DRS.

KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 1 :

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsep prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialah semua yang dipelajari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atau hukum dalam mendidik kanak-kanak adalah: • • Belajar melalui bermain Naluri ingin tahu

1

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • •

Perkembangan menyeluruh Penerapan nilai murni Kreativiti Kecerdasan pelbagai

2.

Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:


menggalakkan perkembangan kognitif menggalakkan perkembangan fizikal menggalakkan kestabilan emosi menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial menggalakkan perkembangan bahasa menggalakkan kreativiti memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak


• • • •

3.

Merangsang Naluri Ingin Tahu

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau.

2

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

• • • • • • •

Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria. Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?” Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku. Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..” Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri sesuatu maklumat dengan cara berikut: • • • • Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan. Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai. Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil. Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan masalah tidak sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan kadar yang berbeza-beza. Oleh itu mereka mungkin tidak faham sepenuhnya sesuatu konsep yang diajar. • • • • Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau menjemput penceramah. Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

3

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

4.

Perkembangan Menyeluruh

Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanakkanak. Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif. Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak terpisah.

5.

Penerapan Nilai Murni

Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16 nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya. Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukan insan seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, aspek penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlak mulia. Menurut ahli falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilainilai murni adalah di peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudah menerima sesuatu yang diajar, dilhat dan didengar.

4

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu: • • • melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung ataupun dikaitkan dengan topik tertentu. melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.

5.

Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu: • Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan a. kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk merangsangkan kreativiti ialah seni. b. kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. • Ciri-ciri seseorang kreatif a. kebolehan menghadapi risiko b. berdikari c. berkeyakinan mencuba d. kesanggupan menahan ketegangan 5.1 Peranan guru membina kreativiti

Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi motivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru

5

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru perlulah bersikap positif seperti: • • • • Menghargai idea dan soalan kanak-kanak. Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita. Memberikan komen yang ikhlas. Memahami kanak-kanak. Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka. Mewujudkan suasana menggalakkan. Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi dan selamat digunakan. • • 5.2 • • Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul semasa hendak menggunakan alat-alat. Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain. Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk merangsangkan kreativiti ialah seni. Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. 5.3 • • • • Ciri-ciri seorang yang kreatif Kebolehan menghadapi risiko Berdikari Berkeyakinan mencuba kesanggupan menahan ketegangan


• •

6.

Kecerdasan Pelbagai

6

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Perlulah dikenalpasti kekuatan kanakkanak bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan lebih berjaya. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah. Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan, kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan. Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya :

6.1.

Kecerdasan Verbal - Linguistik

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. 6.2 Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

7

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. 6.3 Kecerdasan Fizikal - Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. 6.4 Kecerdasan Visual - Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 6.5 Kecerdasan Muzikal-Ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

6.6

Kecerdasan Intrapersonal

8

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. 6.7 Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

6.8

Kecerdasan Naturalis

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan kebolehan memerhati, memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran semulajadi.

3.

Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran

Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, kognitif dan sosial. Setiap aspek perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur. Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak. Pendidik perlu mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan pengajaran.

9

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak memberi gambaran keupayaan kanakkanak dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Keupayaan kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. Perancangan kurikulum yang berkualiti perlu bersandarkan kesesuaian umur kanak-kanak sebagai garis panduan untuk menentukan matlamat kurikulum yang akan dicapai. Jadual 1.1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosial. Aspek yang disenaraikan adalah garis panduan secara umum mengikut peringkat umur.

Jadual 1.1: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan Fizikal Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Memegang, duduk, berdiri, berlari Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar, motor halus dan aspek keupayaan kendiri. Menguasai pergerakan asas seperti memanjat, berbuai di buaian, melompat objek, menggelak halangan semasa berlari, menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'. 5 tahun 6 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor halus. Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap, kemahiran motor yang cekap. Perkembangan Bahasa Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Boleh memahami arahan mudah, menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih. Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. Bahasa sebagai alat untuk bersosial dan keperluan kongnitif. Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa.Bermain dengan bahasa dan sering menguji untuk latihan keyakinan diri. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi. 5 tahun 6 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak, komplek, struktur ayat jelas dan tatabahasanya betul dan sebutan yang baik. Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran bahasa. Umur Perkembangan Kognitif Kesediaan Pembeiajaran

10

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun

Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas) Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya. Kreatif dan bijak, tersentuh dengan deria humor Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut kesesuaiannya. Berfikiran logik dan bersistematik, boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain

Umur
2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun

Perkembangan Sosial Kesediaan Pembeiajaran
Memulakan kemahiran sosial, tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama Menghadapi masalah bersosial, belum memahami giliran dan berkongsi mainan. Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama. Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan, bergilir dan main bersama. Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya jantina yang sama)

4.

Kelebihan, Minat dan Keperluan Individu

Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu dapat dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluannya. Setiap kanak-kanak secara individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri. Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang berbeza antara satu sama lain. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal terhadap kanak- kanak sebagai individu. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian. Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang kesediaan belajar. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanakberusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan 8 tahun dari segi kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak dan keselesaannya adalah digalakkan. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat dan keperluan secara individu. Mereka belajar sepanjang masa walau pun pembelajarannya tidak mengikut seperti yang dinyatakan di dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Kadangkala terdapat seseorang kanak-kanak belajar lebih cepat daripada kanak-kanak lain tentang sesuatu perkara yang diminatinya. Manakala kanak-kanak lain lebih cepat belajar secara berkumpulan. Apabila kanak-kanak meningkat usianya mereka sudah memahami batasan keupayaan dirinya.

11

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pendidik dalam melaksanakan kurikulum di kelas prasekolah.

5.

Perkaitan Sosial dan Budaya

Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak. Latar keluarga memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke tadika. Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. Kebanyakan kanak-kanak didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya. Latar belakang sosial dan budaya mempengaruhi gaya pembelajaran kanak-kanak. Pembelajarannya dan pembentukan keyakinan dirinya yang diperolehi menerusi pengalamannya bersama keluarga. Pengaruh keluarga dan keyakinan dirinya dibawa ke dalam kelas prasekolah. Kanak-kanak merasakan satu penghargaan apabila guru atau pendidik menghormati nilai budaya keluarga, keyakinan dirinya yang dibentuk oleh keluarga dan kemahirannya. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanakkanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

TOPIK 2 :

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.

Pengenalan

Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud, hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat

12

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Bagaimanapun prinsip-prinsip asas yang perlu diberi perhatian adalah: • • • Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak

2.

Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak dan

Semestinya

menyesuaikan aspek ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah. Guru perlu mendekati kanak-kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satu kumpulan. Mereka juga perlu dilayan dengan rasa saling hormat-menghormati, fahammemahami dan percaya pada kemampuan dan kebolehan kanak-kanak untuk berubah. Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah: • • • Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada dalam • dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain (intrapersonal). Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanakkanak. 2.1 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh

Perkembangan estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal adalah saling berkait. tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling penting. Oleh itu, dalam program prasekolah, fokus guru adalah kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Berdasarkan prinsip ini, masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi.

13

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Oleh itu, pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program prasekolah adalah penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tidak terpisah.

2.1.1 • •

Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan kanak-kanak. Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu perkembangan kanak-kanak.


Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting. Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan tanggungjawab.

2.2

Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard

Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasa mengikut atruran tertentu. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corak perkembangan yang sama, iaitu meliputi semua aspek perkembangan. Urutan standard didapati berkait dengan pergerakan. Contohnya, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bayin bermula dengan mengakat kepala, kemudian duduk, berdiri dengan bantuan, diikuti dengan berjalan dan seterusnya berlari. Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas, sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahanlahan kepada pengulangan pergerakan, membentuk saripada satu huruf kepada perkataan dan seterusnya.

14

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. Seseorang kanak-kanak memerlukan sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku. Kanak-kanak mungkin bergerak ke depan atau ke belakang sedikit, dank e depan semula. Kanak-kanak yang lain pula mungkin tidak mengikut urutan sedemikian kerana tidak sesuai dengan keadaannya, 2.2.1 • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik

mengenalpasti pelbagai urutan standard. Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakan bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasi yang sesuai untuk individu. • Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutan standard tertentu seperti yang berkaitan dengan mengeja, mengenal nombor dan menulis. • kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak 2.3 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Setiap kanakkanak tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada dua aspek, intrapersonal iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain. Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang peringkat awal kanak-kanak. Sebagai contoh, peringkat bayi adalah peringkat pembesaran yang paling cepat. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat, tetapi apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, perkembangan fizikal agak lambat berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat. Hal ini adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.Kepelbagaian aspek intrapersonal dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. Bagaimanapun ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan.

15

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Kepelbagaian interpersonal juga berlaku. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutan standard adalah berbeza. Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyai tingkahlaku dan pemahaman yang berbeza. Kepelbagaian ini adalah normal dan perbezaan boleh didapati merentasi semua aspek perkembangan. 2.3.1 • • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh berbeza-beza. Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh. Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah laku individu daipada pelbagai aspek perkembangan. Guru atau pendidik menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran individu dan bukan mengajar semua kanak-kanak perkara yang sama dengan menggunakan cara yang sama pada masa yang sama. • Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu dalam kumpulan. • Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Kanak-kanak tidak boleh dilabel sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan. • Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk mengalami kejayaan. 2.4 Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanakkanak Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahanperubahan yang penting. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta

16

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif berbanding dengan masa-masa lain. Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada ketika ini, agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkan kemahiran motor asas seperti menangkap, membaling, melompat dan berlari. Kanakkanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih kompleks. pada tahap ini, kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadi kurang sanggup memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada masa akan datang, iaitu di sekolah rendah. Pada pertengahan sekolah rendah, kanakkanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya. Kekurangan kemahiran dan kesanggpan, membentuk satu halangan yang menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat. Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk kanak-kanak mencapai kecekapan motor, Dengan itu, sikap dan kemahiran asas kanakkanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan. 2.4.1 • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanak menunjukkan program pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yang meliputi cara-cara yang menggalakkan perkambangan kanak-kanak. • Guru seharusnya berupaya menjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuk tahun-yahun awal kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspek perkembangan.

17

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

3.
• • • • • • • • •

Prinsip-prinsip Pembelajaran Kanak-kanak
Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan. Kanak-kanak berbeza latar belakang dan individu. Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak belajar melalui semua deria. kanak-kanak belajar melalui pengalaman fizikal, interaksi, sosial dan refleksi. Stail pembelajaran kanak-kanak berbeza. Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi dan pandangan di peringkat awal. Kecerdasan pelbagai perlu digalakkan.

4.

Prinsip-prinsip Arah Perkembangan Pembelajaran Kanakkanak

Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka. Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. Prinsipprinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun keluar. Contohnya, proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar. Oleh itu apabila bayi dilahirkan, kepalanya adalah lebih besar daripada badan. Bahagian kepala mempunyai otak, iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. Bayi dapat mengawal kepala dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Begitu juga dengan jantung dan organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya, sedangkan koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. Perubahan ini mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan sekolah rendah. Arah perkembangan pembelajaran bergerak daripada:

18

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • • • • • •

mudah kepada susah tahu kepada tidak tahu diri sendiri kepada orang lain menyeluruh kepada bahagian konkrit kepada abstrak menyelidik atau menjelajah kepada mempunyai tujuan kurang tepat kepada lebih tepat. desakan kepada terkawal.

TOPIK 3 :

KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK PERKEMBANGAN KANAK-

1.

PENGENALAN
19

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah satu amalan dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat dan minat murid.

2.

• • • • • • • • • • 2.1

Prinsip ABP
Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait dan mempengaruhi antara satu samalian. Perkembangan berlaku mengikut urutan. Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Perkembangan adalah berterusan Perkembangan adalah berperingkat-peringkat Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Kanak-kanak adalah pelajar aktif Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomoto saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain lain. Implikasi Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.

2.2

Perkembangan berlaku mengikut urutan.

20

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Implikasi Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. 2.3 Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. Guru harus menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka. Implikasi Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. 2.4 Perkembangan adalah berterusan Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka. Implikasi Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid, dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna.

2.5

Perkembangan adalah berperingkat-peringkat. Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah yang lebih komplek. Implikasi

21

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti membina, melkis, bermain peranan , berbual dan melakar. 2.6 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain. Implikasi Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima. 2.7 Kanak-kanak adalah pelajar aktif Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami perekitaran dunia mereka darpada pengalaman di rumah, di tadika dan dalam komuniti. Implikasi Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. 2.8 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan sosial, emosi, rohani, dan kognitif seseorang kanak-kanak. Implikasi Guru hendaklah memberi peluang murid ke peringkat yang optimum. menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan

22

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2.9

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk melatih kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang baru atau menjalankan aktiviti yang kebih mencabar. Implikasi Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka.

2.10

Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu daripada pengalaman pembelajaran mereka. Mereka menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual, auditori atau kinestetik. Implikasi Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai.

2.11

Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanakkanak Perkembangan dan pemgalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik dalam kontek komuniti di mana mereka berasa selamat, dihargai dan keperluan dipenuhi. Implikasi Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid.

3.

Penutup

23

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pelaksanaan ABP adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, kekuatan, keperluan, bakat dan minat di kalangan murid-murid.

TOPIK 4 :

PENDEKATAN

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
24

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

1.

PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Oleh sebab murid merupakan adalah pembelajar yang aktif, guru perlu menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kummpulan ataupun secara individu

2.

PENDEKATAN

Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu : • • • • Pendekatan Belajar Melalui Bermain Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Penggunaan ICT dalam pembelajaran

2.1

Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif, suasana yang mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.

25

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut: • • • • • • aktiviti yang menggembirakan penerokaan dan interaksi dengan persekitaran permainan bebas dan terancang kelonggaran masa percubaan idea sendiri peluang memberi tumpuan dan perhatian

Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.

Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi main. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main bagi orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main sebagai profesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanakkanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial dan kognitif.

2.1.2 •

Teori-teori main Teori Tenaga Berlebihan Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu kesihatan mereka

26

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Teori Relaxation Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan moden menyebabkan manusia mengalami tekanan. Permainan perlu untuk melegakan dan mengganti tenaga.

Teori Instinct Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah kedewasaan. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan latihan membantu mencapai kematangan.

Teori Psikodinamik Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan membawanya ke peringkat sedar.

Teori Perkembangan Kognitif Dilihat dari sudut intelek, aktivitimain tidak terhad. Main menjadi latihan berimaginasi dan menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kognitif.

2.1.3 •

Konsep belajar melalui bermain Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid melahirkan perasaan.

Murid dapat meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau kemahiran. Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor. Bebas, terancang dan selamat.

• • •

2.1.4

Kepentingan main dan permainan

27

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri, menyeronokkan dan berorientasikan proses. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan dan peralatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif. Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Di sebaliknya kanak-kanak yang bertanding untuk membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Kanakkanak yang disuruh menggunakan bongkah berwarna merah sahaja masih dianggap bukan bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan warna pada lakarannya tidak dianggap bermain. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Kanak-kanak akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosial atau kognitif.

2.1.5

Peringkat perkembangan main

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanakkanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu: (a) Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanakkanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

•perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) - kanak-kanak bergerak di
kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;

•main sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian, tidak 28

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;

•main pemerhatian (onlooker play) - kanak-kanak ini berdiri memerhati kanakkanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

•main selari (parallel play) •main asosiatif (associative play) - kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanakkanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktivitimain; dan

•main koperatif (cooperative play) - kanak-kanak ini bermain dalam bentuk
sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

(b)

Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968) Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanakkanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri. Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten. Kategori main mengikut Smilansky:

•main berfungsi (functional play) - kanak-kanak ini bermain menggunakan
motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan;

•main konstruktif (constructive play) - kanak-kanak ini bermain melibatkan
mencipta sesuatu objek;

•main dramatika (dramatic play) - kanak-kanak ini menggunakan objek mainan
untuk menggantikan sesuatu imaginasi; dan

•main dengan peraturan (games with rules) - kanak-kanak ini bermain
melibatkan permainan. penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam

29

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

(c) Permainan Bebas Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. Dengan itu kanak-kanak tersebut mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa menjalankan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang disediakan.

(d) Permainan lakonan atau olok-olok Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. Permainan ini melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. Ia juga melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

(d) Permainan luar Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan serta konsep banyak dan sedikit. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar, mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana dan hormatmenghormati. Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil, otot besar, koordinasi tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti.

2.1.6

Main dalam pembelajaran kanak-kanak

30

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajaran kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semula konsep menerusi main dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin diketahui. Di dalam kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun kanak-kanak bermain untuk membina konsep. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. Rajah 1.3 menunjukkan contoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-murid membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman. Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara objek dan peristiwa, membanding dan membezakan. Contohnya untuk meletakkan sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. Kanak-kanak perlu membina persamaan antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Contoh yang lain seorang kanakkanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut pembelajaran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap. Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan ini menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini dan gelas yang baru dilihatnya. Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence). Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakala kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek. Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Dia tidak dapat membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua objek untuk disesuaikan. Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa, antara objek yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk memahami penemuan oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah. Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Setiap perubahan melibatkan tempat permulaan dan tempat berakhir. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan dan tempat berakhir. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepada warna merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Jika kanak-kanak ingin mengubahnya ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air

31

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

menjadi merah. Mungkin mereka boleh menggunakan kain menapis warna atau pun menambah air ke dalam bekas. Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun. Secara umum enam aras perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut: (a) tahap berbeza sepenuhnya;

(b) tahap penolakan (c) tahap darjah berhati-hati; (d) tahap kepelbagaian; (e) tahap fungsi; dan (f) tahap dapatan sebenar.

Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan. Guru menyediakan persekitaran dan bahan/peralatan pembelajaran. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. Peranan guru sebagai pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu konsep. Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada: (a) main pilihan sendiri - guru menyediakan peralatan permainan di sudut-

sudut tertentu untuk dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula; dan. (b) main main terancang - guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur dalam aktiviti pembelajaran. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai

alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main. Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak. Kanakkanak belajar menerusi main. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanakkanak belajar. Main dalam konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu proses pembelajaran secara keseluruhan. Kenyataan yang mengatakan 'bermain sambil belajar' atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan konsep pembelajaran kanak-kanak yang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-kanak. Setiap program,

32

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

model, pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati keseluruhan pembelajaran kanak-kanak. 2.1.7 Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain

Sebelum mekasanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: • • • • • 2.1.8 Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan. Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi Permainan menarik minat dan menggembirakan murid Faedah pendekatan belajar melalui bermain

Melalui main sambil belajar, murid-murid boleh: • • • • • • • Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spasifik. Meningkatkan keupayaan kognitif. Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa Meningkatkan kemahian emosi Mengukuhkan perkembangan fizikal Menguasai kemahiran manipulatif Melahir dan menyatakan perasaan

2.2

Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.

33

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membac, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanakkanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang sama, sebagai contoh haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran.

Namakan Bunyi

Menyanyikan

HAIWAN

Membilang

34

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

lagu “cicak”

haiwan di rumah Melukis haiwan di ladang

2.2.1

Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema

Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut: • • • • • • 2.2.2 • • Boleh merentas semua komponen Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru berminat terhadap tema yang dipilih Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar Kepentingan pendekatan bertema Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan. Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.

2.2.3

Pelaksanaan pendekatan bertema

Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu:

Mengenalpasti tema yang hendak digunakan

35

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • •

Menjana idea berkaitan tema Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan dengan tema Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan tema merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema.

2.3

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar, sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza. Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti pembeajaran. Selain daripada kesepaduan melibatkan juga kesepaduan antara: • • • • • Beberapa kemahiran Kemahiran dan nilai murni Aktiviti dalam kelas dan luar kelas Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Pelbagai kaedah dan teknik antara komponen, pendekatan ini

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang : • Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.


• •

Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti

36

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• •

Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi Meningkatkan nilai murni bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. Guru perlu

Pendekatan

menggunakan pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ilmu pengetahuan yang dipelajari mesti diamalkan. Pengajaran dan pembelajaran adalah tidak formal. Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti secara aktif. Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat merangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Kanak-kanak memperoleh ilmu, konsep, kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain. Contohnya dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti kasar, halus, konsep seperti kering dan basah, kemahiran membina timbunan pasir mengikut urutan menaik ataupun menurun, serta memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan berdisipli. Pendekatan bersepadu boleh menggabungkan beberapa kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Merujuk jadual di bawah, hasil pembelajaran adalah kemahiran membaca dan hasil pembelajaran adalah menulis. Topik Abjad Komponen Bahasa Melayu Kandungan 3.1 Mengenal bentuk huruf Hasil Pembelajaran 3.2.3 Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf 4.1 Membina kemahiran menulis 2.3.1 • • Pendekatan bersepadu melibatkan Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran dan nilai murni besar 4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul Aktiviti/Peralatan Membaca abjad dan abjad. Poster besar huruf kecil dan huruf menulis

37

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • •

Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik Penggunaan ICT dalam pembelajaran

2.4

Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu. Murid boleh menggunakan computer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan memperolehi pembelajaran. Pendekatan ini digunakan untuk : • • • • 2.4.1 • • • • • • • Membantu proses pengajaran dan pembelajaran Memperoleh maklumat Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya Memperkayakan pengalaman pembelajaran Kepentingan penggunaan ICT Membantu membentuk persepsi pemikiran murid. ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini Boleh dijadikan bahan bantu mengajar Boleh diprogramkan dengan perisian khas Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan. Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat

2.4.2

Prinsip-prinsip penggunaan ICT

38

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • • • • • • • • •

Kesesuaian umur Kepentingan Kawalan kanak-kanak Arahan jelas Penggunaan berdikari Tanpa keganasan Berorientasikan proses model yang sebenar Ciri-ciri teknikal Boleh ditranformasikan Kepelbagaian bahasa

39

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 5 :

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH

1.

PENGENALAN

Di bawah konteks pendidikan, teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2.

Tunjuk cara

Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi. 2.1 Prinsip-prinsip tunjuk cara

Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut 2.1.1 Sebelum demontrasi a) Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. b) Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas. d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat, atau bahan yang meungkin boleh menyebabkan kemalangan. e) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan

40

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang kesilapan. 2.1.2 Semasa demonstrasi

a) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan
tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. b) Sekiranya murid menunjukkan kerahuan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

c) Guru menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
d) Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. e) Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya. 2.1.3 Selepas demonstrasi a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demomonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa muridmurid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul. b) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka membuat rumusan. c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota. 2.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara

Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan, pelaksanaan, latihan dan penutup. 2.2.1 Perancangan a) Penentuan topik dan objektif. b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi c) Persediaan alatan. d) Penyusunan tempat demonstrasi

41

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

2.2.2

Pelaksanaan a) Penerangan tujuan demonstrasi. b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup. c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan. d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.

2.2.3

Latihan a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran. b) Guru membetulkan kesilapan murid.

2.2.4

Penutup a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan.

3.

Penyoalan

Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian pelajar (Turney et. al 973). Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan, antaranya ialah: • • • • 3.1 Menjadikan murid aktif Membangkitkan minat dan tumpuan murid. Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid. Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid. Prinsip menyoal a) Soalan • • • • • Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik darjah. Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas. Pendek, tidak berbelit-belit. Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Dikhususkan supaya lebih jelas.

42

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Pelbagaikan aras dan jenis soalan. Cara menyoal

b) • • • • • • • • • • 3.2

Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah. Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab. Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada soalan. Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid. Melayan jawapan yang salah dengan baik. Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi respons kepada soalan guru. Elakkan mengulang-ulang soalan. Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri. Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar. Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak.

Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran

Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut : Peringkat a. Pengenalan Tujuan menyoal: • • • • membantu set induksi guru mengetahui apa yang murid tahu mengulang pelajaran lepas mengemukakan masalah yang berkaitan dengan topik pengajaran. b. Penyampaian • • • mengekalkan minat dan tumpuan murid menggalakkan penaakulan dan pemikiran logik mengetahui murid. setakat mana kefahaman

43

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

c. Aplikasi

• • •

fokus dan penjelasan menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid. memimpin murid membuat pemerhatian dan inferen

d. Penutup

• • •

mengulang isi utama menguji kefahaman murid mencadangkan masalah dan isu berkaitan

4.

Pemudahcaraan

Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang dirancang melaluisatu proses yang panjang. Secara mudah, konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha untuk: • • • • • • • 4.1 Menjadikan senang Menggalakkan Memudahkan Mempercepatkan Membantu Memajukan Menolong Teknik-teknik pemudahcaraan 1. Penyoalan • • • Bertujuan untuk memperluaskan idea Berfokus daripada soalan umum kepada khusus Mengikut aras pengetahuan

44

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • • •

Menggalakka pemikiran semula Jelas dari segi aras dan frasa Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir Sebaran kepada semua murid-murid Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan Layan dan damping

2. • • • • • •

Memberi perhatian dengan komunikasi mesra Menggunakan bahasa yang memujuk, tidak menyergah atau mengancam. Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang. Libatkan lisan seperti ‘ya’, ‘ha’, sebutan ‘baik’, ‘bagus’, ulang dan kembangkan jawapan murid. Gerak isyarat seperti senyum, angguk, melihat ke depan dan belakang, tepuk tangan, tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari. Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, murid-murid menjadi lebih positif, disiplin kelas terkawal, hubungan mesra dan yakin kerana dihargai.

• 3.

Tidak menghukum salah dan betul/ Renung kembali


• • •

Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman. Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid. Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru, memahami sesuatu konsep dan pengukuhan. Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid lalui.

4. • • •

Pensrukturan kognitif Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang ada. Melibatkan struktur pemikiran, tindakan dan kepercayaan individu. Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea.

45

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • • •

Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang sesuai dengan pengalaman mereka. Dapat mendfinisikan sesuatu. Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau idea. Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras. Kongsi dan bina bersama

5. • • • • • • • 6.

Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti. Berkongsi untuk menyelesaikan masalah. Memperkukuhkan idea murid. Memberi pembayang. Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan. Berkongsi selesaikan masalah. Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan. Scaffolding

Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih kompeten.

ZPD

merupakan

lingkungan

di

mana

kanak-kanak

dapat

berfikir

melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang kebih kompeten. • • • 7. • • Guru memberi galakan berinteraksi, memberi motovasi dan memberi dorongan. Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal. Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan. Pengembangan bahasa dan idea Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta meningkatkan kemahiran berfikir. Meningkatkan kemahiran bertutur.

46

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

• • •

Memperluaskan perbendaharaan kata. Memupuk keyakinan diri. Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur, berbual, bercerita, bersoal jawab dan galakan bertanya.

8. • •

Mendengar Guru sebagai pendengar yang aktif. Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya, beliau telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang disarankan. • • • Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil. Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar oleh orang lain. Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid. Galak dan saran • • • • Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif. Banyak memberi pemujukan . Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun. Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.

9.

4.2

Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan a) Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik. b) Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam pembelajaran. c) Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik dan berkesan. d) Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran dan pujian.

47

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

e) Menyediakan f)

bahan-bahan

pembelajaran

yang

lebih

mencabar

dan

menyeronokkan. Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran. g) Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan pengetahuan. h) Meneguhkan tingkah laku positif. i) Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak menghukum dan mesra.

5.

Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan berkesan. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan, penumpuan perhatian, dan sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang bercakap. 5.1 Fungsi mendengar a) Mendengar untuk belajar memahami orang lain, diri sendiri dan alam. b) Mendengar untuk menjalin hubungan dan seterusnya boleh mencipta kasih sayang. c) Mendengar untuk mempengaruhi agar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku.

d) Mendengar untuk berseronok. Aktiviti seperti gurau senda. Bagaimanapun mesti
dapat membandingkan antara bergurau dengan serius. e) Mendengar untuk menolong. Melaluinya dapat dorasakan apa yang dirasakan oleh orang lain (empati). 5.2 Langkah mendengar a) Menerima • • • • • Memberi tumpuan kepada kata dan gerak geri badan. Mendengar apa yang dikatakan dan tidak dikatakan. Menumpukan perhatian . Jangan suka mencelah Jangan memperdlikan gangguan semasa mendengar.

48

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

b) Memahami • • • • • Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui. Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang bertutur. Menunggu sehngga habis percakapan, baru membuat penilaian. Meminta lebih banyak pengalaman. Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan

menggunakan perkataan sendiri. c) Mengingat • • • Mengenalpasti pekara penting. Meringkaskan apa yang telah diucapkan. Mengulang nama dan perkara penting

d) Menilai • • • • • Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/ Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik. Apabila tidak setuju, minta penjelasan yang lebih lanjut. Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta, pendapat peribadi atau andaian sahaja. Kenalpasti sebarang prasangka

e) Memberi respons • • • 5.3 Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk. Sentiasa bersikap jujur. Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir….”

Langkah kemahiran mendengar yang berkesan a) Gunakan lebih masa untuk mendengar daripada bercakap. b) Cari sesuatu yang lebih baik atau menarik. Jangan mengganggu orang yang sedang bercakap, tunggu sehingga mereka menghabiskan percakapan. c) Jangan mengganggu orang yang seang bercakap.

49

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

d) Dengar dengan teliti kerana kadang-kadang apa yang dicakapkan bukan apa yang dimaksudkan. e) Ambil catatan tentang apa yang didengar apabila perlu dan sesuai. f) Ambil kedudukan yang sesuai apabila sedang mendengar. kesimpulan. 5.4 Pendengar yang berkesan

g) Berhati-hati, tapis dan timbang setiap pendengaran. Jangan terus membuat

Thomas Gordon (1970) menjelaskan bahawa pendengaran yang aktif merupakan kemahiran komunikasi yang dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah. Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa berkomunikasi. Apabila wujudnya suasana komunikasi yang terbuka, ia akan membantu untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Selain itu, adalah penting untuk mewujudkan penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai serta menghargai. 5.5 Pendengar yang aktif a) Cari perkara yang menarik minat pendengar. b) Menilai kandungan ucapan , bukannya cara penyampaian. c) Mendenar pendapat-pendapat yang dikemukakan dan menjiwai apa yang diperkatakan oleh seseorang. d) Meredakan perasaan diri. e) Bersikap fleksibel f) Menyedari maklumat bukan lisan. g) Bekerja dan memberi tumuan semasa mendengar. h) Sentiasa menolak gangguan 5.6 Pendengar yang pasif a) Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. b) Mengkritik percakapan individu lain. c) Medengar secara memilih. d) Mencelah atau manyampuk e) Fikiran yang merewang f) Tertidur

50

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

5.7

Halangan mendengar a) Hanya mahukan maklumat yang boleh digunakan untuk mengkritik individu itu semula. b) Pura-pura mendengar. c) Membuat penilaian. d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri. e) Sibuk bercakap, dan bukannya sibuk mendengar. f) Tidak minat mendengar.

6.

Modelling

Modelling merupakan suatu proses demonstrasi bagi menggambarkan sessuatu dengan berkesan. Guru yang mempunyai kemahiran modeling dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang. Kemahiran modeling perlu ada pada setiap guru kerana ianya dapat menarik minat murid terhadap isi pelajaran dan membina kemahiran berkomunikasi sesame pelajar dan guru. 6.1 Faktor-faktor penggunaan modeling

a) Membimbing murid membina identiti.
b) Murid akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. c) Menggalakkan murid berfikiran kritis. d) Murid berani mengemukakan pendapat. e) Murid dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik. 6.2 Ciri-ciri modeling yang baik a) Demonstrasi cara menyelesaikan masalah. b) Menunjukkan rasa menghargai murid. c) Bersedia untuk membetulkan kesalahan murid. d) Menggunakan bahasa yang mudah dan difahami oleh murid. e) Menyebut setiap perkataan denga jelas. f) Melibatkan semua murid dalam aktiviti dengan menggunakan arahan yang jelas.

51

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

g) Masalah-masalah yang timbul ketika membuat tugasan dibincangkan secara terbuka dengan murid. h) Tidak mengganggu murid ketika mereka menunjukkan pemikiran yang rasional. 6.3 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran a) Guru memperdengarkan rakaman berita. b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam kumpulan. c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing murid mengenai ciri-ciri berita yang baik. d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi. e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan. f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing. semasa. g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke

7.

Bercerita

Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 7.1 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita

Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsipprinsip panduan berikut: a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. b) Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.

c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau
topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus disediakan.

52

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi. untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan. h) Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watakwatak dan suasana cerita. i) j) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar. l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi. Aktiviti lakonan guru harus dielakkan. m) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk menjalankan aktiviti lakonan. 7.2 Perancangan dan persediaan g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan

Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Panjang atau pendek crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekorang-kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu engajar

53

DRS. KHALID BIN JONIT PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

seperti kad perkataan, kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas bercerita. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. 7.3 Sesi bercerita

Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalansoalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup. 7.4 Penutup

Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. Di antaranya ialah : a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan sendiri. c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

54

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful