You are on page 1of 7

Pengenalan kepada pendidikan jasmani asas

Pendidikan jasmani
definisi
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikapsikap positif terhadap aktiviti fizikal [Jenny (1961) ] Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial [ William (1964)] Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Konsep
Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. (Pettifor, 2005) PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap,pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.(Roddick, 1982) PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Objektif
Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program. Pembangunan fizikal atau organik Pembangunan neurootot atau motor Pembangunan kognatif Pembangunan sosial,emosi dan afektif

Memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk memelihara dan meningkatkan kecergasan.

Memahami konsep kecergasan jasmani, komponen-komponen kecergasan, prinsip-prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Mempertingkatkan kecergasan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelunturan badan, ketangkasan dan kelajuan.

Prinsip
Kefahaman tentang konsep pembelajaran motor amat penting sebagai panduan untuk persedian pengajaran mengikut peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Prinsip-prinsip pembelajaran motor adalah seperti berikut: Kematangan fizikal/fisiologi pelajar perlu mempunyai kekuatan, daya tahan, kekuatan fizikal dan keupayaan organ-organ yang boleh mengawal pergerakan-pergerakan mengikut keperluan kegiatan. Latihan cara latihan dijalankan akan mempengaruhi perlakuan, begitu juga dengan kemahiran yang berbeza memerlukan corak latihan yang berbeza.

PENGENALAN KEPADA PERGERAKAN ASAS

Pergerakan asas

LOKOMOTOR BUKAN LOKOMOTOR MANIPULATIF

Matlamat
Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ). Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

OBJEKTIF
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

You might also like