You are on page 1of 38

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Disediakan Oleh :

Asihwiniy
Goh Su Han Chia Kai Li Norsiah

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT


BINAAN

Arca timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Origami Topeng

ARCA TIMBUL

DEFINISI ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI


Kepingan kayu Plaster of paris Pahat Pisau Tanah liat Penukul

Jacques Lipchitz Maquette No. 1 for "Musical Instruments" (1923)

Henri Matisse - Back, IV, 1930-1931

ARCA ASEMBLAJ

DEFINISI ARCA ASEMBLAJ


Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentukbentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail.

Teknik arca asemblaj


kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Alat dan Media

Kayu, logam, batu, simen, besi, roda.

Proses Membuat Arca

Membuat arca kecil / prototaip Membuat kerangka / struktur Membuat arca yang sebenar Kemasan / Persembahan

ARCA MOBAIL

DEFINISI ARCA MOBAIL


Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an.

ALAT DAN BAHAN


Plastik Dawai Bahan besi Tali Kadbord Logam

Teknik Penghasilan Mobail:


Kimpalan Gam Skru Jahitan Ikatan Tanggam Menggunakan skru, nad dan bol

Perkara-perkara dalam Menghasilkan Mobail

Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat thumbnail print Memilih salah satu lakaran terbaik Memperinci lakaran Membuat karya / mobail.
Membuat model kecil atau prototaip Membuat kerangka / struktur Membuat mobail yang sebenar Kemasan dan peragaan / persembahan

Proses Membentuk Mobail


ARCA STABAIL

DEFINISI

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Berasal daripada stabile yang bermakna static, kukuh dan mantap. Berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran.

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna.

Teknik

penghasilannya

kimpalan, binaan, cantuman skru, Ikatan acuan

Alat Playar pemotong / muncung Gunting dawai Gergaji besi / kayu Bahan pelekat (masking tape, gam, bahan pematri) Pisau pemotong Gerudi elektrik / Pemotong logam

Media

Kayu (Kayu keras, bongkah kayu) Batu marmar (Batu granit) Logam (Besi, Timah, Tembaga, Aluminium) Plastik (Kepingan plastic, bongkah plastic) Plaster of Paris (Simen, Simen Putih) Bahan-bahan daripada spare-part kereta

Proses Menghasilkan Stabail Memerhati Memahami bentuk dan ruang stabail. Melakar Sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej baik dan terancang. Memilih Sketsa baik dan relevan yang berkaitan dengan perancangan menghasilkan stabail. Membuat prototaip Meneliti dan membuat tinjauan. Menyamaikan imej sebenar. Membuat kemasan Menentukan ruang untuk peragaan

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939)

MODEL

DEFINISI MODEL

Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape. Pemotong -Gunting, pisau. Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.

DIORAMA

DEFINISI

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA

Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas. Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod. Pemotong- Gunting, pisau. Pelekat- Selotape, gam, tali.

BONEKA

DEFINISI BONEKA
Boneka adalah merupakan sebarang benda objek yang digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buahbuahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jahitan, gam, kimpalan dan skru.

JENIS-JENIS BONEKA

BONEKA SARUNG TANGAN

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka

BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.

BONEKA WAYANG KULIT

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempattempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

BONEKA TONGKAT
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang.

BONEKA BERTALI
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.S emasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.

ORIGAMI

DEFINISI
Berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagianbahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.

ALAT DAN BAHAN

Kertas Gunting Pisau

Teknik yang digunakan adalah lipatan dan guntingan

CARA MEMBUAT ORIGAMI

TOPENG

DEFINISI TOPENG

Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.

KEGUNAAN TOPENG

Digunakan dalam upacara keagamaan. Digunakan di dalam teater persembahan. Digunakan untuk menyembunyikan identiti. Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

JENIS-JENIS TOPENG
Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata. Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka. Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

RUJUKAN

http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mecorak-dan-membuatrekaan.html http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuatbinaan.html http://ellasitusanasini.blogspot.com/2012/02/membentuk-membuatbinaan.html http://www.scribd.com/doc/39528859/Nota-Padat-MembentukMembuat-Binaan http://www.scribd.com/doc/60018093/Membentuk-Dan-MembuatBinaan http://sfera-seni.blogspot.com/2012/04/bidang-psv-kbsr.html http://books.google.com.my/books?id=RGWuuUZpNW0C&pg=PA82 &lpg=PA82&dq=arca+asemblaj&source=bl&ots=sjMiGmAp39&sig=D 0uAwugsXHkRSykTkIDqvSjXHBY&hl=en&sa=X&ei=UYkaUb6EoPMrQfWyoCoAw&ved=0CG8Q6AEwDg#v=onepage&q=arca%20 asemblaj&f=false https://www.google.com.my/search?q=membentuk+dan+membuat+b inaan+boneka&hl=en&safe=off&tbo=u&biw=1138&bih=535&tbm=isc h&source=univ&sa=X&ei=rIoaUZuKFo7KrAfNgIGABQ&ved=0CDIQs AQ

You might also like