You are on page 1of 11

SISTEM RANGKA

PEMBENTUKAN TULANG

(i) Sel - sel tulang


Tulang terdiri daripada sel tulang yang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Tulang terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organik fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit.

Osteoklas pula ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas akan bersamasama bertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif ketika kita berusia muda manakala osteoklas pula aktif kepada mereka yang berumur.

(ii) Osifikasi tulang


Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang lembut ini kemudiannya membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini bermula ketika embrio berusia enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.

Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Osteoblas akan memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ini ke bahagian dalam tulang.Osteoblas beransuransur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru.

Semasa proses ini berterusan, kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang akan dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

You might also like