You are on page 1of 2

Untuk membina tulang dan otot, kelenjar pituitari merembeskan hormon tumbesaran atau Growth Hormone.

Hormon ini boleh diperolehi dalam bentuk sintetik dan sering digunakan oleh atlet untuk meningkatkan kekuatan mereka dengan cepat. Bincangkan kesan sampingan pengambilan hormon tumbesaran sintetik ini dan cadangkan kaedah untuk meningkatkan aras hormon ini secara semula jadi. Hormon tumbesaran atau Growth Hormone adalah protein semulajadi yang

menggalakkan pembahagian sel. Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang bertindak mengawal pelepasan dan tahap hormon enzim serta lain-lain ke dalam darah. Dengan kesan dwi anabolik yang datang daripada peningkatan dalam sintesis protein, hormon akan menjana pertumbuhan sel, tulang, otot dan organ seluruh badan. Hormon pertumbuhan dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar pituary berperanan untuk membantu pertumbuhan dan menjaga vitalitas rangkaian serta organ. Dalam keadaan semulajadi, hormon pertumbuhan meningkatkan kekuatan otot secara yang lebih perlahan tetapi dengan manfaat yang banyak. Namun memang sudah menjadi resam, sesuatu yang semulajadi kadangkala sukar untuk diterima dan dipertahankan. Senario terkini memperlihatkan bahawa pengambilan hormon tumbesaran sintetik telah semakin berleluasa atas pelbagai alasan. Hormon tumbesaran sintetik didakwa mampu melambatkan atau menghentikan proses penuaan. Steroid anabolik pula digunakan oleh atlet profesional untuk mendapatkan kesan yang diinginkan bagi membina otot. Penggunaan steroid anabolik juga didakwa dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kekuatan prestasi hingga menyebabkan pengguna steroid anabolik mengabaikan kesan bahaya disebabkan oleh bahan ini. Sebenarnya, terdapat cara yang selamat untuk meningkatkan aras hormon ini tanpa perlu bergantung kepada pengambilan hormon tumbesaran sintetik. Menurut kajian, melalui senaman, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) ke dalam sistem tubuh kita. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita. Di samping itu, jauhkanlah pengambilan karbohidrat yang tinggi yang terbukti dapat menghalang perembesan HGH. Sebaliknya, amalkanlah pengambilan makanan ringan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat

sebelum tidur kerana ia akan dapat membantu dalam pengeluaran HGH. Peliharalah masa tidur kerana sebahagian besar pengeluaran hormon pertumbuhan (HGH) umumnya terjadi semasa tidur. Terima kasih.

You might also like