You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahimm Alhamdulillah hirrabbil alamin . Yang berusaha tuan Guru besar..

Yang dihormati barisan GPK,guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah, ber syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kasihNya maka kita dapat bekumpul pada pagi ini untuk menjayakan Program Majlis Restu Ilmu kepada calon-calon UPSR 2011.

Sebagaimana yang telah dimaklum bahawa majlis ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan dengan tujuan dan harapan semoga semua calon UPSR 2011 SK Muadzam Shah mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T terhadap segala ilmu yang diperolehi dan usaha-usaha yang telah dilakukan kea rah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR khususnya dan dalam kehidupan mereka amnya.

Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, saya mempersilakan Ustaz Hairuddin untuk menerangkan kepada murid-murid cara-cara yang terbaik untuk memohon keampuanan daripada semua guru dan seterusnya memohon doa dan restu daripada mereka.

Dipersilakan.

You might also like