You are on page 1of 3

Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk mengalak tentang kegagalan pihak berkuasa untuk mengutip sampah

di kawasan tempat anda tinggal. 17, MK8 Gertak Sanggul, 11910, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Peras 4, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang. 26 APRIL 2013

Tuan, Aduan tentang Kegagalan Pihak Berkuasa untuk Mengutip Sampah Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat aduan kepada pihak kerajaan tentang kegagalan pihak berkuasa untuk mengutip sampah di Kampung Gertak Sanggul. Sampah yang tidak dikutip telah memberi banyak impak negatif kepada penduduk-penduduk di Kampung Gertak Sanggul. 2. Sampah-sarap yang berkumpul di kawasan lapang telah menjejaskan kehidupan seharian.

Biasanya, kawasan perumahan kami amat popular untuk semua golongan masyarakat. Kanakkanak selalu bermain di taman permainan dan orang tua membuat senaman di taman rekreasi. Kini, taman permainan dan taman rekreasi sepi tanpa suara kanak-kanak dan tidak lagi kelihatan orang tua dan golongan dewasa bersenam dan berjalan-jalan di sana. Malahan, penduduk dari kampung lain jarang dilihat berekreasi sambil melihat pemandangan indah di taman kami. Sejajar dengan itu, bau busuk dan tidak menyenangkan kami menyebabkan kami tidak tidur dengan nyenyak. Keadaan ini mengakibatkkan kami kelihatan dan tidak bermaya apabila bangun dari tidur dan selalu menguap dan tersengguk. Anak-anak pula sering ditegur oleh guru kerana tertidur di dalam kelas dan gagal memberi tumpuan pula pengajaran guru. Lebih-lebih lagi, bau busuk jiga menyebabkan pakaian yang disidai di ampaian terpaksa dibasuh semula berulang-ulang kali. Langsir-langsir berbau busuk, sofa-sofa tidak selesai diduduki dan wujudnya perasaan tidak puas hati berhadap persekitaran rumah. Hal ini juga

menyebabkan kadang-kala kami berletak kerana tidak larat melakukan kerja yang sama dua kali, kerja-kerja ini memang membebankan kami. 3. Sehubunga dengan itu, imej terjejas pula sesuatu masalah yang kami hadapi. Dulu taman

kami sering dikunjung penduduk taman perumahan yang lain kerana kecantikan dan kebersihan taman kami, banyak yang memuji taman kami tetapi sekarang taman kami digelar Taman Sampah atau Tamn Busuk. Kami berasa malu malahan sedih mendengar nama-nama tersebut. Selain itu, perniagaan di kawasan perumahan kami juga terjejas. Dulu terdapat beberapa buah kedai kopi, restoran dan kedai elektronik serta pelbagai jenis kedai yang banyak memberi kemudahan kepada kami sehingga kami tidak perlu ke pasar raya besar untuk membeli barangan keperluan, tetapa sekarang semua kedai ditutup, perniaga-perniaga juga telah perpindah ke luar bandar. Keadaan ini berpunca kami terpaksa pergi ke luar bandar untuk membeli barangan keperluan. Oleh yang demikian, hal ini membawa banyak kesusahan kepada penduduk-penduduk. Di samping itu, sampah-sarap yang menyakitkan mata menyebabkan pelawat, saudara-mara dan pelancong enggan berkunjung ke kawasan taman kami. Majlis jamuan yang diadakan di kampung kami tidak meriah kerana kurang sanak-saudara yang tidak tahan dengan bau busuk di kampung kami. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, saudara-mara memberi banyak alasan untuk tidak mengunjung ke rumah kami. Semuanya disebabkan mereka tidak mahu mengotorkan kenderaan mereka, membusukkan pakaian mereka dan mengotorkan badan mereka. 4. Busuk, jijik, berulat, bertaburan di merata-rata tempat dan pemandangan merimaskan,

begitulah keadaan yang dapat saya memberitahukan. Situasi yang kotor itu jelas kelihatan apabila sampah bertaburan di merata-raa tempat, ditambah lagi dengan kehadiran beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran sambil menggonggong beg and plastik sampah untuk mencari makanan.Anjing liar juga membawa sampah ke merata-rata tempat, ini menyebabkan kawasan perumahan kami kelihatan lebih teruk. Sementelahan, seorang penduduk yang tinggal beberapa meter dari lokasi terbabit dan dikenali sebagai En.Chong berkata, situasi yang lebih buruk berlaku apabila hujan turun di mana aliran air sampah yang berbau busuk itu mengalir dan mengeluarkan bau yang kurang enak dihidu. Sejak kebelakangan ini, nyamuk, lalat dan tikus pula berkeliaran dan keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menutup pintu dan tingkap sepanjang masa kerana jika binatang dibiarkan ternganga sudah pasti segala binatang ini akan memenuhi ruang bilik kami. Apa yang lebih merisaukan lagi bagi kami selaku penduduk di sini ialah keadaan tersebut telah mendedah kami dengan risiko jangkitan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

5.

Antara langkah yang saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengatasi

mesalah ini ialah memohon pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas pengutiap sampah agar menjalankan standard kerja dan tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian kerja. Tambahan pula, pihak kerajaan juga boleh menambahkan bilangan tong sampah di sekeliling kawasan perumahan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tongtong kitar semula dan diletakkan di kawasan yang strategik bagi memudahkan pendudukpenduduk membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. Saya juga bercadang mengadakan kempen-kempen gotong-royong di kampung kami untuk

membersihkan dan mencantikan kawasan perumahan dan taman rekreasi. Malahan menyediakan kemudahan awam yang selesa di taman rekreasi boleh menambahkan pelawat bersenam, berbual-bual dan berjalan-jalan di kawasan taman itu. Akhirat kelak, taman rekreasi kampung kami meriah sekali lagi. Seiring dengan itu, saya ingi membuat pemohoman kepada Pejabat Kesihatan untuk menjalankan aktiviti semburan kabus bagi kawalan penyakit deman denggi di kawasan kediaman kami. Kami akan memberikan kerjasama dengan membernarkan anggota kesihatan masuk ke dalam rumah semasa aktivit dijalankan untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk atau apa-apa bekas yang boleh menakung air amat diharapkan. 6. Keadaan sampah-sarap yang tidak dikutip di tapak pengutipan sampah di Kampung

Gertak Sanggul telah memberikan pelbagai implikasi negatif kepada penduduk kawasan. Kami berharap agar aduan dan cadangan yang dikemukaan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan dalam hal ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, PHANG ( PHANG KEI KEI ) Ketua Kampung Gertak Sanggul, Pulau Pinang.

You might also like