You are on page 1of 14

1

1 Apakah ITEM?(Information Technology in Educational Management). Huraikan


cara-cara seorang pengetua menggunakan ITEM secara efektif.

Information Technology in Educational Management (ITEM) atau


Teknologi Maklumat dalam Pengurusan Pendidikan ialah satu bidang yang baru
muncul di dalam apa juga bentuk pengurusan dan pentadbiran organisasi
masa kini. ITEM juga bermaksud applikasi teknologi informasi dan
komunikasi di dalam pengurusan organisasi pendidikan (Nolan dan Tatnall,
1995). ITEM merupakan cantuman dua elemen iaitu pengurusan
pendidikan dan teknologi maklumat oleh itu kefahaman mengenai ITEM
ialah bagaimana teknologi digunakan (komunikasi, sebaran maklumat,
pangkalan data dan sebagainya) membantu sistem pengurusan
pendidikan seperti sekolah menjadi lebih mudah dan sistematik.

Maklumat ialah data yang telah diproses, ditadbir, ditafsir dan


diringkaskan. Teknologi maklumat pula ialah data diproses secara
eletronik seperti penggunaan applikasi komputer dan alat komunikasi
yang lain. Maklumat yang telah diproses membekalkan pengetahuan
kepada pengurus dan pentadbir institusi pendidikan seperti sekolah.
Apabila mengaitkan penggunaan teknologi maklumat dengan pengurusan
pendidikan ia bermakna pihak pengurusan institusi pendidikan tersebut
menggunakan alatan eletronik seperti applikasi komputer dan alat
komunikasi eletronik lain untuk mengurus perkara-perkara yang berkaitan
dengan pentadbirannya seperti peperiksaan, hal ehwal murid, asrama,
kewangan, sumber manusia dan lain-lain.

Apabila pengurusan sekolah sekolah (pengetua, guru penolong


kanan) mengadaptasikan teknologi malkumat dalam pengurusannya,
mereka perlu tahu dan cekap menggunakan alatan dan applikasi
berkaitannya. ITEM melibatkan pengetahuan konsep asas sistem
maklumat, perisian (software), hardware, perkakasan (komputer dan lain-
lain) perundangan dan etika yang berkaitan dengan sistem dan teknologi
maklumat. Oleh itu sebelum ITEM diserap dan perkenalkan dalam sistem
pengurusan di sekolah, pengetua dan guru penolong kanan serta sumber
2

manusia yang berkaitan perlu melengkapkan diri dari aspek penerimaan


inovasi baru, pengetahuan asas berkaitan dan juga kemahiran applikasi
sistem tersebut supaya ia boleh digunakan dengan berkesan.

Seorang pengetua boleh mengguna ITEM secara efektif apabila membuat


perancangan yang teliti bermula dengan membuat kajian keperluan mengenai bahagian
pengurusan yang perlukan inovasi ITEM. Selepas mengenal pasti masalah dan keperluan,
pengetua hendaklah memilih sistem atau applikasi yang sesuai dengan keadaan sekolah, ia
mestilah praktikal, mudah digunakan, mudah diselenggara, penggunaan meluas serta mudah
diterima oleh warga sekolah dan keberkesanan mengatasi masalah pengurusan serta
meningkatkan kualiti pengurusan tersebut. Sebagai contoh, pengurusan rekod dan tindakan
disiplin, jika pengetua menggunakan program e-Disiplin untuk menguruskan rekod dan
tindakan disiplin murid, rekod disiplin murid boleh disimpan dengan sistematik serta
tindakan disiplin boleh di kenakan ke atas murid apabila mata dimerit yang dicatatkan secara
automatik oleh program memberikan pengetua maklumat untuk diambil tindakan.
Selain itu, pengetua juga mestilah memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai
applikasi dan kemahiran tinggi berkaitan operasi teknologi atau program ITEM yang
digunakan. Pengetua juga perlu mengenal pasti guru-guru atau staf yang berkebolehan dan
bekemahiran tinggi untuk membentuk satu pasukan kerja yang mengendalikan operasi sistem
atau program ITEM yang digunakan. Pasukan tersebut bertanggungjawab mengendalikan
sistem seperti mengumpul data, memasukkan data ke dalam sistem, proses data dan akhirnya
membekalkan data yang diproses kepada pengetua dan kepada pihak berkenaan. Secara
ringkas keberkesanan penggunaan ITEM oleh pegetua di sekolah juga bergantung kepada
kecekapan dan kepantarsan serta berterusan data-data dikumpul, direkod dan dianalisis oleh
sesuatu program ITEM supaya ia boleh digunakan dengan cepat, tepat dan berkesan.
Pengetua hendaklah memastikan data dan maklumat yang diproses dikongsi bersama
dengan warga sekolah atau individu di luar sekolah. Data dan maklumat mengenai
peperiksaan yang diproses melalui program komputer boleh dikongsi supaya pengetua, warga
sekolah dan ibu bapa boleh memperolehi maklumat kekuatan dan kelemahan murid dalam
sesuatu bidang dan boleh merancang penambah baikkan kepada murid. Ringkasnya,
pengetua wajar sentiasa meningkatkan keupayaan diri serta mengambil
inisiatif memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat sebagai strategi
meningkatkan kualiti serta keberkesanan pengurusan sekolah. Pengetua
juga wajar bertindak sebagai motivator dan menggunakan pengaruh
3

kepemimpinannya supaya kumpulan kerja atau individu yang terlibat


faham operasi program ITEM sentiasa bergerak dan berkembang dengan
berkesan.

Pengetua juga wajar memastikan data-data dan maklumat yang


diproses melalui program ITEM digunakan dengan bijak dan bermanfaat
supaya pelaksanaan program tersebut berkesan dan membantu
melicinkan lagi pengurusannya. Sebagai contoh, pengetua boleh
mendalami pengetahuanya berkaitan dengan personaliti dan latar
belakang guru-gurunya melalui Program Emis yang menyimpan dan
memproses rekod guru-guru di sekolah. Melalui pengetahuan dan
kefahaman latar belakang dan personaliti guru-guru tersebut pengetua
boleh menentukan bidang tugas guru berdasarkan kepada kemahiran dan
kecenderungan serta pengalaman mereka. Tegasnya keberkesanan
penggunaan program ITEM oleh pengetua dalam pengurusan di sekolah
juga bergantung kepada kebolehan pengetua menyelesaikan masalah
berkaitan kesesuaian guru dengan tugasan melalui pengetahuan data dan
rekod guru. Ia juga secara tidak langsung membantu pengetua membuat
keputusan dan perancangan berkaitan guru-guru dan staf yang lain
berdasarkan kemampuan pengetua menguasai fakta, rekod dan data
mereka.

Penggunaan ITEM oleh pengetua dalam pengurusanya juga boleh


dilihat berkesan dan efektif jika program yang digunakan memberi
kemudahan dari aspek ketepatan dan kepantasan. Penggunaan program
penyusunan jadual waktu sekolah berkomputer misalnya dapat
mengurangkan masalah kepada pengurusan sekolah untuk mengatur
jadual waktu guru secara tepat dan tidak bertindih. Program itu juga boleh
mengatur jadual waktu kesemua guru di sekolah dengan cepat dan pantas
berbanding dengan kaedah manual. Secara tidak langsung ia boleh
mengurangkan masalah pertindihan kelas guru dan membantu
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah.

Pengetua juga boleh menggunakan program-program ITEM secara


berkesan apabila dapat mengawal, menyelia dan memantau
perkembangan program serta dapat mentaksir keberkesanan program
4

tersebut. Sebagai contoh, pengetua dapat mengesan keberkesanaan


program e-Disiplin apabila kadar salah laku murid menurun dari minggu-
ke seminggu, dari bulan ke bulan dan seterusnya seperti yang direkodkan
dalam program tersebut. Tegasnya pengetua mempunyai pilihan sama
ada untuk meneruskan program ITEM tersebut atau membuat panambah
baikkan berdasarkan taksiran beliau meneganai keberkesanan program
tersebut. Oleh itu pengetua mempunyai kuasa yang kuat untuk
menentukan sesuatu keputusan kerana rekod yang dikeluarkan oleh
sesuatu program membantu menjadi bukti dan alasan kepada apa jua
keputusannya kelak.

Sebagai kesimpulanya, pengetua boleh menggunakan program ITEM


dengan berkesan apabila berkebolehan merancang program tersebut
mengikut kesesuaian dan permasalahan pengurusan di sekolah. Pengetua
juga mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan
applikasi program serta mempunyai pasukan yang dapat membantu
mengumpul dan memproses rekod-rekod secara cepat, tepat dan
berterusan. Pengetua juga harus mempunyai sikap keterbukaan untuk
berkonsi maklumat dan data yang dihasilkan oleh program ITEM dengan
semua orang dengan tujuan untuk membuat penambah baikkan.
pengetua juga wajar berkebolehan menggunakan data dan rekod yang
dikumpul untuk merancang dan membuat keputusan terbaik untuk
tugasan guru-gurunya. Pengetua juga harus menyelia dan memantau
perkembangan program supaya dapat mentaksir kelemahan atau
kemajuan program dan dapat membuat keputusan untuk meneruskan
atau tidak program itu. Kesemua di atas dapat menghurai dengan jelas
cara-cara bagaimana pengetua dapat menggunakan ITEM dengan efektif.
5

2. Apakah mungkin halangan-halangan yang dialami seorang pengetua dalam


menggunakan ICT untuk pengurusan?
Sesuatu inovasi yang dilaksanakan di sekolah terutama inovasi yang menggunakan
ICT terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan. Ini adalah kerana walaupun bidang ICT
telah digunakan di sekolah semenjak 1980-an (di Malaysia), perkembangan yang pesat dalam
bidang ini menyebabkan teknologi ICT tidak dapat diikuti dan dikuasai sepenuhnya oleh
pengetua dan warga sekolah. Sebagai contoh sehingga akhir tahun 1990-an, kebanyakkan
komputer di sekolah menggunakan perisian Windows 98 sebagai sistem operasi, perubahan
ketara berlaku di awal tahun 2000 sehingga 2008 apabila sistem operasi windows telah
berkembang pesat kepada Windows 2000, Windows XP dan terkini Windows Vista. Melalui
pemerhatian saya di sekolah, terutamanya di Makmal Komputer Sekolah, perisian Windows
98 masih digunakan dan komputer tersebut tidak dapat diupgrade kepada sistem operasi
terkini kerana tidak mempunyai spesipikasi dan peralatan yang boleh menyokong teknologi
terkini. Oleh itu banyak perisian atau program terkini dalam sistem pengurusan sekolah tidak
dapat dilaksnakan kerana ketidakupayaan sistem komputer sekolah untuk menyokong
penggunaan perisian tersebut. Secara tidak langsung program ICT seperti e-Disiplin sebagai
contoh tidak dapat dilaksanakan kerana program itu memerlukan sekurang-kurangnya sistem
operasi Window XP sebagai platform applikasi.
Langkah untuk mengatasi masalah ketidakupayaan sistem komputer untuk
menyokong program ICT memerlukan belanja yang besar. Pihak sekolah tidak mempunyai
peruntukan yang cukup untuk membeli computer terbaru dan sesuai. Tambahan pula
kebanyakkan komputer yang diterima oleh sekolah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui kontrak pusat. Pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya membeli
komputer kerana ia perlu mendapat kelulusan daripadapihak kementerian.
6

Ketinggalan dari aspek kemajuan teknologi ICT tidak hanya daripada aspek
perkakasan dan perisian, di sekolah pengetua juga mengalami masalah ketinggalan teknologi
dari aspek sumber manusia. Melalui pemerhatian, di sekolah wujud segolongan guru
terutama generasi guru yang memulakan perkhidmatan tahun-tahun 1970-an dan 1980an
mempunyai sikap fobia terhadap komputer kerana golongan ini tidak terdedah kepada
teknologi ICT dari awal perkhidmatan mereka. Golongan ini lebih selesa menggunakan
sistem secara manual dan tidak bersedia untuk beralih kepada teknologi terkini. Lebih malang
lagi ada pengetua yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam
mengenai ICT kerana lompang generasi yang menyebabkan teknologi ini tidak sampai dalam
pengetahuannya. Kedua-dua keadaan mewujudkan situasi ketidaksediaan sumber manusia
untuk penggunaan ICT dalam pengurusan manusia kerana mereka sudah berada dalam zon
selesa dan tidak mahukan perubahan.
Halangan yang dihadapi oleh pengetua dalam penggunaan ICT juga boleh disebabkan
kekurangan tenaga pakar untuk mengendalikan operasi sesuatu sistem ICT. Walaupun ketika
ini ramai guru-guru generasi baru bersedia menngunakan teknologi ICT tetapi bilangan yang
benar-benar terlatih dan mahir atau mendapat pendidikan formal dalam bidang ICT amat
kecil. Golongan tenaga mahir ICT ini khas kepada guru-guru subjek ICT, guru-guru lain pula
boleh dikatakan hanya mempunyai kemahiran di peringkat applikasi program sahaja.
Kesannya bebanan tugas pengendalian program menggunakan ICT diletakkan di bahu
segelintir kecil guru-guru ini. Akibatnya, oleh kerana kekangan masa dan tenaga program
penggunaan ICT akan menjadi lambat atau tidak lancar sehingga mengurangkan
keberkesanan program.
Halangan yang dihadapi oleh pengetua apabila menggunakan ICT dalam pengurusan
di sekolah juga berpunca daripada program-program pengurusan menggunakan ICT yang
diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Emis (Data Guru), SSM (Sistem
Rekod Murid berkomputer), SSDM (sistem salah laku disiplin sekolah) dan lain-lain.
Pengetua terpaksa melantik seorang atau sekumpulan guru untuk dilatih mengendalikan
program-program tersebut walaupun guru-guru tersebur tidak mahir dalam bidang ICT.
Kesannya berlaku pelbagai masalah dan kesilapan seperti perekodan data dan pemprosesan
data sehingga data akhir yang dikeluarkan tidak tepat. Ini adalah implikasi kepada program
yang diwajibkan kepada pihak sekolah oleh kementerian tanpa memperdulikan kekurangan
dan kelemahan di peringkat sekolah. Pengetua terpaksa melaksanakan program tersebut
dengan segala kekurangan yang ada di sekolah.
7

Halangan yang terpaksa pengetua hadapi apabila menggunakan ICT dalam


pengurusannya ialah berkaitan dengan keselematan data dan rekod yang disimpan. Komputer
dan rangkaian komputer terdedah kepada ancaman virus, trojan, spyware dan lain-lain lagi
apabila digunakan oleh pelbagai pihak dan mempunyai hubungan internet. Serangan
ancaman-ancaman itu boleh mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada sistem
program dan data program yang disimpan. Melalui pemerhatian saya, komputer sekolah
mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diserang oleh virus dan sebagainya kerana
sistem pertahanan komputer yang lemah dan tahap penggunaan yang tinggi daripada guru-
guru. Keadaan itu lebih teruk jika sekolah menggunakan Local Area Network kerana virus
dan ancaman lain boleh merebak dengan cepat ke komputer yang ada dalam rangkaiannya.
Kesimpulannya, halangan yang dihadapi oleh pengetua apabila menggunakan ICT
dalam pengurusannya adalah berkaitan dengan sejauh mana perkakasan komputer di sekolah
sesuai dan menepati speksifikasi terkini mengikut perkembangan teknologi semasa. Halangan
guru boleh dalam bentuk tenaga mahir dalam komputer kerana tidak semua guru di sekolah
berda pada tahap kesediaan yang tinggi untuk menerima dan menyertai secara aktif inovasi
melalui ICT di sekolah. Sekolah juga kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini dan beban
tugas terpaksa diletakkan di bahu segelintir guru. Begitu juga halangan pengetua yang
terpaksa menjalankan program melaui ICT yang diwajibkan oleh pihak atasan dengan
menggunakan sumber perkakasan dan kepakaran yang terhad. halangan juga boleh berlaku
dalam bentuk ancaman virus dan sebagainya sehingga menyebabkan rekod dan data yang
disimpan dalam komputedr musnah.
8

3. Huraikan dua isu yang perlu ditangani jika seorang pengetua ingin terus

menggunakan ICT untuk pengurusan.

Pengetua sebagai pengurus sekolah memerlukan inovasi terutama program-program

yang melibatkan ICT untuk pengurusan yang lebih cekap, tepat dan pantas. Program-program

yang menggunakan ICT pula sekurang-kurangnya melibatkan dua elemen penting iatu

elemen manusia dan perkakasan. Kedua-dua elemen itu saling berkaitan antara satu sama

lain, jika salah satu elemen pincang, penggunaan program ICT tidak boleh diteruskan. Oleh

itu elemen manusia dan elemen perkakasan merupakan dua isu yang harus ditangani oleh

pengetua jika ingin terus menggunakan ICT untuk pengurusan.

1. Isu elemen manusia

Manusia dalam konteks ini ialah sumber manusia yang berada di sekolah iaitu guru-

guru, pekerja dan murid-murid. Peringkat awal sebelum menggunakan ICT untuk

pengurusan, seorang pengetua mestilah memperolehi maklumat berkaitan tahap kesedaran

ICT dan inovasi warga sekolah untuk menerima perubahan. Wujud pelbagai kelompok

manusia di sekolah termasuklah kumpulan guru-guru yang beranggapan penggunaan ICT

merupakan satu fobia atau ketakutan sehingga mereka menolak inovasi berasaskan ICT. Jika

program itu diteruskan tanpa pengetua melakukan sesuatu kepada kumpulan ini, mereka akan

meminggirkan program tersebut dan program itu akan gagal. Oleh itu selepas menganal pasti

kumpulan ini, pengetua mesti bertindak dengan memberikan motivasi dan kesedaran

kepentingan penggunaan ICT. Kumpulan tersebut mesti diberi peluang mencuba peralatan

dan perkakasan ICT dengan bantuan pakar supaya kebimbangan dan fobia mereka dapat

diatasi. Dengan cara itu, kumpulan fobia ICT ini boleh menerima secara perlahan-lahan

inovasi menggunakan ICT dan bersedia menerima perubahan apabila ketakutan terhadap

alatan ICT berkurangan.


9

Warga sekolah juga seharusnya mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada

peringkat asas supaya inovasi menggunakan ICT dalam pengurusan dapat dihayati dan

diterima dengan kesediaan. Jika guru-guru dan murid-murid kurang pengetahuan contohnya

penggunaan SMM (Sistem Maklumat Murid berkomputer), mereka mesti diberi pengetahuan

dan penerangan. JIka pengetahuan itu tidak diperolehi dengan hanya pemberitahuan secara

bertulis atau penerangan ringkas di tapak perhimpunan, pengetua wajar mengadakan kursus

atau bengkel khas supaya pengetahuan dan kemahiran itu diperolehi dengan lengkap. tahap

pengetahuan ini penting bagi seluruh warga sekolah kerana penerimaan dan penyertaan

seluruh warga sekolah boleh menentukan keberkesanan sesuatu inovasi.

Isu manusia juga berkisar kepada kewujudan tenaga pakar dalam bidang ICT di

sekolah. Pengetua seharusnya telah mengenal pasti kepakaran setiap guru. Oleh itu guru-guru

yang pakar dalam bidang ICT, hendaklah menjadi satu kumpulan elit yang boleh

membimbing guru lain serta dapat menggerakkan inovasi pengurusan menggunakan ICT.

Selalunya di sekolah kumpulan ini merupakan ahli dalam unit ICT dan menjadi mentor

kepada guru lain terutama dalam applikasi program-program tertentu. Kumpulan ini yang

mempunyai kepantasan menguasai pengetahuan dan kemahiran sesuatu program digerakkan

menjadi mentor dan fasilitator kepada guru lain boleh membimbing rakan-rakan guru yang

lain contohnya berkaitan pelaksanaan dan applikasi sistem e-Disiplin yang memerlukan

penyertaan semua guru untuk merekod salah laku murid.

Jika pihak sekolah tidak memiliki ramai tenaga pakar, pengetua boleh mengemukakan

usul untuk melatih guru yang berkecendeungan tinggi ICT melalui kursus-kursus yang

dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian

Pelajaran Malaysia. Guru-guru itu juga digalakkan dan disokong jika mereka memilih untuk

mengikuti kursus atau latihan yang dianjur oleh pihak lain seperti institut-institut perguruan,

kolej-kolej atau universiti supaya mereka memperolehi taraf kepakaran dalam ICT dan

menyumbang kembali kepakaran mereka kepada sekolah.


10

Tegasnya isu elemen manusia yang perlu ditangani oleh pengetua jika ingin

meneruskan penggunaan ICT untuk pengurusan, pengetua hendaklah mewujudkan kesedaran

dan kesediaan warga sekolah supaya iniovasi itu mudah diterima. Pengetua juga wajar

memastikan setiap warga sekolah mempunyai pengetahuan tentang program inovasi itu dan

mempunyai kepakaran applikasi program itu supaya dapat menyumbang kepada

keberkesanan program. Pengetua juga wajar menggembleng tenaga pakar di sekolah supaya

boleh membimbing guru-guru lain dan menjadi tulang belakang yang penting dalam setiap

program pengurusan yang menggunakan ICT. Di samping itu pengetua hendaklah sentiasa

membuka peluang dan menyokong guru-guru yang ingin mengembangkan lagi pengetahuan

dan kepakaran mereka melalui latihan dan kursus-kursus ICT. Tegasnya, peranan pengetua

sendiri amat penting dalam merancang, mengurus, mengelola dan mengawal setiap program

pengurusan menggunakan ICT supaya semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama

yang bermakna dan berkesan untuk menjayakan setiap program.

2. Isu elemen perkakasan (alatan)

Penggunaan program dan perisian ICT dalam pengurusan di sekolah juga amat

bergantung kepada perkakasan atau alatan. Keperluan utama dalam ICT ialah set komputer

dan alatan-alatan sokongan yang lain seperti pencetak, pengimbas dan lain-lain keperluan. Di

samping itu juga ada program yang memerlukan rangkaian komputer-komputer di sekolah

dalam bentuk Local Area Network dan capaian ke internet serta kemudahan wireless.

Kepincangan alatan yang menyokong program ICT dalam pengurusan boleh menyebabkan

ketidakberkesanan program itu di sekolah. Beberapa isu dihuraikan di bawah berkaitan

elemen perkakasan sebagai alat sokongan utama program pengurusan ICT.

Kesesuaian dan keserasian program dan sistem operasi komputer amat penting dalam

menjayakan sesuatu perisian ICT dalam pengurusan. Pengetua perlu ada pengetahuan dan

bantuan pakar untuk memastikan komputer yang bakal digunakan sedia menyokong perisian
11

pengurusan tersebut. Pengetua mesti memeriksa sistem operasi komputer-komputer tersebut

serasi dengan perisian, walaupun bukan menggunakan sistem operasi terkini, sekurang-

kurangnya, sistem operasi tersebut adalah pada tahap minima serasi dengan perisian.

Komputer juga harus mempunyai processor yang mencukupi pada kadar minima dan

mempunyai perisian yang wajib sebagai platform kepada program pengurusan yang

menggunakan ICT. Sebagai contoh program e-Disiplin menggunakan platform Microsoft

Office Acces versi 2003 dan ke atas dengan sistem opersi Windows XP ke atas serta kelajuan

processor 516mb ke atas. Jika komputer tidak memenuhi syarat asas keperluan sokongan

perisian itu, pengetua haruslah mencari jalan untuk memdapatkan komputer yang sesuai dan

boleh menyokong perisian. Jika tidak, program e-Disiplin tidak boleh beroperasi dan gagal.

Begitu juga dengan alatan sokongan yang lain seperti pencetak, kebanyakkan sekolah

mempunyai pencetak dotmatric berkelajuan rendah, tetapi ia tidak sesuai digunakan jika

cetakan data dan rekod yang diproses banyak kerana ia memakan masa dan tidak cekap. Oleh

itu pengetua sewajarnya menyediakan pencetak berkelajuan tinggi dan cekap seperti pencetak

laserjet. Sebagai contoh, analisis keputusan peperiksaan seluruh tingkatan di sekolah

menggunakan perisian ICT seperti Microsoft Office Excel dan sebagainya, memerlukan

cetakan dalam bilangan yang banyak dan pencetak kelajuan tinggi seperti pencetak laserjet

amat sesuai digunakan berbanding pencetat dotmatric.

Pemasangan Local Area Network (LAN) juga penting jika program tersebut

memerlukan rangkaian komputer dalam sekolah berinteraksi satu sama lain. Oleh itu, sistem

tersebut perlu dipasang dengan menggunakan keupayaan server yang sesuai dan mencukupi.

Kabel-kabel penyambungan LAN juga perlu disusun atur dengan kemas supaya ia tidak

mendatangkan bahaya kepada murid-murid dan boleh berlaku kerosakkan dengan mudah.

Ada sekolah telah menggunakan program SMM dengan menggunakan LAN sebagai

penghubung antara komputer di bilik guru, bilik peperiksaan dan pusat sumber dengan server

di pejabat sekolah. Begitu juga dengan pemasangan internet tanpa wayar ia juga perlu dapat
12

menjangkaui seluruh kawasan sekolah. Ia juga perlu ada kawalan kemasukan seperti kata

kunci dan diselenggara dengan baik supaya dapat berfungsi dengan berkesan.

Perkakasan juga perlu diselenggara secara berkala supaya dapat berfungsi dengan

baik. Sistem opersi komputer perlu dibersihkan daripada junk file, junk registry file serta fail-

fail sementara yang wujud. Tujuannya ialah supaya sistem operasi komputer dapat

mengekalkan kelajuan operasinya secara maksimum dan berkesan. Begitu juga dengan alatan

yang lain seperti pencetak memerlukan selengaraan seperti penukaran toner dan sebagainya.

Selain daripada itu, keselamatan rekod dan data program yang disimpan di dalam

memori komputer juga amat penting. Oleh itu setiap komputer yang digunakan dalam

program pengurusan ICT perlu ada perisian perlindungan seperti perisian anti virus atau

perisian keselamatan menyeluruh yang terkini. Ini bertujuan supaya komputer dapat

dilindungi daripada ancaman virus dan ancaman-ancaman lain. Ini adalah kerana ancaman

virus boleh menyebabkan rekod dan data yang disimpan musnah atau komputer tidak dapat

berfungsi dengan baik sehingga terpaksa diformat semula sistem operasinya. Jika keadaan ini

berlaku semua rekod dan data dalam komputer akan hilang dan ia boleh menyebabkan sistem

yang digunakan pincang dan tidak berfungsi.

Langkah lain yang perlu diambil oleh pengetua dan pengurusannya ialah dengan

membuat salinan rekod sebagai backup secara berkala dengan cara menyalin rekod tersebut

di dalam cakera liut atau sebarang peranti memori yang lain. Dengan cara ini jika berlaku

kehilangan atau kemusnahan data program, fail backup yang disimpan dapat menyelamatkan

seluruh operasi sistem.

Isu keselamatan perkakasan juga merujuk kepada keselamatan perkakasan itu daripda

pencerobohan secara fizikal seperti kecurian dan kemusnahan akibat vandalisme. Ia perlu

diletakkan di tempat yang selamat dan tidak dapat dicerobohi di luar waktu persekolahan dan

sebagainya. Jika komputer tersebut diletakkan di bilik-bilik khas, pastikan bilik tersebut
13

mempunyai jeriji setiap tingkap dan pintu dan dikunci dengan mangga sesuai. Ini adalah

kerana alatan ICT sering menjadi tumpuan pencuri kerana ia ada harga di pasaran gelap.

Namun begitu, di waktu pesekolahan atau waktu pejabat, perkakasan tersebut hendaklah

mudah diakses oleh guru-guru yang menjalankan tugas operasi program supaya program

dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. pemilihan tempat meletakkan perkakasan

yang mudah dikunjungi oleh guru seperti bilik-bilik guru, pejabat sekolah dan bilik-bilik khas

penting kerana ia mudah diakses dan kadar penmggunaan yang tinggi dan selamat.

Tegasnya, isu elemen perkakasan ini adalah satu isu penting yang harus diselesaikan

oleh pengetua supaya program pengurusan menggunakan ICT dapat dijalankan dengan

berkesan dan berterusan tanpa kepincangan. Perkakasan yang sesuai dan serasi, berada dalam

keadaan baik serta mudah diselenggara dan diakses dengan selamat menjadi syarat-syarat

asas kepada penyelesaian isu ini.

Secara keseluruannya, dua isu iaitu isu manusia dan perkakasan merupakan isu besar

yang harus ditangani oleh pengetua jika ingin melihat program pengurusan berasaskan ICT

berjalan lancar dan berterusan. Kedua-dua elemen ini saling berkaitan dan jika salah satu

pincang, ia akan merosakkan seluruh operasi program dan program akan terbengkalai begitu

sahaja. Oleh itu pengetua wajar mengambil berat dan serius dengan isu-isu isu demi

pengurusan yang efektif dan berkesan.

Rujukan

Abd. Ghani Jaafar, Chan H. L,, Shoba C. K. & Bazrulzaman Baharom


(2005). Konsep dan pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia.
Seminar Pendidikan 2005. Fakulti Pendidikan UTM. 15 Oktober 2005,
1-18
14

Jaafar Muhammad (2003). Kelakuan organisasi. Petaling Jaya: Leeds

Publications.

Nolan, P. & Tatnall, A. (1995). ITEM as catalyst for school reform. In Barta,
B., Telem, M., & Gev, Y. (Eds.), Information technology educational
management (p. 239-241). London: Chapman & Hall.

Wan Mustama Wan Abdul Hayat, Ahmad Rafee Che Kassim, Mazlan
Samsudin & Elhammi Ahmad (2004). Integrasi ICT dalam
pengurusan dan kepimpinan pendidikan: Isu dan cabaran. Prosiding
seminar nasional pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke-12,
Institut Aminuddin Baki, 6-9 Disember 2004. p. 38-49.

You might also like