You are on page 1of 14

7.

2 Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan

Penyesuaian struktur respirasi


Struktur respirasi organisma yang berlainan mempunyai pelbagai penyesuaian struktur untuk memaksimumkan kadar pertukaran gas. Struktur respirasi ialah tempat berlakunya pertukaran gas antara sel yang berespirasi dengan persekitaran. Gas-gas respirasi bergerak antara permukaan respirasi dan persekitaran luar melalui resapan.

Respirasi sel mengurangkan paras gas oksigen dan menambahkan paras gas karbon dioksida dalam sel. Ini mewujudkan kecerunan kepekatan yang menyebabkan oksigen meresap ke dalam sel dan karbon dioksida meresap keluar daripada sel.

Struktur-struktur respirasi kebanyakan organisma mempunyai tiga ciri yang serupa untuk memastikan pertukaran gas yang cekap :
Permukaan respirasi yang lembap Lapisan permukaan respirasi adalah nipis Struktur respirasi mempunyai luas permukaan yang besar

Amoeba s.p
Pertukaran

gasresapan ringkas Mempunyai luas permukaan per isipadu yang besar

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan serangga


Struktur respirasi adalah sistem trakea yang terdiri daripada: (a) trakea (b) trakeol (c) spirakel (rongga)

Trakea terbahagi kepada cabangcabang halus disebut trakeol

trakeol

Merupakan permukaan respirasi untuk serangga dan tidak mempunyai gelan kitin Bersentuhan secara langsung dengan tisu dan organ serangga Setiap sel badan serangga berdekatan atau bersempadan dengan trakeol Mempunyai dinding yang nipis dan lembap untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas Bil. Trakeol yang banyak menyediakan jumlah luas permukaan yang besar untuk pertukaran gas secara resapan ringkas Hujung trakeol-berdinding telap,nipis dan mengadungi bendalir.

Mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan pergerakan heritma hadan disebabkan pengecutan dan pengenduran otot dalam abdomen. (a) Tarikan nafas Otot abdomen mengendur injap spirakel terbuka tekanan dalam trakea berkurang udara ditolak masuk ke dalam badan melalui spirakel (b) Hembusan nafas

Otot abdomen mengecut tekanan di dalam trakea bertambah air ditolak keluar melalui spirakel

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan ikan


Struktur respirasi ikan adalah insang. Ikan mempunyai empat pasang insang yang ditutupi oleh operkulum. Setiap insang mempunyai lengkung insang dengan dua baris filamen. Setiap filamen insang mempunyai banyak ujuran nipis dan pipih yang disebut lamela (Rajah 7.3).

Membran filamen insang adalah nipis dan mempunyai banyak kipilari darah untuk memudahkan penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida. Kecekapan pertukaran gas oleh insang dibantu oleh mekanisme tukar ganti lawan-arus yang mana arah aliran air yang melalui insang adalah bertentangan dan menyongsang arah aliran darah dalam kipilari darah lamela. Mekanisme ini meningkatkan kecekapan pertukaran gas kerana air yang membawa kandungan oksigen yang tinggi bertembung dengan darah yang membawa kandungan oksigen yang rendah dalam kipilari darah lamela.

Mekanisme pernafasan (a) Tarikan nafas - aliran air ke dalam mulut Mulut terbuka lantai mulut direndahkan isi padu rongga farinks bertambah tekanan dalam rongga mulut berkurang tekanan di luar lebih tinggi daripada tekanan di dalam mulut menekan operkulum operkulum tertutup air memasuki mulut

(b) Hemhusan nafas - aliran air melalui insang


Mulut tertutup lantai mulut dinaikkan isi padu rongga farinks berkurang tekanan di dalam rongga mulut bertambah operkulum terbuka air mengalir melalui liang insang melepasi lamela insang pertukaran gas berlaku air mengalir keluar melalui operkulum

You might also like