P. 1
Sosiolinguistik

Sosiolinguistik

|Views: 775|Likes:
Published by Didiy Otto
pengenalan kepada sosiolinguistik
pengenalan kepada sosiolinguistik

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Didiy Otto on May 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2014

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN Bidang sosiolinguistik agak muda usianya dan masih baharu yang mula diperkenalkan pada tahun 1952. Pada mulanya, sosiolinguistik diterajui oleh ahli antropologi dan dikenali dengan berbagaibagai nama misalnya ’linguistik antropologi’, ‘bahasa dalam kebudayaan’, ‘bahasa dalam masyarakat’, ‘bahasa dan kebudayaan’ dan ‘sosiologi bahasa’. Namun, dalam tahun 60-an istilah sosiolinguistik mula digunakan secara meluas dan kini statusnya sebagai satu disiplin ilmu tersendiri yang menarik untuk dikaji. Secara kasar, sosiolinguistik satu bidang ilmu bahasa yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan bahasa dengan masyarakat secara terperinci iaitu penggunaan bahasa dalam masyarakat. Sosiolinguistik merupakan satu disiplin ilmu yang diajarkan dalam Jabatan Antropologi di kebanyakan universiti terutamanya di Universiti Amerika Syarikat. Terdapat juga universitiuniversiti yang mempunyai jabatan linguistik menawarkan kursus-kursus yang bersifat sosiolinguistik dan perkembangan yang pesat berlaku dalam bidang penyelidikan bahasa. Kini, sekurang-kurangnya dua buah buku majalah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris yang memuatkan perbincangan dan laporan penyelidikan sosiolinguistik iaitu majalah Language in Society dan International Journal of the Sociology of Language. Jumlah buku teks yang diterbitkan juga amat menggalakkan. Bidang sosiolinguistik itu adalah sangat luas kerana banyak perkara yang dibahas di dalam kandungannya. Contoh deretan tajuk atau kandungan yang disentuh dalam kajian sosiolinguistik adalah bahasa, dialek dan ragam; pijin dan kreol; masyarakat bahasa; variasi daerah dan sosial; perubahan bahasa; bahasa dan kebudayaan; etnografi dan etnometodogi; sistem panggilan; bahasa dan jantina dan perancangan bahasa. Dengan itu, ilmu sosiolinguistik bukan sekadar gabungan antara ilmu bahasa dengan sosiologi atau ilmu linguistik dengan ilmu sosial lain tetapi mencakupi prinsip-prinsip bagi setiap struktur dan penggunaan bahasa yang berkaitan dengan fungsi sosial. Bidang sosiolinguistik juga memaparkan tentang aspek masyarakat bahasa, variasi sosial dan daerah serta bahasa dan budaya. Justeru, ilmu sosiolinguistik yang merangkumi cabang terbesar dalam kajian ilmu linguistik telah menjadi tumpuan pengkaji-pengkaji sehinggalah pada masa kini. Hal demikian kerana ahli-ahli sosiolinguistik mulai sedar dan memahami beberapa gejala yang wujud dalam masyarakat melalui pengajian dan pengkajian dalam bidang sosiolinguistik. Contohnya, gejala-gejala seperti masalah buta huruf, penggunaan bahasa bervariasi dan sebagainya. Ahli-ahli sosiolinguistik juga mulai memahami hubungan antara bahasa dan konteks sosial budaya yang dikategorikan kepada beberapa hubungan utama iaitu struktur sosial yang mempengaruhi dan menentukan struktur atau tingkah laku bahasa, struktur dan tingkah laku bahasa mempengaruhi dan menentukan struktur sosial, serta bahasa dan masyarakat mempengaruhi satu sama lain (hubungan timbal-balik antara bahasa dengan masyarakat).

2.0 DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam cabang disiplin linguistik. Nama Sosiolinguistik berasal daripada gabungan dua istilah iaitu ‘sosiologi’ dan ‘linguistik’. Ini bermaksud bidang sosiolinguistik adalah perpaduan antara disiplin sosiologi dan linguistik dengan perbahasan utamanya berkisar tentang masyarakat dan bahasa. ‘Sosiologi’ adalah bidang disiplin yang meneliti tentang masyarakat, manakala ‘linguistik’ pula disiplin yang meneliti bahasa. Dengan penggabungan dua bidang disiplin tersebut, bidang pengajian (studies) dan pengkajian (research) sosiolinguistik lebih memberi tumpuan kepada dua entiti utama iaitu bahasa dan masyarakat. Ungkapan kata ‘bahasa dalam masyarakat’ telah menggambarkan dengan jelas bidang yang dicakupi oleh ilmu sosiolinguistik iaitu meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Hal demikian kerana bidang Sosiolinguistik mengganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur di mana hubungan kedua-dua entiti tersebut adalah akrab sekali. Ini kerana bahasa tidak dapat lari daripada masyarakat yang menuturnya. Kemunculan bahasa dalam kalangan manusia atau masyarakat adalah sebagai alat untuk berkomunikasi yang menjadi asas perhubungan dalam mewujudkan hubungan sosial dengan pihak yang diajak bercakap. Contohnya, komuniti bahasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Selain itu, bidang Sosiolinguistik sering kali ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Ini kerana lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, cara berbahasa berbeza antara kaum wanita dengan lelaki, gaya bercakap yang berlainan antara masyarakat timur dengan masyarakat barat dan pertukaran daripada sebuah bahasa ke sebuah bahasa lain yang lebih berprestij dalam sesebuah perbualan. Justeru, pengkajian sosiolinguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat iaitu menghitung hubungan antara bahasa dengan masyarakat khususnya masyarakat penutur itu. Ini kerana masyarakat terbina daripada beberapa pola dan tingkah laku yang amat berkait antara satu dengan lain. Sesetengah daripada pola dan tingkah laku ini bersifat kebahasaan.

2.1 Definisi Sosiologi, Linguistik dan Sosiolingusitik Mengikut Pendapat Tokoh Pengertian sosiologi, linguistik dan sosiolinguistik telah diberikan oleh pelbagai pihak yang telah membuat kajian dan meneliti bidang-bidang ini. Antara pengertian yang diberikan untuk bidangbidang tersebut adalah seperti berikut;

biologi dan sebagainya). objektif dan berasaskan teori. stratifikasi. keluaraga dengan moral dan hukum dengan ekonomi) juga hubungan dan pengaruh timbal-balik antara gejala sosial dengan gejala-gejala bukan sosial (misalnya geografi. sosiologi ditelaah pula dari sudut sifat hakikatnya bahawa sosiologi merupakan suatu ilmu sosial dan bukan sebagai ilmu pengetahuan alam ataupun ilmu . Tambah beliau lagi sosiologi juga merupakan ilmu yang berkenaan dengan ciri-ciri umum semua jenis gejala sosial dan hubungan antara ilmu sosial yang lain. Spencer pula mentakrifkan sebagai suatu supersains yang mempersatukan pelbagai generalisasi dari ilmu sosial yang lain. Definisi mengikut Roucek dan Warren yang mengemukakan bahawa sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok-kelompok. William F. Perkataan Sosiologi berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘socius’ (kongsi) dan ‘logos’ (masyarakat) yang membawa maksud kajian tentang masyarakat dan hubungan manusia. Sosiologi juga membawa maksud bidang pengkajian yang saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia seperti aspek budaya. Van Doorn dan C. Menurut J. Menurut Pitirim Sorokin yang mengatakan bahawa sosiologi adalah suatu ilmu yang mempelajari tentan hubungan dan pengaruh timbal-balik antara aneka macam gejala-gejala sosial (misalnya antara gejala ekonomi dengan agama. H. Perkataan ini telah dimasyhurkan oleh Auguste Comte (1798-1857) yang merupakan seorang ahli Sosiologi Perancis. Selo Soemardjan dan Soelaeman Soemardi pula menyatakan bahawa sosiolgi atau ilmu masyarakat adalah ilmu yang mempelajari struktur sosial dan proses-proses sosial termasuklah perubahan-perubahan sosial.2. Lammers berpendapat bahawa sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang struktur-struktur dan proses-proses kemasyarakat yang bersifat stabil. Ogburn dan Meyer F. Beliau mendifinisikan sosiologi adalah ilmu yang meliputi segala jenis hal tentang masyarakat dengan menyerap ilmu sosial yang lain. Proses sosial merupakan suatu pengaruh timbal balik antara pelbagai segi kehidupan bersama. Nimkoff berpendapat bahawa sosiologi adalah penelitian secara ilmiah terhadap interaksi sosial dan hasilnya iaitu organisasi sosial. J. Sosiologi dikenali sebagai satu disiplin sains kemasyarakatan yang mengkaji hubungan antara ahli masyarakat secara saintifik.1 Definisi sosiologi dan sifat hakikatnya Secara mudahnya sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian tentang bentuk tindak manusia dalam masyarakat. Kemudian. populasi. politik dan sebagainya. Comte digelar sebagai ‘The father of Sociology’ (bapa sosiologi) kerana sumbangan beliau memperkenalkan istilah sosiologi kepada umum dalam bukunya yang berjudul Cours de Philosophy Positive. pengetahuan mengenai masyarakat serta kajian ilmiah tentang struktur sosial.1. Ini kerana struktur sosial adalah keseluruhan jalinan antara unsurunsur sosial. lembaga-lembaga sosial dan kelompok-kelompok serta lapisan-lapisan sosial. A. A.

Linguistik Sejarawi. politik. struktur ayat (sintaksis) dan lain-lain. Ini bermakna yang diperhatikan oleh sosiologi adalah bentuk dan pola-pola peristiwa dalam masyarakat. berusaha mencari pengertian-pengertian umum. Bidang ini juga merupakan ilmu pengetahuan yang absrak dan bukannya ilmu pengetahuan yang berbentuk konkrik. Neurolinguistik dan Antropolinguistik. mengkaji bahasa-bahasa yang digunakan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna seperti struktur kata (morfologi).1. R. Bagi di pihak Stork dan Widdowson (1983) pula linguistik merangkumi .pengetahuan kerohanian. Linguistik Perbandingan. Menurut Hartman. Psolinguistik. abstrak. K dan Stork (1976) mengatakan bahawa linguistik adalah satu bidang kajian di mana subjek kajiannya adalah bahasa. bunyi yang dipertuturkan. psikologi dan sebagainya. pusaka sepunya suatu komuniti bahasa.2 Definisi linguistik Istilah Linguistik juga berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘lingua’ yang bermakna bahasa. Namun. Sosiologi juga bukan merupakan disiplin yang nomatif sebaliknya sebagai suatu disiplin yang kategoris iaitu sosiologi membatasi diri pada apa yang terjadi dewasa ini dan bukan mengenai apa yang terjadi atau seharusnya terjadi. Pakar linguistik atau pengkaji ilmu linguistik disebut juga disebut sebagai ‘linguis’. Linguistik bererti bahasa atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya juga sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa. struktur bunyi (fonologi). Tuntasnya. kebenaran. murni. pemerhatian. analisis dan mentafsir data secara saintifik. teks yang dituliskan dan lain-lain. ekonomi. Bahasa Perancis pula menyebut linguistik sebagai ‘linguistique’ manakala dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali dengan istilah ‘linguistics’. Persoalan ynag dikaji oleh ahli-ahli sosiologi adalah berasaskan teori. Ini bererti ahli-ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubungan sebagai pernyataan individu. Antaranya. bukti. akal. definisi sebegini tidak cukup untuk memberi penjelasan tentang istilah linguistik tanpa mengambil kira pandangan ahli-ahli bahasa. penggunaan generalisasi. Dalam Bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama kepada bidang ilmu dan kata adjektifnya adalah linguistk. R. rasional dan empiris serta bersifat umum. kajian terbaru. Contoh cabang-cabang ilmu linguistik termasuklah Linguistik Am. Maka. sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada kelogikannya. Antara cabang-cabang ilmu sosiologi adalah seperti sosiologi budaya. bersistematik dan analisis serta bersifat objektif. sosiologi pendidikan dan sosiolinguistik dan lain-lain. 2. Dengan erti lain linguistik merupakan suatu ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik tentang bahasa tabii manusia yang merangkumi segala sifat bahasa dan komunikasi. Sosiolgi juga sebagai ilmu pengetahuan yang empiris dan rasional. sosiologi adalah ilmu sosial yang katergoris. Ahli-ahli bahasa pula masing-masing mendifinisikan linguistik mengikut pandangan dan tafsiran tersendiri. Linguistik Terapan (gunaan). Sosiolinguistik. Bidang sosiologi adalah sangat luas untuk dikaji kerana mencakupi isu atau masalah sains soial yang lain seperti sejarah. bunyi-bunyi bahasa (fonetik).

Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan kajian secara saintifik. David Crystal dalam bukunya berjudul A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986. linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Ilmu linguistik boleh dikatakan satu kajian secara sistematik dan empiris terhadap sesuatu bahasa manusia. Verhaar (1993) pula menjelaskan linguistikyang adalah sabagai satu kajian ilmu bahasa yang merangkumi bidang linguistik secara khusus iaitu linguistik sinkronik. 2. iaitu pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik. pengertian linguistik boleh dirumuskan sebagai bidang kajian bahasa secara khusus yang menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain. Ini bererti linguistik ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa dalam masyarakat secara empiris dan objektif yang boleh diuji kebenarannya. Bolinger (1968) mentakrifkan linguistik sebagai satu sains yang mengkaji bahasa.3 Definisi Sosiolinguistik Antaranya pengertian yang diberikan oleh Currie (1952) mengenai sosiolinguistik adalah pola hubungan bahasa dengan masyarakat. Menurut Harimurti Kridalaksana (1982) menyatakan sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang berusaha untuk menjelaskan ciri-ciri variasi bahasa dan menetapkan korelasi ciri-ciri variasi bahasa tersbut dengan ciri-ciri sosial. . frasa dan bentuk ayat yang berlainan. sistem fonem. 181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa. ilmu linguistik itu mengkaji bahasa secara saintifik. sentimen dan falsafah. Menurut beliau sosiolinguistik itu merupakan ‘the study of language in relation to society’ (pengkajian bahasa dalam kaitannya dengan masyarakat).semua segi komunikasi manusia iaitu daripada pemerian bunyi bahasa kepada analisis secara menyeluruh tentang kerencaman pemikiran manusia dipernyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. iaitu mengakaji bahasa seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh ramalan. Fishman (1974) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang sifat-sifat khusus (karakteristik) variasi bahasa. Dell Hymes (1976) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik dapat dipakai sebagai petunjuk tentang kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin-disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial dan sebaliknya. sifat-sifat khusus fungsi bahasa dan sifat-sifat khusus pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiga sifat khusus tersebut dalam masyarakat tuturnya. Contohnya. Hudson (1983) mendifinisikan sosiolnguistik sebagai bidang yang memperkatakan tentang aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. R. apakah yang dimaksud dengan kajian secara saintifk dalam bahasa? Secara jelasnya. kata. linguistik diakronik. linguistik mengkaji Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarkat di Malaysia secara formal dan objektif tentang bagaimana wujunya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. morfem. Joshua A. A. Justeru. Selain itu. Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh ahli-ahli linguistik tersebut.1.

W. Booji. Tentang bahasa ibundanya. Hal ini bergantung di mana dia bercakap (di bilik darjah. G. khususnya perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor kemasyarakatan. Widdowson pula memberi pengertian sosiolinguistik itu sebagai kajian bahasa dalam pelaksanaannya yang bertujuan mempelajari bagaimana kovensi bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain daripada tingkah laku sosial (Mansoer. Nababan (1984) memberikan takrif sosiolinguistik adalah studi atau perbahasan bahasa sehubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota masyarakat. Cripper dan H. Menurut beliau lagi sosiolinguistik menekankan tentang kolerasi antara faktor sosial yang sedemikian dengan variasi linguistik. E. 1987). seorang guru sekolah mungkin mengetahui lebih daripada satu bahasa iaitu bahasa ibundanya dan beberapa bahasa lain yang dipelajarinya. tugas utama sosiolinguistik adalah untuk meneliti cara-cara yang berbeza-beza yang digunakan oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat untuk menyatakan atau mengungkap perkara yang sama. bercakap dengan siapa . Manakala menurut P. 1987). Verkuyl pula mentakrifkan sosiolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa dan pemakaian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. beliau menggunakan jenis yang berbeza-beza. Gerard Hubers dan H. sosiolnguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat. Ini kerana sebuah komuniti bahasa akan menggunakan bebrapa variasi bahasa yang berbeza-beza dan penggunaannya pula menurut sistem tertentu. Mengikut C. Menurut G.Seterusnya. J. dalam mesyuarat rasmi atau di rumah dengan kaum keluarga). Beliau menjelaskan bahawa sosiolinguistik boleh juga dikatakan mempelajari dan membahas aspek kemasyarakatan bahasa. Contohnya. di pasar. beliau mengatakan sosiolinguistik lazimnya didefinisikan sebagi ilmu yang mempelajari pelbagai ciri variasi bahasa juga hubungan antara bahasawan dengan ciri dan fungsi dalam suatu masyarakat bahasa (Harimurti Kridalaksana 1987). Nikolas Coupland dan Adam Jaworski (1997) mendefinisikan bidang ini sebagai kajian tentang bahasa dalam konteks sosialnya dan kajian kehidupan sosial melalui linguistik. Bagi Rene Appel. Dengan kata lain. Berdasarkan beberapa definisi yang diberi oleh pelbagai pihak tersebut. J. dapat disimpulkan bahawa ilmu sosiolinguistik berkaitan rapat dengan bidang sosiologi yang memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Dengan itu. Nancy Parrot Hickerson menyatakan sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik yang sedang mengembang yang mengambil variasi pertuturan sebagai tumpuan atau fokusnya iaitu dengan melihat kepada variasi atau konteks sosialnya. Gerard Hubers dan Greus Meijer memberi makna sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang mempelajari faktor sosial yang berperanan dalam pemakian bahasa dalam pergaulan ( Mansoer Pated. khususnya dari segi kelainan bahasa (variability of language/language variation).

Bahasa yang digunakan dengan penjual ikan tidak boleh digunkan dalam mesyuarat rasmi dengan pegawai daerah. Menurut beliau. Secara relatif bidang sosiolunguistik merupakan satu bidang baharu dalam ilmu bahasa dan agak muda usianya yang mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1952 dengan istilah ‘sosiolinguistik’ oleh seorang guru Haver C. Pelopor kepada pengkajian bidang sosiolinguistik ialah Panini (500SM) melalui sebuah bukunya yang berjudul Astadhayayi iaitu berkisar tentang stilistik bahasa. projek kebersihan kampung. Dengan itu. Pertuturan (la parole) pula merupakan penghasilan oleh individu. terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Ferdinand de Saussure telah diterima umum sebagai istilah rasmi seperti la langue (bahasa) dan la parole (pertuturan).0 SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Hasseling dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya mereka melakukan pengkajian tentang dialek bahasa pedaman Eropah dan konteks bahasa yang menghasilkan bahasa-bahasa baru atau bahasa campuran. demikia juga akan dianggap ganjil kalau bahasa yang biasa dipakai kepada isterinya bila bercakap dengan penjual ikan. Buku beliau yang sangat terkenal adalah Course de Linguistique Generale (1915) telah menjadi sebagai buku asas kepada linguistik moden.Currie (A. Mengikut beliau bahasa merupakan semata-mata manusiawi dan kaedah tiada instingtif dalam penyampaian gagasan kerana perasaan dan kehendak dengan sarana-saran sesuatu simbol yang dikeluarkan secara sukarela. Dengan itu.(murid. harga ikan atau memarahi kenakalan anaknya). Jelaslah bahawa ada tempat dan ada waktunya bagi penggunaan variasi bahasa tertentu dan ini boleh difahami oleh setiap penutur sesuatu bahasa. Oleh itu. pegawai daerah atau isteri dan ana-anaknya) dan tentang perkara apa yang dicakap (geografi. Pada pertengahan abad ke-19 pula ahli-ahli bahasa seperti Schuchardt. penjual ikan. sukan sekolah.Alwasilah 1985). Pengkajian bidang sosiolinguistik juga turut dilakukan oleh Ferdinand de Saussure (18571913).C. 3. Pengkajian Ferdinand de Saussure terhadap sosiolinguistik telah diikuti oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Syarikat terutamanya Edward Sapir (1884-1939) yang melakukan beberapa kajian tentang bahasa dan budaya. Beliu sebelum . seorang ahli sarjana berbangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor moden kepada bidang linguistik. bahasa sebagai alat yang digunakan dalam perhubungan (potential vehicle of communication) tetapi pertuturan adalah aktiviti yang sebenar dalam perhubungan. bahasa (la langue) adalah satu gejala sosial yang dimilki oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa. pengkajian bidang sosiolinguistik mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat terutamnya ahli-ahli linguistik (linguis). guru besar. Menurut Noam Choamsky yang menganggap bahasa itu sebagai kebolehan penuturpenutur asli untuk mengetahui dan membentuk ayat yang gramatis juga sebgai ujaran sebenar yang dikeluarkan pada waktu tertentu. Ferdinand mengatakan bahawa bahasa merupakan pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu.

Pemikiran dan Kebudayaan (Language.1 Gagasan Sosiolinguistk Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada kemunculan bidang sosiolinguistik secara rasmi dengan mendadak pada pertengahan tahun 1960-an. maka terdapat banyak buku yang diterbitkan menggunakan judul di atas. Antara penelitian ilmiah yang menyentuh hubungan bahasa dan masyarakat sebelum lahirnya bidang sosiolinguistik secara rasmi termsuklah penelitian W. Antaranya adalah rasa tidak puas hati . tidak formal. terdapat pengajian dan pengkajian tentang hubungan bahasa dan masyarakat telah lama wujud. Cohen pula membicarakan tentang kuasa pada bahasa seperti magis.l Whorf di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an yang menegaskan wujudnya perbezaan cara berfikir antara kelompok yang bertutur bahasa-bahasa berlainan. Setahun berikutnya. Sebelum istilah sosiolinguistik digunakan secara rasmi. Selain itu. 3. khususnya antara bahasa Indo-Eropah (Bahasa Inggeris) dengan bahasa bukan Indo-Eropah (bahasa Hopi iaitu salah satu bahasa puak Asli di Amerika Syarikat). Throught and Culture) dan juga menyebut sebagai Bahasa dan Pemikiran dalam Tindakan (Language and Thought in Action). Sapir dan B. Von Humboldt pada abad ke-19 yang telah menekankan kepada peranan bahasa dalam kehidupan sosial manusia dan penelitian kumpulan ‘neo-Humboldtisn’ di Jerman pada sekitar akhir tahun 19120-an dan awal tahun 1930-an pula memperkatakan bahawa bahasa sesebuah negara itu mampu memperlihatkan semangat nasional negara tersebut. formal dan kaku. Istilah sosiolinguistik hanya mula berkembang sekitar tahun 60-an. penelitian E. Thought and Culture yang diterbitkan oleh University of Michigan Press pada tahun 1958. Terdapat universiti-universiti yang mempunyai jabatan linguistik menawarkan kursuskursus yang bersifat sosiolinguistik dan perkembangan yang pesat juga telah berlaku dalam bidang penyelidikan bahasa. Oleh hal yang demikian.ini melihat kajian bidang sosiolinguistik tidak memilki perhatian daripada realiti sosial. Begitu juga ada seorang pengarang yang mengarang sebuah buku lain berjudul Language and Thought in Action. Bagi peneliti ahli-ahli bahasa Perancis pada sekitar pertengahan tahun 1950-an terutamanya oleh M. Kini. Contohnya. Paul Henle telah menyusun sebuah buku berjudul Language. terdapat pengkaji yang memberi nama bidang ini sebagai Bahasa. Los Angeles. Amerika Syarikat. Sosiolinguistik muncul secara rasmi pada Mei 1964 dalam persidangan khas iaitu untuk membicarakan hubungan antara bahasa dan masyarakat di University of California. rundingan. Manakala penelitian oleh M. Weinrich (1953) telah mengarang sebuah buku berjudul Language in Contact dan diikuiti dengan kemunculan karya-karya besar yang lain dalam bidang sosiolinguistik sehingga muncul sebagai satu bidang ilmu yang mantap dan menarik perhatian orang ramai. sumpahdan rayuan. Walau bagaimanapun. status sosiolinguistik adalah sebagai satu disiplin ilmu tersendiri yang diterima umum. Joospada sekitar 1960-an menghuraikan tentang penggunaan bahasa berasaskan kepada lima jenis gaya percakapan iaitu intim.

lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan fungsifungsi bahasa dalam masyarakat. Ahli-ahli bahasa yang beraliran dari Eropah selalunya mempunyai acuan linguistik yang agak berbeza daripada mereka yang beraliran dari Amerika. ilmu pragmatik dimasukkan sekali dalam kajian ilmu semantik agar interpretasi makna yang sempurna dapat dilakukan. . Menurut Dik (1978). yakni tanpa memberi pertimbangan langsung kepada aspek-aspek lain seperti sosial (merangkumi pengkajian bahasa dalam konteks sosial atau daripada perspektif sosial). Contohnya dalam ilmu semantik. Aliran linguistik generatif diasakan oleh gagasan formalisme manakala sosiolinguistik diasaskan oleh fungsionalisme. Keadaan ini telah mewujudkan pertelingkahan dan perbezaan pendapat antara dua aliran linguistik iaitu aliran Eropah dan aliran Amerika. Penegasan aliran ini dalah tentang ‘kebebasan sintaksis’ (the outonomy of syntax) iaitu penelitian tehadap ayat sebagai elemen bahasa harus dilakukan sematamata secara linguistik. Aliran dari Amerika mempercayai bahawa fungsi sosial yang didukung oleh bahasa itu adalah lebih jauh penting daripada fungsi bentuk atau struktur yang menjadi tumpuan oleh aliran linguistik generatif.sebilangan ahli bahasa terhadap kekuasaan dan pengaruh aliran linguistik generatif iaitu aliran Eropah. Antara perbandingan tersebut adalah seperti yang berikut . Bagi linguis aliran Eropah selalunya mengambil kira konteks atau keperihalan keaddalam melihat bahasa. Ini kerana kemunculan sarjana yang ramai telah memperlihatkan warna-warni dalam ilmu itu sendiri yang kebanyakannya mendapat latihan secara formal iaitu sama dalam negara mahu pun luar negara. beliau telah membuat perbandingan yang tuntas tentang dua gagasan ini. Maka wujudlah dua gagasan dominan yang mendasari disiplin linguistik iaitu formalisme (aliran Eropah) dan fungsionalisme (aliran Amerika).Manakala linguis dari aliran Amerika pula lebih melihat bahasa sebagai satu rumus yang formal dan lebih bersifat matematik yang sarat dengan formula-formula dibina khas untuk melihat bahasa. Hal demikian telah menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati sebilngan ahliahli bahasa dari aliran Amerika yang diterajui oleh Noam Chomsky dengan cara penelitian aliran linguistik generatif itu kerana kebebasan sintaksis tidak mebenarkan mereka meneliti persoalan yang lebih penting dan menerik terhadap bahasa. Aliran linguistik generatif didapati tidak memberi perhatian langsung kepada pertimbangan sosial ketika melakukan penelitian bahasa.

Ini kerana bahasa dalam bentuk lisan mahupun tulisan. menginterpretasi dan menilai Fungsionalisme Bahasa sebagai alat untuk berinteraksi sosial Alat komunikasi Kecekapan komunikasi seperti kebolehan mengendalikan interaksi sosial melalui penggunaan bahasa yang sesuai Kecekapan komunikasi mementingkan bahasa dari sedut penggunaan Penghuraian unsur-unsur bahasa hendaklahmelibatkan konteks penggunaannya Semua bahasa adalah berbeza kerana setipa masyarakat itu mempunyai amalan bahasa yang tersendiri Pragmatik adalah kerangka ynag merangkumi semantik dan sintaksis. semantik dianggap kurang penting daripada pragmatik dan urutan kepentingannya adalah pragmatik. hlmn 114-115) Berdasarkan dua senarai di atas. sintaksis dan semantik dianggap berasingan daripada pradigmatik dan urutan kepentingannya adalah sintaksis.Jadual Perbandingan Gagasan Dominan yang Mendasari Disiplin Linguistik Formalisme Bahasa sebagai satu set ayat Menyatakan fikiran psikologi Berkaitan dengan kecekapan linguistik seperti kebolehan menghasilkan. yakni apa yang sebenarnya berlaku atau terjadi dalam otak manusia semasa mereka berbahasa. semantik dan sintaksis Definisi bahasa Fungsi bahasa Hubungan/kaitan dengan bahasa Kajian/penelitian Kecekapan linguistik mementingkan bahasa dari sudut logik dan perkaedahan Jenis-jenis ayat Ayat dalam sesuatu bahasa hendaklah dihuraikan secara berasingan. jelas dapat dibandingkan tentang perbezaan yang wujud dalam bahasa mengikut penelitian antara gagasan formalisme dengan gagasan fungsionalisme. formalisme merupakan gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomena mental. Daripada perbandingan ini. 2006. Manakala fungsionalisme pula merupakan gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomena sosial. semantik dan pragmatik (Sumber : Linguistik Melayu. Sebagai fenomena sosial. yakni daripada konteks penggunaannya Penekanan Semua bahasa adalah sama kerana ia merupakan ciri biologi dan psikologi semula jadi manusia Sintaksis Sintaksis dianggap berasingan daripada semantik. dianggap sebagai wadah untuk meneliti serta memahami proses mental. bahasa dilihat dalam peranannya untuk melaksanakan .

Fungsi kemasyarakatan bahasa dan profil sosiolinguistik. Masyarakat bahasa. Penggunaan bahasa (etnografi berbahasa. beliau telah menyebut tentang perkara utama yang dibahaskan oleh atau dikaji dalam sosiolinguistik. mencurahkan rasa hati dan sebagainya. beliau juga mengatakan bahawa topik-topik umum dalam pembahasan sosiolinguistik adalah seperti yang berikut. kedwibahasaan. Dalam konteks ini. antara bidang-bidang yang diliputi oleh sosiolinguistik adalah bahasa. Perancangan bahasa. J. h. . W. Bahasa. Nababan (1984). idiolek dan ragam bahasa. Sikap bahasa. a. c. iaitu. b. Antara perkara yang dipentingkan dalam penggunaan bahasa adalah ujarannya. sama ada dalam bentuk lisan. dialek dan idiolek. 4. f. tidak mungkin dapat wujud satu penjelasan yang lengkap tentang sesuatu makna pada ujaran itu sekirannya para penutur yang terlibat atau konteks ujaran berkenaan dihasilkan tidak diberi perhatian langsung. mengkaji bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. membujuk dan menyampaikan perasaan. profil sosiolinguistik sesuatu masyarakat bahasa. Kesemua fungsi ini adalah perlu bagi kepentingan sosial antaranya adalah untuk mengeratkan hubungan. Repertoir bahasa. c. Mengkaji fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Oleh itu. menghubungkan faktor kebahasaan. tulisan ataupun isyarat.berbagai-bagai fungsi seperti menegur sapa. a. Kedwibahasaan dan kegandabahasaan. b. e.) g. entnografi bahasa dan sikap bahasa serta perancangan bahasa. dialek. d. Dalam bahasa. tumpuan sosiolinguistik adalah tentang penggunaan bahasa iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam masyarakat (Romaine). Bagi sosiolinguistik. dihasilkan dan difahami dalam sesuatu konteks tertentu. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi serta faktor sosial dan kebudayaan. sesuatu ujaran itu perlu wujud. Menurut P. bahasa dianggap sebagai alat komunikasi. Kemudian.0 BIDANG CAKUPAN SOSIOLINGUISTIK (KANDUNGAN SOSIOLINGUISTIK) Secara umum.

c. Kesetian terhadap bahasa.j. Kesantunan bahasa. kesantunan dan stereotaip m. pemilihan bahasa dalam komuniti multibahasa b. serta seks. g. . Bahasa dan kebudayaan. dialek daerah dan dialek sosial g. f. keetnikan dan jaringan sosial j. a. kelainan bahasa dan negara multibahasa d. Laras bahasa. a. gaya. di bawah ini adalah bidang-bidang yang terangkum dalam sosiolinguistik. pengekalan dan penganjakan atau pemindahan bahasa c. perubahan bahasa i. bahasa rasmi. Mansoer Pateda (1987) mengatakan Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek-aspek atau topik-topik seperti berikut. e. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. d.Perancangan bahasa. i. pijin dan kreol. b. kesantunan dan komunikasi merentas budaya l. Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan. variasi bahasa dan ragam bahasa. seks dan umur h. Interaksi sosiolinguistik. Mengikut Jane Holmes di dalam bukunya berjudul An Introduction to Sociolinguistics (1996). Sikap bahasa. Bahasa kebangsaan. keperihalan dan laras k. sikap bahasa dan penerapanya. bahasa kebangsaan dan perancangan bahasa f. fungsi pertuturan.

terdapat beberapa langkah yang perlu dikenal pasti untuk memastikan penjelasan yang diberikan itu mampu menerangkan hubungan antara bahasa dan masyarakat. konstruksi nahu. mengenal pasti pola atau pola-pola yang boleh . Akhir sekali. bagi sosiolinguistik pengajian dan pengkajian bahasa yang tidak memberi tumpuan langsung kepada konteks sosial yang dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk adalah dianggap kurang lengkap. ruang lingkup pengkajian sosiolnguistik tidak hanya kepada penggunaan bahasa tetapi aspek-aspek lain seperti implikasi hubungan timbal-balik antara bahasa dengan masyarakat.Bidang cakupan kajian sosiolinguistik adalah sangat luas dan banyak perkara yang dibahaskan di dalamnya mengikut penjelasan Nikolas Coupland dan Adam Jaworski yang telah memasukkan ke dalam buku mereka berjudul Sociolinguistics : A Reader and Coursebook (1998) seperti topik-topik yang berikut. jelaslah bahawa bidang atau topik-topik dalam pembahasan sosiolinguistik adalah begitu luas untuk dikaji. tugas utama bidang sosiolinguistik adalah untuk meneliti dengan jelas fenomena kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat iaitu dari dua aspek iaitu gaya bahasa atau linguistik (bentukbentuk bahasa yang berbeza-beza terdiri daripada bunyi. Fokus pengajian dan pengkajian sosilinguistik adalah dengan memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa. Dialektologi urban atau kajian variasi urban (urban dialectology or urban variation studies). Dengan itu. Berdasarkan senarai di atas. struktur perkataan. perkataan. a. Langkah pertama. Etnografi komunikasi (ethnography of communication) termasuk bahasa merentas budaya (language across cultures). Psikologi sosial bahasa (social psychology of language) terutama kajian tentang sikap terhadap varieti bahasa (attitudes towards language varieties). Sosiologi bahasa (sociology of language) termasuk kegandabahasaan (multilingualism).0 KAEDAH PENGAJIAN DAN PENGKAJIAN SOSIOLINGUISTIK Dalam kaedah pengajian dan pengkajian sosiolinguistik. atau bahasa-bahasa berlainan. b. c. bidang sosiolinguistik mengenal pasti dengan tepat kelainan bahasa yang wujud iaitu sama ada wujud pada tahap bunyi. latar atau fungsi interaksi yang menyebabkan para penutur sesuatu bahasa itu menggunakan satu bentuk bahasa tertentu dan bukannya satu bentuk bahasa lain. Ini kerana penggunaan bahasa dalam apa jua bentuk adalah berlaku dalam konteks sosial tertentu. dialek-dialek kepada satu bahasa. Justeru. kosa kata dan ayat atau nahu yang digunakan) dan konteks sosial (melibatkan faktor dimensi sosial yang memengaruhi pemilihan dan penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu). 5. mengenal pasti pelbagai faktor sosial atau sebab musabab bukan linguistik seperti peserta. Kemudian. d. khususnya dari segi kelainan bahasa. Oleh itu.

Kemudian bentuk-bentuk bahasa seperti ‘kawan bagi tahu’. khususnya masyarakat ekabahasa.1 Sosiolinguistik Dengan Sosiologi Sosiolinguistik menjadikan bahasa sebagai dasar kajiannya dan mengganggap struktur sosial mempengaruhi penggunaan pelbagai bentuk bahasa di kalangan masyarakat. ‘mangkuk hayun ‘. Langkah pertama. Oleh itu. harus memberi penjelasan tentang persoalan mengapa faktor-faktor sosial tertentu menyebabkan bentuk-bentuk bahasa tertentu. remaja lian yang tidak dikenali dan orang-orang dewasa yang dikenali serta orangorang dewasa yang tidak dikenali. ‘sure heboh’. Sosiologi ilmu yang mengkaji tentang masyarakat menyebabkan sosiolinguistik dalam kajiannya mengaitkan bahasa dengan masyarakat. ‘bodoh’. Dimensi sosial seperti jarak sosial. Di samping. seterusnya mengenal pasti faktor-faktor sosial yang menyebabkan remaja-remaja tersebut menggunakan bentuk-bentuk bahasa seperti ‘member sound’. penelitian penggunaan bahasa dalam kalangan remaja Melayu di Kajang. Maka. ‘best giler’. ‘hebat sekali’.membantu untuk memformulasikan penjelasan tentang mengapa ahli-ahli tertentu dalam sesebuah masyarakat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tertentu dalam konteks-konteks tertentu dan bentuk-bentuk bahasa lain dalam konteks-konteks lain. 6. Contohnya. ‘makan’ dan ‘tipu/bohong’ akan digunakan ketika bercakap dengan orang dewasa yang dikenali ataupun tidak dikenali. keformalan dan fungsi yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan faktor . hubungan antara sosiolunguistik dengan sosiologi sebenarnya bersifat bertimbalbalik kerana bahasa dan masyarakat mempengaruhi satu sam lain. tanpa disedari sememangnya terdapat perhubungan yang kompleks antara bahasa dan masyarakat.0 HUBUNGAN SOSIOLINGUSTIK DENGAN DISIPLIN ILMU LAIN 6. Hubungan timbal-balik bahasa dan masyarakat yang lebih tepat adalah kaitan antara bentuk-bentuk bahasa yang dipilih atau digunakan dengan konteks-konteks sosial yang mempengaruhi penggunaannya. ‘soru‘ dan ‘kencing‘ ketika bercakap dengan rakan-rakan remaja yang dikenali dan kadang-kadang ketika bercakap dengan remaja lain yang tidak dikenali. hendaklah mengemukakan beberapa soalan kepada orang ramai yang ditemui iaitu sama ada melaui cara temu bual ataupun soal selidik tentan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh para remaja tersebut ketika bercakap dengan rakan-rakan sebaya yang dikenali. Akhirnya. yakni dalam bentuk slaga seperti ‘ngam’ dan bukannya dalam bentuk biasa seperti ‘cocok/sesuai’ digunakan ketika bercakap sesama remaja. bentuk-bentuk bahasa yang berbeza dalam masyarakat ekabahsa juga didapati mempunyai pelbagai macam pengertian sosial. status. ‘cun habi’’. ‘cantik sungguh’. ‘lucu betul’. Setelah berjaya mengumpul maklumat tentang bentuk-bentuk bahasa. Selangor.

latar. emotions and desires. Ilmu sosiolinguistik sangat memerlukan pengetahuan tentang linguistik supaya kajian yang dilakukan tidak meninggal objek kajian utamanya. manakala bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi yang diberi pemerian secaar formal dan abstrak yang kadang-kadang kaku oleh linguistik. sosiolinguistik mengkaji kewujudan bahasa yang beragam (variasi pertuturan) dan didapati bahawa faktor di luar bahasa iaitu sosial mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu. Seperti yang diketahui bahawa sosiolinguistik salah satu daripada cabang ilmu linguistik maka sememangnya wujud perhubungan yang kompleks antara kedua-dua bidang tersebut. Bloch dan Trager (1942) pula mentakrifkan bahasa sebagai lambang yang sewenang-wenangnya untuk kumpulan manusia berhubung dan . Lazimnya. Ini bermakna dalam ilmu sosiolinguistik dan linguistik terdapat persamaaan dari segi memberi tumpuan atau fokus objek kajian adalah bahasa. Sosiolinguistik merupakan salah satu bidang ilmu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang bahasa dengan menghubungkan faktor sosiologi. bahasa itu sendiri sebagai alat komunikasi dalam proses sosialisasi. Dengan itu. Menurut Edward Sapir (1921) yang mengatakan bahasa sebagai ‘a purely human and non-instinctive method communicating ideas. makna (semantik) dan penggunaa (pragmatik) yang dipernyatakan dalam bentuk lisan (pertuturan) dan tulisan. struktur ayat (sintaksis). bahasa. 6. 6. by means of a system of voluntarily prodused symbols’ ( bahasa adalah semata-mata manusiawi dan kaedah tak inisiatif dalam menyampaikan gagasan. kata (morfologi). Bagi sosiologi pengertiannya telah dibahaskan. Noam Chomsky mengganggap bahawa bahasa adalah kebolehan inat penutur-penutur asli untuk mengetahui dan membentuk ayat yang gramatis dan sebagai ujaran sebenar yang dikeluarkan pada waktu tertentu.2 Sosiolinguistik dengan linguistik Sebagaimana yang telah dijelaskan. fungsi dan topik) yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih dan digunakan oleh seseorang.sosial (peserta. Linguistik mengkaji bahasa tabii manusia iaitu sebagai suatu sistem mujarad yang berstruktur dengan beberapa ciri seperti bunyi (fonologi).3 Sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa Sosiologi bahasa berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu sosiologi dan bahasa. perasaan dan kehendak dengan sarana-sarana sesuatu sistem simbol yang dikeluarkan secara sukarela). Ragam-ragam bahasa ini tercipta disebabkan terdapat perbezaan sosial di kalangan masyarakat. Ini bererti apa yang dikaji dalam linguistik menjadi dasar kepada sosiolinguistik untuk menunjukkan penggunaan bentuk bahasa yang dikaitkan dengan struktur sosial.

Dengan kata lain. W. sosiologi bahasa itu memberi tumpuan kepada semua topik yang berkaitan dengan organisasi sosial untuk tingkah laku bahasa. Berdasarkan definisi tersebut. . Sosiologi bahasa deskriptif berusaha menjawab persoalan seperti ‘siapa penutur (atau penulis)’. Ini bererti sosiologi bahasa deskriptif cuba mengemukakan norma-norma penggunaan bahasa atau pola penggunaan bahasa sosial serta tingkah laku dan sikap terhadap bahasa yang diterima umum untuk rangkaian sosial di kalangan masyarakat tertentu sama ada dalam kelompok besar mahupun yang kecil. memberi arahan dan nasihat. Joshua A. bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh ucapan berupa bentuk dan makna dengan fungsinya sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh kelompok masyarakat. kosa kata yang diguna. sesuatu bahasa itu mengandungi unsur-unsur fonologi. Contohnya. laras dan juga wacananya. sintaksis dan semantik. membetulkan kesalahan. bahasa digunakan untuk menyampaikan perasaan atau emosi. dan bukan sahaja meliputi penggunaan bahasa tetapi juga sikap bahasa dan tingkah laku yang nyata terhadap bahasa dan pengguna bahasa. iaitu ungkapan yang dibentuk. Ferdinand de Saussure (1857-1913) mendefinisikan bahasa sebagai sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. Dengan kata lain. dalam bahasa terdapat peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang diterima. mengucapkan terima kasih dan sebagainya.bekerjasama. ‘kepada siapa’ dan ‘bila’ serta ‘untuk apa’ atau dalam bahasa Inggeris ‘ Who speaks what language to whom and when and for what’. Manakala sosiologi bahasa menurut Haismurti Kridalaksana mentakrifkan sebagai cabang sosiologi yang mempelajari integrasi antara struktur bahasa dan struktur sosial dalam tingkah laku manusia. Menurut Joshua. Kesemua unsur ini adalah terangkum dalam tatabahasa. Nababan (1984) mengatakan bahawa bahasa adalah suatu sistem perisyratan (simiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan juga hubungan antara unsur tersebut. Antara unsur bahasa tersebut seperti fonem (unit terkecil dalam bahasa yang memebezakan makna) dan morfem (unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai makna) serta kata yang dibentuk daripada fonem dan morfem. Dengan itu. kemunculan bahasa dalam kalangan masyarakat pada dasarnya untuk menjadi asas perhubungan dalam menyampaikan maksud dan tujuan masingmasing. Fishman pula mendifinisikan Sosiologi bahasa adalah mengkaji interaksi di antara dua aspek tingkah laku manusia. Mengikut beliau. makna yang disepakati dan istilah yang digunakan hendaklah sesuai dengan konsep yang didukungnya. ‘bahasa apa (ragam bahasa apa)’. daripada kata tersebut dibentuk pula frasa atau klausa dan seterusnya ayat. sosiologi bahasa terbahagi kepada dua iaitu sosiologi bahasa deskriptif dan sosiologi bahasa dinamik. Kemudian. Ayat-ayat ini disusun secara horizontal atau sintagmatik iaitu berurutan dan juga secara vertical atau paradigmatik atau berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun. tanpa bahasa juga sesuatu tujuan atau maksud masih boleh disampaikan iaitu melalui isyarat dan gerak-geri namun cara sedemikian adalah kurang berkesan. iaitu penggunaan bahasa dengan organisasi sosial mengenai tingkah laku. P. morfologi. J.

Nasionalisme. j. Etnik dan minoriti bahasa. Selain itu. sosiologi bahasa merangkumi topik-topik seperti yang berikut . Bahasa dan ketidaksamaan masyarakat. Pengekalan bahasa dan penganjakan atau pemindahan bahasa. Perubahan masyarakat dan bahasa. e. masyarakat dan budaya. . Organisasi sosiobudaya (pembatasan bahasa dan refleksi bahasa. a. Mikro sosiolinguistik. Sosiologi bahasa interaksional (mikro dan makro).Sosiologi bahasa dinamik pula cuba menjawab persoalan seperti ‘apakah yang menyebabkan perubahan pada kadar yang berlainan dalam organisasi sosial tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa’. Bahasa. kolonialisme dan pertembungan budaya. d. Perbezaan masyarakat dan lingkungan repertoir. g. Masyarakat dwibahasa (stabil dan berinteraksi). b. f. c. e. Sosiologi bahasa juga cuba menerangkan mengapa dan bagaimana organisasi sosial tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa menjadi berlainan dalam rangkaian sosial atau masyarakat yang sama dalam dua keadaan yang berbeza. Fernando Penalosa dalam bukunya berjudul Introduction to the Sociology in Language (1981) telah menyenaraikan topik-topik yang berikut sebagai kandungan sosiologi bahasa. i. b. sosiologi bahasa turut menerangkan mengapa dan bagaimana perhubungan masyarakat yang sama pada suatu ketika boleh berubah menjadi organisasi sosial penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa yang agak berlainan. f. h. Sifat bahasa. Multilingualisme dan komuniti bahasa. c. Sosiologi bahasa gunaan. Kelainan Bahasa dan kepentingannya. d. Dasar bahasa dan pertentangan bahasa. a. Fishman (1991). Bagi Joshua A.

yang berbeza hanya penekannan. jelas dapat dibandingkan tentang persamaan yang wujud antara kandungan bidang sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa. c. Dengan kata lain hubungan antara bahasa dan masyarakat adalah bertimbal-balik iaitu kedua-duanya saling mempengaruhi satu sama lain. bahasa pijin dan kreol. ruang lingkup pengkajian kedua-dua bidang ini adalah sama dan bertindan. pemimjaman. kebudayaan dan pemikiran. diglosia. isoglos. Ahliahli bahasa mulai sedar bahawa tinjuan terhadap bahasa sebenarnya tidak dapat lari dan tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada masyarakat yang menuturnya. terdapat juga perbezaan di antara sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa . Berdasarkan senarai di atas. peneukaran kod. a. Bahasa dan ketidaksamaan masyarakat. dialek daerah dan dialek sosial. Bilingualisme dan multilingualisme g. d. Bahasa dan interaksi sosial. bahasa dan dialek. b. Justeru. Kajian kuantitatif bahasa. Bahasa. A. Kandungan sosiolinguistik dan sosiologi bahasa. . Manakala sosiologi bahasa pula ‘kajian berkenaan masyarakat dalam kaitannya dengan bahasa’ (the study of society in relation to language). Pengekalan dan penganjakan atau pemindahan. Jelas bahawa konsep bahasa dan masyarakat telah mewujudkan hubungan yang erat di antara keduadua bidang tersebut. Hudson (1983) mengatakan bahawa sosiolinguistik berkait rapat dengan sosiologi bahasa di mana kedua-duannya menggarap bidang yang bersamaan. f. Hudson (1983) adalah sebagai ‘pengkajian bahasa dalam kaitannya dengan masyarakat’ (the study of language in relation to society) dan penekanannya lebih kepada bahasa. Antaranya adalah seperti yang berikut. bahasa baku. percampuran kod. h.R. Sosiolinguistik seperti yang dikatakan oleh R. laras. e. antara lain adalah. Hal demikian kerana banyak perkara sama yang dibahaskan oleh kedua-dua bidang ini. Perancangan bahasa. Maka pengkajian sosiolinguistik dan sosiologi bahasa berkisar kepada bahasa dan masyarakat di mana kedua-dua aspek ini adalah saling berkaitan dan berhubungan. Kelainan-kelainan bahasa seperti komuniti bahasa. A. Walau bagaimanapun.

budaya ahli-ahli masyarakat terkandung dalam aspek bahasa. Contohnya. 2010.Jadual 2 Perbezaan di antara bidang sosiolinguistik dengan bidang sosiologi bahasa Sosiologi bahasa Cabang Ilmu sosiologi Matlamat kajian Mewujudkan interaksi antara struktur bahasa dan organisasi sosial dalam tingkah laku manusia Penekanan Penekanan kepada masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut (struktur dan tingkah laku bahasa mempengaruhi struktur sosial) Sifat kajian Kualitatif Kuantitatif (penggunaan bahasa oleh (mengemukakan tentang individu-individu dalam norma-norma penggunaan konteks sosial dan bahasa.5 Sosiolinguistik dengan Psikologi Chomsky (1972) mengatakan bahawa bahasa bukan semata-mata digunakan untuk berkomunikasi tetapi juga digunakan dalam fikiran manusia di mana menjadi tugas psikologistik (psikologi bahasa) untuk menemukan bagaimana pengetahuan tentang bahasa dilambangkan dalam otak seseorang penutur fasih. adatistiadat dan kepercayaan masa lampau masyarakat. 6. bagaimana maklumat ini digunakan dalam proses . hlmn 27-28 ) Sosiolinguistik Ilmu linguistik Menunjukkan hubungan yang sistematik wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial Penekanan utama adalah kepada aspek-aspek bahasa (penggunaan kepelbagaian bahasa) 6. persamaan bahasa yang sering digunakan dalam upacaraupacara adat.4 Sosiolinguistik dengan Antropologi Antroplogi adalah ilmu yang mengkaji tentang manusia khususnya dari aspek asal-usul. perkahwinan dan lain-lain. Hal ini telah dimanfaatkan oleh sosiolinguistik dengan mengkaji aspek bahasa dalam konteks kebudayaan di mana bahasa dan kebudayaan telah dimasukkan dalam ruang lingkup kajiannya. Dengan itu. tingkah laku dan sikap kebudayaan) terhadap bahasa) (Sumber : Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu . dalam sesebuah daerah terdapat persamaan dari segi bahasa yang dihubungkaitkan dengan keakraban budaya terdekat antara kelompok masyarakat. Bagi Antropologi.

interksi antara suami isteri di dalam rumah selalunya dalam dialek Melayu Kedah dengan gaya bersahaja (situasi tidak formal) manakala penggunaan Bahasa Melayu standard dengan gaya percakapan formal pula isteri selaku pengacara majlis menjemput suami sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk memberi ucapan pada Hari Penyampaian Hadiah. terdapat tahap perkembangan individu yang mempengaruhi kebahasaan penutur. Berikut adalah antara beberapa faktor sosial yang mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu.1 Peserta dalam sesebuah interaksi bahasa. Merujuk kepada pertanyaan tentang sesuatu maklumat atau menegur sapa ketika jiran mengajukan soalan seperti ‘dari mana’?. dan bagaimana pula penutur memperoleh kemampuan tersebut. 7. Contohnya. Dalam psikologi. ‘saya tidak mahu mendengar apa-apa aduan tentang awak lagi.4 Topik/tajuk interaksi. Merujuk kepada tempat di mana berlakunya interkasi bahasa tersebut. 7. Merujuk kepada siapa yang bercakap/penutur dan siapa yang diajak bercakap/pendengar. sama di rumah atau pejabat.0 SASARAN SOSIOLINGUISTIK Sasaran atau tumpuan utama sosiolingistik adalah kepada aspek penggunaan bahasa bervariasi dalam masyarakat khususnya gaya blinguistik dan konteks sosial. Misalnya. Contohnya. bahasa bukan gejala tunggal tetapi dipengaruhi oleh faktor kejiwaan penuturnya. 7. Ketepatan maklumat yang diberi dari segi nama tempat penting sekirannya fungsi interaksi tersebut adalah untuk mengetahui.penghasilan dan pemahaman pernyataan. Hal ini telah digunkan oleh sosiolinguistik sehingga muncul istilah variasi bahasa berdasarkan gender atau jantina bagi membezakan bahasa yang digunakan oleh orang lelaki dan wanita. orang lelaki mempunyai tahap kejiwaan atau pemikiran yang berbeza dengan wanita.3 Fungsi (tujuan interakasi diadakan). Ini bererti apa yang dituturkan oleh orang lelaki juga berbeza. Jadi. . Manakala sebarang jawapan tentang tempat yang mungkin tidak benar juga merupakan respons yang baik jika matlamat interaksi tersebut adalah untuk tujuan sosial seperti menegur sapa bagi mewujudkan keharmonian sosial dalam masyarakat. beberapa faktor dimensi sosial dianggap penting kerana berperanan besar dalam mewujudkan kelainan bahasa dalam masyarakat. 7.2 Latar/konteks sosial interaksi bahasa. 7. sebuah majlis rasmi. faham?’ (interkasi antara majikan sebagai pihak yang bercakap manakala pekerja sebagai yang diajak bercakap). Maka.

Merujuk kepada apa yang diperkatakan iaitu dalam mempengaruhi pemilihan/penggunaan bentuk bahasa yang tertentu. Misalnya. . penggunaan bahasa Melayu standard didapati lebih mudah dan cepat bagi kedua-duan suami isteri ini yang berbicara tentang undang-undang jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa Melayu kolokial atau bahasan. masih dikendalikan dalam Bhasa Melayu standard. Meskipun demikian. Namun. Walau bagaimanapun. bukan semua faktor tersebut mempengaruhi dalam sesebuah interaksi bahasa itu tetapi melalui satu atau gabungan beberapa faktor ini didapati mempunyai kesan terhadap penggunan bentuk-bentuk bahasa tertentu. interaksi tersebut masih boleh dilakukan dalam bahasa Melayu kolokial atau basahan kerana keadaan situasi adalah tidak formal bukannya ketika perbicaraan di mahkamah. perbincangan hal undang-undang oleh suami isteri yang keduaduanya merupakan peguam ketika bersantai di rumah selepas makan iaitu dalam situasi tidak formal. Ini kerana pasangan tersebut menerima pendidikan perundangan yang disampaikan dalam bahasa Melayu standard.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->