You are on page 1of 54

DRS.

KHALID BIN JONIT


PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 1 : KONSEP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1. Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak.


Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin
menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu
difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal
kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran

Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsep


prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialah
semua yang dipelajari oleh kanak-kanak.

Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.


Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atau
hukum dalam mendidik kanak-kanak adalah:

• Belajar melalui bermain


• Naluri ingin tahu

1
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Perkembangan menyeluruh
• Penerapan nilai murni
• Kreativiti
• Kecerdasan pelbagai

2. Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu
belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat
merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,
menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan
berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:

• menggalakkan perkembangan kognitif

• menggalakkan perkembangan fizikal

• menggalakkan kestabilan emosi

• menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial


• menggalakkan perkembangan bahasa
• menggalakkan kreativiti
• memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

3. Merangsang Naluri Ingin Tahu

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka
sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara
abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami
sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat,
mendengar, menyentuh merasa dan bau.

2
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

• Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek

• Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria.

• Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?”

• Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku.

• Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”

• Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat

• Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri
sesuatu maklumat dengan cara berikut:

• Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang


kaya dengan bahan.
• Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian
pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai.
• Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat
lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil.
• Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah

• Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan


masalah tidak sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan
kadar yang berbeza-beza. Oleh itu mereka mungkin tidak faham sepenuhnya
sesuatu konsep yang diajar.
• Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka
• Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa
proses pembelajaran.
• Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau
menjemput penceramah.
• Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan
kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

3
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

4. Perkembangan Menyeluruh

Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua
bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara
menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanak-
kanak.

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi


perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu
aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting.
Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif.

Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara
menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan
sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan
tidak terpisah.

5. Penerapan Nilai Murni

Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16
nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah
ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya.

Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukan


insan seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain
itu, aspek penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlak
mulia. Menurut ahli falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilai-
nilai murni adalah di peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudah
menerima sesuatu yang diajar, dilhat dan didengar.

4
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak
bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi
oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu:

• melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian


• merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung
ataupun dikaitkan dengan topik tertentu.
• melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.

5. Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya
imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada
manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu:

• Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan


a. kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk
merangsangkan kreativiti ialah seni.
b. kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina
dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.
• Ciri-ciri seseorang kreatif
a. kebolehan menghadapi risiko
b. berdikari
c. berkeyakinan mencuba
d. kesanggupan menahan ketegangan

5.1 Peranan guru membina kreativiti

Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi


motivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru

5
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu
guru perlulah bersikap positif seperti:

• Menghargai idea dan soalan kanak-kanak.


• Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita.
• Memberikan komen yang ikhlas.
• Memahami kanak-kanak.

• Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka.

• Mewujudkan suasana menggalakkan.


• Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah
diperolehi dan selamat digunakan.
• Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul
semasa hendak menggunakan alat-alat.
• Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain.

5.2 Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan

• Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk
merangsangkan kreativiti ialah seni.
• Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina jika
kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.

5.3 Ciri-ciri seorang yang kreatif

• Kebolehan menghadapi risiko


• Berdikari
• Berkeyakinan mencuba
• kesanggupan menahan ketegangan

6. Kecerdasan Pelbagai

6
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan
perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan
melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya
dengan bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Perlulah dikenalpasti kekuatan kanak-
kanak bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan
lebih berjaya. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan
bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.

Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan,


kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang
dihargai oleh sesuatu budaya. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh
kebolehan mental yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan.

Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti
kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya :

6.1. Kecerdasan Verbal - Linguistik

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau
tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan
dengan baik dan sempurna.

Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif,


bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka
dan bercerita.

6.2 Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan,


sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara
heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi,
perhitungan dan pengujian hipotesis.

7
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan
sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

6.3 Kecerdasan Fizikal - Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan


dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan
perasaan.

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
pemain sukan dan seni pertahanan diri.

6.4 Kecerdasan Visual - Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan


terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta
gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang.

6.5 Kecerdasan Muzikal-Ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui


muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan
suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan
drama lagu.

6.6 Kecerdasan Intrapersonal

8
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai
gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri
dan jati diri.

Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap
tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

6.7 Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan


kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda
tersebut.

Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi
maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

6.8 Kecerdasan Naturalis

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan
kebolehan memerhati, memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran
semulajadi.

3. Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran

Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, kognitif dan sosial. Setiap aspek
perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur.
Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak. Pendidik perlu
mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan
amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan
pengajaran.

9
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak memberi gambaran keupayaan kanak-
kanak dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Keupayaan kanak-kanak adalah
berbeza mengikut peringkat umur. Perancangan kurikulum yang berkualiti perlu
bersandarkan kesesuaian umur kanak-kanak sebagai garis panduan untuk
menentukan matlamat kurikulum yang akan dicapai.

Jadual 1.1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak dari aspek


fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Aspek yang disenaraikan adalah garis panduan
secara umum mengikut peringkat umur.

Jadual 1.1: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan Fizikal
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Memegang, duduk, berdiri, berlari
3 tahun Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar, motor halus dan aspek
keupayaan kendiri.
4 tahun Menguasai pergerakan asas seperti memanjat, berbuai di buaian, melompat objek,
menggelak halangan semasa berlari, menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'.

5 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor
halus.
6 tahun Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap, kemahiran motor yang cekap.

Perkembangan Bahasa
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Boleh memahami arahan mudah, menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih.

3 tahun Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. Bahasa sebagai alat untuk
bersosial dan keperluan kongnitif.
4 tahun Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa.Bermain dengan bahasa dan sering
menguji untuk latihan keyakinan diri. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi.

5 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak, komplek, struktur ayat jelas dan
tatabahasanya betul dan sebutan yang baik.
6 tahun Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran
bahasa.
Perkembangan Kognitif
Umur Kesediaan Pembeiajaran

10
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
2 tahun Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas)
3 tahun Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya.
4 tahun Kreatif dan bijak, tersentuh dengan deria humor
5 tahun Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut
kesesuaiannya.
6 tahun Berfikiran logik dan bersistematik, boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain

Perkembangan Sosial
Umur Kesediaan Pembeiajaran
2 tahun Memulakan kemahiran sosial, tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama
3 tahun Menghadapi masalah bersosial, belum memahami giliran dan berkongsi mainan.
4 tahun Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama.
5 tahun Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan, bergilir dan main bersama.
6 tahun Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya
jantina yang sama)

4. Kelebihan, Minat dan Keperluan Individu

Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu dapat
dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluannya. Setiap kanak-kanak secara
individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri.
Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang
berbeza antara satu sama lain. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal
terhadap kanak- kanak sebagai individu. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi
mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian.
Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang
berusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan
8 tahun dari segi kesediaan belajar. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanak-
kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak
dan keselesaannya adalah digalakkan.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat dan keperluan secara individu. Mereka


belajar sepanjang masa walau pun pembelajarannya tidak mengikut seperti yang
dinyatakan di dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Kadangkala terdapat seseorang
kanak-kanak belajar lebih cepat daripada kanak-kanak lain tentang sesuatu perkara yang
diminatinya. Manakala kanak-kanak lain lebih cepat belajar secara berkumpulan. Apabila
kanak-kanak meningkat usianya mereka sudah memahami batasan keupayaan dirinya.

11
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pendidik dalam melaksanakan kurikulum di kelas
prasekolah.

5. Perkaitan Sosial dan Budaya

Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak. Latar keluarga
memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke
tadika. Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu
keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. Kebanyakan kanak-kanak
didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang
tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya.

Latar belakang sosial dan budaya mempengaruhi gaya pembelajaran kanak-kanak.


Pembelajarannya dan pembentukan keyakinan dirinya yang diperolehi menerusi
pengalamannya bersama keluarga. Pengaruh keluarga dan keyakinan dirinya dibawa ke
dalam kelas prasekolah. Kanak-kanak merasakan satu penghargaan apabila guru atau
pendidik menghormati nilai budaya keluarga, keyakinan dirinya yang dibentuk oleh
keluarga dan kemahirannya. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanak-
kanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak.

TOPIK 2 : PRINSIP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1. Pengenalan

Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu
perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud, hukum
atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat

12
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Bagaimanapun prinsip-prinsip
asas yang perlu diberi perhatian adalah:
• Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
• Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
• Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak

2. Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Semestinya guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak dan


menyesuaikan aspek ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah.
Guru perlu mendekati kanak-kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satu
kumpulan. Mereka juga perlu dilayan dengan rasa saling hormat-menghormati, faham-
memahami dan percaya pada kemampuan dan kebolehan kanak-kanak untuk berubah.

Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah:


• Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.
• Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard
• Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada
dalam dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain
(intrapersonal).
• Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-
kanak.

2.1 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh

Perkembangan estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal adalah saling berkait. tidak
ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling
penting. Oleh itu, dalam program prasekolah, fokus guru adalah kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh.

Berdasarkan prinsip ini, masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja
diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Contohnya, kanak-kanak
yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat
perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi.

13
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Oleh itu, pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program prasekolah


adalah penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tidak
terpisah.

2.1.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

• Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan


kanak-kanak.
• Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu
perkembangan kanak-kanak.
• Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek
kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting.
• Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal
ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan
tanggungjawab.

2.2 Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard

Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasa


mengikut atruran tertentu. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corak
perkembangan yang sama, iaitu meliputi semua aspek perkembangan. Urutan standard
didapati berkait dengan pergerakan. Contohnya, untuk bergerak dari satu tempat ke
satu tempat yang lain, bayin bermula dengan mengakat kepala, kemudian duduk, berdiri
dengan bantuan, diikuti dengan berjalan dan seterusnya berlari.

Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas,
sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahan-
lahan kepada pengulangan pergerakan, membentuk saripada satu huruf kepada
perkataan dan seterusnya.

14
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. Seseorang kanak-kanak memerlukan
sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku.
Kanak-kanak mungkin bergerak ke depan atau ke belakang sedikit, dank e depan
semula. Kanak-kanak yang lain pula mungkin tidak mengikut urutan sedemikian kerana
tidak sesuai dengan keadaannya,

2.2.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

• Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik


mengenalpasti pelbagai urutan standard.
• Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakan
bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasi
yang sesuai untuk individu.
• Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutan
standard tertentu seperti yang berkaitan dengan mengeja, mengenal nombor dan
menulis.
• kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka
memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana
amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak

2.3 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Setiap kanak-


kanak tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada dua
aspek, intrapersonal iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain.

Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang
peringkat awal kanak-kanak. Sebagai contoh, peringkat bayi adalah peringkat
pembesaran yang paling cepat. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat, tetapi
apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, perkembangan fizikal agak lambat
berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat. Hal ini
adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.Kepelbagaian aspek intrapersonal
dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. Bagaimanapun
ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan.

15
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Kepelbagaian interpersonal juga berlaku. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutan
standard adalah berbeza. Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyai
tingkahlaku dan pemahaman yang berbeza. Kepelbagaian ini adalah normal dan
perbezaan boleh didapati merentasi semua aspek perkembangan.

2.3.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

• Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh


berbeza-beza.
• Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja
sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh.
• Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah laku
individu daipada pelbagai aspek perkembangan. Guru atau pendidik
menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran individu dan bukan mengajar
semua kanak-kanak perkara yang sama dengan menggunakan cara yang sama
pada masa yang sama.
• Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti
mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding
dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak
dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu
dalam kumpulan.
• Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Kanak-kanak tidak boleh dilabel
sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam
kumpulan.
• Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu
objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk
mengalami kejayaan.

2.4 Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-


kanak

Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahan-


perubahan yang penting. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksi
yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta

16
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini kanak-kanak
lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif berbanding
dengan masa-masa lain.

Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada


ketika ini, agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi.

Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkan


kemahiran motor asas seperti menangkap, membaling, melompat dan berlari. Kanak-
kanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih
kompleks. pada tahap ini, kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan
sanggup menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan
kemahiran mereka.

Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadi


kurang sanggup memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada
masa akan datang, iaitu di sekolah rendah. Pada pertengahan sekolah rendah, kanak-
kanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya.
Kekurangan kemahiran dan kesanggpan, membentuk satu halangan yang
menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan
permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat.
Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk
kanak-kanak mencapai kecekapan motor, Dengan itu, sikap dan kemahiran asas kanak-
kanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan.

2.4.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

• Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanak


menunjukkan program pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yang
meliputi cara-cara yang menggalakkan perkambangan kanak-kanak.
• Guru seharusnya berupaya menjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuk
tahun-yahun awal kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspek
perkembangan.

17
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
3. Prinsip-prinsip Pembelajaran Kanak-kanak

• Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif


• Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan.
• Kanak-kanak berbeza latar belakang dan individu.
• Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
• Kanak-kanak belajar melalui semua deria.
• kanak-kanak belajar melalui pengalaman fizikal, interaksi, sosial dan refleksi.
• Stail pembelajaran kanak-kanak berbeza.
• Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi dan pandangan di
peringkat awal.
• Kecerdasan pelbagai perlu digalakkan.

4. Prinsip-prinsip Arah Perkembangan Pembelajaran Kanak-


kanak

Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka.


Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. Prinsip-
prinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun
keluar. Contohnya, proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada
atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar.

Oleh itu apabila bayi dilahirkan, kepalanya adalah lebih besar daripada badan. Bahagian
kepala mempunyai otak, iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang
lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. Bayi dapat mengawal kepala
dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Begitu juga dengan jantung dan
organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya, sedangkan
koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah
jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. Perubahan ini mempengaruhi
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan
sekolah rendah.

Arah perkembangan pembelajaran bergerak daripada:

18
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• mudah kepada susah


• tahu kepada tidak tahu
• diri sendiri kepada orang lain
• menyeluruh kepada bahagian
• konkrit kepada abstrak
• menyelidik atau menjelajah kepada mempunyai tujuan
• kurang tepat kepada lebih tepat.
• desakan kepada terkawal.

TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN


DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK

1. PENGENALAN
19
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah satu amalan
dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan,
bakat dan minat murid.

2. Prinsip ABP
• Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait dan
mempengaruhi antara satu samalian.
• Perkembangan berlaku mengikut urutan.
• Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza
• Perkembangan adalah berterusan
• Perkembangan adalah berperingkat-peringkat
• Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran
• Kanak-kanak adalah pelajar aktif
• Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak
• Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar
• Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
• Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak

2.1 Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomoto saling berkait dan
mempengaruhi antara satu sama lain.

Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang
saling berkitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan
mempengaruhi perkembangan dalam domain lain.

Implikasi
Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan
perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.

2.2 Perkembangan berlaku mengikut urutan.

20
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh
kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

Implikasi
Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk
memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

2.3 Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza

Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat,
keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan
latar belakang keluarga. Guru harus menerima keadaan murid ini dan
menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka.

Implikasi
Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan
mereka.

2.4 Perkembangan adalah berterusan

Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada


perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.

Implikasi
Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid, dan merancang aktiviti
yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna.

2.5 Perkembangan adalah berperingkat-peringkat.

Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah


yang lebih komplek.

Implikasi

21
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti
membina, melkis, bermain peranan , berbual dan melakar.

2.6 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran

Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku
dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat
setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Implikasi
Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan
kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta
menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke
peringkat optima.

2.7 Kanak-kanak adalah pelajar aktif

Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami perekitaran dunia mereka


darpada pengalaman di rumah, di tadika dan dalam komuniti.

Implikasi
Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk
membantu murid memahami dunia mereka.

2.8 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak

Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan
perkembangan sosial, emosi, rohani, dan kognitif seseorang kanak-kanak.

Implikasi
Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti
berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan
ke peringkat yang optimum.

22
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
2.9 Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar

Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka


diberi peluang untuk melatih kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang baru atau
menjalankan aktiviti yang kebih mencabar.

Implikasi
Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda
murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran
mereka.

2.10 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran

Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu
daripada pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menunjukkan pelbagai
gaya pembelajaran seperti visual, auditori atau kinestetik.

Implikasi
Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan
kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.

2.11 Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-


kanak

Perkembangan dan pemgalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik


dalam kontek komuniti di mana mereka berasa selamat, dihargai dan keperluan
dipenuhi.

Implikasi
Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan,
kesihatan dan keselamatan murid.
3. Penutup

23
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Pelaksanaan ABP adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan
diri, kebolehan, kekuatan, keperluan, bakat dan minat di kalangan murid-murid.

TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
24
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

1. PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri, keperluan,
kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Oleh sebab murid merupakan
adalah pembelajar yang aktif, guru perlu menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit
dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara
teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kummpulan ataupun
secara individu

2. PENDEKATAN

Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran


dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu :

• Pendekatan Belajar Melalui Bermain


• Pendekatan Bertema
• Pendekatan Bersepadu
• Penggunaan ICT dalam pembelajaran

2.1 Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif, suasana yang
mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui
bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan, penemuan
dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.

25
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif,
keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar
dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.
Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut:

• aktiviti yang menggembirakan


• penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
• permainan bebas dan terancang
• kelonggaran masa
• percubaan idea sendiri
• peluang memberi tumpuan dan perhatian

Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori atau deria seperti
pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan
satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan
terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.

• Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka


bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi main. Tanggapan
main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main bagi
orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main sebagai
profesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-
kanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial
dan kognitif.

2.1.2 Teori-teori main

• Teori Tenaga Berlebihan


Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan
boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu
kesihatan mereka

26
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Teori Relaxation
Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan moden
menyebabkan manusia mengalami tekanan. Permainan perlu untuk melegakan
dan mengganti tenaga.

• Teori Instinct
Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah
kedewasaan. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan
latihan membantu mencapai kematangan.

• Teori Psikodinamik
Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan
membawanya ke peringkat sedar.

• Teori Perkembangan Kognitif


Dilihat dari sudut intelek, aktivitimain tidak terhad. Main menjadi latihan
berimaginasi dan menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran
serta membantu perkembangan kognitif.

2.1.3 Konsep belajar melalui bermain

• Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid


melahirkan perasaan.

• Murid dapat meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau


kemahiran.

• Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian

• Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor.

• Bebas, terancang dan selamat.

2.1.4 Kepentingan main dan permainan

27
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri,
menyeronokkan dan berorientasikan proses. Ini bermakna aspek di luar masa,
penggunaan bahan dan peralatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan
yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua
berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi
manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.

Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau


makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Di sebaliknya kanak-kanak yang
bertanding untuk membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-
kanak yang disuruh menggunakan bongkah berwarna merah sahaja masih dianggap
bukan bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan warna pada lakarannya
tidak dianggap bermain. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa.
Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Kanak-kanak
akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosial
atau kognitif.

2.1.5 Peringkat perkembangan main

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-
kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang
peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu:

(a) Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)

Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau
mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-
kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai
sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan
rujukan.

Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

•perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) - kanak-kanak bergerak di


kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;

•main sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian, tidak

28
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;

•main pemerhatian (onlooker play) - kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-


kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

•main selari (parallel play)

•main asosiatif (associative play) - kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-


kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam
aktivitimain; dan

•main koperatif (cooperative play) - kanak-kanak ini bermain dalam bentuk


sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

(b) Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968)

Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat
aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat
meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-
kanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri. Pandangan
Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada
pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.

Kategori main mengikut Smilansky:

•main berfungsi (functional play) - kanak-kanak ini bermain menggunakan


motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh
dibuat dengan objek berkenaan;

•main konstruktif (constructive play) - kanak-kanak ini bermain melibatkan


mencipta sesuatu objek;

•main dramatika (dramatic play) - kanak-kanak ini menggunakan objek mainan


untuk menggantikan sesuatu imaginasi; dan

•main dengan peraturan (games with rules) - kanak-kanak ini bermain


melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam
permainan.

29
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
(c) Permainan Bebas

Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal
dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. Dengan itu


kanak-kanak tersebut mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa
menjalankan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang
disediakan.

(d) Permainan lakonan atau olok-olok

Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan


watak-watak dalam permainan tersebut. Permainan ini melibatkan peristiwa harian
yang benar dan realistik. Ia juga melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

(d) Permainan luar

Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan


terkawal. Alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air,
terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan
menggembirakan.

Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa


konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan
serta konsep banyak dan sedikit. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar,
mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana dan hormat-
menghormati.

Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil, otot besar, koordinasi
tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti.

2.1.6 Main dalam pembelajaran kanak-kanak

30
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajaran
kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semula
konsep menerusi main dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep
yang ingin diketahui. Di dalam kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun
kanak-kanak bermain untuk membina konsep. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
menyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. Rajah 1.3 menunjukkan
contoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-murid
membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman.

Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara
objek dan peristiwa, membanding dan membezakan. Contohnya untuk meletakkan
sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. Kanak-kanak perlu membina persamaan
antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Contoh yang lain seorang kanak-
kanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut
pembelajaran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap.
Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan ini
menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini
dan gelas yang baru dilihatnya.

Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence).
Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakala
kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek.

Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Dia
tidak dapat membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi
contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua
objek untuk disesuaikan.

Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa,
antara objek yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk memahami penemuan
oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah.

Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Setiap perubahan melibatkan


tempat permulaan dan tempat berakhir. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan
dan tempat berakhir. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepada
warna merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Jika kanak-kanak
ingin mengubahnya ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air

31
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
menjadi merah. Mungkin mereka boleh menggunakan kain menapis warna atau pun
menambah air ke dalam bekas.

Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang
perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun. Secara umum enam aras perkembangan kognitif
yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut:

(a) tahap berbeza sepenuhnya;


(b) tahap penolakan
(c) tahap darjah berhati-hati;
(d) tahap kepelbagaian;
(e) tahap fungsi; dan
(f) tahap dapatan sebenar.

Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap
sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan. Guru menyediakan persekitaran dan
bahan/peralatan pembelajaran. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan
konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. Peranan guru sebagai
pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu
konsep.

Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada:

(a) main pilihan sendiri - guru menyediakan peralatan permainan di sudut-


sudut tertentu untuk dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin
atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula; dan.

(b) main terancang - guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur


main dalam aktiviti pembelajaran. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai
alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main.

Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak. Kanak-


kanak belajar menerusi main. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanak-
kanak belajar. Main dalam konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu proses
pembelajaran secara keseluruhan. Kenyataan yang mengatakan 'bermain sambil belajar'
atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan konsep pembelajaran kanak-kanak
yang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-kanak. Setiap program,

32
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
model, pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati keseluruhan
pembelajaran kanak-kanak.

2.1.7 Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain

Sebelum mekasanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

• Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan.


• Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid
• Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
• Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi
• Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

2.1.8 Faedah pendekatan belajar melalui bermain

Melalui main sambil belajar, murid-murid boleh:

• Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih


spasifik.
• Meningkatkan keupayaan kognitif.
• Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
• Meningkatkan kemahian emosi
• Mengukuhkan perkembangan fizikal
• Menguasai kemahiran manipulatif
• Melahir dan menyatakan perasaan

2.2 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu


topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar
belakang murid.

33
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran bertutur, membac, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial.
Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan pengetahuan
melalui tema yang dipilih.

Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka
untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.
Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam
ruang lingkup yang lebih luas.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum
memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-
kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan
mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang


sama, sebagai contoh haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang
yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk
mendalami topik. Tema boleh diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran.

Namakan Bunyi

Menyanyikan HAIWAN Membilang

34
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
lagu “cicak” haiwan di
rumah

Melukis haiwan
di ladang

2.2.1 Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema

Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut:

• Boleh merentas semua komponen


• Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid
• Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa
• Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
• Guru berminat terhadap tema yang dipilih
• Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar

2.2.2 Kepentingan pendekatan bertema

• Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan


pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.
• Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti
dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan
menyeluruh.

2.2.3 Pelaksanaan pendekatan bertema

Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu:

• Mengenalpasti tema yang hendak digunakan

35
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Menjana idea berkaitan tema
• Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan
dengan tema
• Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan
tema
• merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran
supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema.

2.3 Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam


kehidupan sebenar, sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya
sesuatu yang terpisah-pisah. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan
bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza.

Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran dan


pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti
pembeajaran. Selain daripada kesepaduan antara komponen, pendekatan ini
melibatkan juga kesepaduan antara:

• Beberapa kemahiran
• Kemahiran dan nilai murni
• Aktiviti dalam kelas dan luar kelas
• Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
• Pelbagai kaedah dan teknik

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang :

• Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat


dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.
• Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam.

• Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar.


• Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti

36
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi
• Meningkatkan nilai murni

Pendekatan bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. Guru perlu


menggunakan pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ilmu pengetahuan yang dipelajari mesti diamalkan. Pengajaran dan
pembelajaran adalah tidak formal. Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti secara aktif.
Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat
merangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Kanak-kanak memperoleh ilmu,
konsep, kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain.

Contohnya dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti
kasar, halus, konsep seperti kering dan basah, kemahiran membina timbunan pasir
mengikut urutan menaik ataupun menurun, serta memupuk nilai murni seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan berdisipli. Pendekatan bersepadu boleh
menggabungkan beberapa kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis
atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perlu


dikuasai oleh murid. Merujuk jadual di bawah, hasil pembelajaran adalah kemahiran
membaca dan hasil pembelajaran adalah menulis.

Topik Komponen Kandungan Hasil Aktiviti/Peralatan


Pembelajaran
Abjad Bahasa Melayu 3.1 Mengenal 3.2.3 Mengenal Membaca abjad
bentuk huruf bentuk huruf dan menulis
kecil dan huruf abjad.
besar Poster huruf
4.1 Membina 4.1.4 Menulis
kecil dan huruf
kemahiran menulis huruf mengikut
besar
cara yang betul
2.3.1 Pendekatan bersepadu melibatkan

• Kesepaduan antara komponen


• Kesepaduan kemahiran dan nilai murni

37
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
• Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid
• Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

2.4 Penggunaan ICT dalam pembelajaran

Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana


ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang
berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu. Murid boleh menggunakan
computer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan
memperolehi pembelajaran.

Pendekatan ini digunakan untuk :

• Membantu proses pengajaran dan pembelajaran


• Memperoleh maklumat
• Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya
• Memperkayakan pengalaman pembelajaran

2.4.1 Kepentingan penggunaan ICT

• Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.


• ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini
• Boleh dijadikan bahan bantu mengajar
• Boleh diprogramkan dengan perisian khas
• Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.
• Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
• Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat

2.4.2 Prinsip-prinsip penggunaan ICT

38
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Kesesuaian umur
• Kepentingan
• Kawalan kanak-kanak
• Arahan jelas
• Penggunaan berdikari
• Tanpa keganasan
• Berorientasikan proses
• model yang sebenar
• Ciri-ciri teknikal
• Boleh ditranformasikan
• Kepelbagaian bahasa

39
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH

1. PENGENALAN
Di bawah konteks pendidikan, teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru
yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah


untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin
tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2. Tunjuk cara
Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di
hadapan murid. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.

2.1 Prinsip-prinsip tunjuk cara


Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut

2.1.1 Sebelum demontrasi


a) Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk
cara terlebih dahulu.
b) Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah
demonstrasi yang ditentukan.
c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua
murid dapat menyaksikannya dengan jelas.
d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat, atau bahan yang
meungkin boleh menyebabkan kemalangan.
e) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu
murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan

40
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang
kesilapan.

2.1.2 Semasa demonstrasi


a) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan
tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.
b) Sekiranya murid menunjukkan kerahuan, guru hendaklah
menerangkan langkah itu sekali lagi.
c) Guru menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
d) Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar
penerangan guru dengan jelas.
e) Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat
demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang
cara-cara melaksanakannya.

2.1.3 Selepas demonstrasi


a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian
demomonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-
murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah
ditunjukkan dengan betul.
b) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka
membuat rumusan.
c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh
dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru
atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

2.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara


Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti
perancangan, pelaksanaan, latihan dan penutup.

2.2.1 Perancangan
a) Penentuan topik dan objektif.
b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi
c) Persediaan alatan.
d) Penyusunan tempat demonstrasi

41
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2.2.2 Pelaksanaan
a) Penerangan tujuan demonstrasi.
b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup.
c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan.
d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.

2.2.3 Latihan
a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran.
b) Guru membetulkan kesilapan murid.

2.2.4 Penutup
a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang
berkaitan.

3. Penyoalan
Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi
dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan
terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian
pelajar (Turney et. al 973). Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai
beberapa tujuan, antaranya ialah:
• Menjadikan murid aktif
• Membangkitkan minat dan tumpuan murid.
• Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.
• Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid.

3.1 Prinsip menyoal


a) Soalan
• Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik darjah.
• Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas.
• Pendek, tidak berbelit-belit.
• Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
• Dikhususkan supaya lebih jelas.

42
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Pelbagaikan aras dan jenis soalan.

b) Cara menyoal
• Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah.
• Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.
• Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada
soalan.
• Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid.
• Melayan jawapan yang salah dengan baik.
• Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi
respons kepada soalan guru.
• Elakkan mengulang-ulang soalan.
• Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan
pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri.
• Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar.
• Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak.

3.2 Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran


Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah
pengajaran adalah seperti berikut :

Peringkat Tujuan menyoal:

a. Pengenalan • membantu set induksi guru


• mengetahui apa yang murid tahu
• mengulang pelajaran lepas
• mengemukakan masalah yang berkaitan
dengan topik pengajaran.

b. Penyampaian • mengekalkan minat dan tumpuan murid


• menggalakkan penaakulan dan pemikiran
logik
• mengetahui setakat mana kefahaman
murid.

43
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

c. Aplikasi • fokus dan penjelasan


• menghilangkan kesukaran dan membantu
individu murid.
• memimpin murid membuat pemerhatian
dan inferen

d. Penutup • mengulang isi utama


• menguji kefahaman murid
• mencadangkan masalah dan isu berkaitan

4. Pemudahcaraan
Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak
mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan
disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk,
mengukuh, memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang
dirancang melaluisatu proses yang panjang. Secara mudah, konsep fasilitator merujuk
kepada usaha-usaha untuk:

• Menjadikan senang
• Menggalakkan
• Memudahkan
• Mempercepatkan
• Membantu
• Memajukan
• Menolong

4.1 Teknik-teknik pemudahcaraan

1. Penyoalan
• Bertujuan untuk memperluaskan idea
• Berfokus daripada soalan umum kepada khusus
• Mengikut aras pengetahuan

44
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Menggalakka pemikiran semula
• Jelas dari segi aras dan frasa
• Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir
• Sebaran kepada semua murid-murid
• Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan

2. Layan dan damping


• Memberi perhatian dengan komunikasi mesra
• Menggunakan bahasa yang memujuk, tidak menyergah atau mengancam.
• Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang.
• Libatkan lisan seperti ‘ya’, ‘ha’, sebutan ‘baik’, ‘bagus’, ulang dan
kembangkan jawapan murid.
• Gerak isyarat seperti senyum, angguk, melihat ke depan dan belakang, tepuk
tangan, tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari.
• Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, murid-murid menjadi
lebih positif, disiplin kelas terkawal, hubungan mesra dan yakin kerana
dihargai.
• Tidak menghukum salah dan betul/

3. Renung kembali
• Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman.

• Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid.


• Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru, memahami sesuatu konsep
dan pengukuhan.
• Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid
lalui.

4. Pensrukturan kognitif
• Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang
ada.
• Melibatkan struktur pemikiran, tindakan dan kepercayaan individu.
• Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea.

45
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang
sesuai dengan pengalaman mereka.
• Dapat mendfinisikan sesuatu.
• Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau
idea.
• Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras.

5. Kongsi dan bina bersama


• Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti.
• Berkongsi untuk menyelesaikan masalah.
• Memperkukuhkan idea murid.
• Memberi pembayang.
• Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan.
• Berkongsi selesaikan masalah.
• Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan.

6. Scaffolding
• Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal
Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila
berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih
kompeten.
• ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikir
melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang
kebih kompeten.
• Guru memberi galakan berinteraksi, memberi motovasi dan memberi
dorongan.
• Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal.
• Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan.

7. Pengembangan bahasa dan idea


• Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta
meningkatkan kemahiran berfikir.
• Meningkatkan kemahiran bertutur.

46
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
• Memperluaskan perbendaharaan kata.
• Memupuk keyakinan diri.
• Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur, berbual, bercerita,
bersoal jawab dan galakan bertanya.

8. Mendengar
• Guru sebagai pendengar yang aktif.
• Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya, beliau
telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang
disarankan.
• Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani
setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil.
• Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar
oleh orang lain.
• Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid.

9. Galak dan saran


• Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif.
• Banyak memberi pemujukan .
• Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun.
• Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang
dikehendaki.

4.2 Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan

a) Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat untuk


belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik.
b) Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam
pembelajaran.
c) Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik
dan berkesan.
d) Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran dan
pujian.

47
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
e) Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar dan
menyeronokkan.
f) Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran.
g) Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan pengetahuan.
h) Meneguhkan tingkah laku positif.
i) Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak
menghukum dan mesra.

5. Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan
berkesan. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan, penumpuan perhatian, dan
sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang
bercakap.

5.1 Fungsi mendengar


a) Mendengar untuk belajar memahami orang lain, diri sendiri dan alam.
b) Mendengar untuk menjalin hubungan dan seterusnya boleh mencipta kasih
sayang.
c) Mendengar untuk mempengaruhi agar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah
laku.
d) Mendengar untuk berseronok. Aktiviti seperti gurau senda. Bagaimanapun mesti
dapat membandingkan antara bergurau dengan serius.
e) Mendengar untuk menolong. Melaluinya dapat dorasakan apa yang dirasakan
oleh orang lain (empati).

5.2 Langkah mendengar


a) Menerima
• Memberi tumpuan kepada kata dan gerak geri badan.
• Mendengar apa yang dikatakan dan tidak dikatakan.
• Menumpukan perhatian .
• Jangan suka mencelah
• Jangan memperdlikan gangguan semasa mendengar.

48
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
b) Memahami
• Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui.
• Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang
bertutur.
• Menunggu sehngga habis percakapan, baru membuat penilaian.
• Meminta lebih banyak pengalaman.
• Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan
menggunakan perkataan sendiri.

c) Mengingat
• Mengenalpasti pekara penting.
• Meringkaskan apa yang telah diucapkan.
• Mengulang nama dan perkara penting

d) Menilai
• Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/
• Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik.
• Apabila tidak setuju, minta penjelasan yang lebih lanjut.
• Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta, pendapat peribadi atau
andaian sahaja.
• Kenalpasti sebarang prasangka

e) Memberi respons
• Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk.
• Sentiasa bersikap jujur.
• Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir….”

5.3 Langkah kemahiran mendengar yang berkesan

a) Gunakan lebih masa untuk mendengar daripada bercakap.


b) Cari sesuatu yang lebih baik atau menarik. Jangan mengganggu orang yang
sedang bercakap, tunggu sehingga mereka menghabiskan percakapan.
c) Jangan mengganggu orang yang seang bercakap.

49
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
d) Dengar dengan teliti kerana kadang-kadang apa yang dicakapkan bukan apa
yang dimaksudkan.
e) Ambil catatan tentang apa yang didengar apabila perlu dan sesuai.
f) Ambil kedudukan yang sesuai apabila sedang mendengar.
g) Berhati-hati, tapis dan timbang setiap pendengaran. Jangan terus membuat
kesimpulan.

5.4 Pendengar yang berkesan

Thomas Gordon (1970) menjelaskan bahawa pendengaran yang aktif merupakan


kemahiran komunikasi yang dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah.
Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa
berkomunikasi. Apabila wujudnya suasana komunikasi yang terbuka, ia akan membantu
untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Selain itu, adalah penting untuk mewujudkan
penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai serta menghargai.

5.5 Pendengar yang aktif


a) Cari perkara yang menarik minat pendengar.
b) Menilai kandungan ucapan , bukannya cara penyampaian.
c) Mendenar pendapat-pendapat yang dikemukakan dan menjiwai apa yang
diperkatakan oleh seseorang.
d) Meredakan perasaan diri.
e) Bersikap fleksibel
f) Menyedari maklumat bukan lisan.
g) Bekerja dan memberi tumuan semasa mendengar.
h) Sentiasa menolak gangguan

5.6 Pendengar yang pasif


a) Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik.
b) Mengkritik percakapan individu lain.
c) Medengar secara memilih.
d) Mencelah atau manyampuk
e) Fikiran yang merewang
f) Tertidur

50
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
5.7 Halangan mendengar
a) Hanya mahukan maklumat yang boleh digunakan untuk mengkritik individu itu
semula.
b) Pura-pura mendengar.
c) Membuat penilaian.
d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri.
e) Sibuk bercakap, dan bukannya sibuk mendengar.
f) Tidak minat mendengar.

6. Modelling

Modelling merupakan suatu proses demonstrasi bagi menggambarkan sessuatu dengan


berkesan. Guru yang mempunyai kemahiran modeling dapat menarik minat murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang. Kemahiran
modeling perlu ada pada setiap guru kerana ianya dapat menarik minat murid terhadap
isi pelajaran dan membina kemahiran berkomunikasi sesame pelajar dan guru.

6.1 Faktor-faktor penggunaan modeling


a) Membimbing murid membina identiti.
b) Murid akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.
c) Menggalakkan murid berfikiran kritis.
d) Murid berani mengemukakan pendapat.
e) Murid dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik.

6.2 Ciri-ciri modeling yang baik


a) Demonstrasi cara menyelesaikan masalah.
b) Menunjukkan rasa menghargai murid.
c) Bersedia untuk membetulkan kesalahan murid.
d) Menggunakan bahasa yang mudah dan difahami oleh murid.
e) Menyebut setiap perkataan denga jelas.
f) Melibatkan semua murid dalam aktiviti dengan menggunakan arahan yang jelas.

51
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
g) Masalah-masalah yang timbul ketika membuat tugasan dibincangkan secara
terbuka dengan murid.
h) Tidak mengganggu murid ketika mereka menunjukkan pemikiran yang rasional.

6.3 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran


a) Guru memperdengarkan rakaman berita.
b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam
kumpulan.
c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing
murid mengenai ciri-ciri berita yang baik.
d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi.
e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan.
f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing.
g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke
semasa.

7. Bercerita

Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat
menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

7.1 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-
prinsip panduan berikut:
a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan
pengalaman murid serta objektif pelajarannya.
b) Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung
dalam cerita itu.
c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau
topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum
sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus
disediakan.

52
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk
mendengar cerita.
e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh
melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru.
f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi.
g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan
untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan.
h) Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus
digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-
watak dan suasana cerita.
i) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid
memahami isi cerita dengan lebih jelas.
j) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan
murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi
mereka.
k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh
murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar
murid perkataan-perkataan yang sukar.
l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi.
Aktiviti lakonan guru harus dielakkan.
m) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab
tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru juga
boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk
menjalankan aktiviti lakonan.

7.2 Perancangan dan persediaan

Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita
harus mengandungi nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan
yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Panjang atau pendek
crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa.

Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri,
sekorang-kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu engajar

53
DRS. KHALID BIN JONIT
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
seperti kad perkataan, kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk
murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas bercerita.

Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya
memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita
hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi
cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.

7.3 Sesi bercerita

Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang
menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita,
guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik
perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan
setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita.
Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-
soalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan
sehingga peringkat penutup.

7.4 Penutup

Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni
yang diterapkan dalam isi cerita. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan
dalam sesi penutup bercerita ini. Di antaranya ialah :

a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan.


b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan
sendiri.
c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung
dalam isi cerita.
d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

54

You might also like