You are on page 1of 2

PenghargaanIsi kandungan 1.

0Pengenalan Pencapaian akademik adalah diukur sebagai taraf pencapaian individu di dalam peperiksaan rasmi di sekolah atau peperiksaan awam yang dianjurkan oleh KementerianPendidikan. Pencapaian akademik adalah merujuk kepada peratus dan gred kelulusan yangdiperolehi iaitu A (cemerlang), B (kepujian), C (baik), D (mencapai tahap penguasaan minimum)dan E (tidak mencapai tahap penguasaan) bagi mata pelajaran-mata pelajaran dalam peperiksaanyang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pencapaianakademik adalah kemampuan pelajar-pelajar mendapat gred-gred yang dicapai dalam sesuatuujian atau peperiksaan yang piawai seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini disebabkanoleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kmampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Menurut Research Center on Academic Success[CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yangdiperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran.Pada umumnya, pencapaian akademik menjadi kayu pengukur kepada kejayaan diri seorangindividu. Pencapaian atau kegagalan dalam pelajaran berbeza mengikut kemampuan individu.Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya dikatakan pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding rakan seusia mereka.Walaupun begitu, tiada satupun himpunan sifat yang tetap bagi pelajar yang pintar cerdas ini,tetapi setiap orang pelajar adalah insan ciptaan tuhan yang memiliki kekuatan dan kelemahan diriyang tertentu. Kebolehan kognitif pelajar yang cemerlang ini selalunya di miliki secara bersendirian, tetapi mereka tetap memerlukan bimbingan orang yang lebih dewasa sepertiibubapa, guru, pentadbir sekolah dan rakan seperjuangan untuk mengembangkan potensi merekake tahap yang optimum (Nik Aziz, 1990). Setiap individu tersebut mempunyai kemampuan yangtersendiri, ibu bapa dan gurulah yang bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dan tunjuk

ajar untuk mengembangkan potensi mereka sama ada menjadikan mereka murid yangmempunyai pencapaian yang cemerlang atau menjadi murid yang lemah. Namun begitu, hal ini juga bergantung atas kemahuan murid itu sendiri.Setelah menjalankan temubual terhadap dua murid yang berbeza tahap pencapaianakademik, saya mendapati bahawa murid A iaitu murid yang cemerlang mempunyai latar belakang yang baik manakala murid B iaitu murid yang lemah mempunyai latar belakang yangkurang bernasib baik. Berikut adalah sedikit butiran

peribadi murid A dan b hasil daripadatemubual yang telah dijalankan.Murid AMurid BPekerjaan bapaPegawai bankPeniagaPekerjaan ibuJururawat KMCSuri rumahBilangan adik beradik47HobiBadminton, baca bukuBermain bolaCitacitaJuruterbangDoktor

2.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik 2.1 Baka / genetik Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripadanukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Setiap orang mewarisi sifat tertentumelalui pewarisan gen atau baka daripada kedua ibu bapanya.Pengaruh genetik atau bakakeatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh JohannGregor Mendel(1822-1889) di Austri. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokuskromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) jugasel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA danmasing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia.Kajian ahliahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon(1962)telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza.Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalamsesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individudengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkananak-anak yang juga bijak pandai. Hal ini kerana, baka juga memainkan peranan pentingdalam menentukan pencapaian akademik dalam pelajaran. Oleh itu, penting bagi setiapindividu untuk memilih pasangan daripada baka atau keturunan yang baik bagi melahirkan

You might also like