You are on page 1of 21

BOLA BALING

Kemahiran Menghantar
Hantaran

ialah kemahiran asas permainan bola baling. Pemain bola menggunakan sekurang-kurangnya 7 kemahiran asas hantaran

1 5

2 6

3 7

Hantaran Atas Kepala


Tujuan

: Hantaran tinggi dan jauh. Cara melakukan hantaran: Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan siku. Hayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala. Lepaskan bola dan ikut lajak.

Hantaran Lantun
Tujuan

: Mengelirukan musuh dengan membuat hantaran secara mengejut. Cara melakukan hantaran: Kedudukan badan dalam keadaan sedia. Pegang kedua-dua belah tangan pada paras dada. Mata sentiasa memandang arah sasaran bola. Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.

Hantaran Lompat
Tujuan

: Menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan. Cara melakukan hantaran : Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil memegang bola. Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian pinggang. Mendarat sambil bola dibongkokkan untuk menyerap daya.

Hantaran Aras Dada


Tujuan

: Hantaran jarak dekat tetapi pantas terutama dalam keadaan 2 orang pemain membuat larian pecut dalam serangan. Cara melakukan hantaran : Kedudukan badan dalam keadaan sedia. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada paras dada dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan. Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.

Hantaran Paras Bahu


Cara

melakukan hantaran ini. Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang bola dengan sebelah tangan di paras bahu sambil fleksikan siku. Ayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melebihi paras bahu. Lepaskan bola dan ikut lajak.

Tujuan

: Menghantar bola pada jarak yang dekat menggunakan sebelah tangan. Cara melakukan kemahiran ini : Pemain daripada keadaan kedudukan posisi triple-threat, mengangkat siku tangan membaling menghala ke sasaran. Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan menghayunkannya ke sasaran. Semasa lengan lurus, pergelangan tangan disentap dikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Lengan ikut lajak ke arah sasaran.

Hantaran Sisi

Hantaran Lob

Cara melakukan hantaran : Bola dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan dan badan ditegakkan. Hayun kedua-dua belah tangan yang memegang bola ke atas melebihi paras kepala. Lepaskan bola dan ikut lajak.

Aktiviti Kemahiran Hantaran

Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktivit 3

Permain bermain secara berpasangan (dua orang) 2 Kon/penanda diletakkan pada jarak 7 m. Permain A dan B akan membuat hantaran paras dada sambil berlari dari kon 1 ke kon 2. Kemudian berpatah balik ke kon 1. Apabila berpatah semula pemain-pemain membuat hantaran lantun pula.

Pemain berdiri di garisan penanda. Kon diletakkan pada jarak 5 m dan 7m setiap jarak mempunyai tiga kon/penanda yang disusun secara melintang(sepetii dalam rajah) Jurulatih akan memberi arahan kon yang mana perlu permain jatuhkan, contohnya jurulatih memberi arahan supaya menjatuhkan kon pada jarak 7 m sebelah kiri. Permain akan menbuat hantaran atas kepala kepala untuk menjatuhkan kon tersebut.

3 orang pemain diperlukan. 3 Kon/penanda diletakkan sepanjang 5 m seperti rajah di atas. Pemain A berlari ke arah pemain B dan mereka akan bertukar hantaran sisi pada kon 3 kemudian pemain B akan berlari dan melompat untuk membuat hantaran lompatan di kon 2 kepada pemain C. Kemudian pemain C akan mengulang rutin yang sama manakal pemain B akan bergerak ke kon 1.

You might also like