You are on page 1of 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN BENTUK-BENTUK PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA: SATU PENELITIAN. Bab 1 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Kemahiran bahasa terbahagi kepada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran bahasa yang merangkumi kemahiran membaca. Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kealam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid murid di sekolah rendah. Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat ayat kepada bunyi bunyi yang mempunyai makna. Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis. Tegasnya
1

membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

1.2

Objektif Kajian Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan

murid murid mengenal huruf huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid murid membina kebiasaan menutur ayat ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.

1.3

Kaedah Kajian Kajian dijalankan kepada 10 orang murid tahun 2 yang berada di kelas yang

sederhana. Instrumen yang digunakan ialah dengan menggunakan beberapa kaedah bacaan. Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf huruf dan bunyi bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran. Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa bila masa dalam kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia sedang membaca. Antara aktivitinya ialah kad ayat. Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini. Pengkaji menyediakan kad yang
2

mengandungi ayat tunggal yang mudah contohnya seperti Ibu memasak di dapur, Hobi kakak saya membaca buku cerita dan Adik saya gemar melukis gambar pemandangan. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang. Aktiviti yang dijalankan adalah untuk menjana idea murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada.. Bacaan terus pula murid membaca tanpa perlu mengeja. . Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri ciiri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks konteks yang berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran kemahiran seperti mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat, memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu petikan, membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar, memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca. Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan panduan berikut iaitu petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menarik minat ataupun bermakna kepada murid murid. Seelok eloknya bahan itu beraneka jenis, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan rakan. Elok juga petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan. Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang kurangnya seminggu sekali. Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku buku teks tetapi buku buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid murid dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid murid bolehlah digalakkan untuk
3

membaca buku buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu bagi mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu, kemudian membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan soalan yang mereka fikirkan/kemukan tadi. Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan seterusnya menjelaskan atau menerangkan isi isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka. akhir sekali mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak ada isi isi yang tertinggal.

1.4

Batasan Kajian Batasan bagi kajian ini ialah guru akan terikat dengan huraian sukatan

pelajaran dan ada sesetengah aktiviti tidak dapat dijalankan dalam kaedah pengabungjalinan. Guru juga mempunyai kekangan waktu bagi dapat fokuskan pada setiap murid.

1.5

Definisi Operasional Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan

lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu 2003)

Bab 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN INSTRUMEN PENILAIAN BAHASA Rancangan pengajaran harian merupakan satu medium persediaan guru sebelum memulakan sesuatu pengajian yang berpandukan kepada sukatan pelajaran. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian ini pada setiap hari persekolahan. Antara perkara penting dalam penghasilan rancangan pengajaran harian ini adalah objeltif pembelajaran pada hari tersebut. ini dapa memberi implikasi kepada guru samaada perancangan mereka itu dapat diterima dengan tahap murid atau tidak.

Bab 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif : Bahasa Melayu : 5 Orked : 32 orang : Keluarga Saya : Aktiviti hariaan keluarga saya : 12 Mei2012 : 45 minit : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. ii. Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Murid dapat membaca ayat pendek. Membaca dan menyatakan 5 isi penting mengenai aktiviti keluarga

Aras 1

i. berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2

(i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

Kemahiran Bahasa : Sistem Bahasa Ilmu Nilai : : :

Kemahiran membaca. Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Bahasa Melayu Menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Kemahiran Belajar : Kecerdasan Pelbagai : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai keluarga mereka Bahan Bantu Belajar : Power point, kad ayat dan petikan

ISI PELAJARAN Masa Set Induksi ( 5 Minit ) Aktiviti Guru 1. Guru menceritakan tentang keluarga. 2. Guru menyebut tentang hobi keluarga. Langkah 1 ( 10 Minit ) 1. Guru memberi petikan tentang aktiviti keluarga saya. 2. Guru meminta murid membaca petikan tersebut Langkah 2 ( 7 Minit ) secara serentak 1. Guru memberi masa kepada murid untuk murid mengubah ayat penting berpandukan kepada kad ayat kepada aktiviti yang dijalankan oleh keluarga Langkah 3 ( 20 Minit ) mereka sendiri 1. Guru memberi meminta murid membentangkan ayat mereka berpandukan Penutup ( 3 Minit ) petikan. 1. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. 1. Murid menjawab pertanyaan guru 1. Murid membentangkan petikan 2. Murid membaca petikan tersebut secara serentak 2. Murid menukarkan ayat penting dengan aktiviti yang dijalankan oleh ahli keluarga sendiri Petikan kad ayat dan Aktiviti Murid 1. Murid mendengar cerita guru 2. Murid memberitahu hobi keluarga mereka mengikut giliran. 1. Murid menganbil petikan yang diberi oleh guru. Petikan Bahan

Bab 4 : INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Membaca ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Ciri-ciri penilaian membaca ialah ia merupakan satu proses yang berterusan, dapat menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang, penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi dan teknik penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka. Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3 iaitu matlamat persepsialah melibatkan dalam penilaian iaitu murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan dan mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan. Matlamat kognitif adalah untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca. Yang akhir ialah matlamat afektif iaitu penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca serta murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Bab 5 : KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan telah memberi satu impak pada pemahaman tentang kemahiran bahasa. Ini membuktikan bahawa kemahiran berbahasa amat penting dalam kehidupan seharian. Setelah murid-murid mempunyai asas yang kukuh dalam sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran bacaan, mereka perlu dilatih dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka tidak sepatutnya hanya dilatih untuk membaca dengan kuat, intonasi dan gaya, tetapi harus juga melatih mereka untuk mendalami dan meneliti tentang apa yang dibaca. Bagi melatih membaca, bacaan intensifdan eksensif mestilah dilaksanakan. Disamping pendekatan bacaan asasketentuan kemampuan murid juga perlu ditingkatkan bagi memberi kemajuan dan kejayaan terhadap mereka. Setiap kaedah yang dijalankan samaada lama Atau baru, banyak memberi input kepada teknik pengajaran. Tetapi kesannya masih dapat kita lihat dalam jangkamasa yang cepat atau lambat. Disinilah peranan guru dinilai, kesungguhan guru untuk memberi ilmu dalam melaksanan kaedah yang dipilih. Permasalahan ini perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran, guru-guru dan ibu bapa dalam sistem pelajaran formal kerana kemahiran ini merupakan asas bagi meninba ilmu yang lain. Ini dapat membantu generasi baru untuk mendapat didikan awal dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran mereka ke peringkat seterusnya.

Rujukan
9

Abdul Rahim M. Ali, 2001. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang & Lee shok Mee, 1988. Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kumpulan Budiman sdn Bhd. Noraini Yusoff, 1989. Bahasa Malaysia. Jawatankuasa Penerbitan UUM. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, 1997. Pedagogi 2: Perlaksanaan Pengajaran. Longman Malaysia Sdn Bhd.

Lampiran A

10

Petikan Aktiviti Keluarga Saya Keluarga saya mempunyai 5 orang ahli iaitu ayah, emak, kakak, saya dan adik. Kami sekeluarga sering meluangkan masa bersama-sama. Setiap masa lapang yang ada sentiasa diisikan dengan aktiviti kegemaran masing-masing. Ayah suka meluangkan masa dengan menanam pokok. Ibu pula memasak di dapur, manakala hobi kakak saya membaca buku cerita . Saya dan adik gemar melukis, kami sering melukis gambar pemandangan, orang dan haiwan. apabila kita mempunyai aktiviti ataupun hobi jadi kita tidak akan mensia-siakan masa terluang kita dengan perkara yang tidak berfaedah. Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

KAD AYAT

Ayah suka menanam pokok Ibu memasak di dapur Hobi kakak saya membaca buku cerita . Saya dan adik gemar melukis

11

You might also like