You are on page 1of 17

2.

PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT MORFOLOGI

ASPEK PENGGUNAAN PERKATAAN (MORFOLOGI)

Penggunaan Bahasa Istana Bahasa klasik juga lebih banyak menggunakan bahasa istana bagi terutama apabila hal yang diceritakan berkaitan dengan kisah raja-raja atau putera puteri. Menggunakan bahasa istana menunjukkan kesopanan berbahasa.

Contoh beberapa perkataan bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Langlang Buana :

Bahasa Melayu Klasik berpalis Mahligai Santap Murka

Maksud dalam Bahasa Melayu Moden Memalis / memandang ke arah lain kerana malu Istana tempat kediaman raja, permaisuri , puteri, putera bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja). keadaan murka / hal murka/ kemarahan.

2.2.2 Bentuk Kata Bentuk kata ialah unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ada empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Berdasarkan teks Hikayat Siak yang dipilih ini, didapati kebanyakan perkataan terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Kata ganda jarang digunakan. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, kebanyakan perkataan yang dibentuk berdasarkan empat bentuk kata sepertimana pembentukan bahasa melayu moden. (i) Bentuk Kata Tunggal Suku Kata Tunggal Satu suku kata Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku kata jin Peri, pohon, dayang, ghairat, titah, patik, murka Berahi, manikam, cemerlang, bicara, mahligai, cetera Hulubalang, biduanda,Dipertuan, mutiara, pusparagam Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Bentuk Kata Majmuk Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana Sukacita Tuan puteri Gurau senda Gemala hikmat Kata Ganda Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana Laki-laki Tertawa-tawa Matahari Tuan hamba Nyawa badan Madah syair

Dayang-dayang Biti-biti Sunyi-sunyi Berseru-seru

Kira-kira Berkata-kata Sekali-kali Indah-indah

2.3

PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses pembentukan kata melibatkan tiga bentuk kata iaitu kata terbitan, kata majmuk

dan kata ganda. Proses tersebut ialah proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, banyak perkataan yang digunakan terdiri daripada kata kerja, adjektif dan kata nama yang telah melalui proses pengimbuhan. 2.3.1 Proses Pengimbuhan Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif. Imbuhan pula terdiri daripada me-, men-, ber-, ter- dan di-. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana : (i) Imbuhan Awalan Awalan Kata Nama berpayung berpantun berbedak berlangir Awalan Kata Adjektif dihadap mencita beroleh berpalis Awalan Kata Kerja bersenda bergosok berbangkit bercetera Berdatang berperang

Terdapat banyak perkataan yang menggunakan imbuhan awalan tetapi perkataan tersebut adalah yang sama digunakan dalam bahasa Melayu moden. Perkataan berimbuhan di atas jarang digunakan dalam bahasa melayu moden tetapi selalu digunakan dalam bahasa melayu klasik. Berdasarkan perkataan yang ditemui, kebnayakan perkataan ditambah dengan imbuhan ber-.

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana : (a) ...patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung, bulan dipagar bintang...

(m.s36 b.5) (b) Maka Dang Siti Mengerna pun berangkat hidangan ke hadapan Raja Indera.... (m.s42 b.18)

(ii)

IMBUHAN AKHIRAN Imbuhan akhiran terbahagi kepada dua iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja.

Berdasarkan teks hikayat tersebut, didapati pengarang banyak menggunakan perkataan yang menggunakan imbuhan akhiran -kan dan an dalam penceritaannya. Berikut adalah contoh perkataan tersebut :

Akhiran Kata Nama (a) (b) masakan ribaan : Jika kakanda mati masakan adinda hidup. : (m.s46 b. 21)

maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang

Sendaya.... (m.s39 b.16) Akhiran Kata Kerja Tangkapkan 34) : Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu. (m.s45 b.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata adjektif yang diimbuhkan pada akhiran kata kerja. Hendakkan b.11) 2.3.2 Apitan Dalam Hikayat Siak ini, penggunaan perkataan yang mempunyai apitan me-...-kan dan di-.....-kan adalah yang paling banyak digunakan oleh pengarang. Dalam bahasa melayu moden, perkataan yang menggunakan apitan me-...-kan biasanya berdasarkan kata nama dan kata kerja. Namun, di dalam bahasa klasik, kata adjektif juga turut menggunakan imbuhan apitan tersebut. Contoh ayat dalam Hikayat Siak adalah seperti berikut : (i) Apitan Kata Kerja Ke-.....-an Ketiduran : ...rumah nenekku itu ada tempat ketiduran lelaki rupanya... (m.s37 b.14) : Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada.. (m.s36

Kemalu-maluan : (m.s42 b. 3)

Maka tuan puteri pun kemalu-maluan serta berpaling....

(i)

Apitan Kata Kerja Men-.....-Kan Mengembalikan : Setelah maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri.... (m.s41 p.2) (m/s 52 perenggan 3)

Seperti dalam bahasa moden, penambahan imbuhan men-....-kan ini adalah untuk menunjukkan perbuatan atau melakukan sesuatu. Manakala imbuhan kan pula jika pada bahasa moden adalah singkatan bagi kata tunggal akan. Perkataan mengembalikan pada contoh di atas menunjukkan maksud menukar diri kepada asal dan bukan untuk memulangkan sesuatu.

(ii)

Apitan Kata Nama Me-.....-Kan

Layar adalah satu kata nama. Namun, apabila layar diimbuhkan menjadi melayarkan, ia bermakna perbuatan melepaskan seseorang atau sesuatu berlayar di laut. Dalam bahasa moden, kata terbitan melayarkan ini selalu juga digunakan terutama sekali dalam puisi moden dan sebagai kata bantu kepada kata nama bahtera. Tiada frasa atau kata terbitan yang digunakan pada bahasa moden bagi menjelaskan perbuatan mengumpulkan orang kampung seperti yang digunakan dalam perkataan mengampungkan pada teks Hikayat Siak ini. Huruf k pada kampung dilenyapkan dan digantikan dengan diftong ng menjadi mengampungkan. Walau bagaimanapun, perkataan mengampungkan ini boleh disamakan dengan maksud ringkas mengumpul orang satu kampung. Namun, perkataan mengampungkan ini adalah jengkel digunakan dan tidak pernah digunakan dalam bahasa melayu moden.

(iii)

Apitan Kata Kerja Di-.....-Kan : Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta (m.s37 b.23)

Diiringkan

diiringkan oleh segala dayang-dayang.......

Didudukkan : Akan perinya didudukkan oleh Mantarisi Anta Kuasa

(m.s40 b. 2)

Perkataan diiringkan bermaksud diiringi atau diikuti. Dalam bahasa klasik tersebut, perbezaan imbuhan dengan bahasa melayu moden adalah dari segi penambahan imbuhan kan dan -i sebagai imbuhan akhiran. Dalam bahasa moden, proses pengimbuhan di-...-kan pada kata nama akan disusuli dengan unsur subjek atau objek dibelakang perkataan. Contohnya dipagarkan kawat besi, dipulaukan orang kampung, dianaktirikan bapanya. Manakala bagi frasa didayungkan pada teks hikayat di atas disambut perkataan oleh. Ia juga digunakan secara tunggal tanpa kehadiran subjek atau objek yang boleh menyokong maksud frasa. 2.1.1 Penggunaan Kosa kata Arab Pada masa bahasa klasik digunakan dalam penulisan, masih belum banyak penggunaan kosa kata Islam yang digunakan. Walaupun pada masa tersebut, Islam telah lama bertapak tetapi penulis lebih banyak meminjam kosa kata bahasa Arab yang mungkin belum ada istilah dalam bahasa melayu klasik yang telah wujud. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, contoh perkataan yang dipinjam daripada perkataan Arab ialah : (a) (b) (c) (d) ghairat khayal jin kalbu : : : : ...Tuan nescaya ghairat dalam di hati. ( m.s39 p.3 )

...serta khayal juga memujuk tuan puteri itu..... ( m.s44 p.2 ) ...tiada tertahan lagi tangkap jin berempat itu.... ( m.s45 p.3 ) ...janganlah merosakkan kalbu abang. ( m.s46 p.2 )

Penggunaan Kata Tunjuk (itu), Kata Penegas (-lah) dan Kata Hubung (dan) juga banyak digunakan dalam penceritaan Bahasa Melayu Klasik. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk itu sering digunakan berulang-ulang dalam Hikayat Langlang Buana.

Kata Tunjuk ( Itu ) Contoh ayat :

(a)

Maka bayan itu pun hinggap pada tangan tuan puteri itu. maka tuan puteri itu pun terlalu sukacitanya mendapat bayan itu. Maka tuan puteri pun terlalu sukacitanya

mendapat bayan itu. (m.s38 b.24) (b) Setelah sudah sangkar itu maka bayan itu pun dimasukkan ke dalam sangkarnya itu. setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu. (m.s40 p.2)

Kata Penegas Partikel atau kata penegas -lah dan -pun sangat kerap digunakan dalam teks bahasa melayu klasik. Penggunaanya juga sering diulang-ulang. Penggunaan yang sering diulang-ulang ini mungkin disebabkan pengarang atau pencerita ingin menceritakan kesinambungan ayat demi ayat yang diceritakannya. Selain itu, pengarang juga mungkin kurang kemahiran untuk mempelbagaikan ayat yang menarik.

Partikel ( -lah ) Kata penegas ini seakan sebati dengan penceritaan dalam teks bahasa klasik. Adakalanya partikel lah digunakan pada perkataan yang tidak memerlukan kehadiran partikel itu. Namun biasanya partikel lah digunakan bersama kata kerja selepas pangkal ayat maka. Contoh ayat :

(a) (b)

Maka inangda pun segeralah naik hendak menangkap bayan itu. (m.s38 b.6) Hai bayan, berceteralah engkau supaya kami dengar. (m.s39 b.8)

Partikel ( Pun ) (a) (b) (c) ...maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa.. Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya,..... Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera.... (m.s43 b.22) (m.s43 b.27) (m.s44 b. 20)

Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat sangat banyak digunakan dalam teks cerita klasik. Dalam teks Hikayat Langlang Buana ini, kata pangkal ayat Setelah itu sangat banyak digunakan terutama apabila menggunakan perenggan baru. Penggunaan kata pangkal ayat Setelah itu digunakan hampir pada setiap permulaan perenggan dalam Hikayat Langlang Buana ini. Ia seakan satu kemestian bagi setiap perenggan. Contoh pangkal ayat adalah seperti Hatta, Syahadan, Adapun, Maka dan Arakian. Kata pangkal Setelah itu, Maka dan Syahadan biasanya

digunakan bagi memulakan perenggan atau ayat. Pengulangan kata pangkal juga terdapat pada beberapa perenggan. Sedangkan dalam bahasa Melayu moden, kata pangkal Maka biasanya digunakan untuk menerangkan tindakan atau perbuatan yang akan dilakukan oleh watak dalam ayat sebelumnya manakala Setelah adalah untuk menunjukkan sesudah, sehabis, selepas. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana Setelah itu (a) (b) (c) Maka (a) Maka disuruh seorang lagi tiada juga tertangkap bayan itu. Maka tuan puteri pun berkata kepada dayang, Tangkap juga. Maka sembah dayang-sayang itu, Kalau-kalau tuanku sendiri gerangan dapat menagkap bayan itu. Maka tuan puteri pun tersenyum seraya naik dengan kain basahnya juga. (b) (m.s38 b. 19) Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu ......... Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri....... Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu................. (m.s37 p.1) (m.s37 p.2) (m.s37 p.3)

Maka nuri itu pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatanlah (m.s41 b.13)

rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. Syahadan (a) (b) Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga........ Syahadan dengan tempik soraknya maka dian pelita pun........

(m.s41 b. 15) (m.s44 b.1)

2.1.4 Dan (a)

Kata Hubung

Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. (m.s43 b.6)

(b)

Beberapa kata yang manis-manis dan beberapa pantun dan beberapa madah syair. (m.s44 b.27)

3.0

PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT SINTAKSIS

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden juga amat ketara daripada sudut sintaksis. Beberapa aspek struktur ayat telah dikenalpasti bagi meneliti perbezaan tersebut. Aspek struktur ayat tersebut ialah :

Rajah 2 : Aspek Struktur Ayat ( Sintaksis )

AYAT MELERET-LERET Ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik telah dikatakan meleret-leret, terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Maksud meleret-leret adalah beberapa ayat disambung-sambung dalam satu ayat walhal ayat itu boleh dipisahkan kepada beberapa ayat seterusnya. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana (a) Maka katanya kepada biduanda itu, Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. (m.s43 b.16)

(b)

Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian. (m.s47 b.5)

3.1

Ayat Songsang

3.1.1 Susunan Ayat Songsang Dalam bahasa Melayu moden, suatu frasa itu terdiri daripada subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan penegasan kepada predikat. Mengikut buku Tatabahasa Dewan, ayat boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan (Nik Safiah Karim et.al,1993:458). Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti berikut (ibid:458-461): i. ii. Pendepanan seluruh predikat Pendepanan sebahagian daripada predikat memberikan

Formula Pendepanan Predikat Bahasa Melayu i. Ayat Bahasa Melayu Moden A Johan B membuang sampah C ke dalam sungai itu.

ii.

Ayat Bahasa Melayu Klasik B Membuang sampah A Johan C ke dalam sungai itu.

B Membuang sampah C Ke dalam sungai itu

C ke dalam sungai itu A Johan

A Johan B membuang sampah.

3.2

Pendepanan Predikat

Ayat di atas dibina dalam susunan biasa, iaitu subjek mendahului predikat. Contoh dalam teks hikayat : Subjek Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi Predikat pun turun mandi

Apabila subjek berada di hadapan predikat, ia adalah untuk memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda. Pendepanan subjek dalam suatu ayat juga adalah biasa dalam bahasa moden. Perbezaan dengan pendepanan predikat bahasa melayu klasik adalah predikat yang menggunakan kata kerja sebagai subjek. Bahasa Melayu Klasik biasanya menggunakan pendepanan predikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku

penyongsangan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, didapati proses pendepanan predikat amat berleluasa. Proses pendepanan predikat ini adalah sama seperti penggunaan ayat pasif dalam bahasa melayu moden. Namun, perbezaan proses pendepanan antara bahasa melayu moden dan bahasa melayu klasik adalah sifatnya yang sentiasa menggunakan ayat pasif iaitu pendepanan predikat kata kerja yang hampir digunakan bagi setiap ayat. 3.2.1 Pendepanan Seluruh Predikat Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana 1: Contoh ayat pendepanan predikat dalam teks Hikayat Langlang Buana : Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden Predikat Sekarang orang mengepung Sekarang orang mengepung Subjek sudah banyak. terlalu ramai

Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Predikat Sudah mati kelak Apabila saya sudah mati

Subjek tuan kembali awak pulanglah.

Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Predikat Biarlah hilang Biarlah mati

Subjek abang seorang saya sendiri

Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas kah, tah, dan lah. Dalam hal ini proses pendepanan seluruh predikat adalah wajib. 3.2.2 (a) (b) Pendepanan Predikat Terdiri Daripada Predikat Kata Kerja hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan Bijaksana sekali anak raja ini. (m.s42 b.15) (m.s40 b.25)

3.2.5 Pendepanan Sebahagian daripada Predikat Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan, iaitu: i. Pendepanan frasa kerja ii. Pendepanan frasa adjektif iii. Pendepanan frasa nama

(i)

Pendepanan Frasa kerja Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata

kerja dengan objek atau kata Bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses pendepanan. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah : Pendepanan Kata Kerja Sahaja

Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Predikat (KK) Perinya bertemulah Pari-pari pun bertemu

Subjek dengan Tuan Puteri Candera dengan Tuan Puteri Candera

Pendepanan Kata Kerja dengan Objek Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden Predikat (KK) + objek dipersembahkannyalah perkataan dilaporkannya segala kata-kata Subjek segala menteri Menteri

Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Predikat (KK) + objek Tiada seorang pun melihat Tidak ada seorang pun yang melihat

Subjek dia dia

Pendepanan Frasa Adjektif Dalam ayat susunan biasa, adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek. Bahagian-bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata bantu dengan dengan kata adjektif. Contoh dalam teks Hikayat Siak ialah : Kata Adjektif sahaja Susunan Bahasa Melayu Klasik Kata adjektif Predikat (KA) merah padam Subjek muka baginda itu

KA + Kata Penguat Susunan Bahasa Melayu Klasik Predikat (KA) + Kata Penguat Bijaksana sekali Subjek Raja Indera Bumaya ini.

Pendepanan Frasa Nama Susunan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik Predikat (FA) ..di bawah mahligai tuan puteri itu di pohon kemunting Subjek kami dengar suara laki-laki.. tadi kami tangkap

Susunan Bahasa Melayu Klasik

Predikat (FA) anak celaka itu

Subjek memberi malu kita.

Frasa Sendi sebagai keterangan predikat Susunan Predikat (FS) + keterangan Subjek

Bahasa Melayu Klasik

Dilihat tuan puteri Di dalam hatinya Didengar oleh baginda

seorang laki-laki segala dayang-dayang dan inang pengasuh akan sembah biduanda itu

3.6

Ayat Pasif Terdapat ayat aktif dan ayat pasif. Kata kerja aktif digunakan dalam ayat aktif. Kata

kerja pasif digunakan dalam ayat pasif. Kata kerja aktif menggunakan imbuhan me-. Kata kerja pasif menggunakan imbuhan di-. Dalam ayat pasif, orang yang melakukan perbuatan itu ditulis dalam predikat ayat, manakala benda atau orang yang mengalami perbuatan itu ditulis dalam subjek ayat.

Konsep pasif menurut Asmah Haji Omar hanya dari segi kata kerja pasif dan dari segi susunan kata-kata yang membentuk ayat pasif. Dengan perkataan lain, ayat pasif dapat dikenali atau dikesani bukan sahaja dengan penggunaan kata kerja pasif, tetapi melalui binaan atau susunan ayat itu.

Menurut beliau lagi, susunan ayat-ayat pasif adalah seperti berikut: i. ii. Pelengkap Kata Kerja Subjek. Pelengkap Subjek Kata Kerja.

Tatabahasa Dewan (1993:467 471) telah menggolongkan ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena" a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini sesuatu ayat yang dalamnya terdapat kata kerja. Kata kerja itu mengandungi imbuhan awalan di- dan ter-.

Walau bagaimanapun, perbezaan ayat pasif yang terdapat dalam bahasa melayu klasik adalah daripada segi susunan : Kata kerja subjek - pelengkap Iaitu dimana kata kerja sebagai subjek pada ayat dan pelengkap sebagai predikat dalam ayat. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah :

Kata Kerja dijolok disuruh

Subjek oleh dayang-dayang itu oleh tuan puteri itu

Predikat hendak menangkap bayan itu. perbuatkan sangkarnya

3.3

Banyak menggunakan ayat pasif di- dan terPenggunaan ayat pasif Bahasa adalah selalu digunakan dalam penceritaan bahasa

melayu klasik. Lebih ketara apabila ditulis dalam teks penulisan. Kita akan dapat membezakan suati ayat itu adalah menggunakan bahasa melayu klasik atau bahasa melayu moden hanya dengan melihat struktur ayatnya. Contoh dalam Hikayat Langlang Buana : Kata Kerja setelah didengar Subjek oleh hulubalang suara orang ketawa maka dipegang setelah terjunjunglah oleh tangan baginda di atas batu tangan tuan puteri kepala kakanda Predikat di atas mahligai tuan puteri itu...

3.4

Unsur Pengulangan Kata Dalam Ayat

Dalam bahasa klasik, terdapat banyak unsur pengulangan dalam ayat. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengulangan ayat menyebabkan ayat itu meleret-leret. Contoh ayat dalam teks Hikayat Langlang Buana : (a) Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. (m.s43 b.25)

(b)

Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian. (m.s47 b.1)

Dalam penceritaan moden, api bernyala-nyala merah padam bunga seperti bunga raya adalah keterlaluan. Api yang bernyala sudah cukup menggambarkan punca kemarahan. Apabila pengarang menambah seperti bunga raya lagi, maka seakan-akan muka raja tersebut mengembang kerana terlalu marah. Pada ayat kedua, gambaran pengarang tentang perang tersebut diceritakan sekaligus. Kekeliruan boleh berlaku kerana ayat meleret-leret akan menyukarkan pembaca membayangkan suasana tersebut.

3.7

Ayat Majmuk Ayat majmuk dibina lebih daripada satu klausa. Ia mengandungi dua atau lebih ayat

ayat tunggal yang disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, didapati beberapa ayat yang menggunakan kata hubung bagi menjelaskan sesuatu maksud cerita. Oleh kerana bahasa melayu klasik masih belum diperluaskan lagi dengan kata hubung yang pelbagai, maka ayat majmuk yang dibina akan menggunakan tanda koma (,) sebagai ganti kata hubung. Contoh ayat (a) Setelah sudah santap, maka santap sirih di dalam puan serta bergurau dan bersenda dengan segala dayang-dayang inang pengasuh sekalian dan segala isi mahligai itu. (m.s42 p.2)

(b)

Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri.. (m.s41 p.2)

Dalam bahasa melayu klasik, penggunaan ayat majmuk sangat ketara dan hampir menguasai keseluruhan penceritaan. Berdasarakan teks klasik ini, penggunaan kata hubung atau, kecuali, tetapi amatlah sedikit dan mungkin tidak terdapat dalam ayat penceritaan. Ia adalah kerana pengarang banyak menggunakan tanda baca koma (,) bagi menjelaskan maksud ayat yang ingin dihubungkan.

Dalam penceritaan bahasa melayu moden, ayat tunggal dibina agar ayat tidak terlalu panjang dan meleret. Penggunaan ayat majmuk dalam bahasa melayu klasik sebenarnya adalah gabungan beberapa ayat tunggal dan boleh dicerakinkan tanpa bantuan kata hubung. Contoh lain ayat majmuk yang terdapat dalam teks Hikayat Langlang Buana : (a) Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. (m.s43 p.2)

(b)

Maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera

Bumaya maka dipegangnya oleh baginda tangan tuan puteri seraya berkata, (m.s4 b.13)

You might also like