You are on page 1of 18

KATA ADJEKTIF

Pengertian Kata Adjektif Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama. Ini bermakna bahawa perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama diistilahkan sebagai kata adjektif. Contohnya: -budak kecil -baju baharu -kereta lama -pelari handal -bilik gelap -rumah besar -suara nyaring -bibir bundar -warna hijau

Berdasarkan contoh di atas, perkataan yang dicondongkan itu ialah kata adjektif kerana perkataan tersebut menjelaskan sifat atau keadaan bagi sesuatu nama. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa addjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau hadir bersama-sama perkataan lain, seperti hadir bersama-samakata bantu atau kata penguat. Contohnya: Subjek Kata Bantu Suara penyanyi itu masih Predikat Frasa Adjektif Kata Penguat Kata Adjektif merdu merdu sungguh merdu sungguh merdu Kata Penguat sekali sekali

Dalam binaan frasa adjektif di atas, kata adjektif merdu menjadi unsur inti bagi frasa yang menjadi predikat ayat. Perkataan-perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh wujud dalam frasa tersebut atau boleh digugurkan. Terdapat juga kata adjektif yang berfungsi untuk menerangkan perkataan selain kata nama. Kata adjektif ini tidak lagi berfungsi sebagai kata adjektif tetapi sebagai kata adverb. Contohnya: berjalan pantas tidur nyenyak sampai lewat tinggi menjulang pulang segera kurang berhati-hati

Ciri-ciri Kata Adjektif Kata adjektif dapat dikenali melalui criteria yang berikut: i. kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat

Kehadiran kata penguat boleh di hadapan kata adjektif, di belakang kata adjektif, atau hadir serentak di hadapan dan di belakang kata adjektif. Walaupun kata penguat boleh mendahului kata kerja tetapi bilangannya tidak banyak. Beberapa contoh kata penguat ialah amat, sangat, sekali, benar, betul, paling. Contohnya: 1. 2. 3. 4. Budak itu amat cerdik. (kata penguat di hadapan) Orang itu sungguh dermawan. (kata penguat di hadapan) Abangnya kacak sekali. (kata penguat di belakang) Pembantunya sungguh rajin sekali. (kata penguat hadir serentak)

ii.

kata adjektif boleh mengalami perbandingan.

Perbandingan bagi kata adjektif dapat dilakukan dengan beberapa cara, iaitu dengan (1) menggunakan kata pembanding seperti bagai, bak, seperti, laksana; (3) menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif; (4) menggunakan perkataan lebih atau kurang dengan kata adjektif; atau (5) menggandingkan imbuhan ter- bersama-sama kata adjektif. Contohnya: 5. Pemain bola keranjang itu tinggi seperti galah. 6. Wajah Anis secantik kakaknya. 7. Pengantin itu sama padan 8. Harga barang di kedai itu lebih mahal. 9. Keadaan bilik itu kurang selesa. 10. Lelaki itu pemidato terkenal. iii. kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas, sama ada di hadapan atau di belakang. Contohnya:

11. Adiknya cerdik juga. 12. Kek itu juga sedap 13. Abang memang pandai 14. Guru kami memang cekap. iv. kata adjektif boleh menerima bentuk se--nya. Contohnya: 15. Berikan jawapan yang selengkapnya. 16. Ikutilah cara yang sebenarnya. 17. Baju itu semurahnya RM20.00 18. Banglo itu sebesar-besarnya banglo di taman itu.

v.

kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin. Contohnya: 19. Budak itu makin pandai. 20. Budak itu makin hari makin nakal. 21. pokok iyu semakin tinggi. 22. dia kini semakin kaya.

vi.

kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama.

Dalam hal ini, kata adjektif berperanan sebagai penerang kata nama. Kata adjektif tersebut boleh hadir selepas kata nama inti, atau selepas kata hubung relative yang. Contohnya: murid cerdas lelaki gagah barang yang murah rumah yang besar baju yang sudah lusuh Jenis Kata Adjektif Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis. Penjenisan kata adjektif ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut:

sifatan/keadaan cara warna ukuran Kata Adjektif jarak bentuk waktu perasaan pancaindera

Jenis Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang menerangkan perangai, tabiat atau keadaan bagi kata namaatau frasa nama. Contohnya: 23. Budak baik selalu disayangi. 24. Orang itu sentiasa tenang. 25. Negara aman kerap dikunjungi pelancong. 26. Tubuh datuk semakin lemah. Kata Adjektif Cara Kata adjektif cara ialah kata adjektif yang menunjukkan kelakuan atau ragam bagi kata nama atau frasa nama. Contohnya: 27. Jaringan gol dilakukan selepas pergelutan sengit. 28. Pengaliran air longkang itu sungguh deras. 29. Adik selalu gopoh-gapah dalam pekerjaan. 30. Taklimat pndaftaran itu jelas. Kata adjektif jenis ini dapat disisipi oleh kata dengan atau secara. Misalnya, pergelutan dengan / secara sengit, pengaliran air dengan / secara deras, pekerjaan dengan gopoh, taklimat dengan jelas. Kata Adjektif Warna Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu nama. Kata warna boleh diikuti oleh kata adjektif, dan boleh juga dibuat perbandingan dengan unsur-unsur alam, seperti nama buah atau tumbuhan. Contohnya: 31. Kulitnya putih. 32. Kereta bahru abang saya kelabu. 33. Tudung merah jambu itu tudung kakak. 34. Baju gadis itu hijau daun. Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang mnerangkan saiz, berat atau ringan tentang benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Contohnya: 35. Bibirnya tebal. 36. Istana itu besar. 37. Buku itu nipis sekali. 38. Jambatan panjang itu sudah runtuh.

Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang antara dua benda, tempat atau keadaan. Contohnya: 39. 40. 41. 42. Bangunan di situ sungguh rapat. Tempat tinggalnya jauh. Kawan rapat saya pegawai bank. Rumah Idris hampir dengan sekolah.

Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan bentuk atau rupa sesuatu. Contohnya: 43. Raga itu lonjong. 44. Mukanya cengkung. 45. Meja bulat itu untuk meletakkan kuih-muih. 46. Jalan bengkok ke bandar itu sudah diluruskan. Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan masa atau waktu. Contohnya: 47. Waktu pagi masih awal. 48. Buku lama itu sudah hilang. 49. Susu segera itu sudah basi. 50. Pengantin baharu itu sedang berbulan madu. Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif waktu perasaan ialah perkataan yang menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emotif. Kata adjektif jenis ini harus diikuti oleh kata sendi nama akan, dengan atau terhadap apabila diperluas dengan frasa nama. Contohnya: 51. Perasaan ibu sungguh sedih. 52. Saya segan sungguh dengan ulama itu. 53. Ibu amat sayang akan abang. 54. Dia masih ragu-ragu terhadap kejujuran saya. Ketiadaan kata sendi nama menjadikan frasa adjektif tersebut menyalahi tatabahasa. Dalam penggunaan, sering berlaku kesalahan menggunakan akhiran kan pada kata adjektif atas anggapan bahawa kata sendi akan dapat disingkatkan menjadi kan. Contohnya: benci dia (sepatutnya: benci akan dia) suka kucing (sepatutnya: suka akan kucing) sayangkan anak-anaknya (sepatutnya: sayang akan anak-anaknya) bencikan perangainya (sepatutnya: benci akan perangainya)

Kata Adjektif Pancaindera Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan sesuatu yang dapat dirasai atau dikesani oleh deria. Kata adjektif pancaindera ini menerangkan konsep rasa, dengar, bau, sentuh, pandangatau gabunngan bagi kelima-lima indera. Contohnya: i.Deria rasa 55. Biji pinang itu kelat. 56. Kuah itu masin. ii.Deria dengar 57. Suara lelaki itu garau. 58. Suasana di pasar malam sungguh bising. iii.Deria sentuh 59. Permukaan papan meja itu licin. 60. Pakaian di ampaian itu masih lembap. iv.Deria pandang 61. Anak bongsu adik saya montel. 62. Cahaya di dalam bilik itu terang. v.Deria bau atau hidu 63. Kuih itu hangit. 64. Ikan haruan itu hanyir. vi. Gabungan dua deria 65. 66. 67. 68. Kawasan pergunungan itu nyaman. (Gabungan rasa dan pandang) Ikan yang dibeli itu busuk. (Gabungan bau dan pandang) Kawasan tepi panatai itu tenteram. (Gabungan pandang dan dengar) Muka masam gadis itu merisaukan kami. (Gabungan pandang dan rasa)

Pembentukan Kata Adjektif Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk, iaitu: (1) kata adjektif tunggal (2) kata adjektif terbitan (3) kata adjektif majmuk (4) kata adjektif ganda

Kata Adjektif Tunggal Kata adjektif bentuk tunggal ialah kata adjektif dalam bentuk dasar, iaitu yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Contohnya: tinggi nyenyak merdu sombong terang popular panas aman boros sederhana lazat penting kuning bengkok berat

Kata adjektif bentuk tunggal ini paling banyak digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan bentuk-bentuk yang lain. Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif, atau sebagai penerang kata nama. Yang berikut merupakan contoh kata adjektif tunggal yang hadir dalam frasa dan ayat. Dalam frasa: -warna kuning -rasa tawar -suara nyaring -masakan lazat Dalam ayat: 69. Masakan ibu saya lazat. (sebagai inti frasa predikat) 70. Cara hidup ustaz itu cukup sederhana. (sebagai inti frasa predikat) 71. Bunyi bising dari bangunan itu. (sebagai penerang frasa nama subjek) 72. Kain halus itu kepunyaan kakak. (sebagai penerang frasa nama subjek) Kata Adjektif Terbitan Pembentukan kata adjektif dapat dilakukan dengan menambahkan imbuhan tertentu pada kata dasar. Imbuhan tersebut ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan Kata Adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR-, dan seAwalan teRI. Bentuk awalan teRAwalan teR- mempunyai dua bentuk, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang diimbuhkan dengannya, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan

kata dasar yang bermula dengan semua huruf kecualidengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya: tercantik terkecil terpandai teristimewa terpanjang terlebih

Awalan teR- menjad te- apabila diimbuhkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya: terisau teramai terapi teriang

II. Fungsi dan Makna Awalan proAwalan pro- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan pro- membawa pengertian bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Contohnya: Prokerajaan = memihak kepada kerajaan Prokomunis = memihak kepada komunis Proparti = memihak kepada parti

Awalan antiI. Bentuk Awalan antiAwalan anti- ialah awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Bentuk awalan anti- tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal kata dasar. Contohnya: antirasuah antikerajaan anti dadah antisosial antikomunis antikemajuan

II. Funsi dan Makna Awalan antiAwalan anti- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan anti- membawa pengertian menentang, melawan atau membantah. Contohnya: Antikerajaan Antisosial = menetang kerajaan = menentang aktiviti social

Antikemajuan = menentang kemajuan

Awalan biI. Bentuk Awalan biAwalan bi- ialah awalan pinjaman daripada Arab-parsi. Bentuk awalan bi- tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf pada pangkal kata dasar. Contohnya: bilazim binormal biadab

II. Fungsi dan Makna Awalan biAwalan bi- berfungsiuntuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan bi- membawa pengertian tidak. Contohnya: Biadab Bilazim = tidak ada adab = tidak lazim

Binormal = tidak normal

Akhiran Kata Adjektif Akhiran ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhit kata dasar. Akhiran kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa Arab-parsi, ialah -wi, -i, dan iah, manakala daripada bahasa Inggeris ialah is. Akhiran wi, -i, -iah dan is I. Bentuk akhiran wi, -i, -iah dan is Akhiran wi, -i, -iah, dan is tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf pada akhir kata dasar. Contohnya: sejarawi insani lahiriah ekonomis duniawi abadi ilmiah puitis

Penggunaan akhiran wi dan i ditentukan oleh huruf akhir kata dasar yang menerima akhiran. Jika kata dasar itu berakhir dengan vokal, maka akhiran wi digunakan. Misalnya, manusia menjadi manusiawi dan dunia menjadi duniawi. Sebaliknya, jika kata dasar berakhir dengan konsonan, misalnya abad dan insan, maka akhiran i digunakan, menjadikannya abadi dan insani.

II. Fungsi dan Makna Akhiran wi, -i, -iah dan is Akhiran wi, -i, -iah dan is berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif, dan membawa pengertian sifat atau ciri seperti maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: duniawi abadi jahiliah fonologis romawi alkali alamiah geogrofis

Apitan Kata Adjektif Apitan ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian awal dan pada bahagian akhir kata dasar secara serentak. Apitan kata adjektif ialah ke--an. I. Bentuk Apitan ke--an Apitan ke--an mempunyai satu bentuk iaitu ke--an. Contohnya: kebaratan kearaban II. Fungsi Apitan ke--an Apitan ke--an berfungsi untuk membentuk kata adjektif. Apitan ke--an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Contohnya: Ke--an + arab (KN) = kearaban (KA) Ke--an + melayu (KN) = kemelayuan (KA) Ke--an + kuning (KN) = kekuningan (KA) Ke--an + besar (KN) = kebesaran (KA) keakuan kecinaan kemelayuan kebendaan

III. Makna Apitan ke--an Apitan ke--an menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang terkandung pada kata dasar. Contohnya: 81. Perangainya sungguh kekampungan. 82. Pakaian kebesaran kerajaan dibawa masuk. 83. Anak kesayangan sering diberikan layanan yang baik.

84. Sifat kepahlawanannya begitu ketara. Sisipan Kata Adjektif I. Bentuk Sisipan Kata Adjektif Sisipan merupakan imbuhan yang diimbuhkan ke dalam kata dasar selepas konsonan pertama kata dasar. Sisipan kata adjektif ialah el-, -er-, -em-, dan in-. Bentuk sisipan el-, -er-, -em-, dan in- adalah tetap, iaitu tidak berubah apabila bergabung dengan kata dasar yang dimulai oleh apa-apa juga huruf. II. Fungsi Sisipan el-, -er-, -em-, dan inSemua bentuk sisipan ini berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Semua imbuhan sisipan menerbitkan kata adjektif yang menerangkan sifat kata nama. Contohnya: -el- + serak (KA) = selerak (KA) -er- + sabut (KN) = serabut (KA) -em- + guruh (KN) = gemuruh (KA) -in- + sambung (KK) = sinambung (KA) III. Makna Sisipan el-, -er-, -em-, dan inSemua sisipan ini membawa sifat yang dinyatakan oleh kata dasar. Kata adjektif itu digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya: 85. Jamuan selerak itu sempena hari jadi anaknya. 86. Kapal layar nelayan itu kelebak kerana dipikul angin. 87. Fikirannya serabut dengan masalah. 88. Rumah Amir dihiasi dengan lampu kerlip menjelang hari Raya. 89. Bau semerbak itu daripada minyak wangi. 90. Pokoknya-pokoknya kementut kerana kurang baja. 91. Bahasa dalam karya klasik sinambung dengan bahasa moden. Kata Adjektif Ganda I. Bentuk Kata Adjektif Ganda Kata adjektif juga boleh dibentuk melalui proses penggandaan. Ada tiga jenis penggandaan bagi membentuk kata adjektif ganda, iaitu: i.Pengggandaan penuh ii.Penggandaan separa iii.Penggandaan berentak Penggandaan penuh Penggandaan pebuh melibatkan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata dasar.

Contohnya: Laju Kecil Bengis Hitam laju-laju kecil-kecil bengis-bengis hitam-hitam

Penggandaan penuh kata adjektif dapat menerima apitan ke--an. Contohnya: Merah-merah Gila-gila kemerah-merahan

kegila-gilaan kegemuk-gemukan kemalu-maluan

Gemuk-gemuk Malu-malu

Penggandaan separa Penggandaan separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Bagi golongan kata adjektif, penggandaan separa berlaku pada kata adjektif berawalan dan kata adjektif berakhiran. Contohnya: (a) penggandaan separa pada kata adjektif berawalan. Contohnya: setinggi-tinggi seluas-luas sepandai-pandai selapang-lapang sebaik-baik sepuas-puas

(b) penggandaan separa pada kata adjektif berakhiran. Contohnya: besar-besaran kecil-kecilan gila-gilaan

Penggandaan berentak Penggandaan berentak kata adjektif ialah penggandaan kata adjektif mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata adjektif, iaitu: (a) Penggandaan berentak pengulangan vokal. Contohnya: Hiruk-pikuk Karut-marut

(b) Penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya: Kucar-kacir Lekak-lekuk Kontang-kanting

(c) Penggandaan berentak bebas. Contohnya: Gelap-gelita II. Fungsi Kata Adjektif Ganda Proses penggandaan boleh menerbitkan kata adjektif. Penggandaan dapat berfungsi sebagai penetap atau pengubah golongan kata. Contohnya: Barat (KN) Simpang (KN) Biru (KA) Rindu (KA) kebarat-baratan (KA) simpang-siur (KA) kebiru-biruan (KA) rindu-rinduan (KA) Kusut-masai Titik-bengik

III. Makna Kata Adjektif Ganda Gandaan pada kata adjektif menunjukkan atau membawa maksud: (a) sifat jamak. Contohnya: 92. Pelajar di sekolah itu baik-baik. 93. Gadis zaman dahulu malu-malu. 94. Pokok kelapa di situ tinggi-tinggi, (b) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: 95. Warna baju nenek itu kebiru-biruan. 96. Perangai pemuda itu kebudak-budakan. 97. Perniagaan kecil-kecilan menambahkan pendapatan. (c) kesangatan. Contohnya: 98. Majlis perkahwinan artis itu gilang-gemilang. 99. Buah di pasar itu segar-bugar. 100. Keadaan bilik itu gelap gelita. 101. Hanya buah manggis yang hitam-hitam diambilnya. Perlu diketahui bahawa kata penguat tidak diperlukan apabila kata adjektif bentuk gandaan berentak tersebut membawa makna sangat atau paling. Contohnya: 102. *Jalan raya itu sangat licinlicau kerana hujan. Jalan raya itu licin-licau kerana hujan. 103. *Rambut budak itu sangat kusut-masai. Rambut budak itu kusut-masai.

Selain itu, apabila kata ganda penuh yang terdiri daripada kata adjektif yang mendukung makna jamak digunakan untuk menerangkan kata nama, kata nama yang diterangkan itu tidak perlu digandakan. Contohnya: 104. *Penduduk-penduduk di taman perumahan itu kaya-kaya. Penduduk di taman perumahan itu kaya-kaya. 105. *Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka. Anak Pak Mat pandai-pandai belaka. 106. *Ayat-ayat yang mudah-mudah dibina oleh Sarah. Ayat yang mudah-mudah dibina oleh Sarah. Kata Adjektif Majmuk Kata adjektif majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu dan kata inti bagi gabungan itu ialah kata adjektif. I. Bentuk Kata Adjektif Majmuk Bentuk kata adjektif majmuk ditulis terpisah. Contohnya: Manis buah Kuning langsat Merah muda Hitam legam Muda remaja Terang hati

Dari segi jenis, kata adjektif majmuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: iii. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya: Biru laut Manis buah Hijau daun Gemuk air Merah hati Hitam pekat

iv.Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya: Ringan tulang Pekak badak Terang hati Besar kepala Panjang tangan Rabun ayam

Terdapat juga kata adjektif dalam bentuk rangkai kata yang kelihatan seperti kata adjektif majmuk. Sebenarnya,bentuk ini bukanlah kata majmuk kerana ia boleh menerima penyisipan. Contohnya: Jimat cermat (jimat dan cermat) Panas terik (panas yang terik) Putih bersih (putih lagi bersih)

II. Makna Kata Adjektif Majmuk Kata adjektif majmuk menerangkan sifat pada kata nama. Contohnya: 107. Rasa minuman itu manis buah. 108. Badan lelaki itu besar tetapi hanya gemuk air. 109. Punggung periuk itu hitam pekat.

Perbandingan Kata Adjektif Salah satu ciri yang penting bagi menentukan suatu kata itu ialah kata adjektif atau bukan adalah melalui perbandingan. Kata adjektif dapat menunjukkan berbagai-bagai darjah atau tingkat. Perbandingan dapat dilakukan tanpa kata perbandingan, dengan kata perbandingan, atau dengan kata terbitan. Mengikut Tatabahasa Dewan (2008), ada tiga darjah bagi perbandingan kata adjektif, iaitu: i. Darjah biasa ii.Darjah perbandingan iii.Darjah penghabisan

Perbandingan dengan Darjah Biasa Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda atau maujud yang lain. Perbandingan jenis ini tidak melibatkan kata perbandingan atau kata penguat. Contohnya: 110. Rumah saya besar. 111. Tali itu panjang. 112. Badan budak itu kurus. Daripada ayat contoh di atas, kata adjektif besar, panjang dan kurus tidak dibandingkan dengan sesuatu yang lain. Perbandingan dengan darjah biasa dapat disertai dengan kata nafi tidak atau tak, dan kata agak. Contohnya: 113. Rumah saya tidak/tak/agak besar. 114. Tali itu tidak/tak/agak panjang 115. Badan budak itu tidak/ tak/agak kurus.

Perbandingan dengan Darjah Bandingan Perbandingan jenis ini melibatkan bandingan antara sifat sesuatu benda dengan benda lain. Terdapat dua cara yang digunakan untuk menyatakan darjah bandingan, iaitu: i. Bandingan yang sama ii. Bandingan yang berbeza.

Bandingan yang sama Bandingan jenis ini menggunakan kata djektif dengan awalan se-, sama + adjektif + dengan, dan kata perbandingan. (a) bandingan dengan awalan se-. Contohnya: 116. Wajah Siti secantik kakaknya. 117. Gunalan tidak seberani Maniam. 118. Rumah Abdullah sebesar rumah Talib. Awalan se- yang hadir bersama-sama kata adjektif dalam ayat-ayat di atas membawa makna sama atau hampir sama. Daripada contoh yang diberikan, kata adjektif secantik, seberani, dan sebesar menunjukkan perbandingan antara sifat sesuatu benda dengan benda yang lain. (b) bandingan dengan sama + adjektif + dengan. Bandingan dengan awalan se- ini dapat digantikan dengan penggunaan perkataan sama dalam binaan sama + adjektif + dengan. Contohnya: 119. Wajah Siti sama cantik dengan kakaknya. 120. Gunalan tidak sama berani dengan Maniam. 121. Rumah Abdullah sama besar dengan rumah Talib. (c) bandingan dengan kata perbandingan. Bandingan dapat juga diungkapkan dengan penggunaan kata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, seperti, umpama, laksana, dan sebagainya. Perbandingan jenis ini menggunakan kata perbandingan yang mempunyai erti kesamaan atau kemiripan. Contohnya: 122. Adik Samad mempunyai hati yang keras bagai batu. 123. Lagaknya umpama orang kaya. 124. Wajah Navin pucat seperti mayat.

Bandingan yang berbeza Bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang. Bandingan yang berbeza, sama ada untuk merujuk kepada yang lebih atau yang kurang dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata lebihdaripada atau kurangdaripada. Contohnya: 125. Shamsudin lebih bijak daripada Daud. 126. Pendapatan Azman lebih besar daripada pendapatan saya. 127. Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini. 128. Perniagannya kurang maju daripada perniagaan adiknya.

Perbandingan dengan Darjah Penghabisan Darjah penghabisan merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi. Tingkat kepalingan ini dinyatakan melalui: i.se- + kata adjektif + gandaan + kata nama ii.ter- + kata adjektif iii.paling + kata adjektif iv.ter- + amat/sangat + kata adjektif v.amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali vi.terlalu atau terlampu vii.maha se- + kata adjektif + gandaan + kata nama. Contohnya: 129. Sesabar-sabar perempuan, jika marah berbahaya. 130. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 131. Seganas-ganas singa, masih boleh dijinakkan. Ter- + kata adjektif. Contohnya: 132. Kain batik tulisan tanganlah yang termahal. 133. Lukisan ini tercantik antara semua lukisan yang dijual. 134. Zuralah yang terpandai daripada semua anaknya. Dalam bahasa Melayu, darjah penghabisan dengan menggunakan awalan ter-, kata penguat sekali dan paling tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila satu kata adjektif itu telah menggunakan awalan ter-, maka kata penguat paling dan sekali tidak perlu lagi. Jika digunakan, binaan tersebut menjadi lewah. paling terbaik sekali (x) paling tercantik (x) terindah sekali (x) paling termasyhur (x) baik sekali, paling baik ( paling cantik, cantik sekali ( terindah, indah sekali ( ) ) ) )

paling masyhur, masyhur sekali (

paling + kata adjektif. Contohnya: 135. Rumah Mazlan paling besar di kampung saya. 136. Bencana alam itulah yang paling dahsyat melanda Acheh. 137. Muaz anak yang paling rajin daripada semua anaknya. kata adjektif + sekali. Contohnya: 138. Baju budak itu kotor sekali. 139. Bayi itu comel sekali. 140. Bangunan baru itu tinggi sekali.

ter- + amat/sangat + kata adjektif. Contohnya: 141. Penerbangan ke Mesir teramat lama. 142. Cincin itu teramat mahal. 143. Bandar raya Tokyo tersangat padat. amat/sunguh/sangat + kata adjektif + sekali. Contohnya: 144. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 145. Lelaki tua itu sungguh baik sekali. 146. Ruang tamu rumah Hajar sangat luas sekali. Penggunaan dua kata penguat seperti dalam contoh ayat di atas bukan lewah. Hal ini demikian kerana penggunaan kedua-dua kata penguat itulah yang menunjukkan darjah penghabisan. terlalu/terlampau. Contohnya: 147. Bapa Kam Wai terlalu garang. 148. Penjahat itu terlalu bengis. 149. Kehidupan rakyat Somalia terlampau susah. 150. Kecurian di kawasan itu terlampau banyak. maha. Contohnya: Kata penguat ini merupakan kata perbandingan dengan maksud keagungan. Ia sering digunakan untuk Allah dan untuk raja yang memerintah. Contohnya: 151. Allahlah yang Maha Kaya. 152. Allah Maha Besar 153. Duli Yang Maha Mulia itu Sultan Perak.

You might also like