan 22

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

semantik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah banyak memberikan penekanan terhdap sistem bahasa. Yang paling benyak disentuh ialah aspek morfologi dan sintaksis. Guru yang terlatih dari segi pedagogi perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikan maklumat dan fakta-fakta sistem bahasa dengan baik dan terkini supaya pengajaran dapat disampaikan dengan menarik. Ini akan mengakibatkan pembelajaran lebih berkesan. Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk mencapai matlamatnya. Ini membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat. Guru juga perlu melengkapkan diri untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik dan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan tepat. Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, melalui lisan dan penulisan. Menurut Verhaar (1985:1) ' Linguistik' berasal dari perkataan Latin iatu ' Lingua'. Ia bermaksud bahasa. Manakala linguistik juga dikemukakan dalam bahasa Inggeris sebagai 'Linguistics'. Menurut Kamus Dewan (1993), perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Sumbangan bidang linguistik dalam negara memang tidak dapat dinafikan. Bidang linguistik merupakan kemahiran asas berkomunikasi. Ia amat penting bagi setiap orang bukan sahaja untuk guru dan murid di sekolah tetapi memastikan penutur dapat bertutur dengan bahasa yang betul di antara satu sama lain. Ilmu linguistik telah lama dalam sistem pendidikan di negara. Walaupun di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, unsur-unsur yang terdiri dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan pengetahun dan mengesan dengan lebih terperinci serta dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Guru yang dapat menguasai ilmu

linguistik dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Ia akan dapat 23

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

menyampai pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan. Terutamanya sekolah yang mempunyai murid yang berbilang kaum. Linguistik juga memainkan peranan yang besar dalam menyatupadukan pelbagai kaum, bangsa dengan berdisiplin serta dapat bersatu dalam semua hal dengan bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan Linguistik merupakan suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik (J.Lyons,1968:1) Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkansesuatu yang dilihat, dirasa dan dilihat. Menurut (Abdullah Hassan, 1984:2) linguistik ialah sesuatu sains yang mengkaji bahasa. Justeru, apabila melibatkan kajian bahasa ia sudah pasti berkait rapat dengan sistem pendidikan negara kita. Sistem pendidikan negara sentiasa berkembang maju dan kajian terhadap struk dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh morfologi sebagai bidang linguistik mengkaji bagaimana sesuatu perkataan dapat dibina. Morfologi juga merupakan bidang yang mengkaji morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata. Seseorang guru yang dapat menguasai bidang linguistik dengan baik sudah pasti dapat menyampaikan dan membimbing pelajar dengan lebih berkesan. Penerapan teori linguistik dalam pengajaran oleh seseorang guru boleh dilakukan melalui kemahiran lisan (mendengar/ bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini boleh dijalankan dalam apa jua aktiviti bahasa yang dipilih oleh seseorang guru. Sebagai contoh dalam kemahiran bertutur guru boleh mengajar bunyi-bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagaian. Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar sistem pendidikan kebangsaan juga dilihat cuba memartabatkan juga menjadi faktor kepada Bahasa Malaysia dan penyumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara. Bidang linguistik kembali memperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBMMBI. 24

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

Selain itu, penggunaan bahasa juga perlu mengambil kira latar belakang dan sosial murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengjaran dna pembelaajran.Tetapi yang lebih penting lagi ia menjaga maruah linguistik negara yang antaranya perlu sentiasa wujud dalam bentuk bahasa Melayu sebagai teras kepada jati diri kebangsaan dan nasionaliti Malaysia. Kesimpulannya penguasaan ilmu linguistik yang mendalam membolehkan seseorang guru mengesan segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajar serta dapat membantu sesi pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu, sumbangan dan peranan tokoh-tokoh linguistik yang telah dipaparkan benar-benar menyumbang dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam bilik darjah. Sepertimana yang kita sedia maklum, tokoh-tokoh linguistik yang popular seperti Bloomfeild, Edward Sapir , De saussere, Za'ba , Abdullah Hassan dan ramai lagi semuanya menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu dengan mempelajari cara dan teknik mengajar oleh guru dan murid mendapat ilmu demi meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas dan logik. Dalam kajian bahasa menyatakan bahasa ialah proses perilaku yang mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan.

25

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

26

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

27

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

28

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

29

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

30

BIDANG LINGUISTIK

BMM 3107

31

You might also like