P. 1
BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu

BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu

|Views: 649|Likes:
Published by nitotony73
BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu

More info:

Published by: nitotony73 on May 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/13/2014

pdf

text

original

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Perbandingan kata ganda dalam Linguistik Am, Morfologi Bahasa Melayu, dan Permulaan Ilmu Linguistik.

NITO ANAK TONY KUMPULAN : UPSI 12 AT05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2, SESI 2012/2013

PENSYARAH EN. KHAIRUL AZAM BIN BAHARI FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Khairul Azam Bin Bahari kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bil 1. 2. 3. Perkara Definisi kata ganda Jenis kata ganda Perbandingan kata ganda *Kata ganda mengikut Arbak Othman (1983) *Kata ganda mengikut Abdullah Hassan (1980) *Kata ganda mengikut Ahmad Khair Mohd Nor (2011) 4. Kesimpulan Rujukan 18 20 Muka surat 1 2 4

Definisi kata ganda Bentuk penggandaan ialah seluruh atau sebahagian dari kata dasar tersebut diulangi. Biasanya dalam perkara ini adalah susah bagi kita mengetahui yang mana satu kata dasar dan yang mana bentuk gandaan terhadap dasar tersebut. Jadi kita mungkin boleh mengambil gambaran dari gandaan sebahagian. Kata ganda sebahagian adalah hanya sebahagian dari dasarnya digandakan maka gandaannya tersebut biasanya mendahului dasar. Dapatlah kita anggap ianya juga sama dalam penggandaan penuh di mana bentuk yang asalnya itu sebagai gandaannya. Andainya kita lambangkan gandaan dengan G, dapatlah kita katakan konstruksi penggandaan itu diberi struktur G + Dasar. Terdapat dua jenis penggandaan dalam bahasa Melayu iaitu penggandaan tulen dan penggandaan rentak. Namun dalam penggandaan rentak, bentuk gandaannya mungkin terletak selepas dasar iaitu Dasar + G. Maka ianya tidak dapat dianggap penggandaan tulen kerana gandaan seperti ini hanya berupa ganda rentak atau bunyi sahaja ( Abdullah Hassan, 1980:147). Penggandaan dapat berlaku kepada sebarang golongan kata dan tidak banyak perbezaan di antara setiap satunya. Umumnya terdapat pelbagai jenis penggandaan termasuklah penggandaan sebahagian atau rentak ( Abdullah Hassan, 1986:167). Menurut Arbak Othman (1983:109) kata ganda merupakan perkataan yang dihasilkan melalui proses penggandaan. Bahagian dari kata ganda yang diulang disebut gandaan manakala bahagian yang tidak digandakan tersebut adalah dasarnya. Jika diklasifikasikan mengikut bentuknya kata ganda dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu kata ganda tulen dan kata ganda berentak. Mengikut Ahmad Khair Mohd Nor (2011:27) kata ganda ialah bentuk kata yang dilakukan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada diulang secara keseluruhan atau sebahagian dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang tersebut dipanggil sebagai dasar manakala bentuk ulangan tersebut dipanggil sebagai gandaan. Kata ganda boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Manakala keempat-empat jenis kata ganda ini pula terdiri daripada subjenisnya.

1

Jenis kata ganda Menurut Arbak Othman (1983:109) kata ganda jika diklasifikasikan mengikut bentuknya dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: (a) Kata ganda tulen. Kata ganda tulen adalah kata yang dasarnya diulang sama ada semua atau sebahagian dari dasarnya sahaja. (b) Kata ganda berentak. Kata ganda berentak boleh dibahagikan kepada dua subjenis iaitu: (i) kata ganda berentak suku adalah perkataan yang salah satu suku kata awal atau akhir dari bahagian yang diulang sama dengan salah satu suku kata dari bentuk dasar. (ii) kata ganda berentak bunyi adalah yang mengekalkan semua konsonan dalam bahagian yang diulang tersebut sama dengan yang terdapat pada dasar, yang bertukar hanyalah vokal-vokal sahaja. Menurut Abdullah Hassan (1980:147) terdapat dua jenis penggandaan dalam bahasa Melayu iaitu: (a) Penggandaan tulen. Proses penggandaan kata dasar boleh menjadi penuh atau sebahagian dalam penggandaan tulen. Seluruh kata dasar digandakan tanpa sebarang perubahan dalam penggandaan penuh. Gandaan kata dasar terdiri dari satu suku kata dalam penggandaan sebahagian di mana strukturnya mengikut sama ada suku kata awal atau akhir kata dasar yang digandakan. Penggandaan suku kata awal tersebut lebih biasa dari suku kata akhir kerana segala suku kata awal perkataan kecuali kata majmuk dapat digandakan namun tidak semuanya dapat menerima penggandaan suku kata akhir. Dalam penggandaan suku kata awal, hanya konsonan pertama dalam kata dasar yang digandakan, bahagian lain gandaan 2

tersebut berbentuk tetap –ek seperti bek-budak. Dalam penggandaan suku kata akhir, suku kata akhir tersebut digandakan dengan tidak berlaku apa-apa perubahan seperti kata → ta-kata dan hitam → tam-hitam. Manakala penggandaan penuh pula, gandaannya menyerupai dasar seperti budak → budak-budak dan hitam → hitam-hitam. (b) Penggandaan rentak. Penggandaan rentak adalah suatu jenis penggandaan yang menerima perubahan bunyi. Satu kata ganda dikatakan mengalami penggandaan rentak rentak suku sekiranya satu suku kata dalam dasar diulang dalam gandaannya seperti bukit → bukit-bukau atau penggandaan rentak bunyi sekiranya semua konsonan dalam dasar diulangi dalam gandaannya dan hanya vokal-vokal sahaja yang bertukar seperti kuyup → kuyup-kayap. Penggandaan rentak berlainan dari penggandaan tulen dalam satu perkara iaitu gandaannya dapat menurut atau mendahului dasar seperti bengkok → bengkang-bengkok (G + Dasar) dan kuyup → kuyup-kayap (Dasar + G). Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2011:28) kata ganda boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Manakala keempat-empat jenis kata ganda ini pula terdiri daripada subjenisnya. (a) Kata ganda penuh: (i) kata tunggal. (ii) kata berimbuhan. (b) Kata ganda semu: (i) pengulangan vokal. (ii) pengulangan konsonan. (c) Kata ganda separa: (i) kata tunggal. 3

(ii) kata berimbuhan. (d) Kata ganda berentak: (i) pengulangan bebas. (ii) pengulangan bersisipan. Perbandingan kata ganda: Kata ganda mengikut Arbak Othman (1983) Kata ganda tulen Menurut Arbak Othman (1983) kata ganda dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata ganda tulen dan kata ganda berentak. Kata ganda tulen merupakan kata yang dasarnya diulang sama ada seluruh atau sebahagian darinya sahaja. Bagi kata ganda yang mengalami pengulangan seluruh, dasarnya adalah bentuk-bentuk dasar golongan nama sama ada selapis, kompleks ataupun majmuk seperti: sekolah-sekolah budak-budak suratkhabar-suratkhabar permainan-permainan Sementara dalam kata ganda sebahagian dari dasar, bentuk yang digandakan merupakan bersuku-kata satu sekiranya di awal atau bersuku-kata dua sekiranya di akhir dan bentuknya mungkin ditentukan sama ada oleh suku kata awal atau suku kata akhir dari dasar. Contoh penggandaan suku kata awal seperti: lelabi lelaki 4

sesemut Manakala contoh penggandaan suku kata akhir seperti: perlahan-lahan pertama-tama segala-gala Kata ganda berentak Kata ganda berentak boleh dibahagikan kepada dua subjenis iaitu kata ganda berentak suku dan kata ganda berentak bunyi. Kata ganda berentak suku adalah perkataan yang salah satu suku kata sama ada awal atau akhir dari bahagian yang diulang sama dengan salah satu suku kata dari bentuk dasar. (a) Pengulangan suku kata awal: batu → batu-batan bukit → bukit-bukau (b) Pengulangan suku kata akhir: anak → anak-pinak hutang → hutang-piutang kuih → kuih-muih Kata ganda berentak bunyi adalah yang mengekalkan semua konsonan dalam bahagian yang diulang tersebut serupa dengan yang terdapat pada dasar, yang berubah hanyalah vokalvokal sahaja. Kesan dari pembentukan seperti ini merupakan bentuk-bentuk majmuk di mana vokal-vokal di dalam perkataan yang digandakan berubah dari yang terdapat di dalam dasar namun mengekalkan kesemua konsonan yang terdapat pada dasar itu. Contohnya: 5

asal-usul gunung-ganang suku-sakat cucu-cicit

(a → u) (u → a) (u → a) (u → i)

Kedua-dua kata ganda jenis ini mestilah dibezakan daripada kata kompleks yang digolongkan mengikut pembentukan yang berlaku pada kali kedua dan pertimbangan perkataan tidak diberikan kepada pembentukan yang pertamanya sebab pertimbangan ini akan menggolongkannya semula kepada kata ganda pula. Contohnya, kata ganda dapat menerbitkan bentuk-bentuk kata kompleks sekira ia tidak disertakan dengan proses pengimbuhan sebagai proses kedua pembentukan kata. Contohnya: jalan-jalan menjadi berjalan-jalan (penggandaan + pengimbuhan). Sebaliknya, kata kompleks dapat menerbitkan kata ganda sekiranya seluruh perkataan tersebut digandakan. Contohnya, persuratkhabaran menjadi persuratkhabaran-persuratkhabaran, kebaikan menjadi kebaikan-kebaikan dan keburukan menjadi keburukan-keburukan. Oleh kerana pembentukan yang tumpang-tindih itu, perkataan jenis ini boleh disebut kata ganda kompleks. Kata majmuk juga dapat menerbitkan kata ganda sekiranya seluruhnya diulang. Contohnya: mahasiswa menjadi mahasiswa-mahasiswa rumah sakit menjadi rumah sakit-rumah sakit Maka dengan berdasarkan struktur gabungannya, perkataan-perkataan ini dapat dipanggil kata ganda-majmuk. Kata ganda mengikut Abdullah Hassan (1980) Menurut Abdullah Hassan (1980) terdapat dua jenis penggandaan dalam bahasa Melayu iaitu penggandaan tulen dan penggandaan rentak. Penggandaan tulen adalah proses penggandaannya boleh jadi penuh atau sebahagian yang terdiri daripada penggandaan penuh 6

iaitu seluruh kata dasar digandakan tanpa sebarang perubahan dan penggandaan sebahagian iaitu gandaannya terdiri dari satu suku kata sama ada suku kata awal atau akhir dasar yang digandakan. Manakala penggandaan rentak adalah suatu jenis penggandaan yang menerima perubahan bunyi sama ada mengalami penggandaan rentak suku atau penggandaan rentak bunyi. Penggandaan kata nama Kedua-dua jenis penggandaan iaitu penggandaan tulen dan penggandaan rentak terdapat dalam penerbitan kata nama bahasa Melayu. Penggandaan tulen dalam kata nama berlaku terhadap bentuk dasar sama ada berbentuk mudah, kompleks atau majmuk. Kata dasarnya digandakan sama ada dengan penuh atau sebahagian sahaja. Kata nama yang dihasilkan melalui penggandaan ini mempunyai fungsi nahu seperti jamak am, keserupaan dan nama binatang serta serangga. Setiap satu kata ganda tersebut mungkin mengandungi satu atau lebih dari satu tugas nahu itu. Semua kata nama sama ada mudah, kompleks dan majmuk dapat digandakan bagi menunjukkan jamak secara am. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) akar telur persatuan pembangunan Menteri Besar → → → → → akar-akar telur-telur persatuan-persatuan pembangunan-pembangunan Menteri Besar-Menteri Besar

Penggandaan tulen juga dapat berlaku terhadap beberapa kata nama bagi menghasilkan kata nama yang menunjukkan benda-benda yang sama dengan kata nama dasar atau yang dimaksudkan oleh kata-kata dasar. Misalnya: (i) (ii) anak api → → anak-anak api-api 7

(iii) (iv) (v)

kuda langit mata

→ → →

kuda-kuda langit-langit mata-mata

Terdapat beberapa kata nama yang terikat selalunya berlaku dalam bentuk ganda untuk menunjukkan nama serangga atau binatang kecil. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) anai amang rama labi kura → → → → → anai-anai amang-amang rama-rama labi-labi kura-kura

Terdapat beberapa kata nama yang berentak suku atau berentak bunyi. Fungsi nahu penggandaan rentak ini berbeza sedikit dari penggandaan tulen iaitu menunjukkan jamak dan aneka jenis. Perubahan suku atau bunyi tersebut memberi tambahan aneka kepada pengertian jamak yang telah ada pada kata ganda itu. Penggandaan rentak suku kata tersebut dapat berlaku dalam dua bentuk iaitu rentak suku kata awal atau akhir dan rentak bunyi. Dalam penggandaan rentak awal, suku kata awal dalam bentuk gandaan itu sama dengan suku kata awal dasar. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) batu bukit kilat piat sampah → → → → → batu-batan bukit-bukau kilat-kilau piat-piut sampah-sarap 8

Dalam penggandaan rentak akhir, suku kata yang digandakan tersebut terletak di akhir. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) anak hutang kuih saudara lauk → → → → → anak-pinak hutang-piutang kuih-muih saudara-mara lauk-pauk

Suatu bentuk penggandaan tersebut dikatakan gandaan rentak bunyi vokal dalam bentuk gandaannya berubah dari yang ada dalam bentuk dasar tetapi konsonan-konsonannya masih sama. Bentuk gandaannya mungkin menerima tambahan t di hujung jika bentuk dasar berakhir dengan suku kata terbuka. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) gunung guruh suku cucu → → → → gunung-ganang guruh-garah suku-sakat cucu-cicit

Penggandaan kata kerja Kedua-dua penggandaan tulen dan penggandaan rentak terdapat dalam kata kerja. Terdapat suatu perbezaan dalam penggandaan di antara kata nama dan kata kerja iaitu penggandaan kata kerja hanya melibatkan bentuk dasar dalam bentuk akar sahaja dan tidak imbuhannya sekali. Penggandaan ini merupakan suatu proses yang harus berlaku lebih awal dari proses imbuhan dengan kemungkinan pengecualian sisipan yang boleh digandakan sekali dalam bentuk kata kerja terbitan. Penggandaan rentak juga berlaku ke atas kata kerja. Bentuk penggandaan tulen penuh sama dengan bentuk kata dasarnya. Kata kerja yang 9

diterbitkan tersebut akan mengandungi salah satu atau gabungan fungsi semantik seperti berulang-ulang, berpanjangan, keserupaan dan kesungguhan. Biasanya fungsi bentuk gandaan tersebut berubah-ubah mengikut konteks di mana ianya digunakan. Ia mungkin mempunyai satu fungsi atau gabungan lebih dari satu fungsi itu. Penggandaan kata kerja menunjukkan perbuatan yang dibuat berulang-ulang. Contohnya, ‘dia menggaru-garu kepalanya’ menunjukkan perbuatan berulang. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) agah lompat gelak geleng lambai →agah-agah (mengagah-agah) →lompat-lompat (melompat-lompat) →tergelak-gelak →geleng-geleng (menggeleng-gelengkan) →lambai-lambai (melambai-lambai)

Kata kerja yang digandakan juga dapat menunjukkan perbuatan yang berpanjangan atau berlaku bagi beberapa ketika. Contohnya, ‘lelaki itu tersipu-sipu’. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) gila ilai tari pusing angan →gila-gila (tergila-gila) →ilai-ilai (mengilai-ngilai) →tari-tari (menari-nari) →pusing-pusing (berpusing-pusing) →angan-angan (berangan-angan)

Penggandaan kata kerja juga dapat membawa makna membuat sesuatu yang sama dengan maksud kata dasar. Contohnya, ‘awak kerja main-main’ menunjukkan pekerjaan yang dibuat itu tidak bersungguh-sungguh dan menyerupai main-main sahaja. Misalnya: (i) (ii) tidur jual →tidur-tidur →jual-jual 10

(iii)

masak

→masak-masak

Penggandaan kata kerja juga boleh membawa makna sesuatu perbuatan yang dibuat bersungguh-sungguh. Contohnya, ‘pagi lagi awak sudah berlari-lari’. Misalnya: (i) (ii) (iii) lompat mati conteng →lompat-lompat (melompat-lompat) →mati-mati →conteng-conteng (menconteng-conteng)

Penggandaan rentak juga dianggap sebagai penggandaan iaitu gandaannya boleh terletak di belakang kata dasar atau di hadapannya dan hanya sebahagian sahaja yang sama dengan kata dasarnya. Bahagian ini terdapat di awal dan dapat di akhir kata tersebut. Segalanya membawa maksud membuat berulang-ulang atau kesungguhan. Contohnya, ‘dia membeli-belah untuk hati jadinya’ yang bermakna mesti banyak yang dibeli atau banyak kali membeli. Misalnya: (a) (b) (c) Rentak suku awal seperti beli-belah, kicau-kicau, lalu-lalang dan mandi-manda. Rentak suku akhir seperti cerai-berai, hempas-pulas, kacau-bilau dan tungkus-lumus. Rentak bunyi agak berbeza sedikit dari rentak suku kerana sebahagian dari bentuk dasar itu sahaja sama dengan gandaannya. Konsonan dalam kata dasar sahaja yang diulang namun vokalnya berubah secara berangkap. Rentak bunyi ini membawa makna kesungguhan. Misalnya: (i) duduk-dadak (ii) bolak-balik (iii) cepak-cepuk (iv) lekak-lekik Penggandaan kata sifat Kata sifat dapat menerima proses penggandaan tulen dan juga penggandaan rentak. 11

Apabila seluruh kata dasar diulang maka ia disebut penggandaan tulen. Bentuk ini membawa makna kesungguhan dan had atau ukuran. Penggandaan jenis ini menggambarkan kesungguhan atau intensiti seperti ‘bunga itu merah-merah’ iaitu bunganya banyak dan sangat merah. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) hitam pandai cantik gagah malu → → → → → hitam-hitam pandai-pandai cantik-cantik gagah-gagah malu-malu

Penggandaan kata sifat juga boleh menunjukkan hada atau ukuran sesuatu sifat. Contohnya, ‘seluarnya kecil-kecil’ bermaksud seluarnya bersaiz kecil. Misalnya: (i) (ii) (iii) (iv) panjang lebar besar kasar → → → → panjang-panjang lebar-lebar besar-besar kasar-kasar

Kata sifat juga dapat digandakan mengikutbrentak sama ada suku atau bunyi. Penggandaan rentak ini memberi maksud intensiti sifat itu. Contohnya: (a) (b) (c) Rentak suku awal seperti malu-malah, silu-silau dan lembut-lembai. Rentak suku akhir seperti pecah-belah, ramah-tamah dan hiruk-pikuk. Rentak bunyi seperti gopoh-gapah, kucar-kacir dan pencang-pencong.

12

Penggandaan kata adverb Adverb juga dapat digandakan bagi menunjukkan kesungguhan atau intensiti sesuatu situasi, hanya pengulangan tulen yang boleh dilihat berlaku dalam bahasa Melayu. Peranan nahu penggandaan dalam kata adverb menyatakan situasi yang bersungguhan. Misalnya: (i) (ii) (iii) pagi lekas mula → → → pagi-pagi lekas-lekas mula-mula

Penggandaan kata partikel Begitu juga kata-kata dari golongan lain, penggandaan juga dibuat terhadap sebilangan kecil kata partikel. Tugas penggandaan ini menunjukkan darjat sesuatu situasi tersebut. Misalnya: (i) (ii) (iii) wah mana amboi → → → wah-wah mana-mana amboi-amboi

Kata ganda mengikut Ahmad Khair Mohd Nor (2011) Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2011) kata ganda boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Keempat-empat jenis kata ganda ini pula terdiri daripada subjenisnya. Kata ganda penuh terdiri daripada subjenis seperti kata tunggal dan kata berimbuhan. Kata ganda semu terdiri daripada subjenis seperti pengulangan vokal dan pengulangan konsonan. Manakala kata ganda separa terdiri daripada subjenis seperti kata tunggal dan kata berimbuhan. Seterusnya kata ganda berentak terdiri daripada subjenis seperti pengulangan bebas dan pengulangan bersisipan.

13

Kata ganda penuh Kata ganda penuh terjadi apabila segala kata dasar sama ada kata dasar tersebut mengandungi imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. Ada dua jenis kata ganda penuh iaitu: (i) penggandaan penuh kata tunggal. Misalnya: minum laut hodoh samar lama haiwan (ii) → → → → → → minum-minum laut-laut hodoh-hodoh samar-samar lama-lama haiwan-haiwan

penggandaan penuh kata berimbuhan. Misalnya: keperluan kesatuan dorongan pelatih kelakuan kepakaran → → → → → → keperluan-keperluan kesatuan-kesatuan dorongan-dorongan pelatih-pelatih kelakuan-kelakuan kepakaran-kepakaran

Kata ganda semu Kata ganda semu adalah bentuk kata ganda seperti bentuk kata ganda penuh namun 14

apabila kata dasarnya diasingkan daripada kata ulang, kata dasar tersebut bukan memberikan sesuatu maksud yang khusus atau sekiranya ada ertinya pun, ertinya berlainan sama sekali dengan erti kata ganda yang asalnya. Misalnya: kupu-kupu anai-anai kunang-kunang mentang-mentang masing-masing kanak-kanak Kata ganda separa Kata ganda separa terjadi apabila sebahagian kata dasar diulang. Kata ganda separa terdiri daripada penggandaan tunggal dan penggandaan kata berimbuhan seperti berikut: (i) penggandaan separa kata tunggal melibatkan kata dasar tunggal diulang dan merangkumi

pengulangan suku kata pertamanya serta tempat pengulangan tersebut di depan kata dasar. Bunyi vokal dalam bentuk penggandaan ini akan mengalami pelemahan iaitu menjadi vokal e pepet. Misalnya: tupai → tutupai → tetupai langit → lalangit → lelangit patung → papatung → pepatung bayang → babayang → bebayang layang → lalayang → lelayang kasih → kakasih → kekasih 15

Penggandaan separa kata berimbuhan hanya melibatkan kata dasar utama yang digandakan dan bukan melibatkan imbuhannya sekali. Berdasarkan contoh di bawah, penggandaan separa berlaku pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya: bersama → bersama-sama berpura → berpura-pura serendah → serendah-rendah tercungap → tercungap-cungap Penggandaan separa kata berimbuhan juga boleh terjadi Misalnya: menggoreng → goreng-menggoreng menarik → tarik-menarik menari → tari-menari menuduh → tuduh-menuduh Kata ganda berentak Kata ganda berentak atau berirama melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan. Bunyi itu akan ditukar atau diulang sebutannya. Pengulangan bunyi tersebut dapat berbentuk bunyi vokal, konsonan atau bebas. Penggandaan jenis ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) penggandaan berentak pengulangan vokal penggandaan berentak pengulangan konsonan penggandaan berentak pengulangan bebas penggandaan bersisipan 16 pada bahagian hadapan kata dasar.

Penggandaan berentak pengulangan vokal melibatkan semua vokal dalam kata dasar tidak berubah namun bunyi konsonan yang terletak di depan kata dasar berubah kepada konsonan yang lain. Misalnya: hiruk-pikuk haru-biru pantang-larang suka-duka senang-lenang kacau-bilau kuih-muih Penggandaan berentak pengulangan konsonan berlaku dengan mengekalkan bunyi konsonan namun bunyi vokal berubah kepada bunyi vokal yang lain. Misalnya: bukit-bukau tanah-tanih umbang-ambing sana-sini Penggandaan berentak bebas tidak menunjukkan ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan. Misalnya: ulang-alik putar-belit riuh-rendah 17

suku-sakat gelap-gelita gegap-gempita Penggandaan bersisipan melibatkan semua kata dasar diulang dan kata dasar tersebut menerima sisipan –em. Misalnya: turun tali jari gilang kilau Kesimpulan Penggandaan dapat berlaku kepada sebarang golongan kata dan tidak banyak perbezaan di antara setiap satunya. Biasanya terdapat berbagai-bagai jenis penggandaan seperti yang telah dinyatakan di atas menurut tiga orang ahli bahasa kita. Di samping itu, terdapat juga penggandaan sebahagian atau rentak yang berubah bunyi vokalnya. Dalam deskripsi ini kita telah melihat proses gandaan dari segi bentuk, fungsi dan maknanya yang berlaku untuk setiap golongan kata tersebut. Penggandaan kata nama penuh yang senang sekali ialah yang memberi erti jamak atau banyak. Memang betul bahawa segala kata nama dalam bahasa Malaysia tersebut membawa maksud jamak namun penggandaan ini perlu bagi menjelaskan maksud jamak itu apabila kata bilangan tidak digunakan. Contohnya, kapal terbang menjadi kapal-kapal terbang, keretapi menjadi kereta-keretapi dan sebagainya untuk menggambarkan banyaknya bilangan sesuatu benda yang dinamakan tersebut. Penggandaan kata nama juga menerbitkan kata nama yang memberi maksud keserupaan iaitu benda yang disebut itu menyamai bentuk nama asal. 18 → → → → → turun-temurun tali-temali jari-jemari gilang-gemilang kilau-kemilau

Contohnya, anak menjadi anak-anak iaitu patung anak-anak dan kuda menjadi kuda-kuda iaitu penggandas atau galang lantai. Terdapat sepuluh kata nama yang dapat dibentuk bagi menerbitkan kata nama binatang dan serangga dengan penggandaan. Penggandaan penuh kata kerja dapat menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang. Contohnya, gelak-gelak, geleng-geleng dan lambai-lambai. Selain itu, kata kerja yang digandakan juga mempunyai maksud gambaran sesuatu perbuatan yang dilakukan berpanjangan atau berlaku untuk seketika seperti ilai-ilai, angan-angan dan pusing-pusing. Terdapat juga penggandaan kata kerja yang membawa makna membuat sesuatu yang serupa dengan kata dasar seperti main menjadi main-main, masak menjadi masak-masak dan pura menjadi pura-pura. Di samping itu, ada penggandaan kata kerja yang menunjukkan perbuatan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh seperti conteng menjadi conteng-conteng dan mati menjadi mati-mati. Penggandaan penuh atau suku kata ini dapat menerbitkan kata sifat yang menunjukkan kualiti atau keadaan melampau seperti bengis menjadi bengis-bengis, hitam menjadi hitamhitam, cantik menjadi cantik-cantik dan gagah menjadi gagah-gagah. Selain itu, kata sifat yang digandakan juga menerbitkan kata sifat yang dapat dijadikan had atau unit ukuran seperti panjang menjadi panjang, lebar menjadi lebar-lebar, kasar menjadi kasar-kasar, tinggi menjadi tinggi-tinggi dan dalam menjadi dalam-dalam.

19

Rujukan Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1986). Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Morfologi Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Khair Mohd Nor (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Arbak Othman (1983). Permulaan Ilmu Linguistik: satu pengenalan konsep dan bidang kajian secara teoritis. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. Arbak Othman (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->